Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?
A. katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya B. rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu C. kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia D. segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar Ⓐ ⒷⒸⒹ
Jaja telah memilih C ✔
cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!
Implikasinya:
[✉¿∫∞Ωπ䮉¾]
Abah: " Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu! " Mama: " Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja? "
Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?
♡ rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...❀
_____________________________ Editor & Penata Aksara : Mariah Mustapha Penyemak Aksara : Noor Suraya Adnan Sallehudin Reka Bentuk Kulit : Helmino Lukisan : Oly Pencetak : Maju Indah
Cetakan Pertama : 15 Disember 2009 Cetakan Kedua : Mac 2010 Cetakan Ketiga : April 2010 Cetakan Keempat : Januari 2011 -
Lulusan Diploma Pendidikan (KPLI) daripada Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) ini, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Noor Suraya juga seorang Munsyi Dewan yang aktif dalam dunia penerbitan. Kini Noor Suraya mengetuai JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif di samping bertindak sebagai Pengarah Urusan untuk Jemari Seni Sdn. Bhd. Justeru, Noor Suraya juga bertanggungjawab memantau hal-hal yang berkaitan dengan editorial, pemasaran dan komunikasi di kedua-dua syarikat penerbitan ini.
Noor Suraya memiliki ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya, dan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Massa/Pengurusan) daripada Universiti Sains Malaysia. Noor Suraya pilih membaca apa saja – daripada teks klasik, cerita-cerita panji dan warkah-warkah lama sehinggalah tulisan-tulisan kontemporari serta teks-teks ilmiah. Cerita kanak-kanak dan komik selalu menjadi ‘pembuka selera’ membacanya. Bidang yang menjadi perhatian khususnya Noor Suraya tentulah hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik, sastera dan budaya, sejarah (dan sirah), biologi, juga fasal sosiologi serta antropologi.
~ Noor Suraya telah menambah perbendaharaan kata baharu pada pembaca muda melalui penulisannya yang cermat ~
Benci betul bila hatimu masih hati tisu. Dan, rupanya paling aku suka adalah pesanan Dr Aqmar sebab masa kali pertama baca buku ni, aku masih belum 'menyentuh' Nyanyian Tanjung Sepi (NTS). Makanya aku tak dapat merasa apa yang tertanggung oleh Dr Aqmar. Kini setelah hampir lunyai NTS, barulah aku mengerti beban rasa ketika Dr Aqmar menitip pesannya buat Jaja. Dia sebenarnya menyampaikan pesan buat 'belahan jiwanya.'
Haishh... jadi mak-mak ni hati makin tisu. Pheww. Dah, cari buku lain.
Full Review: 25/08/2010
Rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’ [Prolog Pertama]
Itu agaknya yang terjadi. Aku sama-sama mabuk dengan cinta Faiza [Jaja]. Gadis yang tak pernah jatuh cinta dan bila masa dia terjatuh cinta, Jaja dah seperti orang yang jatuh dalam gaung je! hahaha. Jaja; seorang eksekutif perancang media lost in space bila terpandang wajah Ustaz M dalam sekeping foto yang ditangkap oleh Suhaimi [Mie]. Kebetulan dia dipanggil untuk membantu Mie memilih foto yang mana harus dipilih untuk iklan raya kali ini.
Bila saja mata Jaja menangkap wajah seorang lelaki yang berkopiah putih duduk bertafakur di pusara, mata Jaja tak dapat dialihkan lagi. Buat pertama kalinya Jaja dah tak serupa Jaja, dah jadi Jojet kan? hik3 lalala5 ;P. Maka bermulalah sesi percarian Jaja dengan hanya berbekalkan maklumat sekeping foto.
Cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung! [Prolog Kedua]
Burhanuddin Al-Helmy; ini Ustaz M Jaja. Si Din yang Jaja boleh jatuh hati dengan hanya melihat iklan bisu tu! Walaupun sudah beberapa kali Jaja ‘patah hati’ sebab selalunya Jaja dapat maklumat yang salah tentang Din, Jaja masih lagi berharap. Sungguh dasyat aura Din ni ;D
Jaja sendiri pun selalu cermin diri. Siapalah dia kalau nak dibandingkan dengan Din yang bergelar ustaz itu? Jaja berambut karat, tak pakai tudung, jarang bersolat dan tak tahu memasak itu buat dia rasa kerdil sekali. Namun, Jaja cuba untuk berubah. Perubahan yang baik aku kira ;D
Di saat Jaja mengutarakan rasa hatinya pada keluarga, memang semuanya terkejut. Mana taknya kes anak perempuan meminang lelaki! Tiada dalam sejarah keluarga Dr Badrul Hisyam. Tetapi kalau itu kehendak Jaja, apa lagi yang harus dikata. Cuma bertuahnya Jaja, hadir dalam keluarga yang menyokong satu sama lain. Selain ada abah dan mamanya, dia ada Uncle Aqmar Aziz [macam pernah dengar kan watak ni ;P] yang terlalu menyayanginya. Ada Nini, Lala dan Wassim penyeri dalam hubungan adik-beradik ni.
Bahagia itu bukan sepertimana yang orang nampak, tetapi bagaimana yang kita rasa [Prolog Ketiga]
Ini kisah penamat. Tak boleh cerita sebab seperti apa yang aku baca di awal bab, ada ingatan dari Jaja, ‘biarkan aku bercerita mengikut cara aku sendiri. Jangan menyampuk… apalagi membuka helaian-helaian belakang novel ini untuk mengetahui penghabisan cerita aku dan dia ini.’ [page 3]
Cuma dah jadi tabiat aku mula dari belakang, jadi masa mula-mula baca tu memang aku ternganga kejap la. Pandai Kak Su ‘memperolok-olokkan’ pembacanya ;D Ada juga diselit ingatan yang paling bagus dari Kak Su, ‘Tetapi kalau Jaja tidak kejam, bagaimana industri Malaysia hendak maju. Yalah, kalau seorang membeli, lima orang berkongsi baca… dan kemudian buku itu dijual sebagai barangan terpakai. Sedih kan!’ [page 6]
Jujur aku nyatakan novel ini bukan hanya kisah cinta si perigi yang mencari timba. Bukan hanya cerita Laila yang mengejar Majnun. Ia kisah gadis biasa yang cuba mencari cinta pertamanya. Namun kisah ini menjadi luar biasa bila ia cerita cinta yang diadun dengan intipati agama dan bagaimana merungkai cinta berlandaskan syariat dan norma masyarakat. Disampaikan dengan cara bercerita yang cukup santai oleh Jaja, ia jadi seperti mendengar kawan baik anda yang berkongsi rasa.
