Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hari-hari Terakhir Seorang Seniman

Rate this book
HARI-HARI TERAKHIR SEORANG SENIMAN bukanlah sebuah cerita biasa kerana dalam kehalusan ceritanya tersirat berbagai erti tentang masyarakat dan pengalaman tokoh seniman dalam zamannya. Tokoh seniman tersebut adalah seorang penglipurlara yang hidup sebelum dan sewaktu Perang Dunia Kedua. Novel ini berkisar pada kehidupan Pak Hassan, seorang tukang cerita, yang menghadapi saat-saat hidup yang memilukan. Zaman yang berubah mengancam kedudukan dan peranan pentingnya kerana masyarakat tidak lagi meminati seni yang diwarisi, terutama generasi muda, akibat dari perubahan nilai dan kemajuan material. Perasaan dan harapan Pak Hassan menjadi bertambah pahit apabila kepandaiannya itu tidak dapat dipindahkan kepada satu-satunya anak lelakinya yang cacat akal sejak kecil.

170 pages, Paperback

First published January 1, 1979

12 people are currently reading
255 people want to read

About the author

Anwar Ridhwan

56 books59 followers
Dr. Anwar Ridhwan was born in an agricultural based family who was then reside in Sungai Besar, Selangor, previously the family lived in the neighboring state of Perak. He graduated from University Malaya with a Bachelor of Arts in 1973, then Masters of Arts in 1983 and finally finished his doctorate (Ph.D) in 1998. Soon he pursue his career in Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) until resignation in 2005 as Production Director of DBP.[1] On 11 August 2009, he was officially announced as the nation's 10th Sasterawan Negara by the Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin in his office in Putrajaya.

In writing, he is a well known novelist and a short story writer. His first novel, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman won the Yayasan Sabah-GAPENA Novel Prize of 1979. Arus (1985) won the Malaysian Literary Prize of 1984/1985. Among his famous short stories are Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976) and Dari Kiev ke Moskova (1992). Naratif Ogonshoto won the Sastera Perdana Award of Malaysia 2000/2001 which was inspired and finally finished by Dr. Anwar Ridhwan in Japan. The novel with another title, "Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto" was published in Russian (translated by Victor Pogadaev) in 2006, Sanct-Petersburg (Paideia).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
54 (39%)
4 stars
41 (29%)
3 stars
30 (21%)
2 stars
8 (5%)
1 star
5 (3%)
Displaying 1 - 23 of 23 reviews
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
April 18, 2021
Aku tak tahu Anwar menulis sebab apa disebalik novel ini. Novel ini tak sedap — pun boleh menang. Nanti aku kena tanya sendiri dengan pensyarah aku kenapa dia tulis novel ni.
Profile Image for Whitaker.
299 reviews577 followers
April 14, 2021
Wonderful for its evocation of Malay rural life, where people lived in villages of wooden huts like this:
wooden hut but otherwise a bit too misery porn. Given that the title is The Last Days of the Storyteller, I don't think it is giving anything away to say that the novel ends with the old man dying. But in terms of how he gets to that point, well, it's just one awful thing after another with very little point to it. The novel's blurb is that it tells the difficulties faced by storytellers in competing with the modern age of radio but that oversells it as it figures maybe in one chapter out of the whole. A decent read, but not earthshaking.
Profile Image for Linda Lingard.
34 reviews5 followers
June 14, 2013
This is the translation from the Malay - Hari hari Terakhir Seorang Seniman, by Malaysian National Laureate, Anwar Ridhwan. The translation was by Harry Aveling who has translated several Malay novels into English. Harry Aveling's translation was beautifully done. The story started slowly but soon picked up pace.

Pak Hassan, a traveling storyteller by profession had settled in a kampong or village. The villagers had welcomed him and his wife, built a house for him and gave him a small piece of land so he could plant paddy. But his wife died in childbirth after giving birth to their second child, a boy. Pak Hassan who had hoped to pass on his storytelling skills to a son was disappointed when his son became sick with high fever. It affected his brain and he became mentally challenged.

