“ Nama eng, Bahlut...Bahlut Takkan Mengalah Begitu Sahaja. ”
Nama eng Bahlut - Nama saya Bahlut
Kisah Bahlut bukanlah kisah kisah roman cinta anak remaja orang asli suku Semai semata-mata. Agak-agaknya wujudkah anak remaja yang tidak pernah jatuh cinta? Bukan, ini bukan kisah cinta Bahlut dengan Kabut yang jauh lebih berumur dan sudahpun bertunang. Ini kisah Bahlut yang sedang mencari dirinya sendiri. Pencarian yang meredah pembauran dan pertembungan budaya - dunia kota dengan dunia suku Semai.
'Perengheg' - Pecut! Begitulah kita dibuai oleh Bahlut dengan kisahnya menjadi atlet trek yang disanjung oleh dunia kota. Juga sebagai lambang pahlawan suku Semai yang berjuang untuk menyelamatkan kampung halaman. -
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.
Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.
Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P
Kali ini saya pilih novel Bahlut yang bertemakan kehidupan Orang Asli dari suku Semai dari Faisal Tehrani.
Bukan cereka yang biasa tapi penuh dengan ketidakadilan yang mengorbankan jiwa dan sikap kemanusiaan.
Apa yang terjadi pada Bahlut dan penduduk kampung mungkin masih diam-diam berlaku hingga sekarang. Unsur sabotaj dan tali barut yang tidak didendangkan... _____________________ Susunan plot cerita sangat kemas, langsung tidak bosan dan membuatkan saya terus ketagih dalam merungkai misteri kehilangan keluarga Bahlut dan tragedi 'para penyiasat'.
Tak rugi membaca Bahlut, saya suka bila penulis tetap meletakkan realiti dalam sebuah fiksyen. Kerana saya tak suka rasa lalai bila membaca.
Kalau membaca, mesti nak dapat sesuatu!
Dan..karya Faisal Tehrani memang tak lari dari pelbagai ilmu. Bacaan saya kerap diasak dengan fakta mengenai adat Orang Asli dan dunia sukan trek. _____________________ Novel ini juga mengingatkan semula saya tentang buku 'Gila Balak'. Dokumentasi yang padat dengan jenayah terhadap Orang Asli. Waktu kita meriah menjulang hak ketuanan, ada yang dipijak-pijak.
Sekali lagi saya terasa kerdil... _____________________
Bila baca buku tentang orang asli mesti tak dapat lari berbicara kisah klise yang mereka disisihkan masyarakat. Sama dengan buju ni. Tapi penceritaannya jelas, merobek hati dan menaikkan semangat. Cuma ibu dan bapa Bahlut hilang ingatan semacam tak adil je untuk dia. Dan pembaca
Novel bersiri Nama Eng Bahlut dahulunya disiarkan secara bersiri dalam Majalah Tunas Cipta (TC). Apabila majalah TC dihentikan penerbitannya sementara waktu, maka tergendala juga siaran novel ini. Setelah beberapa lama, akhirnya lahir Bahlut. Bahlut memuatkan kisah perjuangan orang Asli menegakkan keadilan. Sejak awal lagi, Bahlut kehilangan ayahnya secara misteri. Ayahnya Tiji atau nama Islamnya Umar berkonflik dengan Batin Endau tentang pencerobohan tanah adat orang Asli. Sejak itu Umar hilang selepas keluar ke pekan memasarkan hasil hutan. Tidak lama kemudian, ibu Bahlut Embun dikatakan hilang diterkam harimau. Cikgu Zaiful yang kasihan dengan nasib Bahlut mencadangkan Bahlut bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Itu pun setelah melihat potensi Bahlut dalam acara pecut. Kebetulan abangnya Ustaz Zaidi yang berisiterikan orang Asli sedia membantu. Ustaz Zaidi yang dipanggil Pak Idi oleh Bahlut menjadi anak angkat. Ketika itu Bahlut masih belum Islam. Betapa Ustaz Zaidi mempunyai pertalian rapat dengan orang Asli dan memahami kesusahan yang menimpa mereka. Cikgu Zaiful, Cikgu Zalman dan Kabut menjalankan siasatan sendiri. Mereka dapati Embun ditangkap pembalak haram. Mereka menaiki jip yang dipinjam daripada Guru Besar, Cikgu Farid. Malangnya mereka ditimpa kemalangan. Jip yang dipandu terbabas ke dalam gaung dan Cikgu Zalman mati. Pada waktu yang sama, Embun bersama Kartika berjaya meloloskan diri. Kartika menjadi mangsa sindiket pekerja asing yang dipaksa menjadi pelacur di kem pembalak haram. Mereka berdualah yang memaklumkan orang kampung tentang kemalangan yang menimpa Cikgu Zaiful, Cikgu