Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari 'lelaki bertanduk dua'.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.

CINTA SUFI
Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.

509 pages, Paperback

First published April 1, 2010

53 people are currently reading
1639 people want to read

About the author

Ramlee Awang Murshid

51 books1,379 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
928 (62%)
4 stars
380 (25%)
3 stars
141 (9%)
2 stars
24 (1%)
1 star
13 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 65 reviews
Profile Image for Hajar.
284 reviews
December 21, 2014
Penamat yang buat pembaca tertanya-tanya la pulak. Adeh...

21-12-2014

Kepulangan Saifudin dari abad ke 21 melumpuhkan kudratnya. Serasa seperti sudah hilang kepahlawanannya. Namun kekuatan imannya tidak bisa dipertikaikan sungguh pun ditimpa ujian sebegini. Dalam ketidakupayaan Saifudin inilah Melaka ditawan oleh Portugis.

Kedatangan rombongan penjajah dari Portugis itu juga turut disertai oleh Catalina, balu pahlawan Portugis yang gugur di medan peperangan. Kedatangannya ke Melaka hanya kerana mahu mencari lelaki bertanduk dua seperti digambarkan oleh Maryam yang ditemui dalam mimpinya. Pertemuannya dengan Saifudin bagaikan memberi petunjuk kepada kebuntuannya. Lalu Saifudin dijadikan hamba sahayanya dan perjalanan ke Hulu Melaka pun diteruskan untuk mencari Maryam.

Dalam perjalanan ke Hulu Melaka, rombongan Catalina diganggu oleh makhluk penghisap darah yang juga merupakan makhluk tunggangan Taghut. Kemunculan mereka semestinya untuk menghapuskan Saifudin. Dalam ketidakupayaannya itu Saifudin telah diselamatkan oleh bangsa Polip, makhluk bersayap yang pernah membantunya semasa berperang dengan Maharani Kerajaan Pulau Utara tidak lama dahulu. Saifudin di bawa pulang ke tempat mereka untuk proses pemulihan.

Rupanya dalam diam Saifudin diintai oleh Luna, serikandi bangsa Polip. Kematian suami akibat terkorban semasa berperang dengan Raja Roman membuat dirinya lebih suka mengembara. Dalam pengembaraannya itulah Luna bertemu Saifudin dan mula jatuh hati dengan keperibadian dan akhlak mulia Saifudin. Namun, mana mungkin bangsa Polip dan manusia bersatu?

Setelah pulih Saifudin dihantar kembali ke Hulu Melaka untuk meneruskan perjalanan mengiringi Catalina menjejaki Maryamnya. Dapatkan Catalina menemui Maryam di kala Saifudin bersama-sama Hang Tuah bersaudara bersiap sedia untuk bertempur dengan tentera Portugis yang bersekutu dengan Taghut?

Komen saya:
1. Saya bersetuju dengan resensi teman-teman lain yang mengatakan Cinta Sufi ini menunjukkan sisi lemah Saifudin. Hakikatnya dia juga manusia biasa, ada waktunya dia memerlukan sokongan orang lain untuk terus berdiri. :)

2. Tiba-tiba saya sukakan watak Hang Tuah dalam siri ini. Terserlah gaya kepahlawanan Melayunya itu. Hikhik..

3. Aksi-aksi perang dan pertempuran dalam siri ini memang agak mengujakan. Buat saya rasa tak senang duduk di kala membacanya. :)

4. Pengakhiran kisah ni memang buat pembaca tertanya-tanya. Mujurlah saya dah ada koleksi lengkap. Kalau tidak ada kemungkinan boleh meroyan nak tunggu sambungannya. :P
Profile Image for SORA.
183 reviews7 followers
February 25, 2023
Menjadi buku kegemaran sepanjang pembacaan siri pengembaraan Laksamana Sunan. Jatuh suka bila penulis selitkan lebih banyak elemen sejarah.
Profile Image for Syamil A Samad.
25 reviews2 followers
May 14, 2010


sudah lama rasanya tidak menulis sebarang ulasan buku. Lantaran sedar diri ini bukanlah pandai sangat pun menulis dan tiada ramai orang pun yang ingin membaca penulisan ini (akhirnya kau sedar Syamil. good for you).

Tapi walaubagaimanapun, saya tetap ingin berkongsi juga serba sedikit berkenaan novel yang telah saya habisi baru-baru ini. Mungkin anda yang membaca kiriman ini tidak pun merasakan ia adalah sebuah ulasan buku. Tapi lebih kepada pandangan dan pendapat saya berkenaan buku ini (apa yang aku ngomel berbelit-belit ni)

Oklah.back to the story. Saya memang gemar mengikuti novel sekuel yang berjaya menarik minat saya sedari novel yang pertama. Seperti novel Harry Potter, apabila Harry Potter and the Sorcerer’s Stone berjaya membuatkan saya tidak tidur hingga subuh untuk menghabiskannya, maka secara automatis saya akan berusaha untuk membaca novel sambungannya iaitu Harry Potter and the Chamber of Secret.

Arakian, perakara yang sama terjadi untuk Novel Cinta Sufi. Kepada mereka yang tidak biasa dengan buah tangan Ramlee Awang Murshid. Biarlah saya terangkan serba sedikit di sini :

* Novel Cinta Sufi adalah novel keempat untuk sekual Bagaikan Puteri

* Novel yang pertama untuk sekuel ini adalah Bagaikan Puteri diikuti dengan Cinta Sang Ratu dan seterusnya Hijab Sang Pencipta

* Kesemuanya dijual dengan harga berpatutan (eh, perlu ke bagitau)

* Mudah didapati di Popular, tidak di MPH (stop merepek Syamil)

* Ceritanya bersifat adventur, islamik, penuh dengan magis, perlukan imaginasi yang tinggi dan keimanan yang teguh kepada rukun Iman yang ke 6


Saya kira novel yang keempat ini lebih realistik daripada novel-novel yang terdahulu. Mengisahkan Laksamana Sunan@Saifudin yang telah kembali semula ke zaman asalnya selepas mengembara merentas masa ke abad 21. Berikutan daripada pengembaraan mustahil yang diizinkan Allah Taala itu, maka Saifudin telah menerima kesan sampingan yang amat menderitakan kudratnya. Sebahagian kudratnya sebagai seorang pahlawan yang ampuh melawan kejahatan telah hilang dan menjadikan beliau lemah untuk menghadapi pelbagai perkara.