The village life is described clearly - the villagers plant paddy in season, mended nets and went fishing. They were also a strongly bonded community whose social life revolved around the mosque and religious festivals.

Amidst the calm there were rumours of the Japanese arriving. But the story was not of the Japanese. After he had lost both his children, Pak Hassan was overcome with grief. He began to look for the upside down tree which was in one of his stories. In the story, a man made a net by the upside down tree. The net was used to cast over the world, separating the good from the evil. But every night, a rat would come and chew the net.

This is a somewhat sad and poignant story.

Profile Image for Aziz.
Author 5 books27 followers
December 17, 2015
Buku ini ialah sebuah cerita tentang nasib gelap. Nasib gelap seorang tua yang disumpah takdir menjadi manusia kecewa pada akhir usia. Walaupun hatinya baik dan berbakat pula dalam bercerita (beliau adalah tukang cerita tersohor di kampungnya), malah tidak pernah melupakan Tuhan namun dia terus juga diuji bertalu-talu; kematian isteri sewaktu bersalin, anak lelaki bodoh-bodoh alang yang pada akhirnya melarikan diri entah kemana, anak perempuan dirogol dan kemudiannya hilang begitu saja hingga akhirnya pertahanan dirinya roboh satu persatu. Dia akhirnya tersesat dalam dunia halusinasi (skizofrenia?) dan mati dalam keadaan menyedihkan.

Apa yang pengarang cuba sampaikan?

Sudah pastilah sebuah kehidupan yang real yang bisa saja terjadi kepada siapa-siapa saja.

Pun begitu,saya mengharapkan penceritaan yang lebih mendalam tentang kerja tukang cerita itu sendiri untuk mengabsahkan bahawa orang tua itu adalah seorang seniman dan bukannya sekadar orang tua biasa bagi menyesuaikan dengan tajuk yang dipilih.

Apapun, novel ini adalah dalam kategori novel melayu wajib baca!
Profile Image for Izuan.
80 reviews7 followers
December 25, 2020
Hari-hari terakhir seorang seniman adalah merupakan sebuah novel yang bertemakan masyarakat. Novel yang mengisahkan liku-liku hidup seorang tukang cerita atau penglipur lara. Novel yang memberi fokus ketabahan, keteguhan & kecekalan hati seorang suami & ayah di dalam menghadapi liku-liku hidup yang penuh cabaran & di luar jangkaan. Jalan cerita novel ini menarik untuk di baca, berlatarkan kisah masyarakat pada sebelum perang & semasa perang dunia ke-2. Novel ini memaparkan semangat, kerjasama & toleransi di dalam masyarakat. Olahan penceritaan novel ini tersusun & menarik.
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews326 followers
August 12, 2025
Pak Hassan adalah seorang penglipur lara tradisional, yang hidup sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua. Dia adalah generasi seniman lama yang menjadikan cerita sebagai wadah pendidikan, hiburan dan pengikat budaya. Tapi, zaman berubah. Kepakarannya dah tak lagi dihargai oleh masyarakat moden. Lebih memilukan, anak lelakinya cacat akal, harapannya untuk mewariskan seni dan ilmunya kepada generasi seterusnya musnah.

Dia menghadapi hari - hari terakhir hidupnya dengan sunyi dan sepi, kerana dia rasa sudah kehilangan makna dan tempat dalam masyarakat yang tidak lagi memerlukan seniman seperti dirinya.

SN Anwar Ridhwan adalah antara SN yang paling aku sanjungi. Dan novel ini adalah novel pertama beliau yang memenangi Hadiah Pertama Sayembara Menulis Novel Yayasan Sabah - GAPENA, dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Jepun dan Perancis. Novel ini juga pernah diadaptasikan ke pentas teater. Ternyata novel ini adalah sebuah karya agong sepanjang zaman.

