Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pergilah Air Mata

Rate this book
Noktah bahagia yg menjadi anganku, ternyata cuma titik mula pada derita yg tak bertepi. Sumpah bukan ini yg aku mahu. Sumpah juga aku tidak pernah mahu membuat kau terseksa. Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu. Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya. Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini? Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut? atau... mungkinkah segala yg berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri? Mungkin kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang. Bencimu padaku setinggi awan yg menyapu langit... SABRINA


Memang aku benci. Memang aku tidak pernah rela dgn takdir ini. Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yg paling kubenci ini? Mengapa hati ini penasaran tiap kali kau menagih perpisahan yg pernah aku janjikan? Cintakah ini? apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu? Sayangkah ini apabila hatiku digaru resah setiap kali aku cuba lari darimu? Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia. Lalu, apa sebenarnya yg berlaku di antara kita? bagaimana cara utk aku hapuskan wajahmu yg terus menemani mimpiku? Di manakah noktahnya mainan perasaan ini... BADRUL

858 pages

First published January 1, 2010

101 people are currently reading
1309 people want to read

About the author

Hanni Ramsul

17 books146 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
392 (52%)
4 stars
224 (29%)
3 stars
90 (12%)
2 stars
20 (2%)
1 star
24 (3%)
Displaying 1 - 30 of 61 reviews
Profile Image for cheryna27.
68 reviews28 followers
December 15, 2011
After my last posting on Ombak Rindu, people might perceived me as someone weird. The book which has created a phenomenon in Malaysia has been given 2 stars instead of 5. People were thinking that I was such a mess; or perhaps I was blind for not knowing art.

My answer was simple. I loved independence. My late great grandmother - despite her naivette, was an independent woman. She did everything on her own; even if it took her to climb the stairs and repaired the roof of a kampong house. As much as that was concerned, I still thought that realistically, my amazement on the effort of avoiding the clingy character was much appreciated rather than just hoped above hope that everyone would become a Malay Cinderella.

So, that's why Pergilah Air Mata deserved a 4 star for me - 2 stars more than Ombak Rindu. Some aspects of Pergilah Air Mata are more logical and reliable; some have been researched and referred. Even though there was a question on monetarily logic in this book, I deferred this as something which I might not know and learn.

Indeed, Sabrina was an orphan but she did things on her own. And love did not have to be perfect. My favourite character in this book is not the hero or the heroien; I would much prefer the character of Badrul's best buddy, Darius and the character of Badrul's parents who touched my heart more.

Reading this book reminded me of how much I liked the other characters in Harry Potter without even liking Harry. Even though the other characters might have lesser plots and said so little, but we learned that these characters were strong and reliable in making things different.

I would sincerely say that in reading novels, especially the ones concerning love and romance, playing hard to get was something that I was looking forward to. In this novel, the women characters, despite the weakening touch of love, had principles of not being too naive and overly in love - they looked for logics before making the next action even though the decisions might not be the best that they have made.

And what else did I loved about the book? The comedy part, the sad part, and the love of parents. Maybe I re-read this book after reading The Language of Flowers; where sense of belonging was the main issue, and I was deeply affected. But having said all this, the book stood on its own, made an English novel reader like me put the purple colour book under the pillow and read that before I went to sleep last night.

Good job, Hanni Ramsul. I'm looking forward for your next creation. Let's just hope that this month's salary is early:P

* Thanks to my blogger buddy Nurul Amira for suggesting this book.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
August 26, 2010
PAM membawa kita menyelongkar kisah cinta selepas kahwin. Kisah cinta yang penuh air mata ini pastinya berliku. Baik buat Sabrina, Badrul, Ikmal dan Dayana serta tak terkecuali Maria.

Perkahwinan Sabrina dan Badrul bukanlah satu rancangan. Tak pernah terlintas di fikiran Sabrina untuk beralih kasih daripada Ikmal; tunangannya. Malah Badrul sendiri tak pernah menduakan cintanya pada Dayana. Namun, kerana kesilapan Sabrina yang tersalah masuk ke bilik Badrul, mereka ditangkap basah. Tak mahu cerita ini heboh, Badrul dipaksa oleh Datuk Hamidi untuk berkahwin dengan gadis yang tak pernah dikenalinya.

