Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hey, Jodoh

Rate this book
Khayra cuma gadis biasa. Menyimpan impian, juga biasa-biasa. Dia cuma mahu mencari cinta yang membawanya ke jenjang pelamin.

"Nanti dah kawen, Abang Ayyad ngan Abang Ifan kena beli hadiah untuk Eyya tau!" -Khayra

"Abang Ayyad atau Abang Irfan?"
-Fayyad

"Dua-dua lah...

"Mana boleh kahwin dua?"
-Irfan

"Pak Daud boleh kawen tiga. Kenapa Eyya tak boleh kawen dua?"

Itu impian Khayra. Impian yang pernah membuat Fayyad dan Irfan ketawa terhibur dek kepetahan anak kecil berumur lima tahun itu.

Bersama masa yang berlalu, impian Khayra bakal tercipta bersama Fayyad atau Irfan? Atau mungkin Khayra akan mencipta impian baharu?

664 pages, Paperback

Published January 1, 2023

5 people want to read

About the author

Hanni Ramsul

17 books146 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (33%)
4 stars
6 (40%)
3 stars
2 (13%)
2 stars
2 (13%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
April 8, 2023
Alamak dah start rindu dengan Fayyad and Khayra. Diaorang berdua ni macam anjing dengan kucing. Conversation diaorang mesti ada scene yang buat F tersengih².

Memang "bad luck" betullah. Setiap kali bercinta endup pasangan masing² kahwin dengan gf/bf diaorang. Macam main pass² pulak. Ayat yang elok sikit - swap.

Khayra bercinta dengan A.. Fayyad bercinta dengan B. Endup A and B kahwin.

Awal² agak annoying dengan sikap Khayra. Dia punya frust menongeng teruk sangat. Menangis, makan banyak sampai 2-3 pinggan.

Pastu dah move on, tak sampai 2mths ada boyfriend lain. Benda tu berulang² sampailah hari penikahan.

Jantan tu lari.. Fayyad jadi pengantinya.

Cuma F tak faham satu je.. Khayra berani try bercinta dengan lelaki lain.. tapi bila kahwin kenapa susah nak terima Fayyad?
Profile Image for Eisya.
187 reviews4 followers
August 22, 2023
Khayra yang ting tong… 😂😂 fayyad yang cool…🥰🥰

4 kali perhubungan putus di tengah jalan. Kali pertama tunang khayra kahwin dengan gf fayyad. Kali kedua pun bf khayra kahwin dengan gf fayyad. Begitu jugalah kali ketiga. Kali keempat pula khayra putuskan tidak mahu berkawan lama- lama dan terus ajak kahwin. Tetapi malangnya pengantin lelaki pula kena ikat tak dapat hadir pada majlis yang dijalankan. Maka khayra pun memaksa fayyad gantikan tempat pengantin lelaki. Setelah berkahwin macam mana perhubungan mereka? Adakah bahagia atau putus di tengah jalan… ha yang tu kena baca sendiri.
Profile Image for Iqa.
142 reviews4 followers
February 4, 2023
Hmm. Very slow-paced. Spent the 1st half reading about their failed relationship. Which, I get it; is an opening to how their story came to be. But, a summary would be better. Khayra is too egoistic and stubborn. This is on another level. She was willing to take chances with different men, but not her own husband? Fayyad on the other hand, is too nice. He should be more considerate of his position as a husband. There’s no use in being nice if the person closest gets hurt when they find out. He’s just plain stupid. There really is not much of a relationship development. The way it concluded was unsatisfactory too.
Profile Image for Booku Puspita.
43 reviews
December 11, 2025
Khayra dan Fayyad ni memang definisi “jaga jodoh orang lain”. Setiap kali Khayra ada pasangan, mesti lelaki tu curang dengan pasangan Fayyad.

Kenapa? Sebab jodoh tu kerja Tuhan. Dah tertulis dalam Lauh Mahfuz, Khayra dengan Fayyad ni memang ditakdirkan bersama.

Khayra sudah dikecewakan oleh tiga orang lelaki, dan semuanya berpunca daripada… pasangan Fayyad. Dalam kepala Khayra, kalau dia sedang bercinta, itu automatik bermaksud Fayyad tak boleh ada pasangan sampai dia kahwin. Ya lah, siapa tak trauma kalau “pisang berbuah banyak kali”? Khayra memang fobia dah.

Watak Khayra pula memang annoying, keras kepala, degil, dan development dia sangat perlahan.

Tapi dalam banyak-banyak scene Khayra, ada satu yang memang tak boleh lawan:
masa kenduri ex pakwe dia, Khayra bedal tiga pinggan nasi lauk kambing tanpa segan silu, dan Fayyad siap offer nasi kat pinggan dia untuk Khayra. Lepas tu terus food coma. Yang jaga dekat hospital siapa? Fayyad jugak…😭🤣

Fayyad ni pula jenis chill. Awek dia lari dekat boyfriend Khayra pun dia tak melatah. Sebab dia yakin hati manusia ni Tuhan yang pegang. Banyak kali dia pesan dekat Khayra jangan persoal sangat apa yang berlaku. Jujur, Fayyad memang padan dengan Khayra. Dia matang, tenang, dan faham Khayra masih keliru dengan perkahwinan “tiba-tiba” ni. Sebab tu dia bagi Khayra masa tiga bulan, lepas tu dia plan nak mengorat Khayra kaw-kaw punya.

Cuma satu je yang awkward… panggilan dia dekat Khayra “Saya & Kamu”. Rasa macam cikgu dengan student. Memanglah Fayyad tua sikit, tapi tetap rasa tak kena. 😂

Jalan cerita pun agak slow paced. Hampir habis bab masih ulang pasal hubungan gagal Khayra dan struggle dia nak terima perkahwinan ni, padahal dia yang buat keputusan melulu. Ending memang happy, cuma nak sampai dekat bahagian sweet-sweet tu… lambat sangat. Kita nak moment manis lebih lagi sebenarnya!
1 review
August 6, 2023
Rindu penulisan penulis yang sarat dengan permainan emosi.. Hey Jodoh! Karya yang santai.. Saya jangkakan lebih 'upside down' sebenarnya.. Tp happy to read..
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.