Penceritaan ini diteruskan pula dengan pelayaran bersejarah seorang balu bangawan portugal iaitu Yang Mulia Catalina ke Melaka untuk mencari seorang wanita bernama Maryam yang kerap menghiasi mimpinya. Mimpi bertemu Maryam itu berlaku sejurus selepas Catalina pengsan apabila diberitakan kematian suami tercinta, Aryas de Lopo di medan peperangan.

Oleh kerana terlalu kecewa, Catalina mengambil keputusan melakukan perjalanan panjang menuju Nusantara untuk menjejak Maryam yang menjanjikan sebuah kehidupan yang lebih baik dan bersih dari belenggu kekafiran. Penceritaan diteruskan dengan Catalina berjumpa dengan Saifudin dan membawa pula kepada perjalanan ke Hulu Melaka untuk berjumpa Maryam. Dibantu oleh Saifudin.

Pelbagai cabaran, rintangan, onak, dan kejahatan terpaksa dirempuh oleh mereka sepanjang perjalanan ke Hulu Melaka. Antaranya kejahatan Iblis Laknatullah yang terdiri daripada roh manusia yang derhaka pada Sultan, sihir Puteri Kober Gandring dan juga yang paling sukar adalah kedurjanaan Thaghut. Semuanya dirempuh oleh Saifuddin dengan sifat berserah diri pada Allah dan cintakan Syahid.

Banyak juga babak menarik yang amat saya gemari di dalam novel ini, antaranya :


* Kemunculan Bangsa Polip (makhluk berupa manusia tetapi mampu terbang selaju angin)~membantu menyembuhkan penderitaan Saifudin.

* Kehadiran Puteri Gunung Ledang membantu Saifudin memberikan arah (turut membantu mencari Keris Nanggroe kepunyaan Saifudin)

* Kemunculan semula Laksmana Hang Tuah dan dua ekor naga peliharaannya (pemberian Maharaja China)


Saya ada juga mengatakan novel ini lebih realistik berbanding novel sebelumnya kerana kelemahan Saifudin sebagai seorang manusia biasa dipaparkan dengan baik. Sebelum ini, sifat dan kekuatan Saifudin digambarkan sebagai terlalu sempurna bak malaikat. Mungkin penulis menerima banyak komen dari pembaca berkenaan perkara tersebut.

Sesungguhnya, terlalu banyak pengajaran yang boleh didapati melalui novel ini. Banyak ayat-ayat suci Al-Quran berjaya dinukilkan dengan baik untuk meningkatkan pemahaman pembaca. Unsur dakwah yang diselitkan juga amat manis dan menggambarkan Islam bukanlah agama paksaan dan jauh sekali untuk bersifat teroris. Sifat Saifudin yang sentiasa bertimbang rasa dalam melakukan apa sahaja amat saya kagumi tanpa mengenepikan syariat Islam yang kekal dipegang utuh.

Saya pasti ramai yang telah terpikat dengan novel ini. Anda yang belum berkesempatan juga diharapkan dapat mendapatkannya kerana anda tidak akan sesekali rugi (sekali lagi saya rasa boleh bekerja di bahagian promosi Alaf 21). Setakat ini sahaja resensi saya (saya rasa ini langsung tidak boleh dikatakan sebagai resensi).
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
July 9, 2016
Cinta sufi...sungguh luar biasa

Sunan sakit, kesiannya... Balik dari kurun 21 dia seolah-olah hilang kudrat dan tenaga kepahlawanan. Hanya iman sahaja makin bertambah atas ujian sebagai hambaNya


Sewaktu Sunan tiada kudrat itulah, Melaka ditawan penjajah Portugis. Pemergian Alfonso De Albuquerque itu turut diekori nakhoda Kapten Leandro dan Aloisio yang turut membawa balu bangsawan Catalina. Ada sesuatu yang dicari Catalina yang menyimpang dari tujuan asal bangsa penjajah itu. Catalina yang kematian suaminya, Aryas Do Lopo telah beberapa kali bermimpi bertemu wanita bernama Maryam di taman yang indah. Disebabkan mimpi itu, Catalina ingin ke Tanah Melayu mencari lelaki bertanduk dua yang bakal nenemukan dia dengan Maryam. Dengan tipu helah taraf bangsawan yang dimiliki, Catalina berjaya menyertai ekspedisi pelayaran ke Tanah Melayu ditemani penjaganya Renata. Ada sesuatu yang menarik tentang Maryam yang perlu dirungkaikan oleh Catalina dan membuat pembaca tidak mahu melepaskan Cinta Suci.

Akhirnya bertemu juga Catalina dengan Sunan yang dikatakan bertanjuk dua itu yang merujuk kepada 2 urat kepala yang timbul di dahi. Sunan yang pengsan di persisiran pantai di jadikan hamba sahaya dan dikurung. Perhatian berlebihan Catalina terhadap Sunan telah menimbulkan rasa tidak puas hati di hati Leandro. Dek kerana memandang hina terhadap orang Melayu dan cemburu, komplot untuk membunuh Sunan dirancang semasa mereka berarak ke Hulu Melaka.

Dalam pada penduduk Melaka takutkan peluru dan meriam Portugis, Melaka turut diserang hantu penghisap darah. Rupa-rupanya taghut yang menjelma sebagai Pangeran Garitno telah memberi talian hayat kepada Puteri Kober Gandring yang sakit ditikam Sunan. Sebagai galang ganti, PKG menjadi pontianak dan hamba suruhan taghut. Mereka yang berdendam dengan Sunan telah membunuh dan menghisap darah penduduk kampung, dengan harapan Sunan mampir. Malangnya bayangan Sunan langsung tidak kelihatan sehinggalah bertembung dengan rombongan Catalina. Pertempuran berlaku antara manusia dengan pontianak. Sunan yang hilang kudrat tidak mampu mempertahankan diri. Semasa waktu meruncing itulah, Sunan diselamatkan bangsa bersayap, Polip. Sunan diterbangkan ke tempat persembunyian mereka. Dirawat dan dijaga sehingga Sunan pulih kembali. Sunan yang dikagumi bangsa Polip itu, dalam diam dicintai menantu Thariq, ketua Polip iaitu Luna yang telah ribuan tahun kematian suami. Tanpa Sunan ketahui, Luna telah lama mengikuti perkembangan Sunan semenjak dia remaja lagi sewaktu membawa diri dari Punggor ke Tanah Rencong. Namun malangnya kasih Luna dihalang bapa mertuanya yang melarang bangsa mereka mengahwini manusia. Manusia adalah bangsa yang suka berperang. Anaknya Munik juga mati akibat berperang dengan manusia, Pangeran Garitno yang dahulunya adalah Raja Roman yang suka berperang dan menjajah negara yang ditemuinya.