Sabrina yang cuba membela diri tidak dipandang. Sebaliknya dia dituduh wanita murahan. Ikmal sudah tidak mempercayainya malahan menyalahkannya dan Maria pula mula menjauh. Pertunangan diputuskan. Kerjanya diberi pada Maria, malah tempatnya sebagai tunang Ikmal juga diambil oleh Maria. Waktu ni aku terbayangkan, mungkin Maria yang rancang semua ni [sikap berprasangka buruk ini jangan ditiru hahaha:]

Walaupun diberi ruang untuk bersuara namun tiada yang ambil peduli. Kasihan Sabrina! Pasrah, dia akhirnya rela dalam paksa menjadi isteri kepada Badrul. Badrul menyimpan dendam. Kebenciannya juga tak pernah surut. Kata-kata nista sering saja diungkapkan kerana perkahwinan dengan Sabrina meranapkan impiannya untuk memiliki Dayana. Sabrina yang tahu dirinya tidak pernah diterima membuka jalan. Dia mengizinkan Badrul berkahwin lagi, dengan Dayana pastinya pilihan hati. Dalam diam, bila itu yang berlaku hati Sabrina mula berkocak. Dia tak tahu apa yang sedang bergolak dalam hatinya. Melihatkan indahnya hubungan suami dan madunya dia terseksa.

Pelik dengan kelakuan sendiri, Sabrina bertindak menjauhkan diri. Dia sedaya upaya mengelak dari bertembung dengan Badrul. Namun Badrul pula mula terkenangkan isteri pertamanya. Pastinya keizinan Sabrina untuk dia berkahwin dua tidak dilupakan. Perlahan-lahan dia mula berbaik-baik dengan Sabrina. Dalam benci sudah ada rasa suka dan dalam diam cintanya sudah terbelah dua.

Di penghujungnya konflik pasti tercetus. Salahkah Sabrina kalau dia jatuh cinta pada suami sendiri? Kesibukan Dayana pula bolehkah dijadikan alasan untuk Badrul tawar hati dan kemudiannya mencari Sabrina sebagai peneman? Atau memang benarkah Sabrina adalah pilihan kedua sekiranya Dayana tiada di sisi Badrul? Persoalan terakhir, siapakah menjadi dalang pada kes tangkap basah Sabrina dan Badrul?

Keseluruhannya aku rasa penyampaian PAM lebih kemas berbanding BYMB. Malah cerita ini lebih beremosi mungkin kerana rasa simpati pada watak heroin yang asyik berendam duka. Cuma ada beberapa typing error yang sepatutnya boleh dielakkan. Pada mereka yang pernah membaca karya ini di laman Kak Hanni suatu masa dulu, aku cadangkan dapatkanlah novel ini. Rugi la kan kalau dah baca hampir separuh tapi tak baca apa kesudahannya. Dalam cerita ni timbul juga Firdaus dan Adiya. Rindu pula pada pasangan sejoli tu hik3 lalala5 ;P
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
October 31, 2013
Serious best!

Kali ni Cik Pah tak selak epilog, jadinya Cik Pah dok berdebar sebab tak boleh nak teka siapa yang sedang tersenyum bahagia duduk bersanding seperti yang diceritakan di prolog.

;)

Sabrina (Ina) dari wanita cengeng yang lembik asyik menangis dan bergantung kepada kekasih dan sahabatnya, dia berubah menjadi wanita yang cekal. Mungkin sebab dah dilatih dengan Badrul, suami yang dia nikahi atas satu dosa yang tak dia lakukan. Di tangkap basah kerana tersalah bilik. Tapi tak siapa mahu percaya cakap Sabrina. Ikhmal kekasih hati merangkap bakal tunang langsung taknak bantu dia. Maria kawan baik pula menjauh diri sedangkan dialah yang sepatutnya menjernihkan keadaan setelah Maria yang tersalah bagi nombor bilik. Pada pandangan Badrul dan Datin Hamidah, Ina ada agenda mengikis harta mereka sehingga sanggup memerangkap Badrul. Hanya abah Badrul, Datuk Hamidi sahaja menerima Ina sebagai menantu. Pada mulanya orang gaji pun dok sindir2 Ina, nasib baik lah watak Kak Jamilah lama2 jadi baik, jadi kawan Ina setelah berbulan-bulan Ina hidup dalam sangkar emas.

