Sebuah novel yang mengisahkan misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat Islam di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. ...Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.
merupakan seorang pegawai perubatan di sebuah Hospital, Penulis dan editor bagi Syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. dan juga seorang suami kepada seorang penulis iaitu Fatimah Syarha Mohd Noordin.
lebih kepada 2.5 sebenarnya.malah saya teragak-agak untuk meletakkannya di rak novel melayu.maaf kepada peminat "novel" ini.saya membaca buku ini kerana disarankan oleh ramai rakan-rakan dan kerana bidang yang saya ambil.buku ini mungkin berhasrat sebagai hiburan dakwah namun hanya satu sahaja niat penulis sampai iaitu dakwah.saya tidak nafikan bagus fiqh perubatan yang dibawa untuk ramai masyarakat yang tidak arif dengan hal ini,tetapi penulis gagal dari segi sasteranya.boleh dikatakan tiada jalan cerita,malah seolah autobiografi.watak utama juga terlalu sempurna.dan realitinya bukan semudah itu pesakit berubah.tidak dinafikan ada tetapi bukan ramai.juga saya rasakan tidak perlu untuk memberi penjelasan penggunaan Bahasa Inggeris yang sedikit di sebagai nota kaki.istilah perubatan mungkin munasabah.pada kulit belakang antara yang memberi ulasan ialah Fatimah Syarha iaitu isteri penulis sendiri.ini memberi persepsi bahawa ada kemungkinan ulasan tidak adil diberikan walaupun saya yakin tidak tetapi Telaga Biru perlu lebih berhati-hati dan memilih orang lain.walaubagaimanapun saya tidak menyesal membaca buku ini kerana ilmu yang diperolehi.
* buku ini saya beli semasa pesta buku pada 27/3/2010 *
Tajuk buku : Denyut Kasih Medik Penulis : Dr. Farhan Hadi Keluaran : Telaga Biru Halaman : 390 m/s
Sinopsis kulit belakang :
Denyut Kasih Medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.
Berjayakah misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih?
Ulasan ainsabrina:
Watak utamanya Dr Muslih , doktor Houseman atau lebih mudah dipanggil sebagai HO di Hospital Selayang. Denyut Kasih Medik memuatkan kisah perjuangan Dr Muslih dalam menegakkan islam dalam kerjaya perubatan serta dalam kehidupannya. Ia mengabungkan Fiqh perubatan, fiqh wanita dan juga fiqh cinta.
Dalam novel ini diselitkan beberapa permasalahan di dalam setiap posting yang Dr Muslih lalui, antaranya :
Isu penggunaan ubat yang mengandungi unsur khinzir ( Clexane VS heparin) Kisah mat rempit Kisah doktor yang ketinggalan solat apabila perlu bertugas dalam dewan bedah. Rupanya solat itu boleh dijamakkan jika dalam kes-kes begini. (info ini saya baru tahu apabila baca buku ini Kesan arak Kisah penagih dadah. Antara sibuk bekerja dengan solat, antara tanggungjawab kita pada manusia dengan tanggungjawab kita pada Allah. hak pada Allah walaupun sakit. Isu wuduk dan solat ketika sakit. kisah ‘needle prick’, proses mencucuk atau mengambil darah pesakit yang mempunyai penyakit HIV ataupun Hepatitis yang boleh merebak melalui darah. kisah remaja putus cinta menelan 20 biji panadol. (kisah ini pernah saya lihat di HUSM dulu Isu perancangan keluarga, merancang mengunakan ubat dan lain-lain. Isu penguguran anak. Isu air selusuh
Dan macam-macam lagi isu diperbincangkan di dalam novel ini. Selain mengenai perubatan, novel ini juga menyelitkan kisah cinta Dr Muslih dengan tunangan yang akhirnya menjadi isterinya dan juga kisah sahabat Dr Muslih, Dr Nazir dan Dr. Neezam kembali ke jalan yang benar.