SN Anwarn menulis dengan ketelitian seorang ilmuwan dan kepekaan seorang seniman. Novel ini selain sebuah kisah seorang tukang cerita tua, juga renungan tentang perubahan zaman, kehilangan nilai, dan nasib seni tradisional dalam arus kemodenan, apatah lagi pada alaf-21.

Pak Hassan ialah simbol kepada warisan budaya yang terpinggir, dan novel ini menjadi kritikan halus terhadap masyarakat yang melupakan akar budayanya. Bahasa SN Anwar puitis dan penuh perlambangan, setiap ayat umpama medan tafakur dan penghayatan. Ada banyak konflik antara tradisi dan kemajuan, antara warisan dan inovasi, antara jiwa dan jasad yang diketengahkan melalui novel ini.

Ada sekelumit perasaan kasihan pada Pak Hassan apabila seninya tidak diwarisi, juga rasa kasihan pada diri sendiri terutama aku tak pernah mendengar persembahan seorang Panglipur Lara. Jadi ia berjaya menyentuh lapisan emosi yang agak dalam - tentang permainan, nama tempat, rakan dan kisah masa silam, tentang perubahan yang tidak dapat dielak, dan tentang kehilangan yang tidak dapat diganti. Apa peranan aku sebagai penjaga warisan, dan bagaimana aku boleh menyumbang kepada kesinambungan budaya.

Pak Hassan itu juga cerminan kepada aku sendiri - siapa yang hendak mewarisi buku buku kolektor yang aku kumpul selama ni?

Ini salah sebuah karya yang berjiwa besar dan berakar dalam bumi Melayu. Ia sebuah naskhah yang layak dijadikan bacaan wajib, khususnya bagi mereka yang ingin memahami jiwa bangsa melalui mata seorang seniman yang dilupakan.

5 / 5 stars
Profile Image for Ira Nadhirah.
600 reviews
March 22, 2025
Buku yang dibaluti kesedihan dari awal sehingga akhir. Bermula dengan meninggalkan kampung halaman bersama isteri cinta dan menetap di tempat asing. Mendapat seorang cahaya mata dan kemudiannya isteri meninggal dunia ketika melahirkan cahaya mata kedua. Menambah kesengsaraannya, anak kedua mendapat sakit berat yang kemudiannya mengakibatkan pertumbuhan akal yang terbatas. Satu satunya perkara yang menggembirakan hati tua seorang Pak Hassan adalah bercerita dan mendongeng kepada penduduk kampung yang baik hati dan sentiasa menghulurkan bantuan. Sehinggalah peperangan berlaku dan Jepun datang menjajah, penduduk kampung tidak lagi bebas ke sana kemari dan kehidupan Pak Hassan kembali sunyi. Malangnya hidup Pak Hassan tidak berhenti hanya setakat peperangan, didatangi pula ujian anaknya Senah yang diperkosa oleh entah siapa dan akhirnya Senah pergi membawa diri dan menghilang begitu sahaja. Mat Junuh yang sudah menganggap kakaknya seperti ibunya juga meninggalkan bapanya yang tua itu keseorangan. Dan akhirnya, seniman tua itu jatuh sakit mental dan fizikalnya sehingga lah menemui ajal. Beratnya ujian hidup kita, hanya kita dan Tuhan sahaja yang tahu. Cerita dan dongeng berjuta kali sekalipun tidak akan dapat menyembuh luka dari beratnya ujian tersebut.
14 reviews
February 13, 2021
It is a sad story of Pak Hasan. From the death of his wife 17 years ago to the missing of both his children, Senah and Mat Junuh.