2 bulan berkahwin, Datuk Hamidi menawarkan hadiah honeymoon untuk mereka. Lokasi Pulau Pangkor menjadi destinasi pilihan. Rupa-rupanya Badrul menjejak Dayana kekasih hati yang membawa diri setelah Badrul mengakui dia telah berkahwin. Asalnya Dyana menolak lamaran Badrul, tapi dia berubah fikiran setelah tercabar melihat Ina. Ina yang baik hati ni pun rela sepenuh hati mengizinkan Bad berkahwin dengan Dayana. Mula2 tu mmg tak rasa apa2, lama2 melihat kebahagiaan Badrul dan Dayana, terdetik perasaan sedikit cemburu dihati Ina. Ye la dengan Dayana, bukan main romantik lagi Badrul sedangkan dengan dia, garang macam singa. Kebahagiaan Badrul mula terasa hambar apabila Dayana mula sibuk dengan kerjaya. Adakalanya berhari-hari dan ada kalanya berminggu-minggu Dayana outstation sehingga Badrul rasa terpinggir dan terkenang Ina yang lembut dan menurut kata. Tanpa disedari Badrul, perasaan benci dan dendam sedikit demi sedikit terhakis dibajai bibit cinta. Saat Ina rela membelai dan dibelai Badrul, Dayana pulang secara mengejut dan ternampak adegan yang mengundang kecewa dihati. Badrul dilema. Yana isteri yang dicintai atau Ina isteri pertama yang baru saja diam dihati yang mengisi rasa kosong yang ditinggalkan Yana. Sekali lagi Ina rasa kecewa lalu membawa diri ke Terengganu apabila seminggu Badrul tidak dapat dihubungi setelah berkejaran memujuk Dayana.

Siapa pilihan Badrul? Dayana atau Sabrina ? Sabrina pula, siapa pilihan dia? Ikhmal kekasih hati yang dah tahu kisah sebenar angkara Maria, Darius kawan Badrul yang menyenangi Ina dan menunggu Ina dilepaskan, Faizal duda anak satu owner resort tempat Ina bawa diri mengubati rasa kecewa atau Badrul suami yang mendera jiwa dia.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,029 reviews377 followers
July 26, 2013
Best, best, best sangat!!!
Image Hosting Site
Image Hosting Site

Dari muka pertama sampailah muka terakhir, N tak rasa bosan langsung. Nak tidur pun fikir dua, tiga kali. Cuma N silap baca buku ni time tengah busy.Nak buat kerja pun tak boleh nak fokus :p

Kerana dikhianti kawan, Sabrina dan Badrul dipaksa berkahwin selepas ditingkap khalwat. Masing-masing sudah berkasih. Masing-masing tak rela dengan perkahwinan ini.

Kesian Sabrina. Kerana insiden malam itu, kekasihnya Ikmal menjauhkan diri. Sahabat baiknya bersikap dingin. Dia ditinggalkan dalam 'penjara emas' bersama mertua. Orang gaji mereka pun tak hormatkan Sabrina. Sabrina memang bermandikan air mata.

Pada masa yang sama, Badrul masih ingin mengahwini kekasihnya Dayana. Sabrina cuba memujuk Dayana untuk menerima Badrul. Katanya dia dan Badrul tidak ada hubungan. Dia tak akan menuntu haknya sebagai isteri. Tiba masanya nanti, Badrul akan melepaskan dia.

Tapi dalam diam, Sabrina sering diingati. Dia tahu hatinya dan cintanya hanya untuk Dayana, tapi Sabrina sering datang menjengah. Tiap kali Sabrina minta dilepaskan, Badrul tak suka mendengar. Bukannya dia tamak, tapi memang tak sanggup nak lepaskan. Dia tahu dia tak berlaku adil pada Sabrina.

N suka bila Badrul cuba untuk menggembirakan Sabrina. Bila dia belikan dress untuk Sabrina semasa pergi berbulan madu bersama Dayana, N rasa sweet gila. Satu lagi masa Badrul celebrate birthday Sabrina. Tak susah nak buat Sabrina happy. Sebagai anak yatim yang kini keseorangan tanpa kawan dan kekasih, a little act of kindness sudah cukup bagi Sabrina.

(Review ini ditulis sambil dengar lagu Beribu Sesalan dendangan Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Hamzah. Memanglah syiok! Teringat babak-babak dalam cerita ni!)

Image Hosting Site
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews104 followers
April 28, 2014
28.4.2014

ULANG BACA (yg ntah dah ke berapa kali sebenarnya!)

Naskah biasa sebenarnya. Antara penulis yg tidak mampu melarikan diri daripada 'gelombang' nikah-paksa-kahwin-rela.