1. Saya pernah nampak Buku Jaja & Din. Kelemahan saya suka buat judgement by book's cover. Ist Impression saya ini buku cinta remaja, bukan untuk umur 30++ macam sekarang. Anyway sebab malas nak sambung John Grisham (..yg perlukan 100% penumpuan) Jaja dan Din saya jamah. Sambil-sambil tanggukkan Rifqi pun boleh baca.
2. First saya akan baca kulit belakang.. OK make sence. Terus baca dari depan (selalunya akan tengok muka surat terakhir). Dan saya tidak jadi tengok mukasurat akhir kerana buku JJ&D seolah-olah tahu my bad habit. Dalam prolog dia dah melarang kita dari tengok m.s akhir.. bijak.. bijak Noor Suraya. (dah tengok orangnya kat leman web jemari seni, tudung labuh U!)
3. Setiap mukasurat seolah-olah berinteraksi dengan pembaca, makin dibaca semakin geli hati. Ia bukanlah novel serius dan bukanlah novel humor. Bacaan ringan yang diberatkan penulis tanpa disedari pembaca.. two thumbs up!
4. Saya suka cerita ni sebab 1. Saya lahir di Baling, 2.Sekolah Agama di Krian(area Bagan Serai) 3.Pernah singgah di Pondok (Pondok Us Burhanuddin) 4. Saya juga Azhariyun ... semua sebab ini menjadi resepi kenapa saya perlu habis bacakan novel yang telah disalahanggapkan ini. Cerita akan jadi lebih menarik kalau ia menyentuh sedikit tentang pembaca. Pembaca suka disentuh!
5. Terasa buku ini dekat dihati.Satu kelebihan membaca novel, pembaca dibenarkan untuk berangan!.. terimalah hakikat pembaca novel sebenarnya menjadikan pembacaan beliau sebagai salah satu cara escapsm. Mungkin tidak semua malah tidak mustahil sama sekali. Jadi saya dah termasuk dalam kelompok itu sepanjang cuti hujung minggu ini.
6.Cerita mengenai pertembungan dua budaya yang berbeza, yang pada mulanya kita ibaratkan 'minyak dan air' tidakkan bercampur. namun cerita ini akan mengubah persepsi kita..
7. Sebenarnya saya belum habis baca.. lagi 25% perlu diexplore, tapi dah tak sabar nak buat resensi, NS sememangnya penulis yang hebat dalam kelasnya..
8. Saya akan masukkan entry lagi selepas habis baca buku (kena habiskan hari ni juga) ini tetapi mungkin lambat sikit kerana masuk kerja minggu ni banyak due date dan criminal cases yang perlu diberi perhatian..
Ulasan 20 April 2021: Ulang baca buku ini masih memahatkan rasa sedih yang bercampur aduk dengan pelbagai rencah rasa apabila kisah Jaja dan Din ini melalui fasa-fasa penceritaannya yang tersendiri - dari ketika Jaja mengenali Din, sehingga Din bertemu Jaja, dan apabila mereka disatukan. Dan kisah kehidupan mereka bermula hanya selepas berkahwin.
Aku masih tertanya-tanya pasangan manakah ini menjadi inspirasi kak Noor Suraya?
Ulasan 8 Feb 2010: Ini bukan buku sambungan Nyanyian Tanjung Sepi.
Ini cerita Faiza, anak sulung Dr. Badrul Hisyam dan Dr. Haslina (rakan baik Dr. Aqmar Aziz) yang berambut perang selurus pembaris, berkening cantik, seorang media planner, jatuh cinta kepada seorang ustaz lulusan Universiti Al-Azhar, Burhanuddin al-Helmy.
Aduh-aduh, panahan cinta membuatkan jantung Jaja melompat ke kepala rupanya! Novel ini sungguh menarik, kak Noor Suraya lari dari kebiasaannya. Ditulis kisah ini dengan bahasa santai-santai, dari perspektif Jaja (iya, novel ini kelakar!).
Alahai, Jaja, yang sembahyangnya celum-culam, mewarnakan lagi rambut, bertudung jauh sekali, jatuh cinta kepada sekeping gambar Ustaz Din yang diambil rakannya di persimpangan jalan. Ustaz Din sedang berteleku dengan penuh tenang di tepi kubur seseorang.
Bermulalah pencarian Jaja, kerana nanar dengan cinta. Siapakah di dalam sekeping gambar itu? Lalu Jaja mengusung gambar itu di dalam dompetnya ke mana-mana, dengan alasan membayar royalti gambar yang digunapakai untuk iklan yang diterbitkan olehnya.
Pencariannya memakan masa bertahun-tahun, dan disamping itu diselitkan dengan insiden secara ketidaksengajaan, menyatakan betapa hampirnya Jaja dalam usahanya untuk bertemu dengan Din, tetapi seringkali tidak terjadi.
Lantas, apabila Jaja sudah mengetahui butir-butir Ustaz Din dari Hatim (sepupu Din), secara kebetulan pula, kerana Hatim memasang perabot kayu di rumah Jaja (lantas terjumpa dengan iklan yang menggunakan gambar Din dibingkaikan), bermulalah misi Jaja menambat hati Din.
Jaja memohon Dr. Aqmar Aziz dan ibubapanya meminang Ustaz Din untuknya. Aduhai Jaja!
Novel ini santai, tetapi menyentuh perasaan. Ada ketika kita akan ketawa, dan sedetik kemudian menangis. Jaja, yang sanggup menerima Ustaz Din yang tidak punya apa-apa, bersuamikan seseorang yang inginkan syahid. Lalu kisah ini diuntaikan dengan kisah-kisah wanita Islam gemilang, kisah para nabi, kisah dari al-Quran.
Din menerima Jaja dek dilamar Dr. Aqmar Aziz, dengan syarat, Jaja harus melepaskan dia ke Afghanistan untuk panggilan syahid! Lalu Jaja tersenyum-senyum, menyimpan nanar cinta 2 tahun lamanya, apabila Din sanggup memperisterikannya.
Bermulalah kisah Jaja belajar jadi zuhud, yang agak-agak seringkali lucu, tetapi menginsafkan. Insiden Jaja membakar kepingan kitab lama tulisan Jawi Din juga, agak tulus dan kelakar, akibat Jaja tidak pandai membaca tulisan Jawi. Ataupun ketika Jaja di rumah mertua, tertidur sehingga ke tengahhari buta, dek kepenatan, ditegur Din.
Jaja oh Jaja!
Dan kisah Din yang menawan hati Jaja, yang biasa-biasa (tetapi diluar biasakan). Din membawa ikan sawah untuk Jaja bela atau Din membelikan peha ayam goreng apabila Jaja menyatakan teringatkan ayam goreng mamanya.
