Dia… Maria. Seorang gadis malang yang dijual oleh bapa kandung sendiri ke rumah pelacuran. Bermula dari situ, hidupnya terpalit dengan dosa dan neraka dunia. Dalam tempoh singkat, Maria menjadi pelacur kelas atasan yang menjadi kegilaan pelanggan kerana kecantikannya yang memukau.
Setiap hari Maria cuba melarikan diri, namun semuanya gagal. Dia dihukum, dikurung dan dipukul. Kerana statusnya sebagai pelacur kelas atasan, pelanggannya semua terdiri daripada orang-orang kaya yang sanggup berhabis ribuan ringgit dalam satu malam. Maria digelar lubuk duit.
“Kau lari lagi sekali, aku bunuh kau!” - Jack
“Aku lebih rela mati daripada terus kena layan jantan-jantan tak guna tu!” - Maria
Walaupun dirinya penuh dosa, Maria tidak pernah lupa untuk solat dan berdoa kepada Allah. Setiap malam dia curi-curi mengerjakan solat dan menangis di atas kain batik yang dihampar sebagai sejadah. Berharap Allah tunjukkan jalan keluar buat dirinya.
Peluang itu datang dalam sekelip mata. Maria berjaya lolos apabila seorang wanita bernama Datin Alisa sudi membantunya untuk melarikan diri. Lalu, Maria dibawa ke rumah wanita itu. Di sana Maria berjumpa dengan Dato’ Aldan, suami kepada Datin Alisa. Pasangan usahawan muda itu memberi tempat perlindungan kepada Maria.
“Kalau abang sayang Lisa, tolong tunaikan permintaan terakhir Lisa ni. Kahwin dengan Maria.” - Alisa.
Permintaan yang sangat berat untuk Maria dan Aldan terima. Namun, Alisa tetap memaksa sehingga Maria terpaksa bersetuju. Nama penuhnya meniti di bibir Aldan, sebagai tanda satu akad telah terlafaz. Hakikatnya Maria tahu lelaki itu sangat membenci dirinya.
“Err… abang nak apa-apa ke? Maria boleh tolong ambilkan.” - Maria
“Geli aku dengar kau panggil aku macam tu. Ingat sikit. Isteri aku hanyalah Alisa. Tiada yang lain. Dan jangan ingat aku akan anggap dan layan kau sama macam aku layan Alisa.” - Aldan
Kenyataan pahit yang perlu dia telan demi membalas kebaikan Alisa. Maria akur. Jika itu harga sebuah kebebasan yang dia mohon selama ini, Maria reda. Lautan api pun sanggup dia redahi agar dia tidak perlu lagi kembali ke rumah pelacuran itu. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
“Well… well… well… di sini rupanya kau menyorok ya?” - Jack
“Lepaskan aku. Aku tak nak balik ke sana.” - Maria
“Hutang bapak kau masih banyak. Dan bos kerugian berpuluh ribu ringgit kerana pelanggan lari sebab kau tak ada! Jangan ingat senang-senang aku nak lepaskan kau, Maria.” - Jack
“Don’t touch her! Sekali kau sentuh dia, dua kali ganda aku akan balas balik dekat kau.” -Aldan
Berjayakah Maria terus bebas daripada cengkaman Jack? Dan terbongkarnya kisah silam hitam itu menjadi penambah bara kebencian Aldan buat dirinya. Masih adakah sisa bahagia untuk Maria walaupun sedikit?
bagus maria ni. dia kuat melawan rasa dalam hati. walaupun terpaksa menjadi pelacur dek sebab hutang yang ditinggalkan oleh arwah ayah, tapi maria tak putus berdoa supaya dia boleh lari dari kerja yang keji itu.
peluang datang bila dia terpaksa menjalani pembedahan apendiks dan alisa, wanita mulia yang bantu selamatkan dia sewaktu dia lari selepas ambil ubat. alisa yang beri dia tempat berlindung. walaupun ada mata yang memandang dia jelik, tapi alisa tetap pertahankan maria.
kemuncak bila alisa minta dia berkahwin dengan aldan. lelaki itu memang langsung tak boleh terima tapi sebab itu permintaan isteri tersayang, diturutkan juga dengan syarat alisa nak jalani rawatan. tapi mana nak sangka, selepas mereka berkahwin alisa pergi menemui Pencipta.
sebak baca di sesetengah bab. sedih. derita maria, yang tak lalui memang mudah mengeji. bukan mudah untuk hidup dalam keadaan begitu.
setiap perjalanan manusia memang takkan sama. dan semua manusia tetap punya pilihan. melawan atau terus berserah.
Ermm touching nya baca. Walau penulis terpaksa menulis semula kerana kehilangan soft copy, namun usaha beliau tidak sia² kerana kisah Maria ini sangat menyentuh hati. Saya boleh rasa feel Maria itu sendiri. Kesian eh! Dilacurkan kerana hutang si bapa dan Maria tidak pernah lupa akan tuhannya.
Siapalah kita utk menghukum manusia yg telah bertaubat. Dan kerana itu Alisa menerima Maria ke dlm hidup dia dan suaminya secara ikhlas walau Aldan dan ibu mertuanya membantah. Hanya Alisa shj yg nampak akan kebaikan yg ada dlm diri Maria.
Namun Maria juga struggle utk membina kasih sayang suami terhadap dirinya sehinggalah Rania dtg dan merosakkan segalanya. Maria kalah dan pergi ke tempat yg masih boleh diterima oleh org² sepertinya. Penolakan manusia seperti Aldan dan keluarganya membuatkan Maria cuba bina kehidupan sendiri di pusat kebajikan.
Mendung tidak sampai ke petang. Begitu juga dgn hidup Maria. Jodohnya kuat utk Aldan. Kerana sebuah kemalangan, mata mereka semua celik utk melihat kebaikan Maria. Dan yang pastinya Maria bertuah kerana Alisa. Semoga Alisa ditempatkan di tempat yg mulia di sisi tuhannya😔