Antara buku terbaik pernah dibaca, walaupun sampul buku tak cukup meransang. Ini bukan buku -jika dipakai nada Hasmi Hashim - tetapi ini adalah kompilasi esei-esei terbaik Sdr. Fathi Aris. Aku membacanya lama dulu, dan masih menyelak-nyelaknya lagi. Fathi bukan sahaja berkisah tentang renungan semula kepada parti politik, aktivisme, agama dll, bahkan juga tak terkecuali membicarakan nasib buku-buku, pekedai buku kecilan -seperti di Masjid India- juga soal honorium penulis baik wartawan atau juga penulis kreatif seperti cerpen, puisi dll. Hal ini jarang dipertimbangkan oleh penulis-pemikir yang selalu berfikir soal-soal besar, tetapi haram tidak melihat pun persoalan seremeh penulis nak makan apa esok dengan sekadar menghantar puisi ke akhbar?
Meskipun Fathi seorang liberal, dia seorang liberal yang tawaduk, merendah diri -meski ada sisi-sisi sinikal lagi kritis- beliau tidak malu duduk bersama-sama anak-anak muda jalanan dan tidak lokek berkongsikan apa sahaja pengetahuan dan pengalaman/pengamatannya dengan mereka.
Aku tetap merasakan sampai sekarang buku Patah Balek sangat kuat (juga tebal) isinya berbanding buku Agong Tanpa Tengkolok. Esei Di Bawah Mendung Usrah juga boleh dipertimbangkan.
(Dalam ulangan sekali lagi, buku ini tidaklah mengecewakan. Sebaliknya buku ini memperlihatkan citra liberal seorang Fathi. Ini adalah jalur 'isme' yang dipilih beliau dan dipertahankan sekemas yang mungkin. Berbaloi untuk dibaca ulang berkali-kali. Walaupun pada pembacaan kali kedua atau kali ketiga ini, kurang nampak daya execute masalah, lebih nampak pada berleter dan merungut yang dirunguti beliau).
Some parts of the book are redundant, but the unique part of this book is the author (as a journalist), discusses the cultural and sociopolitical canvas in Malaysia without a “thick” political fanaticism. The main idea of this book is the importance of creating a “public sphere” as mentioned by Jurgen Habermas and how pivotal is the mass to read the great works by Thomas Kuhn, Karl Popper, Edward Said, Noam Chomsky, Bertrand Russell, Michel Foucault, Nawal el-Saadawi and Benjamin Barber in order to lift the current sociopolitical and cultural discourse to a higher level.
Menyukai pandangan2 Fathi yang walaupun tajam dan tanpa memilih bulu tapi mengandung buah fikiran yang jernih dan mampu dipertahankan. Walaupun himpunan artikel2 dalam buku ini ditulis pada 2002-2004 namun tetap saja relevan dalam situasi Malaysia masa kini. Keupayaan penulisnya membahaskan tajuk-tajuk kebebasan dalam perspektif baru tanpa terlalu terikat kepada sudut pandang dominan atau kepartian membuatkan buah-buah fikiran beliau terasa original dan menyegarkan sekaligus mencabar status quo dalam wacana sosial malaysia era reformasi.
Patah Balek: Catatan terpenting reformasi ini memang sudah ketinggalan zaman kerana sudah 6 hingga 8 tahun lalu ia ditulis. Tulisan-tulisan Fathi Aris Omar ini bermula dari tahun 2002 sehingga tahun 2004. Semasa tahun-tahun itu saya masih di bangku sekolah dan tidak pernah membaca situasi politik semasa. Oleh itu, bagi saya tulisan ini adalah amat wajar dibaca agar dapat memahami landskap politik ketika itu.
Kritis
Buku ini menonjolkan sisi pandang penulisnya yang mahukan suatu perubahan berlaku di dalam suasana politik Malaysia. Beliau dengan kritis menempelak golongan mahasiswa dan golongan profesional yang dilihat wajar membawa ruang awam ke arah perubahan namun dilihat hanya duduk-duduk sambil lewa dan tidak berfikir.
Buku ini tidak dicetak dah. Aku dapat kebenaran untuk mencetaknya kembali, kebenaran secara face-to-face. Siapa nak boleh sms/telegram/whatsapp 0129611812
--------------------------------
Banyak perkara yang diceritakan dalam ni. Banyak mengenai masalah politik, seni, masyarakat, agama, kebebasan. Tetapi kebanyakkannya jugak tidak disertakan solusi. Mudah difahami berbanding Agong Tanpa Tengkolok.
"Kerajaan kena bantai, pembangkang pun kena bantai"
Fathi,seorang yang,entah bagaimana,seperti gelandangan yang menerobos dan menelanjangkan parti politik di Malaysia..Sebuah kumpulan tulisan terpenting untuk bacaan umum selain catatan yang merungkai kerakusan kerajaan terhadap media,massa,dan bertapa pentingnya ruang publik untuk kesejahteraan semua..