Pak Hasan was a unique old man with his ability as a storyteller. His story caught the attention of villagers up until the being colonized by Japanese. The village condition was depicted eloquently in the story where it revolved around mosque, paddy and fishing.
Profile Image for Fuad Syazwan Ramli.
52 reviews5 followers
May 27, 2015
Alhamdulillah, dalam masa yang singkat, penulis berjaya menghabiskan buku Sasterawan Negara, Anwar Ridhwan yang berjudul Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman. Buku ini sudah lama ditulis beliau. Sebelum menjadi Sasterawan Negara lagi. Dan edisi yang penulis baca adalah Edisi Khas Sasterawan Negara, yang diulang cetak bagi menghargai karyanya.

Novel yang pendek ini, hanya 187 muka, menceritakan tentang Pak Hassan, tukang cerita yang menghiburkan sebuah desa yang agak terpencil sewaktu zaman perang dunia kedua. Jika dilihat pada jalan cerita, rasanya tajuk yang digunakan agak tidak sesuai. Apabila melihat tajuk Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, ia mengingatkan penulis tentang seniman JM Aziz, dari Seberang Takir yang matinya dalam kedaifan.

Sangkaan awal penulis, novel ini akan menceritakan tentang perjuangan Pak Hassan dalam mempertahankan seni budaya yang dipegangnya. Namun novel ini lebih banyak bercerita tentang nasib malang yang menimpa Pak Hassan.

Bahasanya mudah. Dan penulis berjaya menamatkan ‘riwayat’ watak sampingan seperti anak-anak Pak Hassan dengan agak baik dengan menggunakan latar masa perang sebagai alasan.

Kekurangan buku ini adalah tidak banyak memaparkan karya-karya Pak Hassan. Jika ditonjolkan karya-karya Pak Hassan, mungkin tajuk ‘Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman’ itu lebih bermakna. Kita yang membaca pasti akan diresapi semangat Pak Hassan.

Mungkin anda boleh mencari novel “Seniman Kaligrafi Terakhir” yang terdapat diFajar Ilmu Baru. Penulis masih tak membacanya, namun melihat pada persamaan judul, pasti menarik untuk dibandingkan.

Keseluruhannya, novel ini ringkas namun penuh dengan unsur pengajaran buat semua. Penulis akhiri bedah buku ini dengan kata-kata Pak Hassan,

“Jika aku hampir mati dan dalam sakaratulmaut merapu tentang kekecewaanku yang tidak dapat mewariskan kebolehanku bertutur cerita kepada dia, pokok-pokok bakau itu jika boleh berkata, mungkin pada ketika akan rebah bersuara: hai ombak yang garang dan angin yang tak henti-hentinya mencambuk daku, ketawalah sekarang kerana melihat ketewasanku akibat kerjamu berdua. Tetapi sebaik-baik saja daku rebah, ketawamu akan terkunci kerana kau akan melihat waris-warisku yang muda berdiri teguh di belakangku. Pada saat itu engkau akan merasakan kebodohan serta ketewasanmu. Berabad-abad lamanya engkau berselang-seli antara ketawa dan memperkosa. Berabad-abad pula kami bertahan tanpa ketawa, namun kami tak pernah berasa kecil atau putus asa.”

Sekian, Wallahua’lam…
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books348 followers
May 23, 2010
Lima hari lalu, saya baru pulang dari sebuah kampung permai. Lelaki, wanita dan kanak-kanaknya hidup gotong-royong bergantungkan musim; musim Barat Daya dan Timur Laut. Juga musim bersawah dan musim tak bersawah. Tiada pengaruh konsumerisme yang menyesakkan dada. Mereka bergerak seiring dengan alam. Waktu alam mengizinkan mereka bertanam padi dan menuai, mereka menurut. Waktu alam mendesak mereka berhenti, mereka berehat dengan menjala. Malam-malam mereka diisi sembahyang dan zikir di surau. Pada hari-hari kebesaran Islam mereka sepakat berehat – menghidupkannya dengan majlis kecil tetapi mesra dan erat.

