Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aduhai

Rate this book
ADUHAI, antologi cerpen saya yang ke-6 selepas "Yang Abadi" (Teks Publishing, 1980), "Lambaian Tanah Hijau" (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980), "Al-Isra" (Teks Publishing, 1984), "Keajaiban Alam" (Pekan Ilmu, 2004) dan "Bunga-Bunga Pulau" (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005).

Seperti dalam antologi cerpen yang lain, "Aduhai" mengandungi 17 buah cerpen dari kepelbagaian idea, tema, latar peristiwa. Ia merangkumi idea dari realiti kehidupan sosial terkini hinggalah kepada idea cereka mimpi yang ditimbah dari cerita-cerita rakyat, cerita jenaka, karya-karya sejarah dan peristiwa arketaip dan pergolakan politik tanah air terkini dan idea tentang keagamaan bagi menerapkan ikonografi / implikasi Islam.

Ada di antara cerpen-cerpen ini telah disiarkan dalam majalah Dewan Sastera, akhbar Berita Minggu dan tabloid Siasah. Namun terdapat beberapa buah cerpen yang tak mungkin dapat diiarkan di mana-mana disebabkan tidak ada editor yang berani mengambil risiko untuk menyiarkannya.

Senarai lengkap koleksi cerpen adalah seperti :

1. Apabila Air Mata Menjadi Darah (Berita Minggu)
2. Melankoli Atas Rumput (Dewan Sastera)
3. Wajah-wajah Ramadhan 1428 (Siasah)
4. 10 Budak Hitam (Berita Minggu)
5. 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan (Berita Minggu)
6. Karung Masalah
7. Putih Putih, Nadzirah, Siti Dewi, Tampung
8. Kalaulah Hatiku Seperti Hati Medalin
9. Aduhai Si Luncai (Dewan Sastera)
10. Aduhai Pak Pandir (Siasah)
11. Aduhai Pak Kadok (Siasah)
12. Aduhai Pak Belalang
13. Malang Si Lebai Malang
14. Tanah Segara Bukit Itu (Siasah)
15. Alahai Manisnya Aduh Pahitnya
16. Gurindam Jiwa 50 Tahun Merdeka
17. Anak-anak Dari Kampung Pasir Pekan II (Dewan Sastera)

Adalah diharapkan cerpen-cerpen dalam antologi Aduhai akan dapat memberikan sedikit manfaat kepada para pembaca dan untuk dijadikan bahan renungan. Ini adalah kerana karya kreatif juga mampu menyarakan gelodak jiwa bangsa, di samping untuk menambah khazanah Kesusasteraan Melayu.

Fatimah Busu
Bayan Baru, Pulau Pinang

356 pages, Paperback

First published January 1, 2009

Loading...
Loading...

About the author

Fatimah Busu

26 books22 followers
FATIMAH BUSU dilahirkan pada bulan Januari 1943 di Kampung Pasir Pekan, Kota Bharu, Kelantan. Setelah tamat pendidikan formalnya di sekolah rendah dan menengah, beliau menyambung pengajian dengan mengikuti kursus perguruan di Maktab Perempuan Melayu, Durian Daun, Melaka. Kemudian, beliau berkhidmat sebagai guru untuk beberapa tahun. Pada awal dekan 1970-an, Fatimah Busu menyambung pengajian tingginya di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Berkat kesungguhannya dalam bidang akademik, Fatimah Busu memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (1978) dan Doktor Falsafah (1994) di universiti yang sama. Kemudian beliau bertugas sebagai pensyarah sehingga bersara pada tahun 1998. Kini beliau berkhidmat secara kontrak sebagai penyarah di USM.

Dalam jagat kesusasteraan tanah air, genre cerpen dan novel telah menonjolkan bakat kepengarangan Fatimah Busu. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan tiga kumpulan cerpen iaitu Lambaian Tanah Hijau (DBP, 1980), Yang Abadi (Teks Publishing, 1980) dan Al-Isya' (Teks Publishing, 1985). Sebanyak 10 buah cerpennya pernah memenangi Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia. Cerpen-cerpen yang berjaya ialah "Mawar Yang Belum Gugur." (1971); "Nasinya Tumpah" (1972), "Freshie" dan "Lambaian Tanah Hijau" (1973); "Bunga-bunga Pulau" dan " Sampah Yang Hanyut" (1974); "Anak Bumi Tercinta" dan "Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan" (1975); "Mahar Asmara" (1983/1984) dan "Al-Amin" (1984/1985). Manakala genre novel yang dihasilkan, iaitu "Ombak Bukan Biru" dan "Kepulangan". Antologi puisinya yang terbaru "Apa Ada Di Sana (Versi Dunia)" telah diterbitkan pada tahun 2004.

Sebagai ahli akademik atau sarjana, beliau telah melaksanakan penelitian ilmiah dengan menghasilkan buku yang berjudul "Ciri-ciri Satira dalam Novel Melayu dan Afrika Moden: Kajian Perbandingan (DBP, 1992). Buku ini, kemudiannya memenangi Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1992/1993.

Kini, dua buah cerpen beliau yang pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia menjadi bahan teks KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu peringkat STPM. Cerpen-cerpen itu ialah "Anak Bumi Tercinta" (antologi Anak Bumi Tercinta, DBP, 2001) dan "Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan" (antologi Warna Sari Sastera Melayu Moden, DBP, 1996)

Hasil pena terkini Fatimah Busu ialah "Ada Apa Di Sana (Versi Dunia)" (Pustaka Nusa,2004), "Salam Maria" (Absolute Publications, 2004), "Keajaiban Alam" (Pekan Ilmu Publications, 2004) dan "The Missing Piece Bah. 1 (Citra Kurnia Ent., 2005).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (50%)
4 stars
2 (25%)
3 stars
2 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Haryati Abd Halim.
239 reviews13 followers
July 19, 2010
Antologi cerpen yang sarat dengan kisah kehidupan. Saya hanya sempat membaca tiga cerpen. Cerpen pertama berkisah tentang derita pesakit kanser yang berakhir dengan ketenangan apabila menemui DIA Maha Pencipta.
Displaying 1 of 1 review