Sesungguhnya buku Terjemahan Penawar Bagi Hati' ini suatu kitab yang amat terkenal di kalangan para pelajar yang mengikuti pengajian di pondokpondok, masjid, surau ataupun di pejabat, yang membicarakan segala sifat yang dipuji, seperti merendah diri dan sabar atau sifat yang dicela, seperti dengki dan membesar diri.
Dan sesungguhnya ianya berkaitan dengan Ilmu Tasawwuf, iaitu suatu ilmu yang membicarakan tentang sifat kelakuan diri kita, seperti mengosongkan hati daripada yang lain daripada Allah Ta'ala dan menghiasi diri kita dengan memandang kepada Tuhan sekalian alam.
Sekiranya kita dapat mendalami tentang Ilmu Tasawwuf itu, ianya akan dapat membersihkan segala anggota yang zahir, seperti; mata, telinga, lidah, perut, faraj, dua tangan, dan dua kaki kita daripada segala perbuatan yang keji supaya dapat menjurus kepada membersihkan hati daripada segala sifat kecelaan.
Sesungguhnya hendaklah kita ingat di dalam hati kita bahawasanya Allah telah memberi nikmat kepada kita beberapa nikmat yang tidak terhingga banyaknya, dan wajib bagi kita tidak memeliharanya, nescaya ianya akan jadi saksi semuanya di atas kita pada hari kiamat kelak.
Mendapat pendidikan awal di sekolah Belanda pada 1917 dan lulus kelas lima pada 1923. Pada 1924, beliau berhijrah ke Kedah untuk menuntut ilmu. Pada mulanya, beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Bakar Tobiar, Pondok Penyarum, Pendang, Kedah. Kemudian berpindah ke Pondok Air Hitam di bawah bimbingan Tuan Guru Haji Idris dan Lebai Dukun. Pada 1926, beliau memasuki Madrasah Darul Saadah al-Islamiyyah (Pondok Titi Gajah) yang pada ketika itu baru diambil alih oleh Syeikh Wan Ibrahim Abdul Qadir (Pak Chu Him) dan berguru dengannya selama 10 tahun sehingga diterima sebagai guru pembantu di pondok itu sekitar tahun 1934.
Memulakan pengajian di Makkah pada 1936 dan berguru dengan beberapa tokoh ulama. Antaranya Pak Da ‘Ali al-Fattani, Syeikh al-Maliki, Syeikh Hasan al-Mashat, Syeikh Muhammad al-Arabi, Syeikh Syed al-Alawi, Syeikh Muhammad Ahyad, Syeikh Hasan al-Yamani, Syeikh Yasin Isa al-Fadani, Syeikh Abdullah Lahji dan Syeikh Zakaria Abdullah Bela.
Pernah menjadi tenaga pengajar di Masjidil Haram, beliau diperakui kebanyakan ulama sebagai seorang yang alim sehingga digelar oleh Tuan Guru Haji Husin Che Dol sebagai al-Alim al-Fadhil Wa al-Abdi al-Kamil kerana menggambarkan keilmuan beliau ketika itu.
Alhamdulillah berpeluang menghadiri daurah kitab ini. Jazakallahu Khayr Maulana Wan Mohd Aswadi Al-Mujaddidi (moga Allah merahmatimu) atas ijazahnya.
Ilmu tasawuf : Pengetahuan yang diketahui dengannya segala kelakuan hati, sama ada kelakuan yang dipuji seperti merendah diri dan bersabar atau kelakuan yang dicela seperti dengki dan membesarkan diri. Membersihkan anggota zahir dari segala perbuatan keji untuk membawanya kepada pembersihan hati dari sifat2 cela.
Sedikit nota ringkas : - Buat baik (mahmudah), menyangka diri baik (mazmumah) - Orang sembahyang juga Allah celakakan, kerana riak. - Semua orang wajib bertaubat dan bertaubatlah atas dosa2 secara terperinci satu persatu. - Lalai dari Allah : memanjangkan maksiat tapi bercita2 diampuni. - Zahid : benci dunia dan berpaling darinya. Meninggalkan kesenangan dunia demi menuntut kesenangan akhirat. - Zuhud ialah KELAKUAN HATI, bukannya luaran (cth : berpakaian buruk)
Salah satu soalan peserta : "Kat dunia ni ada banyak jenis zikir. Zikir asmaul husna, matsurat, ratib dll. Zikir apa yang perlu diutamakan?". Jawapan Maulana : "Zikir ada 2 jenis. Zikir hasanat (untuk tingkatkan pahala) dan zikir darojat (untuk tingkatkan darjat di sisi Allah). Belajarlah zikir dari guru2 yang bersanad, zikir yang mengingatkan diri pada Allah untuk menyucikan hati"
Alhamdulillah. Sebuah buku yang sangat baik untuk memuhasabah diri sendiri dalam usaha untuk mencari penawar bagi hati.
Diperincikan dengan sangat baik oleh penulis mengenai anggota tubuh manusia yang bersangkut paut dengan hati; kemudian menyentuh 10 penyakit hati dan 10 amalan hati yang dipuji. Setiap bab disertakan dengan nas dari Al-Quran dan Hadis, saya memberikan pujian kepada penulis.