Kisah cinta sufi ini lagi mencabar kerana memuatkan perang Pahlawan Melaka dengan Portugis dan makhluk penghisap darah. Hang Tuah , Hang Lekiu, Panglima Awang Bagan diangkat menjadi hero melawan musuh Kesultanan Melaka dan Sunan penghapus manusia pengikut syaitan. Kemunculan dua wanita yang terpikat dengan Sunan adalah penyeri kisah kepada lelaki sedih dari Tanah Rencong yang cintanya kepada Allah melebihi cintanya kepada dunia.

Roy - Ratnaku
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
September 10, 2016
Untuk buku ini, saya bagi empat bintang bulat-bulat. Takde lebih-lebih heee...

Sebelum baca buku ni, saya tanya dengan sahabat rapat, seorang wanita. "Best tak buku ni?"

Dia jawab, "Hmm, aku tak suka sangat dengan buku ni berbanding buku-buku yang lain tak termasuk sunan yang baru tu. Tapi Sutera Bidadari memang best!"

Saya tanya "Kenapa?"

Dia jawab... "Bacalah sendiri..."

Bila dah habis baca, saya hanya mampu tersenyum... Ya watak pujaan ramai pembaca-pembaca wanita iaitu Saifuddin digambarkan di dalam ini kurang keupayaan selepas kembali dari zaman masa hadapan selepas bertemu dengan Haryani di dalam Hijab Sang Pencinta yang mana mereka hampir sahaja berkahwin. Sejarah Ashabul Kahfi digambarkan berulang kepada Saifuddin dengan kehendak Allah. Segala kudrat Saifuddin hilang malahan menjadi tahanan (Hamba sahaya) kepada Catalina yang datang ke Melaka untuk pergi ke Hulu Melaka untuk mencari Maryam seperti yang dia temui di dalam mimpinya. Selepas melihat dua urat pada dahi Saifuddin, Catalina yakin itulah yang dimaksudkan oleh Maryam iaitu lelaki bertanduk dua.

Ya seperti yang saya perkatakan tadi, hampir suku buku ini Saifuddin menjadi lemah, tambahan pula, Saifuddin banyak dibantu oleh watak-watak seperti Hang Tuah, bangsa Polip, Panglima Awang Bagan dan lain-lain... mungkin itu yang menghilangkan minat sahabat saya dengan buku ini. Hakakaka... Watak pujaan hati tidak menjadi sepenuhnya hero. Tuan penulis ada mengatakan, seperti manusia lain melainkan Rasullullah S.A.W, watak Saifuddin ini juga punyai kelemahan sebagai insan di dunia...

Tapi bagi saya, buku ini juga boleh tahan... Aksi-aksi dan perang yang terjadi sangat mengujakan... Oh ya watak Catalina memang menarik perhatian dan saya suka... *kelip-kelip mata...

Tapi buku keempat ni tidak sepower tiga buku pertama trilogi Bagaikan Puteri... Tapi masih mampu membuatkan saya tersenyum lebar... :)

Peace...
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
July 7, 2017
4.8/5

Sebagaimana Profesor JRR Tolkien menggunakan teknik pastiche dalam melakarkan dunia Middle Earth (Lord of The Rings dan The Hobbit), begitulah juga Ramlee Awang Murshid menggunakan teknik yang sama dalam dunia fantasinya.

Profesor Tolkien menggabungkan mythological creatures dalam masyarakat Scandinavia, puisi epik Beowulf, lagenda Odin dan Loki, kaum elf dan banyak lagi dalam karyanya. RAM pula menggabungkan lagenda Puteri Gunung Ledang, hikayat Hang Tuah, naga dalam tasik, bangsa Polip iaitu golongan manusia bersayap, penjajah Portugis, hantu laut, golongan bangsawan dari Sepanyol, kaum bunian dan lain-lain.

Macam biasa. Aku kalau karya fantasi RAM akan berat sebelah sikit untuk bagi bintang. Berikut sebab kenapa dapat banyak bintang:

- Bahasa. Bebas dari spelling error dan menggunakan tanda baca yang tepat.

- Plot sangat mengujakan. Tiada plot holes.

- Tema. Ini. Ini sebab utama aku bagi banyak bintang. RAM mengangkat dan mempopularkan tradisi dan khazanah Melayu seperti silat, jurus angin, keris disamping tidak lupa untuk mengangkat nilai-nilai Islam dan kebergantungan Saifudin terhadap Allah SWT. Pembangunan cerita juga sangatlah menarik. Membawa aku hingga ke banjaran Himalaya membayangkan dunia kaum Polip, membawa aku terbang bersama Luna, menyaksikan aksi pertarungan antara hamba iblis dan hamba Allah SWT.

- Karakter. Karakter-karakter yang terdiri daripada pelbagai makhluk. Menggabungkan yang boleh dilihat dan yang ghaib, menggabungkan karakter dari dunia barat dan dunia timur. Aku kalau bab bunian, jin, hantu laut, manusia bersayap dan benda ghaib memang berminat.

- Akhir sekali... sebab aku yakin bahawa tak mampu untuk tulis karya epik sebegini. Huhuhuhu..

Berikut merupakan sebab kenapa aku bagi banyak bintang. Walaubagaimanapun, bintang sebenar ialah 4.8. Tidak dapat 5 bintang sebab 0.2 hilang kerana aku rasa watak Saifudin ini terlalu sempurna.
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
January 11, 2011
Saya tidak suka dengan penamatnya. Ops! bukan tidak suka pada novelnya ya! cuma tidak suka pada penamat yang tiada 'penamat'nya. RAM sengaja membiarkan saya tertanya-tanya apa yang berlaku pada Laksamana Sunan selepas dibawa oleh Laksamana Hang Tuah ke 'dasar tasik'. Siapakah lelaki pewaris keturunan Maryam itu?

huhuhu bencilah! mesti 2-3 hari saya akan teringat-ingatkan kisah ini!!

