Jump to ratings and reviews
Rate this book

Secangkir Teh Pengubat Letih

Rate this book
Bumi Ataturk tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Roh Islam masih subur di situ! Itulah perasaan yang akan terzahir apabila menatap naskhah kedua Siri Travelog Tarbiah karangan Ustaz Hasrizal ini. Penulis menumpahkan segala pengalaman beliau di Turki yang juga dianggap rumah kedua selepas Jordan.

Warga Turki masih utuh pegangan akidahnya, para huffaz bertebaran di buminya, ukhuwah islamiah masih membara di dada penghuninya, malah tiada Muslim yang akan rasa terasing apabila bertandang ke sana.

Secangkir teh yang diteguk di bumi Ataturk hari ini, mungkin akan menjadi pengubat letih dan dahaga sehingga hari esok!

Bersama kita selusuri pengalaman kembara seorang insan dalam mencari damai di celah-celah rimbunan mehnah yang mencengkam. Ukhuwah dan kasih sayang, tawa dan air mata – segalanya terangkum di dalamnya…

Antara kandungan:
* Mencari Damai Diri * Canakkale Ajaibnya Turki * Secangkir Teh Pengubat Letih * Orang Berbudi Kita Berbahasa * Bahasa Yang Pergi… * Ukhuwah Di Bumi Afyon * Orang Berbudi Kita Berbahasa * Sejarah Tua Kaum Muda Berulang Lagi * Dan banyak lagi…

(Sumber: www.galeriilmu.com.my)

267 pages, Paperback

First published January 1, 2010

37 people are currently reading
562 people want to read

About the author

Hasrizal Abdul Jamil

26 books877 followers
Hasrizal holds a Bachelor of Sharia (Honours) from Mu’tah University, Jordan (2001). He is the Director of Education at Khalifah Education Foundation which operates Khalifah Model Schools in Malaysia. An educator and learning designer, blogger, and author, advocate children-centered learning, parenting, and domestic policy.

Hasrizal succeeded in bookwriting after his AKU TERIMA NIKAHNYA (2008) became one of the National Best Sellers. He proceeded with many more books, such as BERCINTA SAMPAI KE SYURGA (2009), MURABBI CINTA (2010), RINDU BAU POHON TIN (2009), SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH (2010), TRANSFORMASI RAMADAN (2011), EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA – Trilogy (2012), DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU (2012), ERTI HIDUP PADA MEMBERI (2013), TAK KENAL MAKA TAK CINTA (2014), MENALAR MAKNA DIRI: KEMBARA MENJEJAK IMAM BIRGIVI (2014), SETIA DENGAN KEBENARAN (2017), REVIVING THE SPIRIT OF RAMADAN: BEYOND DO'S AND DON'TS (2017), HIKMAH & KARAKTER (2018), JALAN SEHALA (2019), RISALAH #MALAYSIA MEMBACA (2019 co-author), SENI BERFIKIR YANG HILANG (2020), TRANSFORMASI RAMADAN 2.0 (2020), DIARI ABAH (2020), MÄ OON RIZAL (2020), ERTI BERAGAMA YANG HILANG (2021), MENULIS DARI HATI BIAR SAMPAI KE HATI (2021), KAMAR-KAMAR BUDI (2021), KEMBARA MENALAR DIRI: LEGASI IMAM BIRGIVI (2021), SISI BERAKHLAK YANG HILANG (2022), BERAGAMA YANG KEHILANGAN TUHAN (2023) and PEDAGOGI RAMADAN (2023)

Hasrizal lives in the Republic of Ireland.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
453 (52%)
4 stars
309 (35%)
3 stars
80 (9%)
2 stars
11 (1%)
1 star
8 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 106 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
789 reviews106 followers
June 8, 2016
Bila agaknya diberi peluang oleh-Nya untuk menjejakkan kaki ke Turki ya? Semoga adalah rezeki untuk saya ke sana. Ingin melihat sendiri keindahan Masjid Biru, Aya Sofia serta kehidupan di Turki secara umumnya. Ingin merasai sendiri teh epal yang sering diperkatakan itu. Ingin merasai perasaan berada di bumi peninggalan Empayar Uthmaniyah...

Membaca catatan Ustaz Hasrizal membuka mata saya untuk lebih mengenali Turki. Agaknya saya juga salah seorang yang mempunyai sikap 'tidak-pedulisme' seperti yang diperkatakan itu. Menelaah buku ini membuatkan saya sedar, betapa ceteknya ilmu saya tentang sejarah Islam. Saya tidak tahu dan selama ini tidak begitu peduli. Bolehkah saya salahkan sistem pendidikan sekular yang saya terima sepanjang 11 tahun persekolahan? Tapi, itu kisah dulu, ketika kita masih tidak berdaya untuk membuat perubahan. Kata pepatah Inggeris, 'better late than never'. Mengapa tidak berusaha ketika ada peluang sekarang dari asyik menyalahkan orang lain?

Pemerhatian Ustaz Hasrizal terhadap politik Turki yang ingin menghapuskan Islam dan mendukung sekularisme. Nampaknya negara kita juga mengalami situasi sama tapi mungkin dalam senario yang sedikit berbeza. Saat membaca bab-bab terakhir itu, fikiran saya seolah-olah meng-'superimpose' cerita Ustaz mengenai politik Turki dengan keadaan negara semasa ini. Seakan menceritakan perkara yang serupa.

Carilah ilmu, kerana dengan ilmulah kita dapat membezakan mana yang benar, mana yang batil.

ps- rupanya 2 tahun, saya ingatkan setahun saja...hehehe
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
February 5, 2015
Pertama sekali, mahu mengutuk kelekaan diri yang hanya membaca buku "popular". Buku STPL ini sudah lama saya beli, barangkali sudah berusia dua tahun lebih tersadai di rak buku. Mujur tidak reput. Dan entah kenapa pula tergerak hati memilih buku ini untuk dibaca, Wallahualam.