Zalman dan Kabut. Bahlut terus mencipta nama di persada dunia. Ketika kehilangan Cikgu Zalman, semangat hidupnya luntur. Tetapi dia mendapat sokongan padu orang sekelilingnya. Dia dihujahkan sikap Mohd Ali yang melempar pingat emas ke dalam sungai kerana protes dasar Apartheid. Ibunya yang menyusup keluar ke Kuala Lumpur mendapat pertolongan Sumayyah, saudara Kartika. Mereka diterima bekerja di Gimnasium California. Embun yang buta huruf hanya sempat menyimpan keratin akhbar memuatkan gambar Bahlut meraih pingat emas. Kebetulan pula Bahlut ditawarkan menjadi duta produk oleh pemilik Gimnasium California. Akhirnya mereka (Bahlut dan Embun) bersatu semula. Kabut. Wanita Asli yang lari dari cengkaman Tiat, tunangnya yang menjadi tali barut pembalak haram. Setelah keluar dari hospital Cheras, dia memohon untuk terus tinggal di Kuala Lumpur. Dia tinggal bersama kawannya Donna (Siti Hajar) dan bekerja di kedai makanan segera. Suatu hari hampir-hampir dia ditangkap Tiat dan rakan-rakannya. Diringkaskan cerita, Kabut berkahwin dengan Ustaz Zaidi. Enam bulan kemudian, Bahlut menang pingat emas sukan SEA. Mereka mengguna kesempatan ini mengadakan sidang media. Bahlut mengumumkan untuk memulang semula pingat yang dimenangi. Waktu inilah yang dimanfaatkan Bahlut untuk memaklum kepada dunia nasib dan kesengsaraan orang Asli di kampungnya. Akhirnya pihak kementerian termasuk PM sendiri memberi perhatian kepada isu pembalakan haram itu. Selesai. Cerita sisi tentang Umar diakhiri dengan pemergiannya ke Korea mengikuti isterinya Aisyah. Dan seperti biasa Faisal Tehrani menyulam karya beliau dengan sisi ilmu yang mantap. Novel ini memuatkan dunia atlet khususnya lumba lari. Selain itu, diadunkan juga bahasa percakapan orang Asli suku Semai. Tentulah ini menjadi pengalaman baharu kepada pembaca menyelami budaya orang Asli. Dan seperti biasa gagasan dakwah dimuatkan sebagai mengetengahkan kesyumulan Islam. “Meskipun hek bukan Islam tetapi Pak Idi tetap mengambil hek sebagai anak. Kerana dalam dada eng, Islam datang membela orang yang tertindas dan mengalahkan yang menindas.” (halaman 232). Bahlut dan Embun akhirnya memeluk Islam.
Bahlut adalah nama seorang kanak-kanak yang menjadi watak utama di dalam novel ini. Kemudian telah di bawa ke Kuala Lumpur oleh seorang guru di sekolah beliau iaitu Cikgu Zaiful. Bahlut kemudian dijadikan anak angkat oleh abang kepada Zaiful iaitu Zaidi. Disinilah kehidupan Bahlut berubah dan dia telah menjadi atlet pecut terbaik Malaysia.
Bahlut adalah sebuah novel tentang perjuangan, sebuah novel tentang pengukuhan jati diri, sebuah novel tentang mencari keadilan dan mempertahankan hak. Novel ini berlatarkan masyarakat orang Asli.
Sebuah novel yang menarik untuk di baca dan memberi sedikit sebanyak pemahaman tentang masyarakat orang Asli di Malaysia yang dilihat semakin terpinggir dan disisihkan. Novel ini diselitkan dengan konflik-konflik pembalakan haram yang menjejaskan petempatan dan mata pencarian masyarakat orang Asli.
Isu ini merupakan satu isu yang perlu di ambil berat oleh masyarakat kerana ia bukan sahaja menjejaskan masyarakat orang Asli, tetapi juga kepada ekosistem semula jadi.
cubaan yang baik oleh faisal tehrani untuk membongkar sisi gelap sindiket pembalakan haram, di samping membawa pembaca ke alam olahraga yang wataknya merupakan orang kecil yang diangkat menjadi pemain utama novel. seperti mana novel-novel lain oleh FT, amar makruf dan nahi mungkar merupakan energi utama bagi novel ini.
penceritaan yang baik, pengakhiran yang tak disangka. faisal tehrani has done it again!
Itulah yang berlaku sepanjang membaca novel karya Faisal Tehrani ini.
Buku setebal 400 mukasurat ini saya tamatkan dalam masa 3 hari. Membawakan isu pembalakan haram, pencerobohan ke atas hak tanah adat orang asli, penyalahgunaan kuasa, isu rasuah dan penyelewengan. Isu-isu yang sentiasa berlegar-legar dalam negara, seolah-olahnya tidak akan pernah berkesudahan. Tidak akan pernah habis.