Komen ainsabrina :
Novel ini memberi saya pendedahan mengenai kehidupan HO yang akan saya tempuh lebih kurang setahun lagi, insyAllah. Kehidupan HO secara umumnya diketahui semua sebagai fasa doktor yang sangat memeritkan. Kehidupan yang hampir 100% tertumpu di hospital dan juga kisah lambakan tugas HO. Membaca novel ini membuatkan semangat saya untuk menjadi doktor melonjak naik walaupun dalam masa yang sama, ada rasa cemas dan cuak dengan kehidupan HO yang bakal terjadi.
Selain dari itu, banyak ilmu fiqh perubatan yang saya dapat dari novel ini. Penceritaan Fiqh perubatan dalam novel ini dimudahkan jadi senang difahami juka dibandingkan dengan buku-buku Fiqh perubatan yang lain.Fiqh perubatan di dalam novel in turut disertakan beberapa dalil untk menguatkan lagi faktanya. Kebanyakannya adalah isu-isu yang sering saya lihat mahupun dengar di HUSM.
Akhir kata, saya nak kongsikan dengan semua satu dialog dalam Denyut Kasih Medik yang bagi saya menarik :
Dialog ini berlaku setelah Dr Muslih menerangkan mengenai solat jama’
“Ooh, baru saya faham. Terima Kasih banyak ya doktor. Doktor ni macam ustazlah. Doktor sekolah agama ke dulu “, kata MA Rahim “Eh, saya biasa-biasa saja. Bukan apa, kan kewajipan kita untuk mengetahui tentang agama kita,. Perkara ini Fardu ain, Abang Rahim. Walaupun kita kerja bidang lain, kita juga kena tahu soal-soal hukum fiqah ni”, kata Dr. Muslih. “Hmm, ya ta ya juga. Bukan golongan ustaz saja nak masuk syurga, kita semua pun nak masuk syurga. Jadi ilmu Fardu ain ni bukan ustaz saja yang kena pandai, kita pun kena pandai juga”, simpul MA Rahim.
Novel ini saya capai ketika dalam keadaan bermalas-malasan di rumah. Elok juga mengisi masa lapang dengan membaca. Ada juga faedahnya. Saya tidak meletakkan apa-apa persepsi atau harapan sebelum membacanya. Maklumlah, orang sedang malas!
Helaian demi helaian semakin menarik minat saya. Boleh tahan juga doktor muda ini menulis. Ada sedikit nilai tambah di dalam bukunya. Selain cerita, penulis ada meletakkan info tambahan mengenai fakta perubatan, tip bagi ibu hamil, dan hukum-hakam berkaitan perubatan. Malah, saya sangat menghargai info mengenai hukum bagi ibu yang keguguran. Saya ingatkan jika keguguran, seseorang ibu tidak perlu solat sebagaimana orang bersalin. Rupa-rupanya ada 2 kategori.
Pertama, jika janin yang keguguran itu cukup sifat maka ibu tidak perlu solat. Kedua, jika janin yang keguguran itu tidak menunjukkan sifat atau rupa maka ibu perlu solat seperti biasa. Darah yang keluar itu dikira darah istihadah.
Jazakallah Dr atas info ini!
Lagi satu saya lihat, peluang dakwah sebenarnya sangat luas dan ada di mana-mana. Cuma bergantung pada diri kita sahaja sama ada mahu menggunakan peluang itu atau tidak... Saya kagum dengan Dr Muslih (watak utama) yang begitu komited dalam menjalankan tugas sebagai doktor dan dalam masa yang sama melaksanakan amar makruf nahi munkar.
Apa pun saya mendapat banyak pengajaran dari novel ini. Semoga Allah memberkati usaha penulis.