Apa-apapun 2-thumbs-up untuk RAM :)
lepas ni nak cari Rayyan pulak!
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
November 7, 2013
Laksamana Sunan atau Saifudin,kembali semula ke zamannya pada tahun 1511 selepas mengalami peristiwa yang persis Ashabul Kahfi yang 'mencampakkannya' ke abad 21. Namun demikian,fizikalnya mengalami kecederaan dalaman serius yang diakibatkan oleh proses pengembaraan masa. Tahun 1511 juga mencatat sejarah hitam ke atas Tanah Melayu; Melaka ditawan Portugis! Saifudin dijadikan hamba sahaya Catalina,seorang balu bangsawan Portugis yang cuba menjejaki Maryam. Maryam sering hadir ketika Catalina pengsan tidak sedarkan diri dan meminta Catalina mencarinya di Hulu Melaka. Pada masa yang sama,kejahatan dalam bentuk manusia hamba syaitan tetap memburu Saifudin. Mujurlah,dengan bantuan bangsa Polip,kekuatannya berjaya dipulihkan. Para hulubalang Melaka yang terselamat,di bawah pimpinan Hang Lekiu dan Panglima Awang Bagan,bersiap sedia bertahan di Hulu Melaka dari digempur Portugis. Dapatkah Saifudin,Hang Tuah,Hang Lekiu dan Panglima Awang Bagan menghadapi bala tentera penjajah yang turut dibantu oleh Taghut dan para pengikutnya?

Tidak banyak yang saya boleh ulas mengenai novel ini,terutamanya dari segi gaya penyampaian dan konsep. Perkara tersebut telah saya bincangkan secara meluas di dalam ulasan-ulasan buku Ramlee Awang Murshid (RAM) yang saya lakukan. Walau bagaimanapun,saya cukup teruja dan gembira apabila RAM mengambil keputusan untuk mengembalikan beberapa watak yang pernah muncul di dalam Bagaikan Puteri,terutamanya watak Hang Tuah. Tambah menarik,laksamana lagenda Melaka ini digandingkan dengan Laksamana Sunan,bersatu tenaga dan berganding bahu menentang Feringgi,penjajah kafir Harbi durjana! Malah,kehadiran watak baharu,Catalina,(yang juga akan memainkan peranan penting di dalam dua (2) novel seterusnya)turut menarik perhatian saya. Pada pandangan saya,watak tersebut berjaya dicipta dan disampaikan dengan baik oleh RAM.

Sedikit perkongsian dengan para pembaca ulasan buku saya ini. Sebenarnya,saya lebih suka Catalina dijodohkan dengan Saifudin,sebagai suami isteri. Saya lebih suka kedua-dua watak ini disatukan di dalam ikatan perkahwinan. Ini lebih baik daripada watak Ratna dihidupkan semula.
Profile Image for Faiz • فائز.
360 reviews3 followers
February 18, 2023
Sunan itu sufi dan wali, namun dia bukan sakti. Pengisahan kali ini menyaksikan keampuhan Sunan terjeda buat sementara kerana peralihan masa. Maka, dijadikanlah dia sebagai hamba sahaya yang tidak berdaya membanteras kejahatan. Namun, walau dihambat dengan pelbagai ujian, dirinya masih kukuh dengan iman dan taqwa. Penyerahan yang sebenar-benarnya kepada Allah ﷻ.

Maryam — menjadi musabab Catalina belayar ke Hulu Melaka. Tanpa diketahui bahawa yang dicarinya itu bukan di penghujung jalan, sebaliknya sedang dibina bersama sepanjang jalan ditemani Laksamana Sunan. Perjalanan menuju iman dan taqwa kata Sunan.

Bangsa Polip kembali menghiasi latar pengisahan. Turut bersama dalam perseteruan antara kebenaran dan kebatilan. Luna, yang begitu mencintai Saifudin berusaha belajar meraih cinta abadi kerana itu cinta sufi. Cinta yang tidak pernah mati.

Kekalahan demi kekalahan dialami Taghut, menyebabkan dia akhirnya ditinggalkan oleh Sang Petala. Kebaikan itu akan tetap menang walau mengambil masa yang lama.

Rumusnya, setiap watak dalam pengisahan kali ini seolah-olah menemui titik penamat cuma tidak pada Saifudin yang diselamatkan Hang Tuah. Entah apa nasibnya.

Sebenarnya ini kali ke berapa entah saya berlayar dalam pengisahan Laksamana Sunan, tapi masih asyik menikmati setiap jalan cerita. Tidak bosan walau berulang kali dibaca. Oh, satu perkongsian berkenaan ayat keramat Sunan!

"Sebagai manusia... kau sayang padaku?" Catalina mengerutkan wajah.
"Ya. Sebagai manusia... aku sayang padamu. Sayang bukan bermakna cinta. Kita mencontohi sikap dan sifat Rasulullah s.a.w yang menyayangi umat-umatnya tanpa mengira laki-laki mahupun perempuan. Apabila rasa sayang itu muncul, maka secara perlahan-lahan cinta abadi itu akan mulai terbentuk," jelas Saifudin.

This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
September 18, 2014
Aku bagi cadangan pada RAM -- kisah Catalina boleh dijadikan sebuah novel yang lain. Kalau bukan Catalina, aku pilih Indera. Sebab baik watak Catalina/Indera dalam buku seterusnya masih dibayangi Sunan. Jadi, pastinya fokus lebih terarah pada sang Laksamana *wink*

Ps: Aku tak suka ending. Tapi yalah, dari ending baru ada kesinambungannya.. ya tak?

Full review: 18/09/2014

Peperangan di bumi Melaka. Macam baca buku Sejarah :D

Kali ni, pengembaraan Sunan agak ‘melemahkan’. Sunan tak umpama Sunan yang gagah perkasa. Akibat daripada pertembungan dua dimensi masa yang berbeza, kepulangan Sunan kali ni menyebabkan kuasanya lumpuh.