Saya terus jatuh cinta dengan buku ini.

Kerana Turki!

Buku Ustaz Hasrizal (UH) yang telah saya khatam baca sebelum ini ialah Rindu Bau Pohon Tin. Jauh juga jarak bacaannya dengan buku ini. Kedua-duanya bersifat kembara. Kembara ilmu. Kembara secara fizikal dan spritual. Kembara yang mendorong untuk mengenal diri dengan lebih mendalam. Kembara untuk mengetahui apa yang berlaku dahulu untuk memahami apa yang terjadi sekarang.

Saya cemburu dengan peluang yang direbut oleh UH ketika usianya masih remaja. Jarak umur beliau dengan saya hanya berbeza dua tahun, tapi pengalaman hidup yang dikecapi beliau sangat mengujakan. Cerita kembaranya di Turki, menjalinkan silaturrahim dengan begitu spontan dengan orang-orang Turki yang ramah, membuatkan semangat saya mahu ke Turki semakin membuak-buak.

Sememangnya Turki, Austria dan juga Bosnia adalah negara-negara yang paling atas dalam senarai "wishlist" saya. Cuma bezanya kali ini, selepas membaca buku STPL ini, untuk Turki saya mahu ke semua ceruk negerinya. Gara-gara cerita UH, setiap kali beliau menyatakan nama tempat yang dilawati, saya akan terus meng"google" tempatnya.

Saya betul-betul rindu dengan Turki.

Insya-allah. Kuatkan azam dan tekad mahu ke sana.

Maaf, saya tidak mengulas buku ini dengan lebih lanjut. Hati menjadi emosi dengan cerita-cerita Turki. Sehinggakan saya memuatnaik status di Goole+;

At this very moment, I am so determined that one day, I shall visit Turkey and explore the whole country from east to west, from north to south. I dont know why, but I just love Turkey.

Saya mahu ke Turki. Ada yang mahu turut serta? UH sendiri barangkali?
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
July 3, 2017
Beautifully written. Satu contoh karya yang bukan travelog kosong.
Susun kata juga sangat beradab dan kemas. Saya suka.
Tak sabar nak ulang baca lagi.
Profile Image for Ummu Auni.
663 reviews
February 8, 2012
Alhamdulillah, saya sudah melunasi karya Ustaz Hasrizal yang keempat, walaupun ia koleksi tulisan di web blog beliau, namun saya tetap merasakan suntikan udara segar setelah membaca travelog ini. Turki yang saya pernah jejak dahulu, dipenuhi dengan penduduk yang terlampau bebas dari segi budaya, pergaulan, jarang bertemu mereka yang bertudung. Turki yang pernah saya tinjau ini, dipenuhi jualan arak, tayangan yang tidak mengira sentimen Islam, pemandu pelancong yang teragak-agak menjawab waktu solat ketika ditanya, juga yang bertudung boleh dikira dengan jari. Turki yang pernah saya jejaki memiliki banyak masjid yang menjadi hiasan semata, namun apabila membaca travelog ini, saya berasa terharu dan sayu. Sungguh, tidak lama saya mengenali Turki untuk menghukum penduduknya sedemikian rupa. Bukan mudah untuk menegakkan syariat apabila ditentang golongan pemimpin sendiri. Di sinilah kehebatan Turki yang sebenar, bagaimana mereka bangkit untuk memperjuangkan Islam, bangkit beramai-ramai untuk diberi kebebasan bertudung. Turki yang saya baca, sangat menjaga batas pergaulan sehinggakan sekiranya seorang perempuan dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, maka abang/adik lelaki akan berhenti kerja dan ikut adik perempuannya dan berhijrah ke sana. Taktala pembacaan, terkuik perasaan saya, sekiranya Malaysia menghadapi perkara yang sama, adakah mungkin kita sekuat mereka? Benar saya pernah menjejak kaki ke Turki, dan mengkagumi jejak sejarah di sana, tapi Turki yang saya baca kisahnya di dalam buku ini, bersatu padu bernaung, memegang sepanduk "Ittahidu!"
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
January 20, 2021
Kesinambungan dari buku Rindu Bau Pohon Tin oleh penulis. Jika buku tersebut menceritakan segalanya tentang Jordan sepanjang penulis menuntut di sana, buku ini pula berbicara mengenai Turki. Yang sepatutnya menjadi destinasi pengajian peringkat seterusnya buat penulis lama dahulu, namun tidak kesampaian atas sebab-sebab tertentu.

Namun itu tidak menjadikan buku ini kering dari segi pengisiannya. Malahan jauh sama sekali dari itu. Dengan pengalaman lebih 20 kali penulis ke sana, ini pastinya bukan kisah pengembaraan ke Turki yang biasa-biasa.

Penulis mencatatkan & membongkar segalanya, apa yang beliau hadapi dan rasa, dengan berbekalkan sekelumit ilmu dari sejarah lama & tafsiran Al-Quran sepanjang berada disana. Bagaimana Turki dari zaman kejatuhan empayar Uthmaniyah, kepada pertukaran drastik sekular Ataturk, kepada pemerintahan pro-Islam oleh Parti Rafah di pertengahan 90an, kepada pemerintahan tentera, dan kepada pemerintahan awal Erdogan yang kini. Perubahan dari pertengahan tahun 90an itu dapat dirasai sendiri oleh penulis sejak beliau jatuh cinta dengan negara ini sejak sekian lama.