Din, menyifatkan Jaja seorang yang bersifat kebudak-budakan, walaupun beliau merupakan kakak sulung. Din, mempunyai tanggungjawab berat, apabila perlu melentur Jaja dari rebungnya. Din, yang meninggalkan Jaja untuk menunaikan tanggungjawab mempertahankan Afghanistan.
Insya Allah, kisah ini, Jaja + Din = We live happily ever after, insya Allah.
Tapi jangan sekali-kali menyelak ke bab akhir untuk mengetahui penghujung kisah Jaja & Din ini, kelak dimarahi Jaja kerana skip-skip membaca.. hehe
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Serba salah N nak rate buku ni sebab lebih daripada 50% pembaca memberi rating lima bintang. Mula-mula nak kasik dua bintang, tapi disebabkan ending yang tak disangka dan berjaya buat N menangis tak ingat dunia, N tambah satu lagi bintang...
Walaupun N bolehlah dikatakan suka dengan kisah Jaja dan Din, N tak boleh nak kasik lima bintang. Mainly because permulaan cerita yang agak mengelirukan. Atau mungkin ia tak mengelirukan tapi N yang tak faham keunikan pengolahan cerita ini?
N agak konfius cerita ni adalah daripada first POV atau third POV? At times, N rasa cerita ni adalah daripada third POV tapi tiba-tiba terselit pulak first POV? Macam mana tu? Permulaan cerita yang agak ‘kecoh’ membuat N rasa sedikit lemas dan sesak.
Tapi bila masuk part Din, N jatuh suka. He’s one of a kind. Walaupun seorang yang pendiam, kala dia bersuara, bahasanya lembut dan peribadinya disenangi . Seorang yang menghormati orang lain dan tekad untuk berjuang atas nama Islam.
Bila Din dan Jaja sudah berkahwin, baru lah N rasa cerita ni best. Sebab time ni baru banyak pengajaran dititipkan melalui kisah-kisah Nabi dan ahli-ahli syurga yang lain. Bagi N yang liat nak baca buku agama, inilah cara terbaik untuk N mempelajarinya. Part ni jugalah di mana pada N, watak Jaja benar-benar terserlah. Ingat senang ke nak belajar hidup zhuhud bagi seseorang yang sudah biasa hidup dalam kemewahan?
Masuk dua, tiga bab terakhir, mata N sudah lebam. Bukan sebab mengantuk, tapi sebab paip air mata tak mahu nak tutup. Emosi dah tunggang langgang sebab rasa terharu, tersedar dengan kekurangan diri dan juga terkejut dengan circumstances Jaja dan Din yang tak disangka. Awal-awal ceritanya sempoi, alih-alih bertukar jadi drama air mata. Siapa sangka?!
~Boleh tak saya nak 'benci' Kak Suraya sekarang. :( Saya sangat sayangkan Din dan Jaja. Terlalu sayang kerana tak sanggup nak melepaskan mereka~ So far, this is the best book I've read this week. Beautiful, funny, yet so heartwrenching!) Sepertinya hati ini dicengkam kuat, sampai saya tak mampu nak berbuat apa-apa. Jaja dan Din membuat saya ketawa dan menangis sekaligus.Bahasa yang mudah dan indah dengan pelbagai cerita disusun menjadi satu. Kisah yang buat saya muhasabah diri~
Begini rupanya menyayangi orang. Sungguh saya tak mampu melakukan apa yang Jaja buat.3 tahun menunggu gambar orang tak kenal, kemudian jumpa dan pinang? (o_O) What???
Cerita Din datang ke rumah Jaja~dengan taktik/muslihat kononnya untuk memikat Din~ sangat kelakar. Desperado sangat cinta Jaja ni...
Waktu datang ke rumah sewa Din di Baling~lucu pada teguran Din... "Lain kali, bila dekat waktu solat...jangan Faiza nak curi waktu untuk menggoda orang!" "Goda? mana ada!" jerit Jaja. "Lain kali, jangan!"pintas Din~~ kemudian malam itu, Din cerita kisah Atiqah binti Zaid dengan Abdullah anak Abu Bakar as-Siddiq. kalau novel lain~mesti yang nakal2 akan keluar..ha ha.
Suka cara Din meluahkan cintanya pada Jaja.
Maaf~saya memang suka baca bloopers sebelum baca sesuatu buku. Walaupun dah buka ms akhir (ms akhir ya, bukan bab akhir)-sepatutnya saya sudah jangka~tapi tidak~ Jadi saya sangat terkejut! Saya menangis, empat lima titik jugak la...(sangat banyak untuk sebuah cerita khayalan, okey!)
Semua wajib baca! Sangat terbaik! **Oh~banyak sangat cameo Kak Su di sini~~teringin menjadi watak novel ya kak?--baca novel ini buat saya pandai bermulut manis pula~~
Lama saya tidak buat begini: baca habis sebuah novel dalam masa kira-kira 18 jam (berselang seli kerja rumah dan melayan anak). Mungkin kerana novel pop yang banyak bermain emosi, jadi pembacaannya tidak memerlukan daya fikir yang tinggi. Mudah, ikut saja alun emosi sampai ke titik akhir.
Selain itu, mungkin faktor lain yang membantu lajunya pembacaan saya adalah gaya pengkisahan pengarang yang sememangnya tinggi, walaupun sedari awal banyak hal yang tidak dapat saya persetujui mengenai pembinaan watak dan fakta kisah. Misalnya sampai halaman akhir saya masih berasa sikap watak utamanya Jaja agak tidak kena dengan fakta bahawa Jaja adalah seorang anak doktor. Cara perwatakan dan pembawaan dirinya, kelihatan sumbang dan agak berselisih dengan kenyataan yang biasa. Begitu juga dengan sesetengah hal seperti pembayaran down payment kondo dengan mengepos cek kepada anak dengan Pos Laju.
Walau bagaimanapun, apabila masuk ke bahagian Jaja memulakan hidup dengan Din, kekuatan pengarangnya menggambarkan perbezaan antara kedua insan itu boleh dikatakan sangat cemerlang. Dengan latar belakang pendidikan agama, pengarangnya mampu menyelitkan nasihat dan keindahan rumah tangga Islam kepada pembaca melalui kisah hidup Jaja dan Din secara bawah sedar. Buai emosi yang sangat halus dan mampu menyayukan hati pembaca.
Malah cara pengolahan Noor Suraya ini boleh dilihat setanding dengan pengarang-pengarang cinta Islami masyhur Indonesia seperti Kang Abik atau Taufiqurrahman, sampai saya nyaris memberikan 4 bintang walaupun dunia latar make-believenya terasa kurang menjadi.