TAPI.... (for me) yg memukau dalam PAM ini bukanlah jalan cerita atau lenggok bahasa atau susunan plotnya. Yang mengagumkan aku ialah kebolehan penulis mengINDIVIDUkan pelaku-pelakunya. Tidak melampau jika aku markahkan 4.00 flat (A+) untuk Sabrina, Badrul, Dayana, Ikmal, Maria .....dll Badrul. Transition antara watak Sabrina dan Badrul lancar sekali; seolah-olah watak2 ini berdialog live di depan mata. Perbezaan jantina, taraf hidup dan pemikiran antara 2 gender ini disempadankan serapi mungkin. SUPERB!!!


3.7.2013;

"Macam mana saya nak cari keyakinan tu, kalau semua keyakinan yang saya miliki sebelum ini, semuanya palsu.

Saya yakin pada persahabatan saya. Tapi, Maria tikam saya dari belakang.

Saya yakin Ikmal cintakan saya. Saya yakin Ikmal percayakan saya lebih dari sesiapapun dalam dunia ini. Tapi, bila musibah menimpa saya, Ikmal pergi jauh. Ikmal tak percaya kata-kata saya. Ikmal tuduh saya curang.

Saya yakin, awak akan bebaskan saya bila awak dah bahagia dengan Dayana. Tapi, awak tak buat macam tu. Awak terus menyakiti saya. Lebih teruk, awak buat saya jatuh hati pada awak.

Saya yakin, bila awak cakap awak perlukan saya dalam hidup awak.

Saya yakin, bila awak cakap awak mahu bersama saya sampai bila-bila. Tapi, keyakinan saya hancur bila awak dapat memiliki tubuh saya, dan beritahu Dayana semua yang berlaku adalah satu kesilapan.
Macam mana saya nak yakin lagi?"
......m/s 795 & 796.


Husband aku selalu tanya.."kenapa dengan buku cerita pun awak pakai highlighter?. Macam budak sekolah!". Itulah habit aku yang x boleh nak tinggal sampai sekarang, menconteng buku KEPUNYAAN SENDIRI..... kikiki

Dan ternyata, PERGILAH AIR MATA dapat contengan terbanyak!

Sebabnya, aku betul2 terpikat dengan PAM. Kata-kata yang diluahkan watak2nya padat dan menyentuh jiwa. Aku bisa ketawa dengan usikan Badrul dan Sabrina, tapi ketawa talam banyak muka. Emo sebenarnya......

Kisah PAM agak klise dengan novel yang ada di pasaran, tapi pengarang berjaya melahirkan karya yang luar biasa. Kisah air mata Sabrina, kisah kasih terbelah dua si Badrul, kisah Ikmal yang x percayakan cinta, kisah Maria dan Dayana yang ingin memiliki segalanya. Perkembangan plot dan tumpuan watak yang secukup rasa.

BAB terbaik dalam PAM.... of course PROLOG and EPILOGnya! :)

DAN aku tertanya-tanya, mungkinkah akan menyusul kisah Darius dan Syuhada selepas ini.......aku tunggu......


Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 13, 2016
Maraton menghabiskan novel ini dalam satu malam. Lucunya, saya terbawa novel ini ke kuliah Maghrib. Dek tak dengar penceramah cakap apa (mikrofon dia teruk okey, tak sengaja tak dengar), saya menyelak sehelai demi sehelai sebelum kuliah tamat untuk Isya'. (Jangan ikut! Lagho...hahaha)

Biarpun tajuk airmata, jarang saya menangis dalam membaca. Mungkin sebab karakter2 yang selamba, kelakar dan lebih memahami.-Heroinnya kuat semangat.Tak lembik ~jadi bagai meresap aura kekuatan jiwanya tu.

Pengolahan yang sangat baik untuk tema kahwin paksa. Ini adalah satu-satunya novel yang antagonis wanitanya saya kasihan ke akhirnya. Sebab? Dia terlepas hero sebab mengejar cita-cita.

Menahan rasa mengantuk, saya cuba gagahkan juga membaca sehingga terlelap di bab terakhir. Sangat manis dan penuh emosi yang tak tergambar. Santai.

Saya tertanya-tanya kalaulah Dayana dan Sabrina boleh bermadu hingga ke hujungnya bagaimana sambungan cerita ini agaknya? - sayangnya, pembaca mencari hubungan yang setia pada yang satu saja. Bukan babak airmata kan?