Saya hadiri pengebumian lelaki seniman itu di sana. Tujuh belas tahun sebelum itu, beliau singgah di kampung permai bertiga dengan isteri dan anak, dalam suasana damai. Ketika beliau pergi, hatinya berada di kemuncak sunyi dan hampa, dalam gawat perang. Ini rupanya bahana cintanya memilih rebana bertali tiga, berbanding pusaka tanah sawah. Ini bahana kasihnya menjalani hidup sebagai tukang cerita, tok selampit yang mengalun hikayat bangsa.

Versi penuh di sini: http://bukuria-malaysia.com/2010/05/h...
Profile Image for Sera Salleh.
5 reviews
March 13, 2011
Novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman karya Anwar Ridhwan menceritakan kisah hidup seorang tukang cerita yang penuh ranjau. Novel yang merupakan pemenang Hadiah Pertama Sayembara Menulis Novel Yayasan Sabah-GAPENA 1979 ini mempunyai unsur sastera yang indah dan mudah difahami. Bagaimanapun, terdapat sedikit kepincangan dari segi cara penulis mematikan sesuatu watak seperti watak Senah dan Mat Junuh yang menghilangkan diri begitu sahaja. Jalan cerita yang sebegitu membuatkan pembaca tertanya-tanya apa yang terjadi kepada kedua-dua watak tersebut. Pada pendapat saya, adalah lebih baik jika penulis menggunakan jalan cerita yang lain bagi mematikan watak-watak tersebut. Walaubagaimanapun, penulis berjaya menghasilkan plot cerita yang menarik yang ditambah dengan unsur-unsur sastera yang sangat indah.

Profile Image for Rozy Latip.
22 reviews
February 11, 2011
Perihal Pak Hassan si penglipurlara bersama dengan anak-anaknya Senah dan Mat Junuh. Pak Hassan si penglipurlara sangat bimbang jika tidak dapat mewariskan budaya penceritaan ini kepada generasi akan datang. Hendak di wariskan kepada anaknya di Mat Junuh anaknya itu cacat. Pak Hassan di dalam dilema lebih-lebih setelah kekeringan cerita dan di tambahlagi masalah anaknya Senah dan Mat Junuh yang melarikan diri.


SO SO.
Profile Image for Bsplayer.
39 reviews3 followers
December 31, 2010

Ketika zaman Jepun menjajah Tanah Malaya, Pak Hassan-lah yang menghiburkan malam desa dengan cerita-cerita hikayatnya. Cerita Si Gembang atau Teluk Bidung Kota Lama berlagu lancar dari mulut Pak Hassan memikat pendengar kecil, tua dan muda, lelaki atau wanita, teruna dan dara menopang dagu mendengarkan cerita Pak Hasan sepenuh tekun sampai ada yang menghafalnya dengan mafhum.
9 reviews
May 12, 2015
It is in deed the one of the most successful malay novels that that i would not easily forget.
The story telling and the language used by the master story-teller Anwar is at his best in my opinion.
Have reread this novel in couple of times and never get bored.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews59 followers
March 25, 2012
cerita seorang seniman di akhir usia yang sangat memberi bekas.
Profile Image for Nurul Azlin.
3 reviews
March 15, 2013
Watak pak hassan yang sentiasa gelap. Kehilangan isteri dan dan anak yang ditimpa malang. Cuba bangun demi anak namun jatuh semula kerana anak dia senah Mat Junut.
Profile Image for Adi.
158 reviews19 followers
September 9, 2013
bahasanya berbunga-bunga dan meleret-leret.
jalan cerita macam drama swasta.

karya yang bagus untuk orang lain, tapi sangat tak sesuai dengan jiwa aku
Profile Image for Zulhaniff.
7 reviews2 followers
June 3, 2021
Tragedi yang menimpa Pak Hassan seorang seniman dan sastera Melayu itu sendiri.

Profile Image for Farhana  Zukri .
127 reviews10 followers
December 21, 2014
I own a Malay copy, passed down from my grand-uncle, I think. Read a few times, years back. A good story it is. But poor Pak Hasan for his tragic ending.
Displaying 1 - 23 of 23 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.