Namun akhirnya saya menemukan cacat-cacat yang saya tak dapat maafkan, hingga memaksa saya hanya memberi 2 bintang sahaja. Mungkin hal sebegini akan dipandang remeh di sela keenakan kisah cinta Din dan Jaja di alam perkahwinan, tetapi sebenarnya sangatlah UTAMA dan BESAR, seperti petikan ayat Al-Qur'an yang tersalah eja transliterasi ruminya, serta nama-nama tokoh Islam yang ditulis secara sambil lewa tanpa merujuk betul salah ejaan!
Ini lebih diparahkan oleh gaya bahasa pasar, walaupun kita tahu sasarannya adalah pembaca pop, dan watak Jaja pun watak pop. Tetapi jika kita renung, kisah-kisah cinta Islami seumpama ini ditulis oleh pengarang Indonesia dalam bahasa Melayu Indonesia standard, hingga akhirnya mampu menembusi sempadan, masuk ke Malaysia, maka tak mustahil buku Noor Suraya ini boleh sampai ke Indonesia. Namun bahasa pasar yang digunakan, menjadikan buku ini lebih sukar diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia standard, kerana mengandungi bahasa slanga yang hanya akan difahami oleh orang Melayu Malaysia.
Saya pernah membaca secara skimming sebuah dua buku Noor Suraya sebelum ini, salah satunya Nyanyian Tanjung Sepi, tetapi gaya bahasanya tidak sepasar ini. Saya jadi teringat isu bahasa seputar buku Jangan Main-Main Tuah Iskandar. Wajarkah sebenarnya para pengarang mapan yang sudah punya audiens yang sedia memuja mereka, mengambil motif menarik golongan pop yang core (yang entah berapa kerat sahaja akan sebenarnya tertarik dan setia dengan buku mereka), dan mengabaikan keutamaan prinsip bahasa yang kesan sosialnya akan lebih merata, melekat dalam minda bangsa?
Inilah antara beberapa sebab saya tak mampu memberi lebih daripada 2 bintang kepada buku ini, walaupun plot kisah ini memang sesuatu yang menjanjikan kelainan, serta berjaya menghiburkan (dan menghibakan). Mudah-mudahan tiadalah peminat Noor Suraya mengamuk membaca ulasan ini, atau pengarangnya sendiri kecil hati. Ulasan kecil saya sudah tentu tak akan menggoyahkan kedudukan pengarang pop mapan ini sedikit pun, sekadar teguran sisi dari pembaca kerdil seperti saya.
Saya baru habis baca yang Manes punya 🥹 Dan perasaan saya sewaktu membaca masih sama. Saya tersengih2 je baca si Jaja bercerita dan masih blushing ya waktu ada part comel dan manis 😍 ____________________ Jaja & Din mengisahkan tentang Si Jaja terjatuh suka dekat Si Din waktu pertama kali terpandang gambar Din. Latar belakang cerita ni di Kedah dan KL sekitar tahun 2000-an. Family Jaja ni dikira berduit la ikut zaman tu. Kiranya Jaja ni orang pekan, Din orang hulu (bak kata sepupu Din). Jadi bermula lah episod Jaja menjejaki Din, dengan alasan nak bayar duit upah sebab syarikat marketing Jaja berkerja ni guna gambar Din untuk iklan raya. Walhal pembaca tahu kenapa Jaja beria macam tu 🤣
Oh lupa, cerita ni guna pov 1 tau. Sebab tu waktu baca jadi best sebab rasa macam tengah duduk depan Jaja dengar Jaja bercerita dengan kita.
Dipendekkan cerita, rupanya Din ni pernah kenal dengan Uncle Aqmar (pakcik Jaja). Jadi niat Jaja nak pinang Din tu jadi smooth je sebab ada back up besar. Dan ya, Jaja pun dapat kahwin dengan Din 😍 Maka bermulalah episod Jaja jadi isteri. Yarabbi yang best pasal Din ni dia panggil Jaja dengan nama sebenar Jaja, Faiza. Comel 🥹
Paling romantis rasanya waktu Din perasan Jaja tak boleh tidur, dan Din tanya apa Jaja suka buat kalau tak boleh tidur, Jaja kata dia suka membaca. Inilah titik tolak Din bercerita tentang kisah2 nabi, alim ulama, orang soleh dekat Faiza sebelum diorang tidur. Jaja bagi nama tukang cerita diraja dekat Din 😂
Anda rasa kehidupan Jaja sebagai isteri smooth sailing? Semestinya tidak. Pernah terbakarkan baju Din, pernah buang bahan2 kerja Din, pernah terpatahkan batang paip, tapi yarabbi Din, tak nampak langsung amarah dia 😭
“Tidak adil untuk saya ubah Faiza jadi perempuan seperti orang lain hendak. Saya terima Faiza macam ni sepertimana Faiza terima saya macam ni.”
Ayat ni sampai harini saya ingat. Din punya lembut nak cakap dekat Faiza yang Faiza tak perlu pun ikut2 orang lain, cukup jd diri sendiri pun dh cukup baik.
“Cuba2 bertanam mumbang, Moga2 tumbuh kelapa, Cuba2 bertanam sayang, Moga2 menjadi cinta.”
Bila baca kisah Jaja dan Din ni, baru tahu rupanya Din memang dh ada rasa suka dekat Jaja waktu diorang jumpa kali kedua dekat rumah Qaulah. Kesian Jaja dia asyik rasa malu duk 'pinang' anak teruna orang hahaha.
Bila masuk part 3, ada part yang merobek hati. Pembaca siap meleleh2 air mata ya, pandai Jaja bercerita. Korang akan nampak macam mana Din didik Jaja jadi wanita muslimah. Kita pun rasa termotivasi sekali nak berubah jadi baik 🥹🥹🥹🥹🥹 Kalau nak tahu apa jadi yg buat saya sedu sedan menangis, korang kena baca!!
Btw ya Allah bestnya bab the untold story tu 😭 Finally tahuuu apa jadi, dari dulu lagi saya duk tertanya2 apa jadi tapi bila kak Su cerita detail, kita jadi makin seronok baca.
Saya tak pernah akan berhenti untuk rekomen buku ni dekat semua orang. Gaya penulisan kak Su, lenggok bahasa, susunan plot (walaupun ada sesetengah orang akan pening sebab kak Su elemen flashback yg banyak) tapi saya suka!! Lagi satu sebab slow burn (separuh buku baru diorang ada scene sama2 ya). Tapi cara kak Su (Jaja) bercerita ni Allah rasa tak boleh stop, seronok lain macam! Jadi korang jangan lupa masukkan buku Jaja & Din dalam list tbr okeh!!