Watak Badrul pun sangat bagus dikarang dengan cantik...Tapi agak geram bila dia seperti berat sebelah dengan perlakuan Dayana.
Profile Image for Pips.
219 reviews30 followers
January 18, 2015
Novel ni best. Serius best. Tapi tak suka bila boleh pulak kedua-dua isteri duduk satu bumbung! Lepas tu tak adil. Aaa tak boleh terima. Sebab tu bintang berkurang hiks.
Profile Image for Afin Arif.
17 reviews6 followers
March 7, 2013
Novel tebal ni merupakan karya kedua Hanni Ramsul selepas BIARLAH YM BERBICARA. Pada mulanya... melihatkan kepada ketebalan novel ni patah semangat juga la untuk membacanya... ia la kan... biasanya kebarangkalian jalan cerita yang meleret bagi novel yang tebal ni adalah tinggi...konflik tak sudah... kona sana kona sini... tak selesai juga.

Tapi tidak bagi PAM... bila dah mula baca... terus dan terus... dah tak boleh nak berhenti dah... kene juga baca sampai habis... macam melekat je mata ni dekat buku... cerita pasal Sabrina dan Badrul... menarik, tak bosan dan tak meleret... straight to the point.

Keseluruhannya cerita ni memang best... tak rugi baca. Idea yang ingin disampaikan dapat diterima dan difahami pembaca dengan mudah. Konflik yang diketengahkan juga tidak terlalu rumit. Sesuai untuk pembacaan yang santai tanpa perlu serabut kepala otak untuk menghadamnya.

Emm... ada kemungkinan juga... perenggan-perenggan yang pendek serta jarak antara perenggan yang agak luas menyebabkan bilangan muka surat bertambah, novel pun jadi tebal. Jika pengurangan jarak antara perenggan mungkin PAM tidaklah terlalu tebal... apa-apa pun... mungkin jarak antara perenggan yang agak luas ni juga memudahkan pembaca membaca dan tidak bosan...ia la... baca kejap je dah selak muka surat lain... apa-apa aje... :)
43 reviews3 followers
July 10, 2016
Bila dah start baca, susah nak letak.

Kisah Sabrina yang cengeng pada awalnya.
Air mata yang mampu membuat ada mata yang berhasad dendam.
Keikhlasan yang mampu membuat ada hati semakin hitam.

Kerana fitnah, Sabrina dihentam. Dia dihina dan dicerca. Tiada siapa menjadi pembela walaupun kekasih hati sendiri(Ikmal) yang sudah membawa diri melayan rajuk di hati.

Sabrina kecewa.
Sabrina terkilan.

Tiada siapa yang mempercayainya. Mendengar rintihannya..

Badrul yang membenci pada awalnya.
Mencari salah dan kasar tingkah lakunya.
Akhirnya dia memilih cinta hati yang dinanti juga menjadi suri kedua hidupnya.

Sabrina anggap dia tak kisah. Menonton kemesraan suami dan madunya.

Oh! Dia lupa dia ada perasaan. Cinta mulai meraja di hati namun dia sedar, dia bukan sesiapa di sisi Badrul yang dingin.

Saat kedinginan rumah tangga Badrul bersama-sama Dayana, Badrul mula mengintai kasih Sabrina yang ikhlas.

Tapi kerana terlepas bicara, Sabrina membawa hati yang lara selepas dia serahkan segalanya.

Hanya Tuhan yang tahu isi hatinya.

"It was my mistake."

Dan saat Badrul sedar cintanya untuk siapa, sayangnya terletak di mana..

Dia mengejar si kekasih yang sudah jauh merawat hati yang luka.


***********

Komen saya, Pergilah Air Mata ini seperti biasa, terbaik juga dari Kak Hanni Ramsul. Air mata saya jadi laju macam air terjun Niagara bila Sabrina diduakan. Saat Sabrina menjadi saksi kebahagiaan mempelai dua orang tu. Cis! Siapa tak nangis?!!! Sedeh kut!

Novel ni layak dapat lebih dari 5 bintang. Sanggup marathon dari tengah malam sampai ke pagi. Janganlah ditiru aksi ini! Mehehe..

Cumanya, saya masih setia dengan kisah Keseru Rindu Itu. Mungkin sebab kisah tu bagi saya lebih sarat dengan emosi. Kronik aku nangis baca hat tu.

Tapi PAM juga tak mengecewakan. Lebih santai dan kelakorrr.. Sweet jaa.. Ahaks!