Hero cerita, seorang anak orang asli bernama Bahlut. Bahlut diuji dengan kemiskinan dari kecil – dan sememangnya itu yang dihadapi oleh kebanyakan orang asli di negara kita. Jauh dari kemudahan asas, hak mereka juga jarang diperdengarkan.
Semasa masih bersekolah, Bahlut kehilangan ayah, kemudian ibunya. Penyampaian kisahnya berjaya menyentuh hati pembaca. Terasa kesedihan dan kejutan. Tetapi Bahlut seorang anak istimewa, dianugerahkan Allah dengan bakat larian yang laju. Atas hasil pertolongan seorang guru yang ikhlas ingin membantu, Bahlut akhirnya berjaya menjadi raja pecut negara. Mewakili negara dalam pelbagai pertandingan olahraga sehingga ke peringkat antarabangsa.
“𝑯𝒊𝒋𝒓𝒂𝒉 𝒎𝒂𝒌𝒔𝒖𝒅𝒏𝒚𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒑𝒊𝒏𝒅𝒂𝒉, 𝒎𝒆𝒏𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒍𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒔𝒖𝒂𝒕𝒖 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒔𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒆𝒎𝒑𝒂 𝒌𝒆𝒋𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒉𝒊𝒅𝒖𝒑. 𝑯𝒊𝒋𝒓𝒂𝒉 𝒃𝒊𝒍𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒎𝒆𝒍𝒂𝒌𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒔𝒖𝒂𝒕𝒖 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒑𝒆𝒓𝒏𝒂𝒉 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒍𝒂𝒌𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂 𝒊𝒏𝒊, 𝒉𝒊𝒋𝒓𝒂𝒉 𝒊𝒕𝒖 𝒎𝒂𝒌𝒏𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒈𝒆𝒓𝒂𝒌 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒔𝒂𝒕𝒖 𝒕𝒂𝒌𝒖𝒌 𝒌𝒆 𝒕𝒂𝒌𝒖𝒌 𝒍𝒂𝒊𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒆𝒃𝒊𝒉 𝒃𝒂𝒊𝒌 𝒍𝒂𝒈𝒊…….” 📖Mukasurat 71 📎Pujukan Cikgu Zaiful agar Bahlut berani meninggalkan kampung untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. -
Pelbagai ujian dan dugaan dilalui Bahlut sepanjang menuju kedewasaannya. Walaupun ramai mengatakan ibu Bahlut sudah meninggal dunia, naluri hati Bahlut sentiasa mengatakan ibunya masih ada. Walaupun ada ketikanya Bahlut berada beribu-ribu kilometer jauhnya dari bumi Malaysia, hati dan jiwa Bahlut masih seolah-olah berada di kampung asalnya. Seolah-olah ada sesuatu yang harus Bahlut selesaikan. Di sinilah berlakunya pelbagai peristiwa yang menyedihkan dan mengejutkan, dihidangkan kepada pembaca. Ada 𝘱𝘭𝘰𝘵 𝘵𝘸𝘪𝘴𝘵, yang pastinya membuatkan pembaca mengeleng-gelengkan kepala.
Isu pembalakan dan pencerobohan tanah hutan yang sudah diwartakan sebagai hutan simpan bukanlah isu baru dalam negara kita. Selepas kawasan ini diceroboh, kemana orang-orang asli yang sudah mendiaminya selama beratus tahun sebelum ini, dari zaman nenek moyang mereka, hendak pergi? Pernah kah kita terfikir? Mereka adalah penduduk asli tanah itu. Tetapi tanpa sedar, ada banyak tangan-tangan durjana yang telah menafikan hak-hak mereka.
📖Mukasurat 361 📎Ucapan Bahlut ketika sidang media khas untuknya.
Penulis bijak bermain dengan latar belakang. Halus menyindir, tetapi terkawal tanpa dituju kepada sesiapa. Tanpa perlu memetik siapa, kenapa, bila dan bagaimana. Penulis berjaya memasukan cerita yang benar, dalam cerita yang dikatakan rekaan.
Terdapat juga unsur-unsur psikik atau “sixth sense”. Berkaitan dengan naluri, perhubungan dan pertalian yang amat kuat antara kita, sesama manusia, ataupun dengan alam sekeliling kita. Bagaimana rasa hati kita dipandu atas dasar kuatnya hubungan kita selama ini dengan sesuatu. Umpama naluri seorang ibu dan anaknya.
Bahasa dan bait-bait kata yang digunakan tidak meleret dan bebelit-belit. Mudah difahami. Hatta sekiranya pembaca itu dari golongan menengah atau rendah. Tedapat penggunaan beberapa perkataan dan ayat dari bahasa orang asli. Di bahagian belakang novel, disediakan glosari bahasa untuk rujukan pembaca.