Bahagian pertama: Biar betul Jaja ni anak doktor (both parents are doctors), berusia 25 tahun dan seorang pekerja cemerlang. Gedik benar. Naik jengkel dengan perangai keanak-anakkan dia.
"Kalau dia sekadar duda kematian isteri, ingat Jaja tak sedia ka nak mengurat dia? Jaja!!! Cakap tu sopanlah sikit." (p. 157)
"...malam itu jugalah Jaja keluar dari rumah untuk mengambil semula 'Din' (gambar Din). Tak sampai hati membiarkan 'Din' sejuk berembun di tepi tong sampah malam-malam dengan bertemankan salakan anjing liar yang berkeliaran. Ketika itu angin sudah mula bertiup, dan hujan macam nak jadi tak jadi aja... kasihan 'Din' bersendirian disitu. Tanpa mengira rasa takut, Jaja berlari dengan misi menyelamatkan 'Din'. Sadis, kan?" (p. 169)
"Akak suka dia sebenarnya!!! Bukan setakat suka, cinta juga! Gatalnya dia, jerit hati kecil Jaja" (pp. 186 - 187)
"Yalah, kalau dia tak kedekut membeli teropong yang lebih bagus untuk Wassim semalam, tentu sahaja dia dapat nampak Din dengan sejelas-jelasnya... Rindu tau...! Jajaaa...." (p. 188)
Bahagian kedua: Muka surat 273. It's getting better selepas Jaja kahwin dengan Din. Bahasa dah lebih baik. Gedik pun dah hilang sikit. Cerita pun saya dah boleh terima. Jaja tengah cuba untuk hidup zuhud dengan Din. Tinggal rumah kecil (nak panggil rumah pun serba salah, macam bukan rumah. Macam bilik yang disewa), bilik tidur hanya ada tilam tebal 1 inci, hanya ada satu bantal, toilet pula kat luar rumah.
Bahagian ketiga: Reality hits. Perasaan saya gundah-gelana bila Jaja dapat layanan a bit less daripada keluarga mentua pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Adik-beradik ipar yang lain semua ada geng. Jaja sorang-sorang. Tambah-tambah Jaja bukan stok-stok ustazah. Lagilah kena pulau dengan kakak ipar. Dapat bilik pun, bilik stor yang ada periuk belanga tingginya dari lantai sampai atap rumah. Atap pula berlubang kalau hujan agaknya kena tadah dengan besen. Bau bilik lama... Rasa nak marah juga dengan Din. Agak-agaklah nak zuhud pun. Jaja tu baru beginner.
Bahagian keempat: Novel ini bertukar 'genre'. Dari cerita gedik rasa nak 'ishh malas lah baca' kepada cerita suami-isteri Islamik yang zuhud dan sanggup berpisah untuk ke medan jihad. Din pergi berjihad ke Afghanistan. Macam biasa, kita ingat suami mati tinggalkan Jaja dengan anak baru lahir, tapi akhirnya dia kembali. Macam cerita "Andai Bavaria Takdirku".
Teknik penceritaan. Penulis bereksperimen menulis Jaja & Din menggunakan first person point of view dan third person point of view. Cara yang sama macam novel "The Guide" karangan R. K. Narayan. Walaubagaimanapun, ini percubaan yang bagus! Bukan semua penulis berani guna first and third POV.
Bagaimana novel yang x sampai 500 m/s boleh membuatkan aku 'terdiam'... Hebat kan penangan penulis yang ada segala-gala yang diperlukan untuk menulis. Dan bagaimana kesinambungan sebaris ayat dalam Nyanyian Tanjung Sepi terbitan 2006 boleh melahirkan Jaja & Din 2009.... Aku 'terdiam' lagi.....
Ini novel ke-3 Noor Suraya yang kubaca selepas Surat Ungu Untuk Nuha dan Nyanyian Tanjung Sepi. Semua watak yang sering membuat aku sesat, kembali menyuluh aku dalam Jaja & Din.
Menghadam Jaja & Din seolah-olah melewati diari Jaja, Din dan Noor Suraya sendiri. Selalunya aku cukup anti dengan penulis yang kerap 'campurtangan' dalam pengembangan watak-watak dalam sesuatu novel. Tapi dalam JnD, Kak Su adalah penggerak cerita.
Dan, aku akan terus 'terdiam' dengan cinta dan jiwa JAJA & DIN..........
Ini tentang seorang Faiza (Jaja) yang berambut lurus macam pembaris warna perang (asli ya), seorang media planner lulusan Komunikasi yang meminang (berkias kata Din ^^) seorang Burhanuddin al-Helmy (Din) yang berjanggut sejemput, seorang guru Kesusasteraan Arab lulusan Al-Azhar.
'Jaja & Din' membawa hamba melompat ke sana sini dalam menyusuri perjalanan Jaja mencari lelaki yang mencuri hatinya (cewahh... hamba pun nak jadi dramatis macam Jaja - huhu...). Tapi jangan risau Jaja si tukang skrip ^^ tidak akan membuat anda penat 'melompat-lompat' dalam kisahnya.
'Ikhlas, Jihad, Reda, Taat & Zuhud' - Sabarnya seorang Jaja menghadapi semua yang bukan kebiasaan hidupnya selama lebih 20 tahun (paling tidak dia tidak menyuarakan apa yang dia tidak suka) dan dia belajar kerana Che' Dinnya ^^. Kesungguhannya menyenangkan hati Din dalam segenap sudut memang buat hamba kagum dan hamba sama terharu macam Din tentang insiden selipar Che' Melor tu. ^^
Pasal Burhanuddin al-Helmy pula:
"Tuhan andai aku ditakdirkan syahid pada jalan-Mu, aku ingin sekali membawa dia ke syurga. Membawa Faizaku ini." Hamba boleh menagis berkali-kali membaca ayat doa Din ini - sungguh menjentik tangkai hati.
Sabarnya dia, pengertiannya dia, berilmunya dia dan pandai pula bercerita (beruntung Jaja ada seseorang untuk bercerita padanya setiap malam sebelum tidur ^^). Itulah Din yang reda menerima Faiza seadanya sebagai isteri dan tidak pula memandang rendah 'harta'nya itu.
Itulah Din yang sungguh payah dibayangkan di luar buku (tapi berangan itu tidak salah, kan? hehe).
Tahniah untuk Noor Suraya, tulisannya sentiasa membuat kita berfikir, mengenal, memahami dan belajar. ^^
p.s Cuma satu yang hamba belum tahu. Cerita apa sebenarnya di sebalik perceraian Uncle Aqmar dan Auntie Lida? Ke memang ada dinyatakan tetapi hamba yang terlepas jet Sukhoi buatan Rusia? Huhu...