Best! Best!
11 reviews2 followers
September 22, 2015
Wah! Akhirnya ada karya novelis melayu moden yang menggapai 4 bintang dari saya. Hanni Ramsul, seorang penulis yang amat saya hormati setelah saya harungi novel-novelnya seperti novel ini dan "Mungkinkah?". Apa yang saya suka dengan watak ciptaan Hanni Ramsul adalah bagaimana beliau menekankan keyatiman dalam pencirian watak-watak wanitanya. Baik secara maknawiyyiah mahupun secara ruhaniah, secara tersurat mahupun tersirat, secara zahir mahupun melalui kalamul bayan. Tapi yatimnya watak-watak ciptaan HR, tidak bermakna mereka juga piatu dalam mengharungi cabaran dan rintangan yang terhampar di depan lapangan hidup mereka. Watak-watak wanita HR cukup kuat. pandai berdikari. dan yang lebih penting, tidak kalah di tempat yang tidak sepatutnya. HR pandai membezakan di antara sifat sabar dan juga bacul. Sesuatu yang gagal dilakukan oleh banyak penulis-penulis di luar sana. Tahniah!
Profile Image for Ziana Lim.
80 reviews2 followers
March 10, 2021
15/40 2021.

Punyala lama tersadai kat rak, baru tergerak hati nak membacanya.

Karya Hanni Ramsul , jarang sekali mengecewakan.
Profile Image for Doctor reads.
132 reviews
May 26, 2021
This book breaks my heart in various way possible, I love it as much as I despise certain aspect of a story. One of the kind of love triangle that I won't read in a book is when a man is in love with two women simultaneously. As hinted from the title, this book comes with a lot of tears and heartbreak. Sabrina was framed by her trusted friend, which leads her to marry a stranger whom he and his family developed deep hatred and make her life miserable. Gradually they opened up and accept her. Sabrina is just a sweet girl that people can't help to adore when they get to know her. While Badrul was a bossy, rude and spoiled rich kid that most of the time treat her badly. When he decided to marry Dayana, I was torn but can't help to stop reading it, as much as I hate it, Hanni Ramsul is a great storyteller, her choices of words have those vibes that you usually read in the experienced writer. And by knowing that she wrote this when she newly starts her career as a writer. It's just mesmerising. I hate to think that Badrul would not leave Dayana by his own decision and even though at the end he does substantiate that he choose Sabrina. Nonetheless I get the feeling that if Dayana did not leave him, he will never able to leave either one of them for another.
Profile Image for Farah.
5 reviews
February 17, 2014
BOOK FOR SALE . RM 18. Bought it for RM28 at 16/feb/2013 ..still new comment please if you are interested

It's really hard for me to appreciate a story based on story like kahwin "paksa" and most malay novels I come across have the same theme. Despite all that, I still smiled while reading it.
335 reviews15 followers
December 1, 2018
Saya tertarik dengan drama adaptasi novel ini yang diulangtayang di RTM. Novel ini mempunyai jalan cerita yang baik. Dugaan yang dihadapi watak utama akhirnya memberi hikmah. Redha terhadap tanggungjawab memberi ruang untuk Sabrina dan Badrul mengenal diri dan menghargai ikatan perkahwinan yang terbina atas satu kesilapan.
Profile Image for Zakiahezanie.
4 reviews
April 17, 2011
Mase tengok buku ni, tak semangat nak bace sebab tebal sangat. tapi bile dah mula tak boleh berhenti !
28 reviews4 followers
August 24, 2018
MELERET. Plot berulang. OVERRATED.
.
Kerana perangkap Iskandar yang tergilakan Sabrina dan kawan baik Sabrina, Maria yg ingin merampas kekasihnya Ikmal dan jugak jawatannya sebagai pengurus kewangan, Sabrina ditangkap basah bersama Badrul kerana tersalah masuk bilik Badrul yg bercuti ke Cherating kerana membawa diri lamarannya ditolak oleh Dayana yg gila kerja.
.
Sabrina yg sepatutnya bertunang dgn Ikmal putus begitu sahaja kerana dipaksa ayah Badrul, Datuk Hamidi utk kawen dgn Badrul. Ikmal pula tidak memberi langsung peluang Ina utk menjelaskan perkara sebenar, di samping di api apikan oleh fitnah Maria kpd Sabrina.
.
Hanya ayah Badrul menerima kehadiran Sabrina pada mulanya. Orang gaji rumah Badrul, Jamilah dan Datin Hamidah iaitu ibu Badrul tidak suka akan Sabrina. Lama kelamaam Jamilah menjadi kawan baik Sabrina. Datin Hamidah pn beransur jatuh syg dgn Sabrina.
.
Semasa berbulan madu yg dipaksa oleh ayahnya di Pangkor, Badrul menjejak Dayana untuk melamarnya. Sabrina pada waktu itu tiada perasaan terhadap Badrul, menolong Badrul meyakinkan Dayana bahawa tidak akan terdapat perasaan dalam hubungannya dgn Badrul. Dayana bersetuju dgn lamaran Badrul setelah dinasihati Ina.
.
Melihat Badrul dan Yana bahagia, Ina mulai rasa tidak selesa dan mula menjauhi diri dari Badrul.
.
Yana yang lebih mementingkan kerjayanya berbanding Badrul menyebabkan Badrul meluangkan banyak masa bersama Ina.
.
Setelah meluah perasaan kepada Sabrina, Badrul melakukan hubungan intim dengan Sabrina. Tetapi apabila Dayana melihat Ina dalam pelukan Badrul, Dayana mengamuk dan Badrul tanpa memikirkan perasaan Ina mengatakan hubungan dia dengan Ina adalah satu kesilapan.
.
Seminggu Badrul menghilangkan diri memujuk Dayana tanpa mempedulikan Ina, Ina membuat keputusan untuk membawa diri.
.
Badrul hilang arah bila tahu Ina telah meninggalkannya. Badrul jugak bercerai dengan Dayana kerana Dayana memilih kerjayanya berbanding Badrul.
.
Takdir membawa Ina bekerja di chalet Faizal, sepupu Badrul. Faizal menghubungi Badrul setelah ternampak kad kahwin Ina.
.
Badrul pergi ke chalet kepunyaan Faizal untuk mendapatkan Ina kembali. Di situ jugak, Iskandar cuba merogol Ina, dan akhirnya tembelang Maria pecah.
.
Pada hari perkahwinan Maria dan Ikmal, Ina dan Badrul datang untuk membersihkan nama Ina.
.
Ina menerima Badrul kembali setelah puas Badrul memujuk.
.
.
.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
October 25, 2022
[BOOK 204]