Penulis selesa berbicara mengenai sisi lain Turki, selain tempat-tempat yang dilawati oleh beliau sepanjang mengembara disana (yang sudah menjadi kemestian bagi sebuah travelog tentunya). Mengenai keramahan & kebaikan rakyatnya, rasa kagum beliau terhadap ramainya para hafiz Al-Quran yang lahir dalam masyarakat mereka, dan bagaimana ini telah menjadi sebahagian dari budaya mereka. Bagaimana hormatnya mereka terhadap makanan dan ilmu. Bahkan pencuri dompet juga ada memberikan secebis pengajaran buat penulis disana.

Kesengsaraan & cabaran hidup rakyat Turki dalam mengimbangi pertembungan budaya sekular barat & Islam timur juga tidak kurang hebatnya. Ditambahkan lagi dengan pelbagai sekatan dari pihak pemerintah dan parti politik yang berpegangan sekular, terlampau Atarturk pendekatannya. Isu pengharaman pemakaian tudung yang pernah hangat satu ketika dahulu, isu pengharaman banyak parti politik yang pro-Islam, penutupan & sekatan terhadap sekolah agama dan pengajian Islam di universiti serta semua penuntutnya, kejatuhan mata wang Lira, itu semua sangat besar impaknya terhadap rakyat Turki. Semuanya itu ada diluahkan oleh penulis disepanjang penulisan buku ini.

Kisah indah ukhwah persahabatan yang beliau jalinkan dengan warga tempatan disana juga banyak mengajar kita erti bersahabat kerana Allah. Bersahabat kerana satu tujuan, demi agama, bukannya keperluan, demi dunia. Indah kisah penulis dengan sahabat-sahabat Turki beliau ini yang telah menjangkau puluhan tahun usianya. Dari beliau bujang hingga sudah beranak-pinak kini.

Apa yang pasti, jika anda inginkan rujukan pengembaraan bertemakan sejarah Islam di Turki, inilah buku yang perlu anda cari.

Jika anda sukakan penulisan Hamka dalam buku kembara beliau ke Amerika Syarikat dan Iraq (4 Bulan Di Amerika Jilid 1 dan Di Tepi Sungai Dajlah: Kembara ke Kota Baghdad, Iraq), mahupun Imam Al-Tahtawi Mesir ketika ke Paris (Imam Di Kota Paris: Kembara Seorang Imam Di Kota Paris), anda perlu teladani buku ini. Mereka mengembara bukan sekadar mengembara. Mereka menyerap semaksimumnya.

Baik. Langsung kepada kisah penulis ketika di Great Britain pula selepas ini, dengan buku Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu
Profile Image for Norain.
361 reviews25 followers
March 7, 2011
Walaupun Ustaz Hasrizal mengatakan beliau rindu akan bau pohon tin (dalam buku sebelum iniTravelog Tarbiah: Rindu Bau Pohon Tin), namun apabila membaca travelog ini, saya merasakan beliau lebih menyenangi ‘pelariannya’ ke Turki berbanding Jordan tempat beliau melanjutkan pelajaran (bukunya pun lebih tebal).

Sebuah buku yang membuka mata tentang sejarah Turki Uthmaniyah daripada perspektif masyarakat Islam, juga tentang cara hidup Muslim di Turki yang sering disalahpaparkan di media kita. Kini saya sangat faham mengapa ustaz marah dengan komen Faizal Tehrani tentang Turki.
Profile Image for Ieyda Hidayah.
64 reviews4 followers
October 1, 2025
Apa yang boleh diterjemahkan bila habis baca buku ni ialah segala rasa bercampur menjadi satu.
Profile Image for Dayat.
93 reviews3 followers
March 31, 2010
'Secangkir Teh, Pengubat Letih'(STPL) adalah hasil kumpulan artikel-artikel dari blog saifulislam.com walau sebagai salah seorang pengekor setia blog tersebut namun bagi saya mendapatkan naskhah ini tetap menjadi suatu kemestian.

Kata seorang teman kerana telah dan boleh dibaca online maka dia tak begitu teruja untuk mendapatkan naskhah-naskhah dari penulis ini yang telah diproses ke bentuk buku.

Namun bagi saya menatap dan mendakap sebuah buku dari teknologi kuno yang ditemu Tsai Lun 101masehi atau 1909 tahun yang lampau (baca: kertas) adalah rasa yang takkan terkalahkan dengan menatap buku state of the art e-book, ipad atau apa bentuk moden bacaan hasil ledakan teknologi masa kini.

Dari hari pertama membelinya di pesta buku baru-baru ini, STPL saya hurung ke mana sahaja, membaca di celah-celah kesempatan dan kesempitan. Sememangnya saya begitu menyenangi tulisan Ustaz Hasrizal yang cermat dan menghargai kata-kata.

Travelog ini membuatkan saya semakin ingin mengenali sejarah, mengenali jati Turki mengenali diri lalu mengkoreksinya. Mengenali keruntuhan Turki justeru kebangkitannya.

Di dalam STPL banyak peribahasa Turki yang saya pelajari tetaapi ada satu peribahasa Turki yang tidak diungkap secara literal tetapi berdiri di lokus STPL secara total. Peribahasa yang tak terungkap itu adalah: "Belajar dari buku-buku baru, tetapi dari guru-guru lama". Ehem, dengan izin untuk berdefinisi sendiri peribahasa ini: Buku-buku baru itu gagasan dan seruan yang membina sejarah dan guru-guru lama itu adalah sejarah itu sendiri.

Terima kasih Abu Saif. Terima kasih Galeri Ilmu- muka depan dan seni reka letak dalaman buku ini mesra pembaca.

Oh ya, kepada teman saya yang tak tersorak namanya, ini naskhah balas saya. Salam ulangtahun ke 24 =)

Profile Image for Faqihuddin Ghazali.
12 reviews2 followers
September 13, 2016
Buku ni seputar pengalaman beliau bermusafir di Turki sebanyak 20+ kali, dari zaman belajar di Jordan hinggalah dah ada anak seorang.

