"Semua orang bercakap mengenai Tuhan. Tuhan itulah, Tuhan inilah. Semua orang mahu saya menyembah Tuhan. Tetapi, saya tidak akan menyembah Tuhan yang saya tidak kenal dan nampak. Buktikan Tuhan itu ada!" – petikan dari Syahadah Gadis Atheist
Syahadah Gadis Atheis, tulisan Imran Haaz merupakan sebuah ebook yang dijual di internet sebelum dibukukan oleh PTS.
Novel ini sesuai untuk peminat ilmu perbandingan agama kerana wacana di dalam novel ini bergerak atas landasan tersebut.
Persoalan-persoalan berikut dijawab dalam bentuk dialog pertanyaan dan jawapan dalam Syahadah Gadis Ateis.
1. Ramai Atheist (golongan tidak mempercayai Tuhan) menyatakan, tubuh badan mereka adalah milik mutlak mereka. Jadi hala tuju hidup dan takdir mereka ditentukan oleh mereka sendiri. Benarkah kenyataan mereka tersebut?
2. Siapakah Dia Tuhan?
3. Kenapa kita mesti menyembah Tuhan?
4. Bolehkah kita melihat Dia?
5. Bagaimanakah hendak membezakan antara tuhan-tuhan palsu dan Tuhan yang sebenarnya?
6. Siapakah Dia Allah?
7. Bagaimana untuk meyakinkan yang ‘tuhan-tuhan’ yang disembah selain Allah itu palsu?
8. Setiap agama ada kitab sucinya, apakah beza Al-Qur’an dengan kitab-kitab suci yang lain?
9. Bagaimana hendak membuktikan yang Al-Qur’an itu memang dari Allah Tuhan Sekelian Alam?
10. Bagaimana pula untuk meyakinkan yang kitab-kitab selain Al-Qur’an itu sudah tercemar? Bagaimana hendak membuktikannya?
11. Kitab Zabur, Taurat dan Injil tercemar dengan pengubahsuaian yang dilakukan manusia. Tapi Al-Qur’an dipelihara Allah sampai kiamat. Kenapa Al-Qur’an saja dipelihara sedangkan kitab Zabur, Taurat, Injil dan selainnya yang diwahyukan Allah tidak Dia pelihara?
12. Jika hanya Al-Qur’an yang dijanjikan Allah s.w.t. akan dipelihara, kenapakah tidak diturunkan saja Al-Qur’an bermula dari zaman Nabi Adam a.s.?
13. Kenapakah orang bukan Islam digelar sebagai Kafir, bukankah kasar begitu?
14. Jika sujud kepada mana-mana makhluk selain Allah bererti syirik dan murtad, kenapakah Allah menyuruh para malaikat dan iblis sujud kepada Nabi Adam a.s.?
15. Jika sujud kepada mana-mana makhluk selain Allah bererti syirik dan murtad, kenapakah Allah menyuruh para manusia sujud di depan Kaabah?
16. Jika Allah s.w.t. Maha Penyayang dan Maha Adil, adilkah Dia membakar orangorang kafir selama-lamanya dalam neraka?
17. Benarkah Islam agama yang mendiskriminasi wanita?
18. Poligami dalam Islam sesuatu yang tidak adil?
19. Kenapakah hanya lelaki dibenarkan berkahwin sampai empat sedangkan wanita diharamkan berbuat demikian, adilkah sebegitu?
20. Benarkah hukum aurat menindas wanita?
21. Benarkah wanita dalam Islam dibenarkan kepada suami mereka untuk memukul mereka?
22. Wanita dalam Islam kelas dua jika disbanding dengan lelaki?
23. Benarkah taraf seorang saksi lelaki bersamaan dengan dua orang saksi wanita?
24. Benarkah pembahagian harta pusaka dalam Islam tidak adil kepada wanita?
25. Benarkah hukum hudud itu tidak bertamadun?
26. Jika tiada paksaan dalam beragama, kenapakah mereka yang murtad akan dihukum mati?
27. Hukuman hudud kejam terhadap pesalah, hukuman undang-undang yang dibuat manusia lebih berperikemanusiaan. Benarkah begitu atau pun sebaliknya?
Buku ini membuatkan anda tidak berhenti berfikir. Lontaran soalan Rini yang kritis disambut dengan jawapan yang padat tetapi mantap daripada Nizam. Sungguhpun persoalan di dalam novel ini berkisar mengenai ketuhanan tetapi penulis bijak menggarap cerita sehingga tidak kelihatan seperti ceramah agama yang membosankan.
