Jump to ratings and reviews
Rate this book

Chronicle 301: Semester Satu

Rate this book
Kami- Jijah, Iman, Nisa dan Awa dengan ini berikrar akan sentiasa:

- Mengingati Tuhan

- Berkelakuan baik

- Menyayangi ibu bapa dan keluarga

- Mendapat gred yang baik dalam peperiksaan ( )

- Tidak merosakkan Bumi dan isinya

- Memastikan bilik 301 dalam keadaan kemas dan bersih

- Menjaga persahabatan ini hingga akhir hayat

- Membantu mereka yang teraniaya

Di bilik 301, pertama kali mereka bersua. Karaktar dan latar mereka berbeza, pelbagai ragam dan warna, namun itu yang menjadikan mereka seia sekata.

488 pages, Paperback

First published January 1, 2009

Loading...
Loading...

About the author

Qayyum Nur

9 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (30%)
4 stars
8 (34%)
3 stars
7 (30%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Ummu Auni.
702 reviews
April 7, 2010
Percubaan penulis baru, benar saya mudah tertarik dengan jaket buku yang menawan. Membaca buku ini benar-benar buat saya terhibur. Memanglah saya ini yang jenis konservatif, tetapi watak yang ditonjolkan di dalam cerita ini, mengetuk kenangan lalu. Elemen-elemen kejutan sedikit demi sedikit, perubahan terhadap kehidupan biasa, itu yang menarik minat saya. Membacanya seolah-olah membaca tulisan Bahruddin Bekri (walaupun terus terang saya nyatakan, cerita Bahruddin banyak yang menggeletek perasaan saya, dan benar-benar berlainan dari genre biasa).

Setiap watak, Iman, Jijah, Awa dan Nisa, mempunyai keistimewaan sendiri. Mereka adalah penghuni bilik 301. Bagaimanakah mereka menghadapi cabaran bergelar pelajar kolej? Setiap dari mereka mempunyai masalah tersendiri, walau sekecil mana pun. Nisa digambarkan anak kakitangan UNITI di mana keluarganya menginap di kuarters UNITI. Awa merupakan anak tauke Nasi Kandar dan pembersih orangnya, Iman seperti tomboy, manakala Jijah adalah anak org kaya yang tidak sombong.

Membaca buku ini seolah-olah membaca 4 perspektif berbeza kerana ianya ditulis oleh 4 penulis berbakat. Sedikit sebanyak walaupun jalan cerita tidak lari, saya boleh merasakan perbezaan di antara tulisan-tulisan tersebut. Banyak kisah lucu, menghiburkan yang terjadi di antara mereka. Sesuai menjadi bacaan remaja yang ingin tahun kehidupan di kolej/universiti.
Profile Image for Nur Fathiah Zahri.
32 reviews
August 18, 2011
Kami- Jijah, Iman, Nisa dan Awa dengan ini berikrar akan sentiasa:

- Mengingati Tuhan

- Berkelakuan baik

- Menyayangi ibu bapa dan keluarga

- Mendapat gred yang baik dalam peperiksaan ( )

- Tidak merosakkan Bumi dan isinya

- Memastikan bilik 301 dalam keadaan kemas dan bersih

- Menjaga persahabatan ini hingga akhir hayat

- Membantu mereka yang teraniaya

Di bilik 301, pertama kali mereka bersua. Karaktar dan latar mereka berbeza, pelbagai ragam dan warna, namun itu yang menjadikan mereka seia sekata.
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books108 followers
October 1, 2011
Kisah penghuni bilik 301 di UNITI. Empat remaja perempuan yang berbeza latar belakang dan karakter. Ditulis berasingan oleh empat orang penulis. Tidak nampak sangat cerita ini ditulis berbeza penulis. Walaupun kadang-kadang ada bahagian yang menjemukan tetapi secara keseluruhannya masih baik lagi.

Saya terfikir, mereka semua sangat baik sehingga masing-masing dibuli oleh rakan sekumpulan. Hmm... yalah, saya juga pernah ada pengalaman sebegitu di kampus dahulu. Saya juga tidak sampai hati hendak menggugurkan namanya ketika menghantar tugasan...
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
January 31, 2013
seronok baca.
buat tak sabar-sabar nak tahu sambungan dia.
kisah pasal 4 sekawan dan kehidupan di kolej.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews