🎐- Kenapa baca buku ni? Sebab aku sukakan apa² kait tradisional dalam atau luar negara. Buku ini pengisian temanya, pakaian tradisi Korea (Hanbok). Selaku peminat Kdrama genre Saeguk( Drama Sejarah) semestinya menarik aku membacanya. Hanbok diberikan maklumat dalam bentuk cerita fiksyen sejarah era Korea di Dinasti Joseon.
🎐-Seperti baju Melayu dan Baju Kurung dan kain batik, pakaian tradisional Malaysia pernah di baca ada falsafahnya. Menerusi buku, Hanbok diberikan rincian dari segi jenis dan waktu pemakaiannya, cara pakai, tarikh hari Hanbok dan semua aksesorinya. Semua fakta ini terangkum dalam cerita Ira, remaja yg sertai rombongan sekolah ke Muzium Negara.
🎐- Ira mengutip artifak norigae( Hiasan pd Hanbok) loket rumbai jed putih yg terjatuh dari Hanbok di pameran sementara sejarah Korea sekitar muzium. Terpegang aksesori itu Ira pengsan dan berhalusinasi menjadi Puteri era Joseon. Jadi penumpang dlm badan Puteri Jeong. Puteri yg lasak, agak lari dari tatasusila seorang puteri, sering merayau di luar istana dan sering ke Jabatan Biro Pakaian Diraja serta sering menyamar untuk dekati jabatan kesukaannya. Menarik, persamaan Ira& Puteri Jeong sama, Menjahit! Hal menarik info kenapa Ira boleh jd Puteri Korea tu, hah itu terjawab bagaimana Ira terperangkap dlm badan puteri yg berkurun lama dulu kala.Bagus untuk bacaan lanjut.
🎐-Walau tak panjang selingan Ira menjadi Puteri, di sini input Hanbok banyak dinyatakan. Tak hanya fokuskan Hanbok, turut ada info judul² drama Saeguk(Kebanyakan dh tonton🙈), kebudayaan,makanan dan travelog.
🎐-Tambahan teguran yg ada aku suka diceritakan. Bagaimana keburukan obses dengan Kdrama dan kebaikan sekiranya jadikan sesuatu minat sebagai landasan untuk berjaya dalam hidup.
P/s: i) Istilah Korea itu diberikan dalam bentuk nota kaki/glosari rasanya lagi baik sebab rasa sedikit terganggu bila banyak² dalam dialog (Hanya pendapat🙏🏻)
ii) Scarlet Heart Ryeo tu Saeguk Kdrama, terpaling suka, buku ni buat terbuka balik luka lama,sakit💔
Puas hati untuk info² baharu🤗