Luna; cintanya terkurung dalam jiwa. Hidup beribu tahun, siapa sangka kematian suami menyebabkan cinta kemudiannya jatuh pada Sunan. Luna melihat perkembangan Sunan, dari dia tiada apa-apa hinggalah bergelar sang wirawan terhebat. Namun, apa daya... bangsa Polip tak akan boleh bersatu dengan manusia.

Catalina. Kerana mimpi ‘Mariam’, dia sanggup berlayar hingga ke Hulu Melaka. Azamnya mahu bertemu dengan ‘lelaki bertanduk dua’ yang seperti dikatakan oleh Mariamnya. Apatah lagi, sang suami sudah gugur di medan perang. Catalina kini kehilangan punca.

Kerana mimpi, Catalina bertemu dengan Sunan. Pertemuan yang memungkinkan segala-galanya. Saat nyawa Sunan di hujung tanduk, datanglah Luna menyelamatkannya.

Apa kesudahannya? Sang lima bersaudara saling bergandingan. Hajat Hang Tuah agar sahabatnya; Sunan dicari agar mereka sama-sama dapat mempertahankan tanah Melaka, tanah yang berdaulat.

Namun, apakah Sunan mampu? Sedangkan kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Dan, apakah Catalina berjaya menemui Mariam yang dicari? Luna, apakah cintamu bisa hilang, wahai srikandi Polip?

Teruskan membaca... penuh aksi pengembaraan, disulam dengan rasa cinta dan pengorbanan. Janji Tuhan, kebaikan akan mengatasi kebatilan.
Profile Image for Eimad.
174 reviews24 followers
July 11, 2012
Cinta Sufi novel keempat dari siri Laksamana Sunan.pada awalnya siri ini hanya berakhir pada bku empat namun disambung hingga yang terbaru buku keenam.semakin lama semakin lari dari tujuan buku ini.saya lebih suka jika penulis tidak menyambung trilogi Sunan ini.makin panjang kisahnya,makin banyak lompong dalam plotnya.Dari Serigala Jadian hingga Hantu Galah dan Pontianak penulis mengorek semua lagenda Melayu untuk disumbat.saya perhatikan penulis semakin kurang membuat kajian untuk siri ini tidak seperti Ungu Karmila dan Hatiku Di Harajuku walau mungkin jenis penceritaan ini tidak begitu memerlukan kajian kerana hanya perlukan imaginasi penulis yang diadun dengan bahasa yang cantik nah ini novelnya.saya sangat kritikal dalam beberapa aspek namun saya hanya akan petik satu sahaja iaitu komunikasi.bagaimana Catalina bangsawan Portugal boleh berkomunikasi dengan orang Melayu tanpa Penterjemah?
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
May 9, 2019
Buku ke-4 siri ni memulakan arc baru dan menamatkan arc Sunan-Haryani. Buku ini juga memperkenalkan beberapa watak utama yang baru. Seperti buku2 sebelumnya; plot2 aksi, dakwah, pengajaran, cinta, dan drama dalam buku ni masih mantap. Bezanya, buku kali ini ditambah dengan aksi peperangan yang epik, dan tiada lagi penceritaan dua zaman.

Di Portugal, Catalina yang baru kematian suaminya telah mengalami mimpi yang berulang. Dalam mimpi itu, seorang wanita bernama Maryam telah meminta Catalina untuk mencarinya di Hulu Melaka dengan bantuan seorang lelaki bertanduk dua.

Di Melaka pula, Laksamana Sunan telah tercampak kembali ke abad ke-15. Tetapi dia telah kehilangan kudrat dan tenaganya. Akhirnya dia telah menjadi orang tawanan Catalina. Semasa dalam perjalanan ke Hulu Melaka, Laksamana Sunan telah diselamatkan oleh kaum Polips (manusia bersayap). Di perkampungan kaum Polips, dia telah berkenalan dengan Luna, wanita dari kaum Polips yang telah lama jatuh cinta padanya.

Setelah kembali ke Melaka, Laksamana Sunan mengambil keputusan untuk membantu Catalina untuk mencari Maryam. Catalina turut jatuh cinta pada Laksamana Sunan kerana budi perketi-nya yang mulia; menyebabkan cinta tiga segi yang tidak terungkap antara Laksamana Sunan, Catalina, dan Luna - tiga individu yang telah kehilangan orang tersayang. Di samping itu, mereka juga terpaksa menghadapi serangan dua makhluk jahat; Pangeran Garitno dan Puteri Kober Gandring, serta askar2 Portugis yang diketuai oleh Kapten Leandro.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
May 8, 2019
[BOOK 54]

Cinta Sufi by Ramlee Awang Murshid.
.

Buku ke-4 dalam siri Sunan.
.

Aku suka bila RAM menitikberatkan komen daripada pembaca. Katanya, watak Sunan is too perfect. So, kali ni, CS menampilkan Sunan yang lemah dan sangat tidak berdaya setelah kembali daripada 'masa depan'.
.

Catalina, balu kepada Aryas, pejuang Portugis yang mati ketika menentang Turki. Semenjak kematian suaminya, dia sering bermimpi tentang Maryam, yang mengajaknya ke Melaka dan mencari manusia 'bertanduk dua' yang akan membawanya menemui Maryam.
.

Di Melaka, Saifudin dijadikan sebagai hamba sahaya Catalina kerana ketika ditemui, Saifudin tidak sedarkan diri. Dan di dahi Saifudin, kelihatan urat hijau yang muncul sehingga membentuk seakan-akan tanduk kecil. Catalina dan orang-orangnya, termasuk Saifudin bergerak ke Hulu Melaka. Masa ni la, taghut muncul dan cuba membunuh Sunan. Dahlah Sunan ni nak berjalan pun seakan mengheret kaki, apatah lagi nak berlawan. Masa ni la, bangsa Polip yang pernah muncul dalam Cinta Sang Ratu dulu muncul semula untuk menyelamatkan Sunan. Sunan dibawa ke perkampungan mereka untuk disembuhkan kuasanya. Dan selepas tu, Sunan kembali ke Tanah Melayu untuk membawa Catalina menemui iman dan takwa.
.

Tapi, perjalanannya tidak mudah. Dahlah orang Portugis ni cuba menakluk Hulu Melaka. Masa ni la, Hang Tuah muncul. Dan buku ni tergantung endingnya, kerana selepas Sunan tercedera dan dibawa oleh Hang Tuah ke dasar tasik, kita tak tahu dah apa terjadi ngan Sunan.
.