Pergilah Air Mata by Hanni Ramsul.
.

Buku ni dah 12 tahun usianya. Kalau anak aku, dah darjah 6 dah. Tapi penulisan otai masih sedap dibaca.
.

Entah apa yang merasuk aku. Gigih aku habiskan buku setebal 800+ muka surat dari lepas Isyak sehingga Subuh. Air mata takyah cakap la, basah la juga baju aku.
.

Buku ni temanya kahwin paksa disebabkan mereka ditangkap berdua-duaan di dalam sebuah bilik hotel. Cliche je kan. Oh ya, ada poligami jugak.
.

Badrul dan Sabrina dipaksa kahwin oleh ayah Badrul demi menjaga status mereka. Badrul ni memang bencikan Sabrina kerana dia menganggap Sabrina sengaja perangkap dia. Dahlah Badrul dah ada Dayana.
.

Sabrina pulak ditinggalkan oleh Ikhmal, bakal tunangnya akibat peristiwa itu. Dahlah kawan baiknya, Maria pun menjauhkan diri. Maka hiduplah Sabrina dengan air mata.
.

Sabrina pun izinkan je Badrul kahwin dengan Dayana. Lepas bermadu, of course, Badrul lebihkan Dayana walaupun Dayana selalu lebihkan kerjanya.
.

Lama kelamaan, Badrul rindukan Sabrina yang sentiasa menurut je perintahnya Sabrina pula mula menjauhkan diri bila dia sedar yang dia cintakan Badrul.
.

Cerita ni, ada la elemen tarik tali sikit towards the ending tu.
.

Tapi aku suka penulisan HR. Emosinya sampai ke hati. Sama macam aku baca Mencari Hilang dulu. Taubat dah tak nak baca buku tu. hahaha. Lagipun bila part Badrul marahkan Sabrina, takdelah bahasanya kasar sangat sehingga downgrading perempuan.
.

Overall, aku suka. Sebab tu, aku sanggup tak tidur malam untuk habiskan buku ni.
.

p/s: endingnya jadi monogami dah. haha
Profile Image for Miss Ja.
39 reviews1 follower
June 1, 2018
3.5/5*

Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah. Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi. Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina. Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung. Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik. Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya. Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.

p/s: sinopsis copy paste je :D
Profile Image for Di6ana.
24 reviews
October 10, 2018
Aku baru menghabiskan membaca novel ni. Serius best beb!! Memula tu tengok-tengok gitu ja, peh tu start la baca. Bila dah mula tu ka, nak baca sokmo la. Serius best beb. Bagi aku la.