Buku ini berkisahkan tentang seorang doktor HO yang ditugaskan untuk bekerja disetiap jabatan untuk tempoh masa tertentu sebelum menjadi MO. Setiap jabatan mempunyai masalah yang perlu dihadapi oleh setiap warga hospital yang bertugas. Sangat menarik kerana berkisahkan fiqh perubatan, fiqh wanita dan juga fiqh cinta. Janganlah mengharapkan bahasa kesusasteraan yang bombastic kerana ianya lebih kepada pengalaman hidup seorang pemuda. Janganlah mengharapkan elemen romantik yang melampau kerana ini bukanlah novel cinta. Isi dan ilmu yang disampaikan amat berguna untuk diambil iktibar dan renungan. Rating 5 sangat berbaloi kerana ilmu dan pengetahuan yang diperoleh melalui buku ini. Jalan cerita penuh dengan isi dan tidak meleret-leret. Santai untuk dibaca. Buku ini patut dijaga dengan baik kerana terdapat ayat-ayat al-Quran dan hadis di dalamnya. Mungkin kekurangan buku ini ialah jalan cerita yang terlalu direct dan watak utama yang terlalu sempurna.
Pertama sekali saya nasihatkan agar pembaca 'to handle this book with care' disebabkan kewujudan doa dan ayat suci al-Quran yang saya anggap kurang wajar diletakkan dalam sebuah novel. Buku ini mungkin kekurangan dari segi kesusasteraannya, adakalanya watak utama kelihatan terlalu sempurna, dan penerangan mengenai watak yang keterlaluan dan 'direct', tetapi saya menganggapnya ia natijah kelemahan plot yang pada pandangan saya agak ketara. Pada saya, buku ini mungkin lebih sesuai dipanggil jurnal atau log berbanding novel kerana ia lebih menceritakan mengenai situasi yang berlaku di hospital itu, bermakna tiadanya plot utama. Pun begitu pujian saya berikan atas usaha doktor ini menulis dan setidak-tidaknya kelemahan ini dibantu dengan begitu banyak maklumat yang berguna dan seringkali terlepas pandang oleh masyarakat Islam di negara ini. Semoga ramailah doktor dan insan seperti Dr. Muslih ini.
Jerit Perih seorang Dr. Muslim yang ingin menjalankan tanggungjawab berlandaskan syariat Islam.Ada kalanya terlalu banyak protokol di hospital yang bertentangan dengan Islam seperti penggunaan ubat,batasan dr dan pesakit dan juga dalam menunaikan kewajipan solat kepada pencipta.Setelah dirumuskan,isi kandungan buku ini boleh mengubah seseorang dr yang selama ini hanyut mengikutkan arus modenisasi kepada seorang Doktor MUSLIM~
Mmg bgus citer nie.. bley dijadikan panduan doktor2 muda kat luar sana yg bru ingin memulakan tugas sbg doktor baru.. buku nie die gabungkan dgn byk aspek.. mcm fiqah cinta.. fiqah dlm prbtn.. bgus! I Love this book..
Penulisan yang hebat. Tidak menyangka seorang doktor dapat menghasilkan buku yang baik. Banyak ilmu yang diperolehi dan memberikan gambaran yang jelas tentang kerjaya sebenar seorang doktor Islam.
overall puas hati. novel yang disangka biasa bertukar kepada luar biasa.
definitely one of my type.
ilmu itu perlu dicari. ilmu bertebaran merata. hanya nak atau tak nak untuk absorb.
menelusuri ruang hidup seorang doktor, yang taat perintah agama, yang gagah menjaga pandangan mata, tak luntur memberi nasihat tatkala ia di persiakan begitu sahaja. kehidupan sibuk tak menghalang dirinya untuk terus berbakti, walaupun tika itu perut mula berkeroncong, walaupun tika itu mata tak tahan kantuknya.
banyak ilmu yang aku dapat dari novel ni, lagi-lagi yang waktu dia nak bagi ubat utk patient yang mengandungi bahan yang diperolehi dari khinzir. novel ni buat aku sedar yang, eventhough kau sakit yang macammana sekalipun tanggungjawab pada Allah kena tunaikan, meskipun dengan gerakan mata. rukhsah sudah diberikan apalagi alasan?
sudah lama diimpikan untuk menghayati karya istimewa ini.. istimewa bg saya kerana karya ini pernah menjadi carta bestseller di mph semasa musim karya novel pop cinta menjajah tanahair.. istimewa juga kerana ia bagaikan karya fiksyen sulung bercorak islamik yg berjaya dalam rating bestseller ketika itu.. kini setelah menghayatinya, jiwa terasa puas kerana byk nilai positif yang diterima darinya, meski di dalam kekurangan nilai sastera dalam pengolahan cerita, namun karya ini berjaya mencapai matlamat positifnya dalam menyebarkan ilmu pengetahuan.. amat kagum!!