Dan pada masa hadapan pula, keris Nanggroe yang disimpan di Lisbon, Portugal pulak hilang.
.

So, bersambung la di buku seterusnya.
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
February 16, 2019
Cinta sufi seperti sebuah pengembaraan; pengembaraan dalam menegakkan yang haq dan pengembaraan mencari yang benar.

Meski Laksamana Sunan masih menguasai kisah Cinta Sufi dengan kesabaran dalam beradab dan beribadah, tetapi cinta sufi pada saya ialah perjalanan utama buat Catalina untuk menemui Maryam, penulis bijak meletakkan perasaan ingin tahu sedari awal penceritaan.

Dan seperti di dalam kisah-kisah kehidupan Laksamana Sunan pasti sahaja ada sang hawa yang tertarik dan jatuh cinta dengannya, bak kata Luna kepada Indera dan Yedee - andai kedua-dua maklum polip itu juga ialah wanita pasti sahaja hati-hati mereka akan tertaut pada Saifudin (kita pun sama haha).

Dihujung cerita semakin lebih menarik, perjuangan Lasamana Sunan bersama-sama Hang Tuah dan yang lain-lainnya seolah-olah menyemarakkan juga semangat juang kita.

Tapi penutup kisah Cinta Sufi ini pada saya ialah permulaan untuk satu kisah yang baharu nanti. (Yang penting bawa kembali Sunan kita daripada tasik hulu melaka itu Laksamana Hang Tuah. XD)

Okay, sekian.
Profile Image for lunabksw.
83 reviews1 follower
August 21, 2025
Siri ini lebih menarik dgn kemunculan kembali beberapa watak hikayat melayu melaka. Tertanya-tanya kisah Hang Tuah dgn pengarang jantungnya. Kesan dari perjalanan masa, Sunan kehilangan kekuatan dan ketangkasan buat sementara waktu. Namun, ramai pihak yg membantu Sunan memulihkan tenaga nya dlm meneruskan perjuangan menentang kejahatan. Hm Taghut ni memang liat eh nk dihapuskan.
Catalina, suka dgn character developmentnya, dn sgt tertanya-tanya apa yg berlaku pd abad ke-21, siapa keturunannya?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
295 reviews15 followers
March 31, 2020
*3.5*
Sambungan dari HSP, Sunan mengalami kecederaan akibat drpd perjalanan merentas masa ke abad 21 yg telah melumpuhkan skill2 pendekarnya. Pada ketika ini, Melaka sudah ditawan Portugis.

Tak seperti 3 novel yg pertama, aku tak enjoy sgt baca novel ni. Memandangkan novel ini adlh novel pertama utk trilogi kedua, asal usul taghut & sejarah bangsa Polip diceritakan. Watak baru seperti Luna & Catalina diperkenalkan.

Btw, Hang Tuah dgn PGL comel la, boleh menari pulak heh🙈
Profile Image for sekaliduaa.
26 reviews1 follower
January 17, 2021
Perasaan teruja setiapa kali muncul watak Puteri Gunung Ledang tetapi tertanya-tanya macam mana Catalina boleh berbahasa Melayu, dan Maryam dari masa hadapan yang datang melalui mimpi, boleh sebut tentang Hulu Melaka?
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
July 15, 2010
Buku keempat daripada siri Laksamana Sunan. Tak tahu bagaimana mahu mengulasnya :) Saya sudah ingat-ingat lupa cerita-cerita sebelum ini.

Dalam novel ini, Sunan sudah kembali dari zaman masa hadapan dan terdampar lemah. Hilang kudratnya kerana tubuh tidak mampu menampung keadaan transisi dirinya yang merentasi zaman.

Namun beberapa peristiwa berlaku dan Sunan dibantu untuk pulih oleh bangsa Polip. Dalam masa yang sama, Sunan kembali ke tahun 1511 di mana saat itu Portugis sedang menyerang Melaka dan akhirnya Melaka berjaya ditawan.

Takdir menentukan bahawa seorang balu bangsawan Portugal telah datang ke Melaka bagi melaksanakan misinya mencari Mariam di Hulu Melaka. Pencariannya juga berpusat kepada "lelaki bertanduk dua".

Seperti kisah yang lalu, tugas Sunan masih lagi memerangi makhluk jahat dan Taghut.

Sekadar pandangan peribadi, kisah ini terlalu banyak bercampur dengan cerita rekaan penulis menyebabkan saya berasa sedikit keliru. Mungkin tidak bagi orang lain :) Secara keseluruhannya ia masih menarik dan memberi pengajaran.
Profile Image for Noradilin.
4 reviews
November 20, 2012
Trilogi asal buku ini amat hebat pada pandangan saya, di mana kisah dan peribadi Laksamana Sunan yang diolah dengan begitu mendalam membuatkan sesiapa saja boleh jatuh hati dengan watak utama buku ini.

Pada pandangan saya, kisah Laksamana Sunan sudah ditutup dengan baik pada buku ke-3, (berdasarkan plan asal penulis) walaupun pada asalnya agak sedih. Apabila siri ini disambung dengan Cinta Sufi, jalan ceritanya sudah tidak begitu menarik seperti trilogi asalnya.

Fokus cerita pada permulaan buku ini juga lebih kepada Catalina yang membuatkannya agak mengecewakan. Kemunculan bangsa Polip jua tidak begitu mengujakan, dan keseluruhan cerita kurang 'twist' yang biasanya dijumpai dalam penulisan Ramlee Awang Murshid sendiri. Jadi bagi saya buku ini agak hambar apabila digandingkan dengan tiga buku asal yang begitu hebat.
Profile Image for Izzati  Hashim.
38 reviews8 followers
Read
February 12, 2013
Perjalanan Catalina mencari Maryam yang ditemui dalam mimpinya, menemukan dia dengan lelaki 'bertanduk dua' atau Laksamana Sunan.

Siapa Maryam?
Kenapa Maryam mengatakan dia adalah masa hadapan Catalina?
Dirungkai dan diolah dengan baik oleh RAM.

"Mungkin perjalanan Catalina adalah pencarian iman dan takwa." - Laksamana Sunan.

Walau dilayan sebagai hamba oleh Catalina, namum Sunan tegas dengan pendiriannya,
"Aku bukan hamba siapa-siapa tapi aku adalah hamba Allah."