Travelog ni banyak menggambarkan situasi Turki pada lewat 90-an hingga awal abad 21 dan jugak pandangan beliau pada tika tu. Ada pandangan beliau yang aku kurang bersetuju, tapi ya lah, ni pandangan beliau sebelum beliau ke negara barat (UK/Ireland) yang mana Muslim merupakan minoriti. Jadi mungkin sisi pandang beliau dah berbeza, dan aku pun tak baca lagi buku karangan beliau bertajuk 'Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu'.

Teringat Dr Maza menyebut dalam bukunya, 'Fitnah Terhadap Sahabat' bahawa beliau banyak menyunting edisi baru buku tersebut kerana merasakan penulisan beliau ketika dulu ada yang terikutkan emosi. Some people get wiser over time, jadi well, tak adil untuk 'memahami' seseorang berdasarkan pandangan/penulisan yang lama.

Buku ni banyak jugak membantu aku dalam memahami situasi Turki pada 20 tahun lepas, dan melalui apa yang aku lalui di negara tersebut, banyak yang dah berubah sekarang, ke arah kebaikan Insya-Allah.

Aku nak amik peluang ni untuk memberikan kredit kat Ustaz Harsrizal sebab banyak mendidik aku melalui blog beliau, saifulislam.com. Penulisannya sungguh berkesan, mengadili situasi dari pelbagai sudut dan penuh berhikmah. Moga Allah rahmati beliau dan berikan kekuatan kepadanya untuk terus menyumbang kepada masyarakat Malaysia insyaallah.
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books277 followers
July 15, 2010
Membaca Secangkir Teh Pengubat Letih (STPL) bukan saja memberikan kepuasan mencicip pengalaman kembara pengarang ke Turki, bahkan travelog ini menguak hikmah persaudaraan dua bangsa berbeza yang hanya dimungkinkan atas nama Islam.

STPL juga mendedahkan wajah lain Turki yang selama ini lebih terlihat kepada topeng keras Sekular, sekali gus menyelongkar sejarah Khilafah Islamiah Turki Uthmaniyah.

Pengamat politik Turki yang bersimpang-siur antara kebebalan sekularis dengan kebobrokan liberalis mesti menyeimbangkan pengamatan mereka dengan STPL yang memberikan kewarasan lewat pergaulan pengarang dengan mereka yang cuba meniupkan nafas Islam yang segar.

STPL adalah sastera perjalanan yang menepati genrenya dengan plot yang mengesankan. Buku yang dijolokkan dengan nama travelog tarbiah ini, benar-benar memperlihatkan kemahuan untuk 'mentarbiah' pembaca.

STPL ialah rakaman yang mesti dicicip untuk menikmati kemanisan ukhuwah Islamiah, mengingatkan nostalgia khilafah dan menyelongkar Turki dengan wajah lain yang lebih harum.
Profile Image for Fariz Danial.
21 reviews15 followers
February 7, 2012
Buku ni berjaya menggubah aku menjadi seorang yang suka akan sejarah daripada seorang yang sangat bencikan sejarah. Lepas aku baca bab 18 yang direkemen oleh rakan aku, aku terus berminat nak habiskan buku ni dan start membaca buku sejarah yang lain. Seriusla, aku menjadi seorang yang sangat dahagakan ilmu mengenai sejarah dunia.

Bahasanya mudah dibaca, pengolahhannya sangat menarik menceritakan tentang penulis pergi mengembara ke turki(okay, aku tak suka cerita pengembaraan, tapi buku ni serius sangat menarik)

Buku yang sangat menyayat hati. Dan menjauhkan aku daripada menjadi seorang yang fahaman tidak-pedulisme.

Buku adventure ini membuatkan kita menjadi luas pandangan, seolah2 kita yang pergi mengembara. buku hasrizal yang (aku terima nikahnya 2) lebih kepada golongan yang nak 'couple'. Buku ni lebih kepada golongan pemikir yang ingin mengubah dunia..

Direkemen oleh alliff kubeng.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews59 followers
June 19, 2011
Membaca buku ini kali kedua. Lebih menarik lagi, membaca kali kedua ini selepas pulang dri Turki. Membaca kali kedua, tulisannya lebih terasa di jiwa. Travelog di negara yang mempunyai sejarah yang panjang. Travelog yang bercerita tentang bangsa Turki yang berhadapan dengan krisis identiti, memilih antara Islam dan barat.

Saya sudah jatuh cinta dengan Turki..
7 reviews1 follower
November 19, 2010
ni buku pinjam..hehe..tapi mmg menjadi pengubat letih..mengubah persepsi buruk terhadap Turki dan rakyatnya..kebanyakan rakyat di Turki terkena fitnah daripada media asing yang mengatakan Turki dan Islam semakin jauh padahal kes itu tidaklah menyeluruh..ramai lagi rakyat turki yang memperjuangkan Islam tetapi dilabel pembangkang dan extremist..=)
Profile Image for Mahfuzah Abdul.
50 reviews1 follower
April 9, 2013
agak lama juga mengambil masa utk menghabiskan buku ustaz hasrizal kali ni.
bebanan buku medik yang makin menjulang2 tinggi ditambah pula dgn exam yang hampir setiap 2 mggu sekali menyukarkan pembacaan saya.
alhamdulillah berjaya habiskan buku ni dengan baca few pages setiap malam sebelum tido.haha.
seronok baca tentang turki lebih2 lagi dah pernah pergi ke sana sebelum ni.so banyak juga yang boleh imagine tempat yang ustaz hasrizal pergi dgn tempat yg saya pergi dulu(tp kebanyakan tempat yg saya pergi adalah tempat maksiat sbb pergi dgn agen.so saaad :(((. )
bila dah tahu banyak tentang sejarah dan betapa hebatnya turki dulu terpanggil2 utk pergi sekali lagi ke turki.at least nak pergi ke tempat2 yang ada kaitan dgn sejarah islam dan tengok betapa hebatnya org2 dahulu.
so back to the point,buku ini memang x menyesal kalau nak baca.dan x melampau rasanya kalau saya katakan buku ni membuatkan saya berfikir ttg jati diri saya sekarang( terutamanya ttg isu tudung di turki.menyedihkan saya bab tudung tu)