Setiap jawapan disertai dengan hujah yang mantap dari ayat Quran dan hadis. Nizam juga menggunakan kitab Bible dan bahan dari kitab agama lain sebagai tujuan perbandingan dan memahamkan Rini. Malah, analogi yang diberikan amat mudah difahami dan saya juga tidak pernah terfikir akan analogi-analogi yang digunakan itu. Semuanya disampaikan secara santai namun mesej yang ingin disampaikan sampai ke matlamatnya.
Rini dan Nizam sama-sama dalam perjalanan menuju ke utara. Mereka bertemu di dalam keretapi. Nizam yang berselipar buruk akibat kasutnya dikebas sewaktu solat di stesen keretapi sebelumnya diketawakan oleh Rini. "Itulah, siapa suruh sembahyang, kan dah hilang kasut...." Wah, terperanjat Nizam mendengarnya! Sudah tentu kita juga akan berasa 'semacam' sahaja dengan ayat tersebut.
Bermulalah sesi dialog antara Rini dan Nizam. Rini yang agak emosi dan selalu naik angin pada awalnya bertukar kepada seorang yang lebih rasional lama-kelamaannya. Banyak persoalan timbul dalam dirinya dan Nizam sedaya upaya berusaha memberi jawapan terbaik. Baginya akidah Rini masih lagi boleh diselamatkan walaupun kadang-kala teruji juga kesabarannya dengan soalan-soalan Rini.
Pada setiap bab ada sahaja isu yang ditimbulkan oleh Rini dan ditaip italic pada setiap permulaan bab. Ini yang membuatkan saya teruja apabila membacanya kerana ingin tahu apakah jawapan yang diberikan oleh Nizam. Sambil membaca, saya mencatat. Sebab inilah saya mengambil masa yang sangat lama untuk menghabiskan bacaan.
Persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Rini sebenarnya adalah soalan yang biasa kita dengar dari pihak yang memusuhi Islam. Antaranya ialah mengenai diskriminasi wanita, ketidakadilan pembahagian harta pusaka antara lelaki dan perempuan dan hukum hudud yang dikatakan zalim. Rini juga mahu dibuktikan kewujudan Tuhan kerana dia tidak mahu menyembah Tuhan yang dia tidak nampak.
Di sinilah kebijaksanaan dalam menjawab soalan-soalan sebegini diperlukan. Silap jawab akan memburukkan lagi keadaan. Saya terkesan dengan jawapan Nizam yang mengatakan bahawa sekarang ini kita sedang bergerak dengan kelajuan 300 km dalam masa 10 saat. Bumi bergerak dengan kelajuan 30 km sesaat.
Dengan mata kasar pastilah kita tidak bergerak seinci pun. Tetapi dengan 'iman' terhadap ilmu sains, kita akan mengaku kebenaran yang dinyatakan tadi.
Niesaa’.. Cabaran 50 buku : (1) Syahadah gadis Ateis oleh Imran Haaz
Syahadah gadis Ateis merupakan buku pertama yang saya baca pada tahun 2011. Sebenarnya buku ini sudah terperam beberapa bulan, dek kerana sibuk dengan bermacam-macam perkara, saya mengambil masa hampir sebulan untuk dikhatamkan buku ini.
Naskah ini amat menarik. Dimana, ia membahaskan tentang agama dengan bahasa yang santai dan mudah difahami. Kisah bermula, pertemuan Nizam, pemuda berpewatakkan ala rocker yang hanya berselipar membawa sebuah gitar kapok dan Rini gadis melayu lepasan universiti tempatan yang dalam perjalanan ke rumah mak ciknya di Pulau Pinang.
Sepanjang perjalanan, Nizam diasak dengan soalan-soalan tentang ketuhanan dan kerohanian oleh Rini yang kurang didikan agama. Rini sering memperlekehkan islam. Antara soalan-solan yang dikemukakan oleh Rini :
-“ Mengapa saya perlu menyembah Allah?”
- “Saya tidak akan menyembah Tuhan yang saya tidak nampak. Buktikan Allah itu ada!”
- “ Jika Allah maha penyayang, mengapa orang kafir dibakar selama-lamanya di dalam neraka?”
Namun, dengan kekuasaan Allah s.w.t, Nizam diberikan ilham dan kebolehan untuk menghuraikan soalan – soalan yang diberikan oleh Rini dengan tenang dan berhemat. Rini kemudian mengakui, dia ke Pulau Pinang sebenarnya mahu bertemu dengan paderi Josiah.
Naskah ini sangat bagus untuk dibaca oleh semua orang islam bagi memahami konteks pengertian tentang islam dan kepercayaan kepada Tuhan serta sesuai untuk rujukan mereka yang ingin atau baru memeluk islam.