:)

Nice one!
Profile Image for aidanharima.
21 reviews7 followers
December 20, 2016

Antara keempat-empat novel siri Bagaikan Puteri (saya belum baca Sutera Bidadari dan Sunan Musafir), Cinta Sufi adalah novel yang paling lambat untuk saya habiskan. Mungkin disebabkan oleh kisah Catalina dan pertempuran orang Melayu dan Portugis. Namun kebosanan itu akhirnya dilenyapkan oleh kemunculan Laksamana Sunan yang sudah pulih dan bergandingan dengan Hang Tuah, Lekiu dan Panglima Awang Bagan.

Tapi, saya masih tertanya-tanya apa sudah jadi dengan Haryani?
Profile Image for Ema Maxilla.
9 reviews5 followers
May 27, 2012
5 star as always. Tapi jalan ceritanya tidak terlalu mengkagumkan seperti semasa Sang Ratu masih wujud dalam cerita tu.

Waiting for SUNAN MUSAFIR =D
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
May 1, 2023
📌"Mahukah kalian mendengar tawaranku?" (Terngiang² modal ayat ni, bila buka siri Sunan ok!)

🔖Sunan kembali dari lompatan masa depan kini beralih ke zaman kejatuhan Kota Melaka, di tangan Portugis pimpinan Alfonso de Al burque. Entah kenapa, kudratnya tak seperti dulu diuji lagi menjadi tawanan Portugis. Ini buat aku tertanya² kenapa, dan akan terjawab saat jumpa bangsa Polip semula.

🔖Catalina, balu bangsawan Portugis,didatangi mimpi wanita berhijab iaitu Maryam untuk pergi ke Melaka mencari 'Lelaki Bertanduk Dua'. Kedegilannya untuk cari lelaki dimaksudkan bawa dirinya sertai rombongan penjajah Portugis ke Melaka. Maka tercipta cinta 3 segi Sunan,Luna,Catalina?

🔖Sunan masih memerangi kejahatan, Pangeran Garitno dan Puteri Kober Gandring. Menariknya,terkejut bila tahu asal usul Pangeran si manusia syaitan itu! Sayang sekali berpaling dari Allah,sedangkan aku kagum latar belakangnya. Dapat tahulah di sini apa pemula dia jadi musuh Wali Sufi & Sunan.

🔖Sekuat mana Sunan ada sisi lemahnya kerna itulah sifat manusia tak sempurna. Aku suka siri ini bila dah ditengah²,awal² tak teruja sangat. Lemahnya Sunan maka lemahlah aku nak raih teruja tu.Nasib baik Sunan bangkit balik di tengah cerita. Hal yang mengujakan aku siri ini :)

🗡️Sunan mengembara ke Hulu Melaka bersama Catalina,aksi perang sangat² mengasyikkan hingga ke penamat
🗡️Cerita tentang bangsa Polip lebih menyeluruh bawa ke Banjaran Himalaya
🗡️Aksi kepahlawanan Hang Tuah berganding dengan Sunan
🗡️Selitan watak sejarah Puteri Gunung Ledang& Naga peliharaan Hang Tuah
🗡️Transisi ke Abad 21 di Portugal. Keris Nanggroe dan 'Catatan Maryam' ada di Muzium Portugal. Tapi semua tu hilang lepas kedatangan Elizabeth?
(Inilah kata tanya akhir buku, ditinggalkan penulis bikin tak keruan)👍🏻😂

🔖 Yang pilunya, cinta serikandi bangsa Polip(Luna) pada Sunan. Cinta dipendam sebelum Sunan kahwin dengan Sang Ratu lagi,tapi sedar terhalang sebab bangsa manusia dan Polip tak harus bersatu. Taatnya dia akui, jatuhkan air mata itu depan Tuhan keluhkan segala untuk tukarkan cinta itu diganti cinta pada Allah.😣 Pejuang agama ini benar² teguh jiwa!
Profile Image for Alfian Hashim.
12 reviews1 follower
October 26, 2020
Salam semua rakan2 pembaca & peminat RAM,

Semlm sempat teman habiskan buku ni. "Cinta Sufi" - kisah perjalanan kembara mencari iman & taqwa seorang balu bangsawan Portugal ke Hulu Melaka bagi menemui Maryam.

Jalan penceritaan yg byk menjurus menerangkan berbedaan cinta sesama manusia, cinta antara 2 makhluk ALLAH dan cinta kepada ALLAH.

Kebenaran pasti hadir melenyapkan yg batil...

Bila ada aweks cun aje, pasti sukakan Si Sunan ni - nasib baik le Puteri Gunung Ledang dah Hang Tuah booking 🤣

Catilina & Luna - diceritakan cun le - seorang dari keluarga bangsawan Portugal - sedara Ronaldo le kut & Luna, srikandi bangsa "manusia burung".

Nasib baik Maryam baru 10 tahun ... 🤣 kalau tak kena tapow sekali ...

Cerita byk ke arah kebaikan & ketaqwaan & keimanan terhadap ALLAH tuhan yg esa. Tak ada part yg kelakor pun, teman aje yg tokok tambah.

Teman bagi 3⭐️⭐️⭐️ aje - sebab teman rasa byk ayat2 yg berulang2 dlm citer ini (atau mungkin style penulisan RAM bagi menekankan point2 utama nye begitu... teman tak pasti)

Akhir kalam...chewah,

Sapa yg berhajat nak membaca & memiliki buku ini, boleh PM tepi teman - sebut pasal PM Tepi ni... alhamdulillah tak jadi darurat ... letih le chorrr - korang ini asyik nak berpolitik manjang - guna le kederat & akal fikiran yg ada tu utk selesaikan masalah C19 ni & ekonomi negara - lepas tu korang nak berkempen sampai subuh pun teman tak heran - fikirkanlah - ada org terpaksa buang anak, letak kat surau sebab tak mampu nak pelihara bagi makan minum disebabkan ekonomi ni...😭😭😭
Profile Image for Hanis.
35 reviews
December 21, 2021
Cinta Sufi...

karya kesinambungan novel Pengembaraan Laksamana Sunan kali ini membawa episod tumbangnya kedaulatan Melaka di atas kuasa taklukan penjajah

menampilkan intipati kisah cinta yang pelbagai, namun tidak terbanding dengan Cinta Sufi yang mendahagakan pertemuannya dengan Illahi