so bolehlah start cari beli dan baca buku ni.
:))
Profile Image for Fatin Syamimy.
39 reviews6 followers
January 10, 2016
Tersipu-sipu sendiri melihat tarikh pembelian buku - Oktober 2013, lebih dua tahun yang lalu. Mungkin kerana awal buku ini memang menceritakan pengalaman Ust Hasrizal di bumi Turki, jadi kurang rasa urgensi untuk habiskan baca.

Alhamdulillah dah habis baca semalam, and it was good actually. Satu, pengalaman Ust lain lah dari kebanyakan kita (not me though, havent been to Turkey T.T ) yang datang melancong sehari dua, tapi Ust bergelumang sendiri dengan masyarakat jadi lebih mendalam tahunya. Part ni sememangnya menjeleskan.

Dua, semakin ke hujung buku ini saya kira makin serius, ulasan dan analisa lebih kritikal. Paling menge-wow-kan ialah artikel Islam Popular Islam Murahan, yang bagi saya memang berani. Dan ada benarnya. Bahagian kedua ini yang lebih memberi kepuasan membaca, dan paling banyak mempengaruhi rating keseluruhan saya terhadap buku ini.

Bacalah :)
Profile Image for Rainy Rose.
299 reviews32 followers
July 21, 2021
Sebuah lagi karya travelog ustaz Hasrizal yang aku suka. Travelog kembara buku ini ialah mengenai catatan beliau setiap kali beliau berkunjung ke Turki. Mengikut pandangan akulah, buku ini hampir 80% menceritakan tentang isu politik dan pergolakan dalam negara Turki yang diperhatikan sendiri oleh ustaz Hasrizal pada sekitar tahun 1995 hingga 1998. Aku juga suka pengalaman-pengalaman ustaz yang berjalan melihat Masjid Biru, makam Sultan Abdul Hamid II, Selat Bosphorus dan sebagainya. Aku tak pernah menjejakkan lagi kaki ke bumi Turki, jadi bila baca buku ini, aku macam Wahhh seronok juga kalau dapat jelajah Turki ni. Aku tertarik nak melawat tempat-tempat bersejarah dan mencuba teh turki & teh epal yang popular dalam kalangan pelancong. Semoga suatu hari nanti aku berkesempatan untuk melawat bumi Turki juga. Insha Allah.
Profile Image for Nur Elvina.
69 reviews20 followers
February 5, 2021
Menyusuri kemanisan ukhuwah penulis dengan Fatih, pemuda Turki disulami dengan perbincangan politik dan sosiobudaya negara bekas Daulah Uthmaniyah. Bermula daripada kegemilangan pemerintahan Dr Necmettin Ebrakan sehinggalah kejatuhan beliau akibat gerakan sekularisme Turki.

Terasa terlalu banyak nikmat yang perlu disyukuri di Malaysia apabila penulis membentang cabaran saudara muslim di sana pada era 90-an. Bukan sahaja wanita dilarang memakai hijab malahan institusi agama ditindas serta diarahkan tutup.

Tersentuh dengan kegigihan Ustaz Hasrizal menjejak semula sahabat-sahabat yang telah lama terpisah walaupun dalam keadaan Turki yang huru-hara dengan pentadbirannya serta situasi Turki pasca gempa bumi.
Profile Image for Hafizi.
75 reviews
June 14, 2020
Buku yang sangat menarik di mana Ust Hasrizal menceritakan pengalaman beliau mengembara di Turki. Apa yang uniknya di dalam buku ini adalah ianya bukan catatan pengembaraan semata-mata tetapi disulam dengan ulasan beliau dan juga rakaman interaksi beliau bersama sahabat beliau yang berbangsa Turki. Banyak mutiara-mutiara yang dititipkan sebagai makanan minda dan fikiran yang boleh dijadikan panduan kehidupan terutama di dalam kerangka mengembalikan izzah Islam di bumi Malaysia. Bagi yang pernah ke Turki, coretan ini akan lebih menusuk jiwa terutamanya jika ke sana dengan niat ingin mempelajari atau mengenali lebih dekat bumi khalifah ini.

Pengalaman peribadi aku ke Istanbul suatu masa dahulu sedikit sebanyak terimbau ketika membaca buku ini, seperti keramahan orang Turki. Aku dan rakan-rakan pernah diajak untuk ke rumah minum teh oleh seorang pak cik yang menegur kami di masjid Eyub. Kami semua yang pada mulanya sangsi (takut kena tipu) tapi akhirnya pergi juga menerima pelawaan pak cik tersebut. sampai di rumah, pak cik tersebut melayan kami seperti pernah kenal lama. seperti biasa, teh dihidangkan kepada kami sambil berborak-borak walaupun seperti ayam itik (bahasa inggeris pak cik tersebut tak berapa bagus). Kami juga dipelawa untuk tidur di rumahnya (la ila ha illa Allah, no problem katanya) tetapi kami menolak. Sebelum berpisah, pak cik itu ajak kami bernasyid bersama-sama sebagai tanda kenangan dan doa.
Profile Image for Welma La'anda.
76 reviews20 followers
July 12, 2010
Buku ini memang cukup mengasyikkan. Tidak tertekan membacanya. Sedar-sedar sudah hampir sebuah buku dibaca.