Jaja n Din… Read this book because few of my friends recommended me to. Hmmm… Honestly, I like it but not enough to love it. As a whole, buku ini penuh dengan pengisian. Pencarian seorang gadis moden bernama Jaja terhadap lelaki misteri bernama Din yang dilihat hanya melalui gambar. Melalui segala macam rintangan, pantang ada yang menyebut disitu lelaki itu, berlarilah Si Jaja ke arah itu. Penantian tanpa usaha yang sedikit membuahkan hasil dan akhirnya Din menjadi milik Jaja dan Jaja berubah kerana Din. Alhamdulillah. Sejujurnya, tersentuh hati saya membaca buku ini. Bagi saya, bukannya senang seorang Jaja untuk hidup Zuhud cara seorang Din tapi kuasa Allah, siapa yang boleh menahan, kalau itu kehendaknya, itulah yang akan berlaku.
Why only three stars if I say that saya tersentuh apabila membaca. It’s the way the author writes her tale. Too many narrative words. And the olahan is confusing me. I truly felt suffocated trying to reorganize my thoughts and understanding during my reading. I do not know how many times I had to flick thru the pages just so I can remember what, when n who happened and as a result, by the end of the book, I was so exhausted. I’m so so so sorry for saying what I said since I know Noor Suraya ada ramai die hard fans out there. That’s why, even when I’ve finished this books two weeks ago, I can’t seem to write a review on this.
Anyway, this is her second book that I’ve read and I am not the kind of person who easily gives up. Hence, I’m going to hunt for more of her books. Hope I will find what others felt while reading Noor Suraya’s book….
Sebenarnya tak dapat dinafikan hampir semua wanita mendambakan suami ala-ala ustaz zuhud Burhanuddin, tapi muhasabah diri: berapa ramai yang bersedia ditarbiah jiwa-jiwa mereka untuk menjadi calon bidadari surga? Sedia berjihad melawan hawa nafsu, zuhud, ikhlas, taat dan mendengar kata?
xx
4.5
Buku ini, insyaAllah bakal jadi antara koleksi favorite saya bagi tahun 2015 :) saya beli buku ini di Pesta Buku Antarabangsa yang lepas. Sempat bertemu si penulis, yang bertanya, apakah ini bacaan pertama saya? Ya, lambat sekali, tak begitu? Lalu dia lukiskan sepasang kerongsang di muka hadapan, katanya kerongsang ini ada perkaitan dengan tanda cinta si watak utama, jadi dengarlah Jaja bercerita tentang Din.
Mahu menulis review buku ini bila tiba masanya. Saya masih mahu menghadam rasa suka saya pada Faiza dan Burhanuddin.
p/s: frasa, don't judge a book by its cover, mungkin sesuai diaplikasikan dalam kes buku ini. Saya nyaris terfikir buku ini bercerita hal remeh-temeh cinta remaja, yang sebenarnya tidak. Ianya lebih dari itu. Mungkin, selepas ini rumah penerbitan perlu mengambil berat hal yang nampak remeh tapi penting juga buat pembaca.
Kisah Jaja & Din.. Maafkan saya lambat menyedari buku yang sangat ohsem ini.. :)
Short Review: Buku ini melibatkan banyak permainan emosi. Dari gelak terbahak-bahak seorang diri sambil di pandang dengan pandangan keliru oleh sang suami sehingga basah pipi sebab gagal mengawal perasaan sedih.
Alhamdulillah, walau terlewat tapi masih berpeluang baca kisah hidup Jaja & Din.
"Jaja sedang bawa mujahid kecil di belakang Din. Kalau Din boleh tunggu sedikit masa lagi, dia boleh tengok ayahnya"
"Tuhan andai aku ditakdirkan syahid pada jalan-Mu, aku ingin sekali membawa dia ke syurga. Membawa Faizaku ini." (*Basah pipi)
Kata Jaja: Kisahnya biasa-biasa saja tapi di ceritakan menjadi luar biasa.
Kata saya kisah Jaja & Din sangat luar biasa yang di ceritakan menjadi kisah yang hebat.
Aku membeli buku ini usai membacanya dari simpanan seorang rakan. Begitu kuat tarikan cerita ini, dan aku masih tersenyum dan menangis ketika membacanya
Benar-benar cerita yang mampu mengocak perasaanku, dari tersenyum riang, hingga ke titisan air mata. Ternyata Kak Su memberi satu nafas baru kepada cerita ini.
Jaja merupakan kesinambungan watak dan anak kepada Dr Haslinda dan Dr Shamsul, rakan kepada Dr Aqmar Aziz (kesinambungan cerita Nyanyian Tanjung Sepi). Membaca cerita ini, ibarat imbauan kisah lama. Nyanyian Tanjung Sepi menggunakan bahasa yang agak tinggi dan target pembaca mungkin tertuju kepada golongan dewasa, manakala Jaja & Din menggunakan bahasa yang agak sempoi, tapi masih mampu membuat pembaca terbuai-buai.
Awalan cerita mengisahkan si Jaja, seorang media planner yang agak hip hop, tidak bertudung, mewarnakan rambut, berseluar separas lutut yang banyak kali bermonolog sendirian, yang terpikat kepada seorang jejaka kelulusan Al Azhar yang dilihatnya pada sekeping gambar yang diambil oleh sahabatnya. Jaja terus tertarik dan bersemangat mencari lelaki tersebut. Memang agak menghairankan bagaimana Jaja yang sebegitu boleh terpikat dengan Din seorang ustaz!
Namun tekad Jaja sehingga berjaya merisik Ustaz Din, dan dapat menerima Din seadanya walaupun Din orang susah yang bekerja separuh masa sebagai ustaz. Bagi saya, garapan ceritanya menarik, Jaja merupakan seorang gadis yang kelihatan keras tetapi mudah menerima teguran dari suaminya, Din. Pelbagai peristiwa menarik, seperti bagaimana Jaja berkomunikasi dengan keluarga mertuanya, juga bagaimana Dr Aqmar Aziz merisik Din untuk Jaja.
Babak-babak akhir, penghujung cerita banyak membuatkan air mataku tumpah. Benar sentuhan Kak Su kali ini membuatkanku terpikat. Kak Su juga memberi garapan tentang kisah-kisah para sahabat, juga sedikit ilmu tentang bagaimana ayat al quran. Subhanallah!