499 mukasurat utama, sajian penuh nutrisi dengan laras bahasa berpuitis, menusuk ke qalbu serta mudah difahami.

hidangan terbaik untuk anda yang laparkan buku-buku menarik untuk ditelusuri kisahnya

9/10✨

sneek peek👇🏽

Luna menghadiahkan untaian tasbih daripada kayu kokka kepada Saifudin...bersama itu Luna meluahkan keterangan hatinya kepada Saifudin..."Aku tahu, ingatanmu tidak pernah lepas pada Allah. Berikanlah aku ruang yang sedikit meskipun sempit untuk kamu mengingati aku. Dan aku akan sentiasa mengingatimu, Sunan. Lelaki yang menyentuh hatiku..." dan terlalu panjang luahan hati Luna kepada Saifudin...tanpa gentar dan dikhabarkan rasa hatinya tanpa berselindung kata...di akhir bicaranya, ucapan perpisahan disertakan bersama...kerana perpisahan adalah arah tuju pertemuan mereka...dua bangsa yang manakan dapat sebati bersama...sementelah itu, untaian tasbih bertukar telapak tangan...sebagai satu tandamata kenang-kenangan...Luna lalu mengibas sayapnya tinggi ke awan...membawa diri merelakan pemergian...-😭 (ps: semangatnya luntur merebahkan jasad...menguburkan diri menjadi niat...tiba sangkala diri meniup azimat...bangkit kembali menjulang kalimat...*"Astaghfirullahalazim, bukan begini caranya jalan penamat!!!"*)
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books50 followers
February 4, 2020
"Kebenaran itu milik semua manusia tanpa mengira bangsa. Setiap bangsa terbahagi kepada dua ... antara kebaikan dan kejahatan ..." ***
Alhamdulillah. Sudah sampai ke penghujung bacaan.

Sebuah karya RAM (Ramle Awang Murshid), berjudul 'Cinta Sufi'. Membacanya, lidah turut basah dengan lafaz zikir sebagaimana yang terlafaz oleh Laksamana Sunan.

Setiap gerak, setiap pencak, hanya dengan nama Yang Esa.

Aturan plot yang sangat kemas. Terutamanya ketika menggambarkan babak-babak pertarungan.
Penciptaan watak dan perwatakan yang dicipta dari berbeza dunia. Sangat hidup!

Di antara fantasi dan realiti.
Di antara pertahanan bangsa, tanah ibunda dan akidah jiwa.

Di antara cinta manusia, makhluk dan Yang Esa.

Perjalanan dan perjuangan seorang sufi yang tidak bernoktah ujiannya. Mati hidup semula, masih kukuh cinta kepada-Nya.
Profile Image for Nadhirah Idris.
31 reviews
October 3, 2024
Ingatkan lepas dapat kalahkan si penjajah & Taghut, Good ending, laaa rupanya bersambung lagi & membuatkan aku nak tahu lagi keturunan Maryam a.k.a penjaga khazanah sunan & maryam. Dan siapa sebenarnya Elizabeth ni –

Masih tertanya apa yang terjadi kepada Maryam & Saifuddin selepas peperangan berlaku, Mereka kahwin ke ? maryam bermastautin di Melaka atau terus pulangkan ke portugal? Bagaimana susur galur Maryam & Sunan. Ughhh tak puas lah baca selagi tiada ending titik noktah.
(Sambungan : Sutera Bidadari)

P/s: I should baca Cinta Sang Ratu dulu selepas bagaikan puteri, but for now cinta sang ratu tengah top agak susah ya nak jumpa. Terpaksalah baca Sunan&Cinta sufi, tapi penceritaan 2 novel ni tidak mencacatkan penyampaian & RAM sangat bagus dalam menerangkan detailing cerita cuma kau bila tak ikut step siries ni dia kurang perasa sikit 🤤
Profile Image for Su Zainudi.
146 reviews
June 8, 2025
Tenang hati baca siri Sunan yang ni sebabbbbbb...

Tak ada penampakan Haryani dalam ni (nampak sangat tak suka watak Haryani) hihihi...

Bila baca yang ni terasa macam dah nak hujung-hujung cerita sebab bila Portugis menakluk Melaka, kita dah masuk satu fasa penjajahan dari bangsa luar. Zaman di mana pahlawan-pahlawan silam dah berlalu digantikan dengan pahlawan-pahlawan yang lain i.e Dato Bahaman dan seangkatan dengannya.

Sunan terlalu green ya sampaikan hampir semua watak perempuan akan jatuh hati padanya. Mana tak, 'sebagai manusia, aku sayang padamu'. Nasib baik Puteri Gunung Ledang setia pada Hang Tuah. Dan saya imagine Luna serikandi bangsa Polip seorang yang cantik dalam tegas. Antara Luna dan Catalina, saya pilih Luna untuk Sunan. Tapi Ratna tetap paling sesuai untuk Saifudin.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Chombi.
120 reviews3 followers
February 2, 2019
Tamat! Pengisian Cinta Sufi ni best. Sebenarnya beli buku ni sejak 2010 bersama tandatangan penulis. Tapi tak boleh hadam sangat permulaan beberapa bab di Portugal. Baca, letak, baca, letak... dan rasa boring bila berputar2 di bab2 awal. Setelah 9 tahun, baru ulang baca Trilogi Bagaikan Puteri dan bersambung dgn Cinta Sufi. Bab permulaan tu memang masih tak boleh hadam. Mungkin sebab latarnya di Portugal. Tapi cuba kuatkan semangat. Di pertengahan, bab dah jadi makin best dan best. Akhirnya habis baca setelah 9 tahun. 😄 Buku RAM memang tak pernah mengecewakan setakat ni.
Profile Image for Elle Houri.
80 reviews1 follower
November 11, 2024
Mengulang baca novel ini setelah sekian lama. Banyak yang saya sudah lupa tapi saya masih ingat khasnya novel kali ini ialah ada watak bangsa polip, Luna.
Seperti biasa hasil karya RAM tidak mengecewakan. Cuma, endingnya membuat saya tertanya-tanya apa kaitan watak akhir tu? Apa terjadi kepada Sunan? Dan apa terjadi kepada Catalina/ Maryam? Siapa Elizabeth?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 30 of 65 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.