Cerita dia pasal Sabrina yang kena tangkap basah dengan Badrul. Kenal pun dak lastly kena kawin jugak. Dah la memasing ada marka dah. Nak dijadikan cerita, rupanya kawan baik si Sabrina tu yang rancang untuk malukan dia. Gilo, dah la kawan baik, gamak dia buat lagu tu. Peh tu, kawan baik dia tu apa lagi, masuk jarum la amik marka si Sabrina ni. ish3.... Peh tu, dia bagi la hasben dia si Badrul ni nikah lain dengan marka dia.Cerita ni betoi tragis baq hang!! Lepas satu masalah, mai masalah lain. Tapi happy ending la.
Profile Image for YONG EKIN.
90 reviews8 followers
August 4, 2018
Buku kahwin paksa, bermadu, jatuh cinta lepas kahwin , dibenci mak mertua semua ada dalam buku ini... Buku yg mampu diulang baca.. Sebab novel ini.. Jatuh cinta dgn Hanni Ramsul
Profile Image for Ubi.
314 reviews
March 25, 2019
I am shocked. Buku ni berjaya dihabiskan dalam masa satu hari.
Profile Image for Erleena.
8 reviews
October 31, 2020
2020 baru siap baca haha. Tak rugi beli dan berbaloi dibaca. Seronok. Tak terlalu membosankan. Story yg tak terlalu berat. Ok laa.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
May 8, 2016
Saya sangat suka novel ni. Pertama kali baca karya Hanni Ramsul dan saya dah jatuh cinta. Pergilah air mata pastinya novel Melayu paling best untuk saya. Sebab? Kisah Sabrina yang dipaksa oleh Datuk Hamidi utk kahwin dgn anaknya Badrul lepas ditangkap khalwat. Cliche-kan? Nope. Jauh sekali. Malah sangat lain saya rasa berbanding novelx2 yg sebelum ni pernah saya baca. Ceritanya ada konflik yg cukup untuk menimbulkan amarah, kisah pilu bersalut pasrah bersulam hati yg bersih dan niat yg suci lantas berserah seadanya....Reaksi membenci dan berdendam atas lantunan ombak salah faham, walaupun buat saya geram tapi nyata sesuai dengan naluri manusia biasa.

Menjiwai watak-watak dlm Pergilah Air Mata dan membiarkan jiwa berbolak balik dibuai benci dan sayang malah respect, terasa begitu "natural". Ternyata sesebuah kisah tidak perlu terlalu extreme dengan emosi negatif untuk dijiwai sepenuh fikiran. Teringat betapa bengang saya selepas membaca AIT2 karya SR. Right after AIT yg saya suka habis, AIT2 merentap suka tersebut dgn kejam. Saya tak boleh terima bila isteri yg telah dikejami emosinya dan dibelasah sampai membawa kematian dua orang anak sendiri, akhirnya suami tersebut dimaafkan dan diterima semula; jauh dari logik dan kemampuan manusia biasa pada saya. Saya masih respct SR kerana cara bercerita beliau yg awesome cool menggamit minat saya utk terus baca novel, tapi marah sangat sampai tak selera nak review buku AIT2.

Semua (atau hampir semua) fiction berakhir dgn gembira, namun jalan ke arah happy ending tersebut yg membezakan best atau tak bestnya. Pergilah Air Mata sangat best.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
December 19, 2022
Rugi siapa tak beli novel Hanni Ramsul ini. Walaupun buku ini tebal namun tak bosan baca dari mula hingga tamat dan fokus pada setiap muka surat.
Kesian Sabrina kena tangkap basah di bilik hotel angkara Maria, kawan baiknya. Sudahlah malu dan hilang pekerjaan, Sabrina terpaksa pula kahwin dengan Badrul kerana Datuk Hamidi, papa Badrul tidak mahu maruah keluarga tercemar gara-gara perkara tersebut.
Tidak ada siapa yang percaya Sabrina diperangkap. Semua orang tidak mahu dengar penjelasan Sabrina termasuklah
Ikmal, kekasih Sabrina.
Bermulalah kisah hidup Sabrina sebagai isteri yang tak diakui serta tinggal bersama mama dan abah Badrul.
Saya suka watak Badrul yang acah-acah garang tapi tetap prihatin akan Sabrina. Watak sampingan Dayana dan Iskandar juga banyak membantu dengan jalan cerita.
Keseluruhan jalan cerita yang cukup rempah ratusnya dan sangat menghiburkan. Bab poligami dalam cerita ni ada sedikit kelainan.
Displaying 1 - 30 of 61 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.