Jump to ratings and reviews
Rate this book

Khumanthong: The Revenge

Rate this book
JELITA SI KEBAYAN - YOURA AERI

MELUR seorang gadis kampung yang mempunyai kecacatan pada wajahnya akibat satu kebakaran. Namun, kecacatan itu bukanlah masalah utama bagi Husin, seorang jejaka yang ingin menjadikan gadis itu sebagai isteri.

Ketika majlis pernikahan sedang berlangsung, Melur telah hilang dan gagal dijejaki.

Sejak itu sering kali muncul bayangan seorang gadis cantik di kampung itu dan seorang demi seorang penduduk kampung mati dibunuh. Siapakah gadis cantik itu? Apakah kaitan semua pembunuhan dengan kehilangan Melur?

KHUMANTHONG THE REVENGE - MARIA KAJIWA

SETELAH kematian Mr. Kasemsarn di Bangkok, khumanthong itu kembali mengganggu kehidupan Faisal, Luqman, Fatin dan Lina untuk membalas dendam. Mereka berempat cuba mencari jalan penyelesaian namun makhluk itu semakin licik.

"Sekarang sudah susah nak dapatkan semua tu. Polis sudah menutup banyak klinik pengguguran haram. Dari mana aku boleh dapatkan janin yang kau minta?" - Mr. Kasemsarn

Dapatkah khumanthong itu ditewaskan sebelum terlambat? Nyawa siapa pula yang akan terkorban?

318 pages, Paperback

First published November 1, 2022

1 person is currently reading
24 people want to read

About the author

Maria Kajiwa

62 books110 followers
Camellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (45%)
4 stars
13 (41%)
3 stars
3 (9%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
January 3, 2023
cerita pertama karya penulis youra aeri ni sedap baca. walaupun ada persoalan tapi keseluruhan sangat sedap untuk dihayati.

akak tertarik dengan watak husin, jejaka kampung yang menjadi rebutan terutama kesuma. dia memang sakit hati bila melur menjadi pilihan husin walhal melur terang-terang punya cacat di muka akibat dari kebakaran. maknanya husin ni tak memandang pada kecantikan wajah semata. kesuma yang cantik jelita tu pun dia tolak.

bermula kisah yang bagi akak ada elemen seriau bila melur hilang di hari perkahwinannya. husin sangat kecewa. rindu dia simpan. walaupun long jiah menyuruh anak terunanya itu berkahwin dengan kesuma, tapi husin tetap simpan cinta pada melur.

ada yang mula mengganas. bagi akak memang penulis tak sorokkan apa-apa dengan pembaca. kita tahu siapa salah siapa yang betul. tapi elemen saspens yang ditonjolkan dalam setiap watak yang terlibat buat sama terasa seram. nak pula ada saja kematian yang berlaku. ngeri juga bila mayat dah serupa mumia.

persoalan akak hanya pada watak melur. adakah perjanjian itu dia yang buat sendiri ataupun kerana ada dalam salur-galur keturunan? ini saja yang akak dok fikir. kutlah akak terlepas pandang. tapi memang terbaiklah!

karya puan penulis tersohor, puan maria kajiwa memang tak boleh nak disangkal 'kemewahan' ceritanya. memang penyampaian puan penulis ini agak simple dalam cerita ini. laju, tak meleweh langsung, terus on point pada apa yang hendak disampaikan.

akak sedikit lupa cerita pertama yang dimuatkan dalam novel anak patung nana. tapi yang akak ingat kisah pelaris perniagaan.

bila baca, okey... boleh juga recall sikit-sikit. kali ini kisah mereka perjuangkan nasib hidup mati bila khumanthong yang pernah jadi belaan mengganas bila dia dibuang. ada yang ambil benda itu semula tapi tak beritahu.

bila faisal menerima peninggalan Mr Kasemsarn, dia membuka jalan pada mahkluk itu untuk dekati dia semula. bukan sekadar dia, nyawa manusia sekeliling dia juga turut terancam.

dan... ada yang terkorban. meleleh jugalah air mata. kasihannya faisal!

puan penulis tahu apa yang beliau nak sampaikan. dari awal sampai hujung... berdebar saja dada. macam kita pulak yang kena perhati. hadoi la hai...

jangan. jangan sesekali bersekongkol dengan makhluk-makhluk ini. bahaya.

nyawa bukan untuk dipertaruhkan untuk bahagia yang sementara tapi kemudian tanggung derita selamanya.
Profile Image for meenie.
369 reviews3 followers
February 19, 2024
jelita si kebayan : 4⭐️

- dendam si melur akibat dibunuh oleh beberapa penduduk kampung kembali menghantui penduduk kampung seminggu sebelum perkahwinan antara husin dan kesuma. seorang demi seorang penduduk kampung mati dibunuh secara kejam.

- penceritaan menarik. membuatkan saya sebagai pembaca tertanya-tanya siapakah dalang di sebalik pembunuhan yang berlaku. cuma apabila melibatkan ular ni, agak kurang sikit. creepy 😭😭😭🤺🤺🤺 sedih melihat husin. husin we should protect him 😭😭😭🔫🔫 husin anak mak. and we should see more how melur balas dendam dekat setiap seorang.

khumanthong : 4 ⭐️

- everything from maria kajiwa 🔝

- cuma dia adalah sambungan dari ghumantong dalam cerita anak patung nana. maybe siapa yang tak pernah baca akan tertanya-tanya sedikit. boleh baca tanpa baca yang first cuma lebih lengkap baca yang first punya hehe.

- yang lain semua perfect!!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,536 reviews1 follower
January 23, 2023
Gabungan 2 penulis dengan dua cerita seram yang berbeza.. Kedua-duanya memberikan impak.. Kisah pertama melibatkan 2 cerita berkait dengan ular jadian.. Kisah kedua pula sambungan mengenai khumanthong yang kembali mengganas hingga mengorbankan beberapa nyawa..
Profile Image for Mommy Farah.
363 reviews14 followers
July 10, 2023
Novel seram duo garapan dari penulis hebat Kak Maria Kajiwa dan seorang penulis baru Youra Aeri. Kedua-dua kisah seram dalam Khuman Thong The Revenge ni memang best. Bila dah start baca susah nak letak tepi!
1 review
February 9, 2023
Khumanthong: cerita yang sinonim dengan mistikal masyarakat asia. Waktu kita rasa kita dah cukup kuat nak lawan, saat itulah kita terlepas pandang banyak perkara. Ilmu hitam bukan sesuatu yang boleh diambil enteng. Sekali terjebak, banyak musibah. Syukur bantuan tuhan datang pada tika yang tepat. Cerita kak Maria Kajiwa belum pernah menghampakan.

Karya pertama yang saya baca daripada Youra Aeri. Menarik dan masih boleh diseramkan lagi.
Profile Image for Atiqah Ahmad.
213 reviews2 followers
January 26, 2025
4.5 ⭐

2 kisah seram yang sama² menarik dengan plot yang kemas dan teratur. Plot twist yang tak disangka-sangka untuk cerita pertama, untuk cerita MK pula seperti biasa, elemen seram tu dapat bersulamkan kesedihan di hujung cerita.

Minus 0.5 ⭐ sebab aku rasa macam ada sedikit plot hole dekat kisah pertama, apa kaitan antara Melur dan Bayan? Dan bagaimana mereka terhubung?
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
April 28, 2023
Khumantong The Revenge, sambungan buku pertama dalam buku Anak Patung Nana. Ngam!

Jelita Si Kebayan, aku skip skip baca. Huhu
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.