Aril: Pelajar lelaki yang baru saja bertukar sekolah. Punya rupa. Ada gaya. Keluarganya orang berada. Maka dia cepat popular. Namun, di sebalik kesempurnaan yang dimiliki, dia sebenarnya bekas samseng, baru dibuang sekolah, pelajar bermasalah dan berseteru dengan bapanya.
Athirah: Dia pelajar terbaik. Penolong Ketua Pengawas. Penyandang jawatan penting dalam beberapa persatuan. Anak emas cikgu. Harapan sekolah, ayah dan ibu. Tapi itu sajalah yang dia ada. Selebihnya, dia tak punya apa-apa kerana keluarganya papa kedana. Sebagai anak sulung, tanggungjawab yang tergalas di bahu, melebihi kemampuannya. Jesteru itu, ketegasannya luar biasa.
“Garang. Sombong. Tak pedulikan aku. Tak ada perasaan. Keras. Tapi itu yang buat aku jatuh cinta…”- Aril.
Budak sekolah mana boleh bercinta!
Bapa Athirah takkan sesekali membenarkannya. Kalau masa berputar dan peluang terbuka sekalipun, masih ada jiwa yang takkan berhenti mencemburui mereka berdua.
Best buku ni. A walk down to memory lane masa kita sekolah dulu². Bring back a flood of memories of times spent together with friends.
Friendship between Tira dan Aril. Mereka tak bercinta, masing² tertarik tapi Tira cuba mengelak. Takut Pak Mad marah.
Lepas Spm, Aril meluahkan perasaannya but cam biasalah Tira cakap dia kena masuk universiti..kena kerja jaga family dia. Aril kata dia akan menunggu.
Tup² Aril accident.. Tira lost contact dengan Aril. 7 tahun Tira tunggu. Salah seorang kawan baik kata Aril dah lupakan Tira. Takpernah pun dia called. Padahal kawan tu buat cerita! Jahat!
Geramnya bila jumpa penamat. Tak sangka pelaku yang keji tu kawan sekolah jugak. Sakitnya hati!
Penulis kata "akan datang luahkan cinta sekuel dari simpan kata cinta".
Adoiiii stress F 😁
**Luahkan cinta coming soon in november 2023 versi ebook.. yahooo**
This entire review has been hidden because of spoilers.
orang kata, cinta di bangku persekolahan ni, cinta monyet. mungkin sebab kalau terlepas pegang pun, masih boleh sempat berpaut pada dahan lain. ya ke?
tapi naskhah ni bukan kisah cinta hangat membara. kisah aril, pelajar yang dibuang sekolah dan masuk ke sekolah yang ada di kampung. kena tinggal dengan neneknya. awal-awal, dia buat kepalanya sendiri juga. tapi lepas ditangkap kerana bawa rokok ke sekolah, jadi sakit hati pula dengan athirah.
watak athirah memang ada je masa zaman sekolah. penolong ketua pengawas. pandai. pegang jawatan penting. cikgu percaya. kalau ikutkan memang ada rasa menjengkelkan dengan watak sebegini, tapi, bukan dia buat salah pun. ada sebab dia begitu. memang sikap dan sifat semulajadi, mungkin?
tapi athirah ni bukan keluarga senang. itu sebab ayah dia tekankan sangat supaya belajar bersungguh-sungguh. jangan leka, jangan lalai.
mereka ada perhitungan. dek sebab tayar basikal, aril perlu ikut arahan athirah. dan dek sebab itu, wujud satu perasaan lain dalam jiwa aril. jiwa yang ingin membuktikan, dia juga terbaik.
mak ayah memang takkan pernah adil, kan? kalau adil, kenapa nak bezakan antara anak?
seronok sepanjang pembacaan. tak jauh lari dari zaman persekolahan akak, muda sikit ajelah aril dan athirah ni. kihkih. jadinya, perasaan zaman persekolahan itu sama. walaupun penulis selit sana sini, contoh macam kaset, walkman, acara rumah sukan, buat nota belajar kaler-kaler... semua memang jadi nostalgia indah.
ada remaja nak cepat dewasa kerana rasa terkongkong. tapi bukan untuk athirah. dia nak cepat dewasa kerana perasaan tanggungjawab pada keluarga. ini biasa. setiap individu akan punya lain harapan, lain keinginan.
tapi tak salah mengejar cantik pelangi yang sama walaupun dari arah yang berbeza.
cuma kan puan penulis cantik... akak ingat kisah ni habis macam ni saja.
Sebuah cerita yang menggamit kenangan zaman persekolahan.Latar masa lewat 90-an dan latar tempat di kampung menjadikan cerita ini terasa tenang untuk dinikmati.Namun, ada sequel pula ya?..😄 Tak apa, kita nantikan.
Ceritanya berlatarkan masa 90-an. Seronok juga baca sebab kita boleh rasa vibe sekolah zaman tu, menggamit memori. Plot ceritanya santai. Konflik pun tak berat. Tak sabar tunggu sambungan.
Aril memang greenest flag walaupun pada mulanya dia tak suka Athirah tu. After dia dah tahu kisah pasal Athirah dia try hard nakkan dia. Comelll tapi paling bengang bila member Aril backstabber dia sebab obses sangat ngan Athirah.Tak boleh jadi ni kena baca next buku of this story.