Tajuk Buku: Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden ISBN: 978-983-43630-9-3 Bilangan Muka Surat:175 Harga Buku Termasuk POS Harga: RM 18.00 Sabah dan Sarawak: RM 18.00 + RM 2.00 Isi Kandungan: 1. Gerakan Islam Dalam Dekad Kebangkitan:Suatu Refleksi Kepada Kebejatan - Faktor Utama Berlakunya Fenomena Kebangkitan Islam - Isu-isu sejagat yang berlaku pada dekad 70an hingga 90an 2. Ikhwanul Muslimin : Merintis Kembali Khalifah Yang Hilang - Faktor-faktor kemenangan dan Kepopularan Ikhwanul Muslimin 3. Indonesia dan Sejarah Gerakan Islam - Parti Keadilan Sejahtera:Cahaya Menyinari Kegelapan Indonesia - Sejarah dan perkembangan - PKS: Membina jaringan dan pengaruh massa. 4. Sejarah Perkembangan FIS (Barisan Penyelamat Islam) di Algeria - Faktor-faktor kemenangan dan Implikasi kemenangan 5. Sejarah dan Perkembangan Jami’at Islami - Matlamat penubuhan Jami’at Islami - Perkembangan Jami’at Islami - Faktor-faktor Perkembangan Jami’at Islami - Pengharaman Jami’at Islam 6. HAMAS:Mengharungi Medan Tempur di Palestin - Latar belakang sejarah Palestin - Perang Arab Israel. - Sejarah Hamas dan Perkembangannya. - Hamas dan kepimpinan tertinggi. - Hamas dan kemenangan pilihanraya. - Faktor peningkatan sokongan terhadap HAMAS oleh masyarakat Palestin dan Muslim Antarabangsa 7. Sejarah dan Perkembangan Parti Islam Se-Malaysia - Sejarah PAS: Menelusuri Jalan Berliku - PAS dan Penjajahan Inggeris - Penubuhan PAS - Perkembangan awal PAS - PAS dan perubahan Kepimpinan - Kepimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmi - Kepimpinan Dr. Zulkifli Mohamad - PAS dan kepimpinan Ulama - PAS dalam penyertaan pilihanraya. - PAS dan jaringan sosial 8. Gerakan Islam Turki 9. Galeri
Riduan Mohamad Nor (B.A (Hons) UM. DIP. ED. UM. M.A UKM) berasal dari Besut, Terengganu. Dilahirkan pada 1 Jun 1971. Telah berumahtangga dan kini mempunyai enam orang cahaya mata (Muhammad Jundullah, Muhammad Saiful Islam, Fatin Najwa, Ummu Nusaibah, Muhammad Mujahid, Mujahidah).Mendirikan rumahtangga dengan Norleeza Abdullah (B.A (Hons) UM) pada tahun 1993 ketika sedang menuntut di Universiti Malaya.Beliau dan Norleeza adalah exco Kerohanian Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA).Riduan juga adalah exco Kerohanian Kolej Kediaman Pantai Puri UM . Beliau bergraduat daripada UM pada tahun 1995, pada tahun yang sama merupakan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai, Setiausaha PAS Cawangan Flat UDA, juga sebagai Imam di surau An Nur, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Beliau telah menapak daripada Cawangan sehinggalah ke peringkat Dewan Pusat PAS Pusat, semua pergulatan sosial dan politik secara langsung ini akan dituangkan dalam karyanya ‘Memoir Pemuda”.Melalui wadah perjuangan Islam inilah beliau menghabiskan sebahagian besar umurnya, PAS sebagai Universiti kedua yang memberikan ilmu, mematangkan pengalaman, menajam tahap intelektual, merasai dihargai sebagai manusia, menghirup sejuta satu makna kehidupan dengan kepelbagaian latarbelakang ahli dan kepimpinannya.Melalui wadah Islam inilah Allah memberikan sejuta satu pengalaman berguna baik dengan sisi putih dan hitamnya, insan ini paling gugup dan bergemuruh didepan khalayak namun dengan pantas Allah menukarkan watak ini dengan keberaniaan apabila berdepan dengan audien apabila bergulat di medan jamaah. Beliau adalah pengarang beberapa buah buku antaranya ‘Pertembungan Iman dan Kufur’, ‘Peperangan Rasulullah S.A.W’, ‘Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan’, ‘ Sejarah Pemalsuan Al-Quran’, ‘Ahzab Moden dan Masa Depan Islam’, ‘Penghinaan Terhadap Rasulullah: Implikasi Hukum’, ‘Islam Liberal dan Pluralisme Agama’ dan ‘Memperingati 100 Tahun Hasan Al-Banna’.”Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad”, “tajuk-Tajuk Utama Ramadhan’ (bersama dengan Nazri Chik), ‘Sejarah Dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden’, ‘Murtad: Implikasi Hukum Dan Fenomena, ‘Makkal Sakhti:Analisa Pilihanraya 2008, Pengaruh Ikhwanul Muslimin Terhadap PAS, ‘Duka Acheh Luka Kita’, ‘Catatan Pilu Tragedi Gempa Bumi Pakistan’.’Menggenggam Bara’ dan beberapa buah buku lagi termasuk yang belum diterbitkan seperti ‘Panduan Nuqaba’ Ceria’. Beliau merupakan pengkuliah, penceramah, Motivator, menyampaikan kuliah-kuliah ilmu di surau-surau dan masjid-masjid di seluruh tanah air (Masjid KLCC, Masjid Tabung Haji, Masjid Ar Rahman, Masjid Ar rahimah, Masjid Saidina Ali dan ratusan masjid yang lain) dan di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta seperti di Jabatan Kerja Raya (JKR), Maybank, Petronas, Bank Pembangunan Industri, Pejabat Kastam Di Raja Malaysia, Malaysia Airlines System (MAS), Perodua, Pusrawi, Sapura Holding dan banyak lagi. Beliau juga pernah diundang untuk menghadiri program-program pelajar Malaysia di luar negeri antaranya di Jordan, Mesir, Syria, Indonesia dan Jepun. Selain itu, beliau juga selalu diundang untuk menjadi ahli panel forum dan pembentang kertas kerja serta wacana ilmu berkenaan isu-isu agama, sosio-politik, budaya dan sebagainya.Menjadi Pengerusi Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD) Beliau juga merupakan aktivis bantuan kemanusiaan tanpa sempadan dengan berwadahkan Muslim Care Malaysia , sebuah NGO yang menggalang kerja-kerja kemanusiaan di dalam dan luar negara. Pernah terlibat di Acheh, Jawa Barat, Cambodia, Jogjakarta, Pakistan, Kashmir dan khemah pelarian Palestin. Semua pengalaman misi kemanusiaan ini akan dituangkan dalam sebuah buku bertajuk ‘Peta Luka Umat Islam’ dan ‘catatan hidup”. Riduan Mohamad Nor dijoloki dengan gelaran Ustaz We@ ustaz Wan (oleh anak-anak murid dan pengikut kuliah), Pok Wan (oleh anak-anak saudara, kaum keluarga), Duang (kawan-kawan rapat dan panggilan zaman remaja).
Buku yang bagus untuk dibaca bagi yang ingin berjinak-jinak dengan sejarah perkembangan gerakan Islam moden.Cukup padat dengan fakta-fakta penting. Walaupun pun ringkas, namun masih mampu menaikkan semangat jihad pembaca.
"Bukan kita yang memulakan perjuangan, dan bukan kita yang mengakhirinya"
Pada saya penyusunan ayat dan penggunaan tatabahasa perlu lebih diperbaiki. Persembahan yang menarik walau kedapatan sebahagian isinya kurang terperinci. Digalakkan kepada semua mahasiswa Islam untuk membacanya agar lebih mengetahui perjuangan syiar Islam di abad moden ini.
Keperluan untuk mana-mana mahasiswa atau individu yang mahu mengetahui ranjau perjuangan mereka yang sanggup berkorban demi mempertahankan agama dan aqidah mereka. Inilah hakikat perjuangan menegakkan Islam. Sekiranya jalan itu tidak seperti fitrahnya, pasti ada sesuatu yang me'rongakkan' jalan tersebut dalam sedar ataupun tidak..
Terkesan mengenai jerih payah Gerakan Islam seluruh dunia memperjuangkan untuk menegakkan negara Islam di tempat masing-masing, dibuang daerah, dipenjara bahkan dihukum bunuh. Ancaman bukan sahaja daripada Yahudi dan Barat, tetapi turut ditikam belakang oleh saudara seagama sendiri. Perjuangan tidak mengenal erti penat dan lelah sehingga Daulah Islamiyyah akan terteegak jua nanti. Pembakar semangat kepada perindu kepada kegemilangan Islam di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat 1000 tahun yang lampau.
Sejauh mana kita menghayati sejarah kegemilangan Islam dahulu? Sejauh mana kita mengingati sejarah khilafah Uthmaniah yang dulunya gemilangnya kemudiannya jatuh?