Secangkir Teh Pengubat Letih merupakan kompilasi artikel berkenaan kembara penulis ke Turki. Saya rajin juga membaca artikel-artikel di laman web penulis. Tetapi tidak berapa ingat pula samada pernah membaca atau tidak artikel-artikel di dalam buku ini di laman web beliau. Saya rasa saya tidak mempunyai masalah membaca tulisan bukan fiksyen yang disiarkan berulang-ulang kali (buat masa ini).

Saya memang sedar kecintaan penulis kepada Turki atau lebih tepatnya sejarah Uthmaniyyah. Kelebihan belajar di Jordan sedikit sebanyak memudahkan langkah penulis berkembara ke Turki. Saya tidak pasti apakah bentuk tekanan yang dihadapi penulis di Jordan sehingga beliau 'melarikan' diri ke Turki untuk berehat. Berehat dalam erti kata bertafakur. Turki lebih membawa ketenangan jiwa kepada beliau. Pada ketika itu, beliau belum lagi bertemu dengan Fatih. Pertemuan tanpa sengaja di Turki, akhirnya membawa kepada ukhuwwah yang berpanjangan sehinggakan hampir mana-mana tulisan penulis berkenaan Turki, pasti ada nama Fatih dan keluarganya.

Saya melihat Secangkir Teh Pengubat Letih merupakan sebagai sebuah buku yang mengandungi pengisian dan pendidikan. Penulis mengajar kita untuk belajar membetulkan cara pandang apabila melihat sesuatu di mana hasilnya ini nanti akan menentukan apa yang akan kita perolehi. Penulis seolah-olah mahu kita melihat kembaranya di Turki bukan sebagai satu riadhah tetapi satu pencarian untuk lebih memahami kerja-kerja Allah kepada alam dan manusia. Ini membawa beliau kepada persaudaraan Islam yang cukup dengan kalimah Tauhid itu sebagai penyebab untuk satu ukhuwwah walaupun terbatas dengan bahasa dan budaya. Betullah kata penulis. Kita akan dipertemukan dengan apa yang kita cari. Beliau mencari ibrah dan Allah pertemukannya dengan persaudaraan Islam yang semakin mendekatkannya kepada Islam itu sendiri.

Saya kira penulis berjaya menonjolkan Turki dari perspektif berbeza dan membersihkan persepsi asal kita kepada negara ini. Tidak keterlaluan jikalau saya katakan, pembaca boleh tiba-tiba jatuh cinta kepada Turki dan semakin mahu mengenalinya setelah membaca buku ini. (Tambah-tambah pula setelah kejadian Flotilla Marmara, tanpa disedari Turki sudah diangkat sebagai jaguh Islam di bawah pimpinan Erdogan).

Negara sekular yang kita fahami ini nyata tidaklah seteruk mana melalui pemerhatian penulis. Mereka masih memiliki masyarakat yang soleh. Hak dan batil itu terpisah di sini. Penempatan mereka turut terasing. Tidak ada yang separuh-separuh. Maknanya, jikalau orang itu sekular, dia, ahli keluarga dan jiran-jirannya memang semua sekular dan begitulah sebaliknya. Inilah yang dibela penulis bahawa masih ada masyarakat yang masih soleh di Turki ini. Ia bukan total sekular.

Bukan itu sahaja, penulis memberi kredit akan sikap rakyat Turki yang knowledge centric. Malah, berdasarkan kajian, parti Refah di bawah pimpinan Erbakan (kini Erdogan) itu hanya sebahagian sahaja yang memilih mereka atas dasar Islam, tetapi sebahagian besar majoriti undi memilih parti itu kerana mereka yakin pengurusan negara di bawah pimpinan Parti Refah akan mampu membangunkan semula Turki. Inilah Parti refah yang berjaya membawa imej Islam di tengah-tengah masyarakat yang sudah banyak sekular dan di dalam masa yang sama masyarakat itu tidak pula alergi dengan imej Islam mereka.

Mudah-mudahan dengan selesainya pembacaan Secangkir Teh Pengubat Letih, kita bukan sahaja boleh merasakan nikmat ikut berkembara bersama penulis dari satu tempat ke satu tempat di Turki dan semakin memahami masyarakat di situ tetapi juga semakin bertambah kecintaan kepada saudara-saudara Islam kita di sana. Rasa cinta itu secara tidak langsung akan menimbulkan sikap peduli dan menerima kepelbagaian sebagai hikmah terbesar.
2 reviews1 follower
July 3, 2021
Sesuai dengan judul bukunya; begitu la hirupan yang diteguk oleh setiap pembaca. Persis menghirup teh hangat di tengah tengah kota Turki. Penulis berjaya membawa saya menjelajah dan berjalan di seluruh tempat di Turki seolah olah saya seperti turut berada dalam kanvas empat segi ini. Sebelum ini, mungkin saya hanya mengetahui beberapa nama daerah di Turki namun usai buku ini dikatup, jasad dan hati saya terpanggil untuk meneroka ke bumi Turki yang begitu luas dan menenangkan seperti yang diceritakan oleh penulis.

Selain terpegun dengan kisah sejarah yang diadun menarik bersama budaya dan politik masyarakat di sana, buku ini turut menyisip waktu dan rasa melalui nilai persahabatan yang dimiliki oleh penulis dan teman temannya. Berdiri di bumi asing namun dilayani dan dirayakan dengan penuh kasih dan cinta oleh linkungan sekitar. Meskipun berbeza bangsa dan bahasa, atas nama agama yang satu , ia mengikat hati hati kita untuk bersatu. Dalam masa yang sama, ia juga mampu menyuntik sepercik keberanian bagi orang orang yang mungkin sebelum ini ragu ragu untuk menjejakkan kaki ke luar negara; untuk mula menderap langkah pertama ke negara asing dengan mendakap erat agama dan doa doa menuju Tuhan Yang Satu.