Pembukaannya menarik. Hujah-hujahnya juga menarik, ada yang sebelum ini saya tidak terfikir untuk memberi jawapan sebegitu.
Namun yang agak membosankan adalah latar masanya yang sama, iaitu dalam perjalanan mereka ke utara. Terasa macam mustahil pula bila semua perbualan tu boleh berlaku dalam satu malam & Rini boleh terus berubah pendirian. Dan macam mustahil juga bila semua keraguan boleh dijawab oleh hanya Nizam dan terus boleh memuaskan hati Rini (yelah hidayah di 'tangan' Allah).
Saya fikir kalau latar masanya bersambung-sambung selepas pertemuan pertama mereka & hujah-hujah disambung ke lain masa dengan Nizam merujuk juga kepada orang-orang lain & sumber lain (macam pelik bila dia tahu semua & ada semua rujukan yang diperlukan dalam perjalanan tersebut).
Selepas separuh bacaan, saya jadi bosan dan mula 'melompat-lopat bacaan', mencari mana yang saya fikir menarik dan akhirnya ambil tahu apa akhirnya.
buku yang sangat menarik. persoalan yang ditimbulkan oleh si gadis sebenarnya mewakili kebanyakkan umat Islam di Malaysia khususnya, dan kepada non muslim secara amnya. jawapan yang diberikan berfakta, jadi seronok membaca.
cuma adegan "menyelak buku" banyak sangat, dan juga kurang sedikit bab-bab "drama". bacaannya lurus sahaja, seperti membaca teks rasmi. heheh! kalai tambah2 sikit perencah, tanpa segan silu saya bagi 5 bintang.
Benar, buku ini padat dengan mesej...Tetapi bagi saya cara penyampaiannya agak membosankan...Saya lebih suka penyampaian mesej dalam bentuk cerita yang pelbagai dan lebih menarik...Bukan bersifat direct point tetapi saya lebih suka mesej disampaikan dengan lebih halus...Ini hanya pendapat saya....
Satu novel yang WAJIB dimiliki semua. Walaupun gaya cerita yang agak bosan dan penyampaian fakta yang kurang menarik, namun ianya padat dengan ilmu yang harus dimiliki semua.
Sebuah novel yang tiada di dalam senarai pendek untuk dibeli semasa KLIBF 2011. Dibeli kerana semasa tersangkut tidak dapat bergerak berada di kawasan susunan novel, tangan berasa hendak membelek-belek kandungan novel-novel di atas meja... lalu dimasukkan ke dalam senarai pendek kerana kandungan yang disampaikan banyak menyerupai pengalaman yang dihadapi & sebahagmmian besar isi yang disampaikan jawapan yang pernah saya perkatakan, perbezaannya penulis menyampaikan dengan ayat yang lebih menarik & berbahasa Melayu, tetapi saya menggunakan Bahasa Inggeris.
Sedang mencari masa untuk membuat peta minda berdasarkan perkara yang dibincangkan di dalam buku ini untuk memudahkan memberi jawapan jika diusulkan soalan yang berkaitan.
Ini antara buku yang tak pernah rugi untuk dibaca. Terlampau banyak sangat input tentang agama Islam, and bila baca buku ni, dari chapter ke chapter, memang tak pernah otak berhenti berfikir. Walaupun buku ni nipis, aku habiskan banyak masa juga nak khatamkan buku ni sebab buku ni agak berat isi dan input dia, beza sangat la dengan buku novel cinta cinta bagai tu. Yang latar tempat dia setakat duduk dalam train tu memang la agak bosan, tapi aku tak kisah sangat sebab main point buku ni pun untuk kasi idea tentang Islam. Ini memang novel ilmiah yang patut dibaca oleh setiap orang untuk tambah input pasal Islam. Banyak benda yang non-muslim pernah persoalkan dekat aku, kadang2 buat aku tergamam, majoritinya dah terjawab dalam buku ni. Highly recommended.
bagus sngt..mcm bca buku soal jawab ttg Islam, cuma yg ni lebih menarik sbb dibt dlm bentuk novel. Lebih menarik dgn adany dua watak utma. Lgi menarik bla sesuatu penjelasan tentang agm tu dihurai dgn contoh yg senang difhm..:)
banyak yang dapat dipelajari dari buku ini. terutamanya ia dapat mengukuhkan lagi iman kita. rujukan dan perbandingan antara buku-buku agama membuat saya lebih faham tentang bab agama. boleh dibuat rujukan apabila kawan-kawan agama lain menanyakan tentang soalan genting tentang islam.