Ketika pertama kali terpandang Nyanyi Sunyi di atas meja tulis dalam kamar kecil kami, saya bersikap pesimis. Hanya dengan melihat tajuk, kulit bukunya, hati saya terdetik, novel picisan apakah? Lantas saya ketawa mengejek pada adik. Dia mencebik. Adik saya baru saja dihadiahkan novel ini daripada seorang kakak operator di kilang tempatnya bekerja sementara menunggu keputusan SPM. Hadiah perpisahan setelah tamat sebulan jadi operator(baca: buruh) kilang, juga hadiah cemerlang SPMnya.
Jujur, saya kurang berminat membaca novel yang penulisnya adalah seorang perempuan kerana berdasarkan pengalaman saya, jarang yang benar-benar berkualiti, atau sekurang-kurangnya menepati citarasa saya. Namun, ketika kebosanan melanda dan hanya tinggal buku ini saja(jenis fiksyen) yang terhidang di sisi lantas ia saya ambil dan baca.
Pada awal-awal bab, pembaca dibawa berkenalan dengan dua watak utama, Dr. Cempaka Sari dari Malaysia dan Dr. Arjuna dari Indonesia yang sungguh berbeza latar kehidupan mereka tetapi mempunyai persamaan iaitu sangat menyintai sastera melayu sedari kecil lagi. Ini adalah pengalaman pertama saya membaca novel di mana bahasa melayu gaya Malaysia dan Indonesia diselang-selikan mengikut bab. Unik! Ternyata penulis sangat mahir menulis dalam kedua-dua lenggok bahasa.
Dari novel ini saya mula mengenal apa itu gurindam Melayu juga ikutan jatuh cinta samanya.
Saya sukakan untaian ilmu yang dimasukkan ke dalamnya dengan santai sekali, tanpa perlu terasa seperti membaca khutbah atau buku akademik.
Saya suka bila penulis mengajar saya perkara-perkara tentang kesasteraan melayu, ikhtiar diri dalam hutan, amalan-amalan agama yang baik untuk diamalkan dengan ciptaan-ciptaan plot menarik yang mendebarkan, misterius dan penuh suspen. Terasa mengujakan.
Maaf atas buruk sangka saya. Ternyata saya silap. Novel ini umpama permata berharga.
Oh ya, penulisnya Maskiah Masrom adalah Dr. Maskiah Masrom, padanlah isi buku ini begitu berharga. A must read novel.
Novel yang sarat dengan fakta dan ilmu. Daripada tak kenal amer hamzah, sekarang dah tau sejarah hidupnya. Kepada pencinta sastera, wajib baca novel ni sekali seumur hidup.
Cuma tak berapa berkenan cover nyanyian sunyi ni sebab gambar perempuan mat saleh celup. Mungkin cover terbitan baharu lebih menarik untuk ditatap.
Padat, luas dan realistik. Cukup untuk menggambar segala bab yang terkandung di dalam novel ini. Banyak pengetahuan daripada segala aspek boleh didapatkan melalui pembacaan. Cerita yang Islamik, membawa kepada pembacaan ke arah mengenal bahaya di sebalik fitnah. Segala pembawaan cerita karakter yang ada lengkap dibahas sepanjang novel berlangsung. Sungguh sebuah rezeki dapat memiliki sebuah novel fiction yang mendekati realiti kehidupan
Novel MELAYU dan ISLAMIK yang sungguh memberi kesan penghayatan yang sangat mendalam. Hasil tulisan yang sangat menarik, penuh dengan puitis. Penulis membawa pembaca membaca sambil berilmu. Ada menyelitkan unsur-unsur keislaman. Pembaca akan berasa ingin mengetahui kesudahan cerita tanpa berlengah lagi. Actually , this is my first time baca hasil tulisan penulis ini. Nampaknya sangat berbaloi dan kemungkinan akan mencari lagi hasil tulisan beliau yang lain. Dayang Cempaka Sari satu watak yang sungguh cantik. LIKE!!!!!!
Mungkin kerana penulisnya sendiri yang menghadiahkan buku ini, buat aku lantas jatuh cinta? Tapi tidak. Aku bukan budak yang senang digula-gulakan. Nyanyi sunyi ternyata membuat hati aku 'riuh' sekali. Tidak keterlaluan untuk dikatakan, Puan Maskiah merupakan novelis wanita yang terbagus sekali imaginasinya. Penuh dengan penghayatan agama dan bukan tentang cinta antara manusia semata-mata. InsyaAllah.
Nyanyi Sunyi begitu teratur dalam rantaian perjalanan cerita,pencinta sastera, bahasa dan budaya, ustaz hafiz al-Quran yang meminati kesusasteraan Melayu , wartawan muda yang meminati kisah-kisah romantis, pensyarah bahasa dan kesusasteraan.Semuanya di gabungkan dengan cukup teratur sehingga mencakupi semua ruang lingkungan.