Padat dri segi ilmunya. Buatkan cita-citaku sebagai doktor melambung tinggi. Namun, kurang pula dari segi sasteranya kerana penulisannya agak direct atau terlalu straight-to-the-point. Bacaan yang sangat bagus terutamanya untuk para doctor-to-be tapi bukanlah bacaan yang menggembirakan untuk penggemar bahasa dan sastera.
Not bad. Aku berterima kasih atas ilmu yang diberikan.
Oh ya pastikan anda sudah bersedia sebelum membaca buku ini.
ini merupakan novel "islamic" kedua yg telah sy baca. secara keseluruhan novel ini menarik dan banyak pengetahuan baru yg saya peroleh meleuinya.. namun begitu... penyampaian cerita ini memperlihatkan watak utama novel ini terlalu sempurna dan sgt2 baik..
buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh bakal2 doktor yg bakal ditempatkan di hospital kelak...
Pendapat peribadi.. Terlalu ideal Dr. Muslih, watak utama cerita ini. Terlalu sempurna. Seolah tiada langsung cacat-celanya.
Memang seorang Muslim yang baik akan bertindak dan berfikir seperti beliau. Namun apabila diceritakan sebegitu rupa, nampak ceritanya seperti tidak realistik.
Selain daripada itu, penuh dengan info-info yang sangat baik.
Subhanallah. Kalau doktor yang menulis. Tersusun. Cemas juga membaca. Kalau doktor dai'e yang menulis. Subhanallah. Isinya, mantap. Alhamdulillah. Laras bahasa yang biasa tetapi ada bahagian-bahagian yang mengujakan juga bahasanya.
4 bintang kerana kekurangan dari segi bahasa, jika tidak pasti ana akan bagi 5 bintang. Buku ini menggambarkan dakwah yang boleh dilakukan oleh seorang doktor. Para doktor, jagalah agama dari bucu anda! Wajib dibaca oleh para doktor.
No doubt,fiction is the perfect medium to educate people..Bukan cerita cinta biasa..Go read and you will sink along it..Persoalan fiqh dalam perubatan..Meet the peculiar style of dakwah by the real doctor!
Wataknya menggambarkan konsep mengIslam-kan kerjaya doktor seperti yang telah digariskan syariat-Nya. Pengalaman doktor muda ini harus dibaca oleh semua muslim walaupun bukan doktor ;)
Alhamdulillah berjaya siap dalam masa singkat. Sebab tak baca info belakang buku atau sinopsis sebelumnya, saya tak pasti buku ni sebuah kisah benar atau fiksyen. Apapun, saya fikir bertuah juga berpeluang kaup pengalaman yang dikongsi seorang doktor muda, banyak info dikongsi walaupun mostly info asas. Isu bayi terbuang memang menyesakkan nafas setiap kali kubaca. Baru beberapa minggu lepas attend forum yang membincangkan bayi hasil hubungan luar nikah. Menggerunkan statistik yang dikongsi; lebih 250 ribu kes direkod di Malaysia, itu yang dilaporkan saja. Persepsi pesakit terhadap doktor yang nampak macam sengaja berlengah hingga mereka terpaksa menunggu berjam-jam; Timbalan Pengarah hospital yang perangai tak profesional memang ramai rasanya, memalukan dan menyedihkan.
Gaya penulisan simple dan bernada tulus. Buku bernilai sesuai ditelaah remaja. Satu yang saya tak dapat sambut dengan minda terbuka, Dr ini hanya nak kahwin dengan wanita solehah .... terlalu malu nak berjumpa dengan tunangnya, bercakap di telefon, tengok gambar pun tak mahu. Dah lepas akad nikah baru sanggup pandang. Keluarga pengantin perempuan pula tetapkan RM98 / RM94 sebagai mas kahwin dan hantaran tak payah pun tak apa. Wahhhh, ada lagi yang macam ni?
