Jump to ratings and reviews
Rate this book

Alamria #1

Alamria

Rate this book
Di dunia Alamria, rata-rata makhluk memiliki kekuatan magis yang dipanggil sebagai elemantrik. Oleh kerana hanya Akid saja di kampungnya tidak memiliki elemantrik, maka dia sering dijadikan bahan buli penduduk kampung.
Kerana risau tentang apa yang terjadi pada cucunya, maka Tok Jun mencadangkan kepada Akid untuk keluar merantau bersama seorang wirawati Alamria bernama Merah.

Ketika mereka merantau di luar, tanpa disangka Akid terlibat dengan konflik antara kaum fenix dan kerajaan pemerintah Alamria, kerajaan Raja Alam Shah.

Gadis kucing yang ditemui ketika melawat bandar Gaia merupakan bakal permaisuri kaum Fenix yang berhasrat ingin melancarkan perang ke atas kerajaan Alamria demi membebaskan kaumnya daripada dijadikan hamba abdi.

Di ambang peperangan, Alamria bakal mengalami satu plot yang lebih sinister. Raja Alam Shah tidak lagi ingin menjadi raja pasif telah dihasut oleh satu entiti luar dari kepulauan Alamria dikenali Gargantua yang merancang membuat Alamria menjadi huru hara.

413 pages, Paperback

First published January 1, 2023

1 person is currently reading
33 people want to read

About the author

Iqbal Rafiuddin

17 books41 followers
Iqbal Rafiuddin merupakan penulis pelbagai genre. Pernah menulis untuk Terfaktab, Bukupojok, MagicBean (Gempakstarz), Fixi dan Menara Seni.


Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (53%)
4 stars
4 (26%)
3 stars
2 (13%)
2 stars
1 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
March 4, 2023
1. Cerita ni bergenre fantasi. Kat satu tempat bernama Alamria ni mostly semua makhluk ada magis yg dipanggil elemantrik. Akid, male lead cerita ni tak ada elemantrik, jadi semua orang kampung tak suka dia sebab orang yang tak ada elemantrik ni dikira paling hina la kat situ.

2. Sebab Akid ni selalu kena buli, Tok Jun suruh cucunya si Akid keluar mengembara bersama Merah. Merah ni pulak macam great warrior Alamria la kiranya.

3. In the middle of adventure diorang tu Akid kenal dgn seorang gadis kucing kaum Fenix bernama Lica. Lepas tu tak pasal2 terlibat dgn konflik antara kaum Fenix dgn pemerintah Alamria, Raja Alam Shah.

4. Aku suka gila cerita ni weh. Ala2 anime gitu. Watak Lica tu buat aku teringat kat Beast Tamer haha. Cerita ni fast paced, full of adventure, action packed. Tak cukup nafas la baca asyik bertarung je 🤣

5. I love the world building and the magic system. Senang nak faham. Tak macam sesetengah buku baca berapa kali pun tak faham2. Penceritaan ringkas, santai, dan kelakar. Cumanya buku ni banyak sangat watak sampai aku lost count 😂

6. Yang tak bestnya buku ni tak habis lagi 😂 Tapi nasib baik ending dia tak cliffhanger sangat. Nak tahu kesudahan kena la tunggu buku 2.
1 review
January 22, 2023
Hi Iqbal, hi bang koci.. Aku dah tamat buku alamria.. Kalau bintang.. Aku akan bagi full. Sebenarnya kan, aku lebih tertarik pasal alamria dekat wattpad lagi dari buku. Dia macam gaya bahasa dekat novel lain sikit, dia macam kureng. Tapi so far jalan cerita dekat novel pun aku boleh cakap still terbaik. Mungkin gaya bahasa sama tapi umur aku dah meningkat so aku rasa ada yang kurang tu. Aku boleh cakap buku alamria dekat wattpad dan yang dibukukan ni jalan cerita dia dah berbeza. Aku suka tengok perkembangan watak dalam novel tu, dari Akid di kampung hingga dia merantau tu best, nampak flow tu, tapi ada certain bab, kau tak cerita full dalam buku ni, macam apa kaitan rosa rose dan juan dalam alamria, or tu hanyalah cebisan cerita kecil untuk penyedap, aku tak pasti. lagi aku tak pasti kau banyak potong cerita asal alamria dekat wattpad atau tak, macam ada certain part tu aku rasa laju sangat macam eeehh kejap kenapa jadi macam ni. and last dekat bab bab akhir tu, aku rasa cam akid ni bukan jadi watak utama dah. sebab time perang lawan Raja Alam Shah tu Akid takde kat situ tapi aku still layan kau cerita detail pasal perang tu, aku memang dapat bayangkan benda tu. Aku tabik spring cerita alamria ni sebab flow cerita dia makin lama makin best even dekat permulaan tu aku rasa flow cerita tu mendatar tapi aku tak salahkan novel tu sebab novel tu bahagian depan lah banyak key untuk link kan bahagian klimaks novel tu dan last aku suka plot twist dia dekat akhir novel tu baru nampak flow dia macam dekat wattpad. Aku mintak maaf kalau kau tak faham apa yang aku nak sampaikan sebab aku hanyalah seorang pembaca dan bukan seorang penulis, ape ape pun aku nak cakap, tolong sambung Alamria baru sebab part betul betul best akan ade dekat buku baru kau, Iqbal good job untuk buku Alamria ni dan goodluck untuk sambung Alamria, even aku terpaksa tunggu untuk 7 tahun lagi, In sha Allah aku still layan buku kau tu

