' Tak henti hati ini menyebut namamu.. Tak henti jua degupan rindu memalu jantungku... '
Sinopsis : Cinta... Tiada Akhirnya Rentetan perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam novel ini.
Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.
Inilah kisah.. 'Cinta... Tiada Akhirnya', menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.
Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, 'Cinta... Tiada Akhirnya', akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.
(Cinta... Tiada Akhirnya kesinambungan novel Ombak Rindu)
Citer nya suspens dan banyak scene yg menarik. Kisah Izzah juga yg seperti lurus bendul masih seperti wataknya di Ombak Rindu. Pakcik Taha muncul setelah melihat gambarnya di akhbar menjadi isteri Hariz pemilih Sufiah Holdings yg megah. Dari situ Pakcik Taha telah memerangkap Izzah. Izzah diculik. Akhirnya Izzah terkorban di sungai.
Hariz pula mengambil Salleh adik kandungnya sebagai second man di Sufiah Holdings. Mila Amiliya xwife Hariz pula cuba menggodanya walaupun dia sendiri telah bertunang. Semasa kehilangan Izzah, Salleh telah mengambil kesempatan ke atas HAriz dengan perancangan nya tersendiri.
Sementara itu Armand (anak Hariz dan Mila) di bela oleh keluarga sebelah Mila. Elin - adik Mila yang menjaga Armand sejak kecil mula tertarik dengan HAriz walaupun cintanya bagai bertepuk sebelah tangan. Ingatan Hariz terhadap aruah Izzah masih kental. Sehinggalah adik Hariz (Irah) membawa gambar2 gadis yg mirip Izzah ke rumahnya.
Hariz menjejak gambar gadis tersebut (Suri) ke kampungnya di Kota Tinggi. Disitulah dia bagai berjumpa semula dengan Izzahnya. Pelbagai cara dilakukan. *membacanya membuatkan kita tersenyum geli hati dengan cara2 Hariz tersebut.
Akhirnya semua rahsia terbongkar, dimana Suri merupakan kembar Izzah. Walaubagaimanapun Suri telah hilang sewaktu di kolej. Kemudian dijumpai oleh pemancing dan dibawa ke klinik. Disitu Izzah telah ditukar ke Suri kerana Izzah hilang ingatan, dan kebetulan pula keluarga Suri sedang mencari Suri, percaya Izzah tersebut adalah Suri.
Hariz akhirnya menyiasat dan mendapat semula Izzahnya....
Rentetan Perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam 'Cinta....Tiada Akhirnya.
Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.
Inilah kisah.....CINTA .....TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.
Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, CINTA....TIADA AKHIRNYA, akan menyerapi kehidupan setiap pembaca
Tak best sgt. Sebab izzah hilang ingatan. 🙄 Masa baca novel ni dalam hati aku dok kata 'kenapalah nak kena ade sequel'. Menyumpah jugak masa ni. Ya lah, aku da set dalam kepala aku happy ending izzah-hariz ni dalam Ombak Rindu. Tup tup hilang ingatan pulak. Padiaaaa. Paling aku tak boleh lupa yang scene hariz mengintai izzah mandi masa kat kampung. Adoyaii. Dah kenapa ko hariz??