Karya travelog ini turut mengajak pembaca untuk duduk dan merenung kembali terhadap perjuangan agama yang dilaung laungkan. Di sebuah negara Islam yang pernah memegang mahkota gilang gemilang suatu masa dahulu, perlahan lahan mula menjadi malap dan dipandang enteng oleh rakyatnya sendiri. Waktu ini, sosok akhlak yang luhur dan benar dapat menuntun semula sinar agama yang kian menghilang itu. Dan ia bukan satu tanggungjawab yang dipunggah oleh mereka yang di sana sahaja, kita juga perlu sedar akan peranan yang turut digalas di bahu dan jiwa setiap jasad bernama Islam.

Memetik kata-kata penulis dalam karya ini,

“Carilah satu dunia asing untuk kamu keluar daripada diri kamu yang sudah rapuh dan kering itu”; saya kira Secangkir Teh Pengubat Letih adalah teman yang nyaman untuk dinikmati oleh setiap orang. Hari hari bekerja mungkin cukup memenatkan lalu di hujung minggu, membelek karya ini seperti membawa pergi sekeluh lelah bersama-sama ke sebuah negara yang tak pernah dikunjungi; namun menapak satu tempat yang dekat di hati 🧡
Profile Image for Fifie Ierina.
6 reviews1 follower
July 11, 2019
Only reading this in 2019, 9 years after its publication is probably the reason that brings me to feel very dissatisfied upon finishing the read. I'll come back to that after describing its strong points.

This book was written as an intellectual travelog, and very well so. I love how the author has a very deep and emotional attachment to Turkey, and in particular the remnants of the Ottoman Empire in what used to be its capital city (Istanbul). I loved all the descriptions about the devout Turkish Muslim communities there who so many of them are huffaz, despite surviving in a very tumultuous secular country. I loved these parts about the book the most. Most of us may not know how much of a battle life there is for the devout Muslims to keep their religion alive, and I truly admire this renewed understanding about the society there.

The things I have problems with are two. The time lapses are somewhere between 1995-1999, and 2003+. The exact year by which some articles were written is not provided and therefore is quite confusing, especially for readers who have no basic knowledge of Turkey domestic politics whatsoever. The other problem is with the jumps between these time lapses itself. Some important dots are missing especially when the author describes political events of the recent time; we needed more historical context of at least a decade past. My last criticism is that as someone who reads this so much later, it's very dissatisfying to come out of it with an information vacuum of what has happened socio-economically in the past 10+ years, from an unbiased perspective about Turkey. Thus, I am really hoping that I can find a good book that will fill in that decade worth of information vacuum for me. 3.5 stars! 💜

Profile Image for Ariff Jauhar Iskandar.
1 review
April 2, 2013
Assalamualaikum wbt, tuan/ puan yang dirahmati Allah.

Selepas 10 tahun tidak menjadi tamu, Ustaz Hasrizal beroleh rezeki untuk kembali bermusafir ke bumi Turki baru-baru ini. Segalanya memberikan perspektif yang segar untuk menggabungkan apa yang telah dirakamkan dalam buku Secangkir Teh dengan perkembangan-perkembangan terkini yang didalamnya terkandung seribu satu ibrah yang terdapat di dalamnya

Akademi Sinergi telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan wacana santai perkongsian yang disinergikan daripada buku Secangkir Teh Pengubat Letih bersama perkembangan terkini yang terhasil daripada 3 minggu pengembaraan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di Turki baru-baru ini untuk dikongsikan bersama anda.

(Program ini bukan program bedah buku- tetapi program wacana santai yang akan menyentuh beberapa isu yang terkandung dalam buku tersebut dan menggabungkan dengan perkembangan terkini serta refleksi yang boleh diambil oleh kita sebagai rakyat Malaysia, dengan tema "Sejarah" )

NAMA PROGRAM : Wacana Secangkir Teh Pengubat Letih
TEMA : Refleksi Sejarah Di Bumi Khilafah
PENYAMPAI : Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
LOKASI : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi
TARIKH : 13 April 2013
MASA :10 pagi - 1 petang

YURAN: RM30 sahaja

Tarikh tutup pendaftaran : 7 April 2013

INFO LANJUT : SMS/CALL 012-223 0782 (Saadiah)
EMEL ke info@akademisinergi.com
WEB: http://www.akademisinergi.com

Terima kasih.
Salam mesra team Akademi Sinergi.
Profile Image for Fadilah Tahir.
14 reviews2 followers
March 10, 2011
Sungguh terkesan dengan buku ini, terkesan dengan ukhwah kerana islam yang menyebabkan penulis bertandang ke Turki lebih dari 20 kali!
Teruja juga dengan golongan Huffaz yang masih segar dengan budaya islamik yang menjadi asas sesetengah masyarakat di sana. Mempunyai penghafal Quran (Hafiz) yang banyak berbanding negara lain.

Isu tudung yang tidak pernah habis di sana menyaksikan para muslimah terpaksa memilih di antara iman dan impian.. sungguh besar pengorbanan yang harus dilalui di sana, berbanding sesetengah rakyat Malaysia yang memberi kebebasan bertudung tetapi menggunakan tudung untuk cantik dan berfesyen semata, aurat lain tidak terjaga.. sungguh memalukan!