Blurb ; Sebuah novel yang mengisahkan misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat Islam di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.
Review ; Buku ni saya dah baca banyak kali, ni baca lagi sekali sebab suka cara penulis sampaikan cerita. Santai tapi sampai.
Alhamdulillah amat teruja dengan stail persembahan novel berbentuk kesedaran sebegini. Jelas mesej kesyumulan itu sampai, tak kira kita jurusan agama ataupun sebaliknya. Islam ada di semua perkara. Alhamdulillah, buku ini sangat memberi inspirasi untuk terus menimba ilmu-ilmu agama. Kalau doktor pun mampu dan wajib menyebarkan agama apatah lagi yang pengkhususannya ialah biadang agama.
Buku yang menarik minat untuk sentiasa berfikir bahawa pekerjaan juga merupakan satu cabang beribadah kepada-Nya..terima kasih penulis kerasa buku anda,saya menjadi tertarik untuk menceburi bidang perubatan☺️
Syabas kepada pengarang yang berjaya melahirkan sebuah buku yang padat dengan ilmu pengetahuan, mampu memberi kesedaran serta motivasi untuk pembaca melalui gaya yang santai.
Buku ini sangat menarik kerana ia mengisahkan kehidupan seorang Houseman. Sungguh, tidak ku sedari betapa padat dan melelahkan tugas seorang doktor. Bekerja tanpa henti demi menjaga dan menyelamatkan nyawa orang lain....Sehingga kadang-kala tidak sempat makan (tidur apatah lagi)...
Sekiranya anda seorang yang sentiasa merungut tentang kerja anda dan memberi berbagai-bagai alasan untuk tidak solat, tidak belajar agama, tidak luangkan sedikit masa untuk dekatkan diri pada Allah, buku ini adalah buku motivasi yang terbaik bagi anda. Bayangkan, walaupun Dr Muslih, watak utama dalam cerita ini terpaksa bekerja 48 jam (atau lebih) berturut-turut, dia masih sempat meluangkan masa membaca tafsir Al-Quran dari tafsir kecil yang sentiasa berada di dalam poketnya di waktu ada kelapangan. Dan apabila tidak ada tugas, sempat hadiri kuliah.
Aku cukup insaf mengenangkan betapa banyak kekuranganku sebagai seorang Muslim setelah membaca buku ini.
Buku ini juga mampu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang betapa beratnya tugas seorang doktor supaya mereka memahami dan tidaklah asyik merungut-rungut atau membentak-bentak.
Yang paling kusukai tentang buku ini ialah perbincangan hukum fiqh dalam hal perubatan yang diselitkan bersama pengalaman watak utama.
Cuma satu sahaja yang kudapati kurang dalam buku ini - watak Dr Muslih terlalu sempurna... tidak ada kelemahan langsung. Tidak realistik.
Menceritakan tentang Dr Muslih yang merupakan seorang houseman. sebagai seorang Muslim yang cintakan Penciptanya, Dr Muslih cuba untuk menerapkan nilai-nilai Islam ketika menjalankan tanggungjawabnya.
Ketika bekerja, Dr Muslih akan diuji bukan sahaja daripada karenah pesakit, malah daripada rakan-rakan doktornya sendiri serta Ketua Pengarah Hospital.
Melalui kehidupan pekerjaannya, kita diberi 'insight' akan seorang doktor pelatih yang tidak lupakan agamanya. tentang solat jamak apabila terlampau sibuk dengan kerja spt pembedahan. penggunaan ubat yang halal. buku ini juga ada menyentuh tentang gejala sosial yang berlaku spt buang anak, percubaan untuk gugurkan anak.
terdapat juga beberapa bahagian yang menyentuh isu penggunaan perubatan mengarut spt air selusuh. juga menyentuh soal syirik dan kemalasan pesakit-pesakit yang tidak mahu solat dgn alasan bhw mereka sakit.
juga mengkritik mereka yang mengamalkan cinta sebelum nikah serta memberi garis panduan untuk bercinta yang berlandaskan syarak.