Saya sudah membaca beberapa karya penulis sebelum ini. Dan tidak saya nafikan, karya-karya beliau mampu mencetuskan pengaruh. Mampu membawakan isu yang sebelum ini dipandang sepi. Benarlah, membaca mampu memerdekakan minda. Mampu melenturkan jiwa, menyentuh hati, sekaligus menjentik pemikiran, supaya kita boleh berfikir dengan lebih jauh lagi. Bukankah itu tujuan kita semua membaca?
Semoga lebih ramai orang berjiwa kental dan bersemangat waja seperti Bahlut dapat dilahirkan!
Bahlut, adalah seorang anak orang asli suku Semai. Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib Bahlut. Sudah kehilangan ayah, ibu pula hilang entah ke mana. Kehadiran Cikgu Zaiful yang melihat potensi Bahlut mengubah Bahlut menjadi seorang yang lebih bermotivasi dan punya matlamat dalam hidup.
"Nama Eng Bahlut.. Bahlut takkan mengalah begitu sahaja" m/s 63
Kisahnya cliche. Di tangan Faisal Tehrani, ia menjadi kisah luar biasa. Dialog watak ditulis dalam bahasa oarang Asli dan diletak glosari agar mudah pembaca memahami. Buku-buku Faisal Tehrani, tidak lari dari fakta dan isu semasa.
Isu pembalakan haram yang dihadapi oleh kaum Orang Asli diketengahkan di dalam novel. Watak utama, Bahlut memang pahlawan. Namun watak Orang Asli yang lain juga ada pahlawan, melawan pembalak yang merampas hak mereka.
"Kalau kita mati, kita akan mati melawan"Kartika m/s 258
Namun, kisah Bahlut seakan tergantung di pengakhiran cerita. Saya masih tertanya dan barharap ada sambungan bagi kisah Bahlut dan ayah beliau.
Novel ini sangat menonjolkan sisi FT sebagai seorang yang menentang kuat diskriminasi terhadap orang asli. Oleh itu, beliau mengangkat watak Bahlut seorang anak orang asli suku Semai sebagai watak utama.
Ketamakan manusia menerusi aktiviti pembalakan haram yang menceroboh tanah adat mereka jelas memberikan malapetaka kepada kehidupan orang asli temasuklah alam semulajadi. Melalui kisah2 dalam novel ini membuktikan bahawa rasuah itu adalah kunci kemusnahan. Dengan rasuah orang2 besar menutup mata dan mulut semua yang berkepentingan demi memastikan misi mereka tercapai.
Disebalik ujian demi ujian yang dihadapi oleh Bahlut, terselit juga perkara2 manis yang membuatkan kehidupannya seronok untuk terus dibaca daripada satu muka surat ke satu muka surat yang lain.
kisah perjuangan seorang remaja orang asli menentang pembalakan haram..bahlut seorang budak yang pantas berlari telah menjadi atlet negara dan memenangi pingat emas..penulisan yang menarik..bahasa semai juga ditulis dgn baik...sedikit sbyk dpt juga belajar mengenai bahasa orang asli..syabas utk FT kerana berjaya menaikkn nama org asli melalui penulisannya
I love this book! Jarang ada buku fiksyen mengenai kisah kehidupan orang asli. Ada one part yang i rasa geram sebab the writer cut the scene yang i rasa kalau dia cerita maybe lebih meruntun jiwa.
agak menarik setakat ni..kisah ttg keazaman anak org asli.Saya tertarik dengan pencetus bermulanya kisah ini.
Kesudahannya- turut berdebar2 dengan rencam cabaran dunia hutan Bahlut. kadang-kadang tersengih dengan nama2 menteri yg ditukar dan tentang karakter PM yg konon menegakkan keadilan. Heh! MAcam sewel watak tu.Indah kabar dari rupa yg realiti.
Mati-mati ingat bahlut boleh jumpa ayah dia. Tapi tergantung rupanya... Laaaa
This entire review has been hidden because of spoilers.
Encouragement. Spirit and fight. Reading this book was just like watching movies. I have sticked my eyes hours and hours until I realized that I have finised in just 6 hours. So many values and so many humiliation.
penceritaan yg bagus ;) nais ! aku paling gemar bila naseb warga yg tertindas langsung terbela dan kaum kuku besi terima padahnya, padan muka ! haha sememangnya jika seseorang itu punyai nama, mampu saja dia buat apa-apa. seperti Bahlut, gigih pertahankan hak kaum beliau dan bela naseb bangsa ;)
After the whole long while of reading FT's more preachy works, this one is simple and refreshing and surprised to see that this is published in 2010; amidst the politically inspired writer's loud opinions and remarks. Reminded me of why I love FT to begin with.