Jump to ratings and reviews
Rate this book

Denyut Nadi

Rate this book
Denyut Nadi sebuah novel yang berlatarkan sejarah Tanah Melayu pada zaman pemerintahan Jepun sehingga saat Jepun berundur dari Tanah Melayu dan Singapura. Watak-watak pentingnya ialah Johari, pemuda yang bergiat dalam Persatuan Pemuda Melayu, bersahabat baik dengan Mokhtar seorang wartawan. Pejuang Cina terdiri daripada Master Lee, Siew Meng dan Komrad Pang, manakala beberapa spy British dan Jepun ialah Howard, Piere dan Kenji yang kemudiannya menjadi orang kuat tentera Jepun apabila Singapura bergelar Shonan-To. Ayah Johari sendiri, Datuk Shahdan lebih condong dan bekerjasama dengan British, kelaziman bagi golongan yang dididik oleh British.

235 pages, Paperback

First published January 1, 1994

6 people want to read

About the author

Ali Jusoh

18 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (80%)
4 stars
1 (20%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,548 reviews41 followers
May 18, 2021
Saya tengok tiada Sinopsis dikepilkan bersama listing di sini, jadi saya kongsikan apa yang tercetak di kulit belakang buku untuk anda pembaca / bakal pembaca budiman.
====

Denyut Nadi sebuah novel yang berlatarkan sejarah Tanah Melayu pada zaman pemerintahan Jepun sehingga saat Jepun berundur dari Tanah Melayu dan Singapura. Watak-watak pentingnya ialah Johari, pemuda yang bergiat dalam Persatuan Pemuda Melayu, bersahabat baik dengan Mokhtar seorang wartawan. Pejuang Cina terdiri daripada Master Lee, Siew Meng dan Komrad Pang, manakala beberapa spy British dan Jepun ialah Howard, Piere dan Kenji yang kemudiannya menjadi orang kuat tentera Jepun apabila Singapura bergelar Shonan-To. Ayah Johari sendiri, Datuk Shahdan lebih condong dan bekerjasama dengan British, kelaziman bagi golongan yang dididik oleh British.

====
Membaca Denyut Nadi, entah mengapa hati tidak berduk dak duk dak. Hairan juga saya. Sedangkan ceritanya banyak adengan yang mencemaskan. Mungkin ia kerana watak Johari yang tenang sentiasa. Hebat sungguh watak Johari, dia melayari hidupnya dengan keteguhan tidak terjangkau walau dalam usia muda. Bapanya Si Datuk Bangsawan yang kononnya ingin memperjuangkan negara secara diplomatik dengan orang Inggeris itu pun, cabut lari meninggalkan tanah air bersama rombongan diraja ketika Malaya mula menunjukkan tanda-tanda akan jatuh ke tangan Jepun. Johari berpendidikan England, balik selepas menamatkan Pengajian, menganggur di mata ibu dan bapanya. Tidak banyak cakap, tetap dengan pendiriannya, berani hidup dalam air yang bergelora, sambil bernafas setenang anak ikan yang hanya tahu berseronok, seakan tidak hiraukan bahaya. Dalam diam dan senda Johari pasang strategi sendiri dan secara sulit bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam misi memperjuangkan kebebasan Tanah air dari mana-mana bangsa Penjajah.

Watak Master Lee / Vick / Nguen Kao Tuck, juga menarik bagi saya. Dia dan Johari boleh dikatakan the epitome of calm and gentle. Saya tidak dapat faham juga walaupun selepas buku habis, apa aspirasi atau galakan utama Master Lee. Tidak pasti juga jika beliau warganegara Tanah Melayu, Indochina, China? Yang saya tahu, dia menampakkan diri sebagai ketua golongan anti British sewaktu pemerintahan British dan kemudian anti Jepun sewaktu Jepun memerintah Malaysia, Kumpulan Bintang Tiga. Dia nampak seperti seorang yang berstrategi berpandangan jauh sama seperti Johari, tidak sama dengan Komrad Pang yang hanya mahu membunuh melunaskan dendam terhadap kumpulan yang memusuhi orang Cina. Sebelumnya itu Master Lee mungkin pembunuh upahan atau pemberontak di Indochina yang diselamatkan oleh Tuan Brown. Selepas itu Lee diselamatkan oleh Johari yang bergerak persis James Bond dengan picagari rahsia, dari dibunuh oleh Piere.

Johari memerhatikan jam antik di dinding rumahnya yang terus berdetik mengikut waktunya sendiri. Berdetik dan terus berdetik, berhenti hanya apabila kehabisan tenaga pada spring-nya. Ingin menggerakkan semula detik jarum jam, putar saja pemutar spring, berdetiklah jam itu kembali. Tidak sama dengan manusia, kalau berhenti berdetik nadinya, maka ia akan mati tidak boleh diputar apapun lagi.

Teringat cara Datuk Yahya mati ditembak Komrad Pang, perut buncitnya pasti masih berladung dengan arak yang diteguk malam sebelumnya, "Bekas pasir yang berserakan oleh kaki Datuk Yahya yang menggelepar bagai penyu mengais pasir hendak bertelur masih masih belum terusik, darahnya juga masih belum kering." Dan mayatnya entah ke mana dicampakkan. Nauzubillah.

Ayat terakhir begitu mysterious dan meninggalkan pembaca dengan Harapan menonjol girang,"Johari tersenyum sendirian. Dia terus berdoa agar Master Lee segera muncul semula dalam bentuk yang lain".
Profile Image for Nur Izzaiti.
17 reviews1 follower
October 19, 2017
A splendid book. Very good storyline and characters were well built.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.