Profile Image for Nuzul Hafiz.
16 reviews1 follower
February 8, 2023
Akid remaja seringkali dihina, dicerca dan dicaci semata-mata tiada kebolehan seperti orang lain. Kisah Akid merantau dari satu ke satu kota demi sebuah kebenaran.

Pertembungan kuasa baik dan kuasa jahat. Pencarian batu kuasa. Ada manusia jadian, raksasa yang gagah perkasa rencah dalam novel ini.

Ketidaktentuan politik, konflik dalaman, khianat, tikam belakang, pecah dan perintah akhirnya membawa kepada peperangan yang mengorbankan banyak nyawa. Kuasa siapa yang tak nak. Ada segalanya pun belum tentu puas dengan apa yang ada. Sudahnya terpaksa membunuh atas alasan itu saja caranya.

Penuh magis. Sang bijak pandai pun terpedaya dek tamak dengan habuan dunia. Ilmu hitam berleluasa. Tiada empati. Matlamat menghalalkan cara.

"Siapa yang menguasai masa, dia akan menang semuanya"
Profile Image for Amira Zaidat.
63 reviews3 followers
March 1, 2024
Buku ni dah baca kali kedua pun sebenarnya taktau ye nak review macam mana. Pertama sekali saya takkan compare buku ni dengan versi dekat wattpad. Saya cuma akan review buku ni sahaja.

First time baca, buku sangat banyak tiber dia. Eh tiber. Selak lagi eh tiber lagi. Kali kedua baca pun rupanya banyak jugak tiber. Bukan plot hole tapi memang reactionnya, ehhhh tiber. Gitu.

Ni buku adventure. Sapa yang suka static satu tempat disarankan jangan baca. Nanti pening nak susun sebab tempat dia memang beralih alih. Nama pun cerita adventure. Kalau static setempat tak jadi real adventure. Jadi imaginary adventure. Buku ni jugak tentang pergolakkan kuasa antara puak atau kaum penduduk di Alamria. Alamria ni dunia tau bukan negara. Jadi kena betulkan setting dalam kepala dulu kalau tak nanti bakal confuse and susah nak atur logik cerita.

Antara yang unik dengan Alamria is penduduk dia. Sepanjang membaca buku ni, memang direct bayang character dia macam anime semua dari description yang penulis bagi untuk setiap watak. Menarik ye watak yang bermacam jenis ni.

Cuma bagi saya, hala tuju cerita ni kadang macam lari sana sini. Wataknya banyak sangat. Kena duduk baca senyap senyap kalau tak memang kena ulang baca banyak kali.

Anyway, this is author's first book dengan BlacxAlpha which is agak tebal and kalau sapa yang memang suka adventure dengan drama rebut rebut kuasa memang buku ni penulis tulis khas buat anda. Sila lah dapatkan buku ni walau macam mana pun caranya.
Profile Image for Aishahzubki.
60 reviews
July 5, 2024
Suka dialog yang santai dan ada lawak lawak hambar. Suka juga dengan kewujudan watak watak dongeng.
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
June 14, 2025
My bad that i dont really enjoy book with fantasy genre.

Stuck after 70%(?) of the story. Dull and blend. Nevertheless, the writing style is lovely.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.