Pada mulanya aku mmg berat hati nak baca novel ni sbb aku tak suka baca sequal novel, takut jalan ceritanya dragging dan byk sgt konflik yg bukan2. Ombak rindu mmg best sgt, dan sequelnye ini tidak menghampakan aku. Aku suka gaya penulisan fauziah ashaari
Tajuk: Cinta... Tiada Akhirnya Penulis: Fauziah Ashari Penerbit: Intens Idea International Genre: Cinta Bilangan muka surat: 597 muka surat Cetakan: 2012 ISBN: 978-983-43450-1-3
Sinopsis: Hariz yang merupakan anak kandung Mak Jah dan Pak Dollah meneruskan legasi ibu angkatnya, Datuk Sufiah di Sufiah Holdings. Rumah tangganya dengan Izzah juga semakin intim. Malah Izzah kini disahkan mengandung beberapa minggu. Beberapa tahun ini, Izzah turut menyambung pelajarannya di UTM dan berkenalan pula dengan Musliha dan Hazirah, adik angkat Hariz. Mila Amylia pula semakin popular mengejar cita-citanya sebagai pelakon popular di Malaysia. Kehilangannya beberapa tahun lepas adalah untuk menyembunyikan diri daripada Hariz kerana mengandungkan anak kepada lelaki kesayangannya itu. Dia muncul kembali dan menyatakan perkara sebenarnya kepada Hariz. Namun, saat itu mereka cuma sahabat baik sahaja kerana telah bercerai. Kini, Mila sedang hangat bercinta dengan Aidil, seorang pengarah filem muda. Kebahagiaan Izzah dengan Hariz sekejap sahaja kerana sejarah silamnya kini menghantuinya kembali. Pak Cik Tahar yang pernah memperkosanya dulu kini kembali menyamar sebagai pemandu peribadi suaminya tetapi menggunakan nama lain iaitu Pak Mok. Penampilan Pak Mok jauh sekali bezanya dengan Pak Cik Tahar yang dikenalinya. Lama-kelamaanya, Izzah mempercayai lakonan pak ciknya itu dan pada waktu itu dia percaya bahawa pak ciknya telah bertaubat. Izzah berjaya menipu Hariz untuk mendermakan wang sebanyak RM 25,000 kepada sebuah persatuan kebajikan. Hariz yang sangat mempercayai isterinya malah menyerahkan cek sebanyak RM 30,000. Tetapi, bila diketahui oleh Hariz bahawa wang itu sebenarnya untuk tujuan lain, rumah tangga mereka semakin dingin. Izzah masih merahsiakan perkara sebenar dari suaminya. Selang beberapa hari, pak ciknya meminta lagi wang untuk menuruti nafsu kaki judinya. Apabila gagal menuruti kehendak pak ciknya, Izzah pula jadi mangsa. Pak Cik Tahar dengan kawan judinya Roland bertindak menculik Izzah untuk mendapatkan wang tebusan daripada Hariz. Namun, semasa ditangkap Roland telah bertindak menumbuk perut Izzah. Semasa dalam tahanan, dalam kesakitan akibat keguguran itu Izzah berjaya meloloskan diri. Namun, pergerakannya berjaya dihidu oleh Pak Cik Tahar. Semasa hendak melarikan diri daripada Pak Cik Tahar, Izzah telah terjatuh ke sebuah sungai semasa hendak menyeberangi sungai tersebut. Berita kematian Izzah menyebabkan hidup Hariz serba tak kena. Apakah kisah selanjutnya? Kenalah baca buku ini.
Komen: Secara keseluruhannya, lima bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Sekuel kepada “Ombak Rindu” ini tidak menghampakan. Watak-watak dari buku pertama masih dikekalkan malah pertambahan watak dan perkembangan watak yang hanya muncul seketika daripada buku pertama turut ditekankan. Malah konflik demi konflik muncul terutamanya kenampakan belang sebenar adik kandung Hariz iaitu Salleh. Kisah Hariz bersambung ke “Rindu Cintaku” (Ombak Rindu 3).
Oh I so much preferred this instalment than the first one!
The writing is much better, the editing much better, and the story much tighter. There are still loose ends, but well, that seems to be the bane of any Malay novel.
Maybe I preferred this instalment because the lembik Izzah was 'out of action' for the bulk of the story. Or maybe the plot made much more sense. I dunno. But out of the three, this is the one I prefer. ;D
Suka cerita ni. Izzah lebih ber"nyawa". Ada la tindak balas bagi perbuatan² orang dekat dia. Kalau sebelum ni, apa pun hariz buat, dia redha. Tapi, salleh tu perghhhhhhhh perangai tak seghupe oghang. Kakak ipar kau sendiri pun kau nak buat onar? Dah la dapat hariz yang cemburu buta dari dulu sampai sekarang. Ehhhhhh syukur sungguh la kawin dgn izzah. Bertabah sungguh izzah melayan cemburu buta dia. Tapi, apa pun,sekuel ni boleh layan. Best 👍