Oh, hatiku tersentuh kerana ikhlasnya Jaja menerima Din, dan ikhlasnya Din untuk memperisterikan Jaja. Alangkah indah kalaulah kalau, bertemu jodoh dengan orang yang faham dan amalkan agama. Betapa tulus hati Jaja, begitu juga Din memberi
Kalau scroll sampai bawah, semua orang dah review dengan baik buku Kak Su ni.. :)
Actually sangat terkesan dengan cara Din didik Jaja, cara Din bimbing Jaja sampai Jaja jadi super mother yang solehah. Cara Din tu sangat2 berhikmah. fuhhhh. Dan saya rasa itu yang sepatutnya diterapkan dalam diri daie, kita kena ubah method dakwah dengan lebih berhikmah dan penuh dengan kasih sayang. Setiap kesalahan yang Jaja buat, Din akan tegur dengan cara kisahkan tentang Sirah Nabi dan kaitkan pengajaran Sirah Nabi tu dengan apa yang Jaja dah buat. So setiap malam sebelum tidur, Jaja ada tukang cerita yang sangat hebat.. :D
Bahagian paling best bila Din nak share sama banyak kerak nasi dengan Jaja. Pandai Din up kan balik semangat Jaja yg dah mula down bila Jaja sedar yg Jaja tak pandai masak.
Nak tahu detail cerita ni, kena beli dan baca sendiri.
p/s : Jazakillah zati for recommending this novel to me. First time buat review ni gara-gara novel ni sangat best. ;)
buku ni dah lama sangat nak baca sebab ada kawan yang suggest...finally, dapat baca...buku ni memang best sebab menggambarkan macam mana jaja sangat la semangat nak pikat si din tuh...cuma, banyak sangat ayat yang menggambarkan pov penulis..so, penat sikit la nak baca...penat sikit je la...happy ending walaupon nak boleh ke sampai part ending tuh, dah basah bantal sebab menangis sedih sangat...btw, jaja is so strong and persevere...citer yang best...keep it up writer
mmmmmmmmmm.. OKAY. :) Semua bagi berbintang-bintanggg. Nak komen pun neves sbb I baca skip2. Tak tahu kenapa. Mungkin cerita ni agak slow bagi I. Part last-last tu sebak jugak bila Din hilang. OK. :)
Syahdunya! Begitu suci cinta yang datang dari Allah. Rasa insaf dan ingin menjadi yang lebih baik. Jaja (Faiza) sangat-sangat mencintai Din (Burhanudin) sejak pertama kali melihat gambarnya. Mulalah satu pencarian dan pengembaraan untuk Jaja. Dia ingin 'ikhlas', 'reda', 'taat' serta 'zuhud'. Mereka menempuh alam perkahwinan. Din mula belajar mendidik Jaja untuk lebih dekat dengan Tuhan. Bermula dengan bercerita sirah Nabi, mendidik sembahyang dan mengaji. Jaja senang untuk dilentur kerana hatinya memang luhur dan ikhlas. Dia reda serta taat pada suaminya. Kemudian Din pergi berjihad. Jaja tetap menunggu kerana cintanya sungguh besar untuk Din. Cerita cinta yang sangat syahdu...
Waktu menulis review adalah pada awal pagi Isnin - jadi tak dapat tulis panjang. Masih keliru dgn Ayat-ayat Cinta + Nur Kasih sebenarnya. In denial dalam sesetengah perkara dan bahasa yg digunakan. Bukan negatif tapi masih cuba menerima tanpa sebarang prejudis.
Susah kan, membaca sesuatu yg dekat dengan diri? :)
Baru berkesempatan utk menyudahkan pembacaan. Jaja & Din carries very meaningful message on its story. Si Jaja ~ gadis bandar yg jatuh hati kepada si Ustaz kampung yg bernazar utk hidup secara zuhud. Kasihnya si Jaja kepada suaminya sangat mengharukan. Cintanya si Din kepada pemilik kening cantik si Jaja.
sebuah jalan cerita yang sangat bagus. saya suka watak jaja yang gadis biasa2 tapi tak semestinya dia akan dapat suami biasa2. dan akhirnya dia bukan biasa2.
dia isteri kepada pejuang agama yang sanggup berjuang. :) sebuah novel yang sgt bagus dan memberi isnpirasi kepada saya.
Permulaan yg agak slow.. Jaja cuba cari lelaki yg dia jatuh suka pada pandang pertama semasa di kubur.. lain betul aura si Din nie..
Cari punye cari, tak jumpa.. sampai laa Jaja pergi kenduri Qaulah.. baru laa jumpa.. dan dari situ, Jaja sememang nya suka kat Din nie..
Da kawin best baca.. cara Jaja sesuai kan diri dengan keluarga Din.. Jaja rasa dia bukan menantu pilihan, jadi bila cara mak mentua cakap dengan dia, dia rasa ada gap antara dia dan mak mentua.. actually tu perasaan dia jee..
Bagus Din, dia banyak remind Jaja tentang agama, bercerita tentang cerita zaman Rasulullah. hutang Jaja dengan Allah.. sedikit sebanyak Jaja memang berubah.. sekaligus berubah persepsi Jaja terhadap orang sekeliling..
Selama beberapa tahun kahwin, mereka lambat di kurnia kan zuriat.. family Jaja dan Din takde pun sibuk tanya pasal anak..
Masa Din pergi Jihad, sedih tau sebab nanti Din hilang.. orang sana jumpa jari bersama cincin kawin Din.. Jaja kene jadi kuat walau apa pun berita yg dia terima.. dengan ada nya Umar, Jaja tak bole bersedih lama²..
Seronok baca sebab naskah ni banyak isi dalam nya..
Bacalah berulang kalipun, air mata itu pasti menemani sewaktu membaca Jaja & Din. Cuma kali ni, air mata tak tumpah. 'Dia' duduk diam menakung dalam kelopak mata. Acewah. Geli pulak aku.
Kalau orang tanya aku "cerita novel apa yang tak klise yang hang nak bagi orang baca" aku akan cepat-cepat jawab Jaja & Din.
Tengok, aku pun dah tak ingat berapa kali aku ulang baca baca buku ni. Buku Jaja & Din ni pun dah tiga kali aku beli. Sebab yang pertama tu hilang, siapa pinjam entah tak pulang-pulangkan. Yang kali kedua beli ni kulit dah lunyai sikit (yang ni aku buat simpan kat rumah). Kali ketiga beli aku hadiah kat kawan aku. Punyala nak cakap cerita ni seronok tahu.
Cerita Jaja & Din ni, lepas aku buat marathon buku-buku Kak Su untuk bulan Julai (dan aku buat keputusan untuk akhiri marathon ni dengan baca buku Jaja & Din), aku tiba-tiba rasa setuju dengan sorang reviewer kat sini kata yang dia rasa tulisan Kak Su untuk buku ni rasa macam bukan Kak Su yang tulis.