Berbagai perasaan gembira, sedih dan kelakar yang dilalui penulis sepanjang pengembaraannya di bumi khilafah tersebut membuatkan saya ketawa, menangis dan kadang-kadang sebak mengenangkan nasib masyarakat Islam di sana. Berbagai isu yang semakin memberat yang harus dipikul golongan di sana dalam mencari Redha Ilahi. Diharapkan mereka akan terus bersabar dan bersabar kerna bahagia DI SANA lebih utama.
Profile Image for حزا ليني.
33 reviews2 followers
March 1, 2013
Again another fascinating book, written about the author's journey and passion towards Turkey,the country that once, brought historical memories in the powers of Islam, with the conquest of Constantinople by Al Fateh in 1453.

This book brings the author's point of view of the social,politics and lifestyle of Turkey which has been his runaway home from problems he faced during his studies in Jordan.

With the exposure of Istanbul & Turkey through movies and dramas nowadays, we all know that it is an Islamic country, but the lifestyles are somewhat confusing for some of us, Muslims, who are naive to know the inside stories of what Turkey has been going through since the last reign of the Othmaniyyah rule. This book has opened up the things that we don't hear or see and has touched the hearts of those who read this, and feel the hardships that has gone through by the Muslims in that country.

A recommended book for those who wants to know about Turkey and remove the injustice judgments about them. :)
334 reviews15 followers
February 4, 2021
Menghirup secangkir teh panas berasap dalam musim sejuk sambil menghilangkan keletihan berjalan di Turki satu kenangan yang tidak dilupakan. Sebenarnya negara Turki itu yang tidak boleh dilupakan. Saya dapat memahami perasaan Ustaz Hasrizal yang berpengalaman lebih kurang 20 kali ke Turki. Saya yang hanya berkesempatan selama empat hari tiga malam juga ingin ke Turki lagi. Anak kami berpeluang belajar satu semester di Ankara. Saya dapat membayangkan Turki semasa membaca Secangkir Teh Pengubat Letih. Buku ini menyentuh beberapa isu. Antaranya perkembangan politik Turki. Juga menghargai bahasa yang kita pelajari baik bahasa ibunda dan bahasa asing dan cadangan membudayakan pembelajaran bahasa asing dalam pendidikan. Persaudaraan Islam tidak mengenal bangsa seperti yang termaktub dalam Surah Al-Hujurat. Kembara semasa belajar di luar negeri memang menjadi hasrat semua pelajar dan juga isu mahram pelajar perempuan semasa bermusafir. Mengembalikan peranan wanita dalam institusi keluarga sepenuhnya juga disentuh. Selingan perbualan Turki dalam buku ini juga memberi kelainan.
Profile Image for Khadijah  Adam.
53 reviews4 followers
February 18, 2021
Saya bermula bacaan dengan rasa teruja. Turki adalah salah satu negara yang teringin saya jejakkan kaki. Pada bab-bab awal banyak menceritakan budaya Turki. Saya suka. Mengimbau zaman di Indonesia ketika saya belajar dengan abla (kakak) dari Turki.

Selepas separuh buku, saya mula rasa sesak nafas membaca. Semput. Sedih dengan apa yang terjadi. Saya akui tidak berapa cakna dengan hal di luar Malaysia suatu ketika dahulu. Membaca peristiwa yang pernah berlaku di Turki buat saya terfikir, "Sungguh tak sangka." Tak sangka pergolakan yang berlaku sebegitu rupa.

Terima kasih Ustaz Hasrizal yang menceritakan dengan sangat menusuk. Saya masih terasa sehingga sekarang.

P/s: Ini adalah buku penulis yang pertama saya baca. Tidak sabar mahu baca sambungan travelog penulis ini.
Profile Image for Saadah.
54 reviews20 followers
May 24, 2011
Akhirnya tamat juga buku ini setelah dibaca sedikit demi sedikit. Buku ini telah lama dibeli sejak Pesta Buku tahun lepas dengan mendapat tandatangan penulis buku ini. Ternyata ia tidak menghampakan penggemar travelog seperti saya. Persahabatan penulis dengan warga Turki adalah jawapan kepada semua kisah pahit manis beliau di bumi Khalifah itu. Ada sedikit perasaan cemburu kerana tidak mempunyai seorang pun kawan berbangsa Turki walaupun warga itu ramai bertapak menuntut ilmu di Taman Budi dan Ilmu.

Turki, satu hari nanti aku pasti menjejaki mu walau bakal mengambil masa bertahun lamanya menunggu waktu......
Profile Image for Barukisu (Balqis).
131 reviews10 followers
July 26, 2010
Travelog tarbiah yang mengujakan. Saya tidak membaca semua entri di saifulislam.com, maka buku ini menjadi sangat lazat bagi saya. Saya suka sejarah. Apalagi sejarah Islam, kekhilafahan dan tentang Turki yang sangat-sangat ingin saya jejak ke sana. Terima kasih atas tulisan-tulisan Ust Hasrizal ini, buat saya jadi tahu sedikit-sedikit tentang sisi lain Turki yang tidak saya kenal sebelumnya. Semoga Islam bangkit di Turki sepenuhnya. Ada sinar yang sedikit-sedikit mahu terang. Hanya tersembunyi di balik ketidaktahuan dan fanatism yang memualkan. Doa saya tidak putus. Untuk melihat islam bangkit seperti dahulu. Apa pun, yuk kita ambil tahu sejarah. Besar ertinya ilmu ini!
Profile Image for Sabrina Lye .
12 reviews
October 16, 2010
alhamdulillah, buku ni berjaa menjadi pengubat letih.
kagum dengan penulis, dia begitu bersungguh sungguh mencari dan menggali sejarah kegemilangan islam. Moodnya dan suka duka penulis banyak dipengaruhi dengan minat nya itu. Semoga kita dapat mempelajari sesuatu dari buku ini, Bahasa yang santai, boleh baca di mana mana, even dalam trem!
Displaying 1 - 30 of 106 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.