Mungkin disebabkan banyaknya aku baca buku Kak Su dibawah adiwarna, jadi, tatabahasa dan penulisannya lebih teratur dan susah juga nak cari kesalahan ejaan. (Dak dak. Bukan nak jadi grammar nazi. Cuma bila baca tu macam terganggu sikit la. Tu ja. Janganlah kecam) - tapi waktu aku baca Surat Ungu untuk Nuha tak rasa lagu ni pun. Hmmm
Apa-apa pun, kalau hangpa tak pernah baca lagi buku Kak Su, aku memang akan recommend hat ni kat hangpa semua. (Tapi rata-rata friends aku kat Goodreads ni kebanyakkannya dah pernah baca hahahaha)
Rating aku tak pernah berubah. Biaskan aku dengan penulis kegemaran aku ni? Hihu
Ohh lupa nak cakap, kalau nak tau sambungan macam mana Din kat Afghanistan bacalah Kekasih Waktu. Novel Kak Su yang ni pun power. Bengkak lah juga mata waktu baca.
Ok ok dah.
*****************
Kata orang cerita yang terbaik adalah cerita yang mampu terpahat di hati bukan untuk satu tempoh yang sekejap dan aku rasa cerita ini benar benar terikat di hati aku.
Entah untuk kali ke berapa aku mengulang baca Jaja & Din ni. Suka. Sudah sepuluh kali ulang rasanya baru aku ingin mebuat 'review' di sini.
Aku suka dengan watak Jaja dan Din dalam cerita ini. Permulaan cerita mungkin sedikit lambat di mana aku juga seperti pembaca yang lain menanti saat-saat pertemuan antara Jaja dan Din tetapi selepas pertemuan antara mereka berdua itu benar buat aku jatuh cinta dengan pengolahan penulis, dari jalan ceritanya sehinggalah ke pembinaan watak-watak dalam cerita ini.
Err, entah apa pula yang perlu aku taipkan ya? To be honest, I'm such a bad reviewer. Aku tak pandai mengarang sinopsis. Frankly speaking, this book is higly recommended for those who wanna read non-cliché type of malay novel. Ok, dah.
Reread kali ini baca new version terbitan Manes Workwords (walaupun rasa tak ada perubahan dari naskhah asal tapi sebab karya Kak Su tetaplah support beli 😅).
Jaja & Din 10/5/26 (1954H) - 24/5/2026 (2336H) Manes Workwords M/S 359
Jaja & Din, naskhah yang diolah dengan pelbagai POV. Kadang dari POV1, tiba-tiba lompat ke POV3 dan seketika ada jelmaan 'campur tangan penulis' iaitu Kak Su.
Plot diolah dari awal sebagai luahan perjalanan hidup Jaja, anak sulong Dr Badrul Hisyam dan Dr Haslinda. Jaja yang moden dan gila buku. Jaja yang hatinya 'suci' kerana sehingga usia 24 tahun dia tak pernah menaruh hati waima sekuman pun pada mana-mana lelaki. Disogok jodoh yang cukup lengkap segalanya pun, dia tetap tekad dengan rasa hati.
Tapiiiiiiiii, sekali Jaja jatuh CINTA (hanya dengan sekeping gambar), tiga tahun pun tidak terasa dia memburu cinta pertamanya. Memang tekad sungguh Jaja memburu cinta Ustaz M. Sampai ke tanah perkuburan pun Jaja jejak!
Turun naik perjalanan dari pelbagai POV, akan buat kalian pening jika pandai-pandai pergi belek halaman belakang.
Karya yang penuh perkongsian berkenaan sejarah Islam, perjuangan di bumi Afghanistan (yang ni jarang dikupas) dan cara hidup Islam yang sepatutnya terutama berkenaan subhah dalam pekerjaan. Walaupun nampak ringkas tapi kesan buruk pada generasi seterusnya pasti ada.
Aduhhhh, POV Ustaz Din sedikit sangat diolah tapi sekali dia membuka mulut, Faiza yang selalu petah itu pun terkedu tanpa suara.
Dan bagi Jaja segala cemuhan orang sekeliling itu tidak penting lagi apabila semuanya sempurna di mata Din. Titik!
Peringatan awal, yang berhati tisu mohon sediakan tisu awal-awal ye. Kesiannya Jaja anak orang pekan, bila pertama kali balik ke Baling begitu layanan yang dia terima. Tapi semuanya ditelan sebab, Jaja sayang Din 😭.
Untuk selebihnya, sila la baca ye. Tapi mohon jangan belek halaman belakang kerana kalian pasti tersesat tanpa jumpa jalan untuk menemui Jaja & Din.
Kisahnya ibarat penceritaan dari Jaja sendiri , namun turut ada kisah dari sisi Din.
Permulaan ceritanya agak lambat , sehinggakan saya ternanti-nanti waktu "sebenar" Jaja bersua muka dengan Din. Namun penantian ternyata tidak sia-sia. Pertemuan mereka membuatkan saya juga seperti Jaja - Falling in love with Din !!
Walaupun pada awalnya saya seakan tak setuju dengan Jaja yang mahu 'meminang' Din. Dan saya macam bercakap terus pada Jaja - " Jaja , don't do it !! U will regret it !! ", - sebabnya macam mustahil untuk Din berkata - " Ya ". Namun difikirkan tajuknya pun sudah Jaja & Din , takkan Jaja dengan yang lain pulak kan. Lagipun dari awal penceritaan Jaja , Jaja sudah bagi klu yang dia memang dengan Din.Dan saya juga turut menarik nafas lega untuk Jaja bila Din kata " Ya ". Over kan ain ni?? hihi
Dan ternyata kisah Kak Su kali ini turut membuatkan saya menangis yang sebetulnya. Menangis sungguh-sungguh !! Sampaikan mata dan hidung merah bak 'clown' ^___^ Pesanan Uncle Aqmar pada Jaja - itu kisah air mata sungguh-sungguh saya yang pertama ! Juga kisah berita Din yang jauh dari Jaja - itu sampai tersedu-sedu !!!
Dan satu lagi yang menarik hati saya - adalah kisah ini berlatarkan tempat-tempat berdekatan dengan rumah saya - Jawi , Parit Buntar. Sampaikan Din itu diceritakan pernah bersekolah di Almashoor lelaki - " teman sepermainan " ataupun " musuh ketat" sekolah saya. Membaca part itu buat saya gelak tak ingat ^_____^
Nak tahu kenapa beria-ria sangat gayanya AinSabrina mengulas buku ini , kena la gi baca sendiri ^___^