Jump to ratings and reviews
Rate this book

A. Samad Said

Rate this book
Sebuah antologi puisi yang menghimpunkan karya-karya A.Samad Said selama lebih setengah abad.

443 pages, Paperback

First published January 1, 2005

12 people are currently reading
92 people want to read

About the author

A. Samad Said

72 books429 followers
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards).

Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut:

* Salina
* Langit Petang
* Sungai Mengalir Lesu
* Hujan Pagi
* Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri.
* Adik Datang
* Cinta Fansuri

Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004).

Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006).

Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

(Sumber: Wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
50 (79%)
4 stars
10 (15%)
3 stars
1 (1%)
2 stars
1 (1%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews457 followers
August 13, 2025
Menikmati puisi SN A Samad Said adalah satu usaha memahami bahasa Melayu versi Add Math zaman sekolah dulu. Kalau diikutkan, aku suka baca puisi SN Muhammad Haji Salleh dan SN Usman Awang lagi masa tu berbanding SN A Samad Said sebab unsur perlambangan atau simbolk yang aku belum mampu rungkai, mungkin sebab belum cukup makan garam, buah pemikiran masih mentah lagi.

Beberapa tahun kebelakangan ni bila aku gagahkan diri beli buku ni dari MPH dan aku baca, aku rasa lebih relatable, dan aku dapat rasakan kekuatan pena beliau dalam memberi gambaran kemanusiaan, kemasyarakatan atau sosiopolitik dalam isu isu sosial pada zaman puisi - puisi ini ditulis.

Ia menjadi simbolik yang nenyuratkan keadaan sebenar kehidupan mak ayah kita, perjuangan negarawan kita dan bagaimana SN A Samad Said sebagai seorang individu menilai dan respond terhadap cinta dan kehidupan.

Membaca naskah ini, perasaan aku hanya satu - betapa kuatnya pena A Sama Said.

5 / 5 stars
Profile Image for gasko.
40 reviews3 followers
December 12, 2013
7 tahun dulu, saya pernah “menyeludup” sebuah buku Pak Samad dari perpustakaan sekolah.Buku berjudul Al-Amin itu saya curi kerana keinginan naïf saya yang dalam untuk mengenali apakah yang terlalu istimewa tentang penulisan Sasterawan Negara tersebut.Walaubagaimanapun, saya tenggelam dalam abstraknya bahasa Pak Samad (dalam usia muda begitu).

Kemudian 3 tahun selepasnya, saya bertekad sekali lagi ingin menelusuri belukar bahasa dari pena beliau, dengan membeli naskah ini dengan harga RM70 (diputuskan selepas terpana terserempak/menghendap beliau di MPH pada waktu itu.). Setelah menyebak dan menelaah 40 hingga 50 puisi beliau, sekali lagi, saya tewas dalam kekakuan bait-bait yang beliau cipta. Lantas saya berkata pada diri sendiri,
“Apa yang terlampau digemburkan tentang Pak Samad ini?Tulisannya kaku.Lenggoknya kosong.Tiadalah ia membawa aku kemana-mana.”
Semenjak itu buku ini terperam sunyi di lemari.

Setahun lepas, dengan akal yang lebih terbuka dan matang barangkali, saya kembali menyebak buku ini.Saya lewati satu-persatu puisinya, dengan penelitian yang lebih mampan bagi setiap patah kata dan baitnya.
Sebuah perasaan tidak tergambarkan, melainkan satu perkataan, “menyakitkan”.

Menyakitkan kerana saya sudah lama terlalu bodoh untuk memahami ketulusan bahasa lelaki bernama A. Samad Said. Menyakitkan kerana saya memangnya kurang ketajaman untuk memerah setiap puisi beliau yang penuh dengan kelembutan. Menyakitkan kerana saya gagal untuk menyelam ke dasar dan akar puisi beliau yang terlampau metafor dan halus.
Maafatas“disclaimer” yang agakpanjang di atas.Barangkali review saya baru bakal bermula.

Buku ini adalah kompilasi yang menghimpun semua puisi Pak Samad selama lebih 5 dekad. Dari zaman sebelum merdeka, semasa merdeka, selepas merdeka, dan selepas pasca merdeka.

Gaya penulisan Pak Samad sebenarnya memerlukan sebuah daya imiginasi yang terlalu tinggi untuk difahami. Beliau memiliki sebuah ketajaman fikiran yang luar biasa saya kira. Dimana ini ialah faktor mengapa sebahagian dari kita berasa mudah jelak dengan puisi beliau, dek kerana gagal menggambarkan abstraksi dari setiap bait beliau (ini sebuah situasi sub-sedar sebenarnya). Makanya jangan berasa terganggu jika kita perlu mengulang sehingga 5-6 kali bagi satu-satu baris puisi beliau, kerana itu normal bagi manusia normal seperti kita.

Sejujurnya, dari semua pembahasa yang pernah saya lewati karyanya, tiada lagi yang mempunyai sebuah kelembutan lenggok bahasa dan permainan kata-kata sehebat Datuk A. Samad Said. Aksara yang disusun menjadi sebuah perkataan yang digabung-gabungkan beliau menjadi ayat-ayat indah, mampu memercikkan kosmik yang begitu luhur dan syahdu.
Sebuah buku yang wajib dibaca dan dimiliki oleh setiap dari mereka yang mencintai bahasa Melayu.Ketawalah pada mereka-mereka yang mengatakan mereka peminat maupun pembahasa Melayu, tetapi masih gagal menjiwai palitan pena Pak Samad.

Dalam tempoh euforia saya dalam menebak buku ini, sempat saya karangkan sebuah puisi buat beliau. Terima kasih.

-Pensyahdu Aksara

Perlukah aku menyimpan seurat janggut putihmu,
Untuk azimat syirik kemerduan tulisanku?

Sosokmu ku puja,
tapi sebenarnya aku tak pernah ngerti -- terbodoh dan tertuli.

Pinjamkan aku hikmat,
redhakan aku mitasi tiap lenggok katamu yang murni,
agar baitku kembali bernyawa lagi.

Di celah-celah bangunan buku,
Dan lemari-lemari masif gedung ilmu,
Disitu-aku terlihat kau diam menekuni,
Berjalan, berhenti, berjalan dan terhenti.

Sungguh,
aku terkenang karya agungmu "Dalam Library",
dan aku senyum sendiri.

Anak kecil ini tiada jiwa berani untuk dekati.

Aku tak sepertimu,
yang masih bernafas sebelum dan selepas kolonial datang dan pulang,
yang masih erat menggenggam pensil walau telah bengkak jarimu diketuk,
aku juga tak pernah mensyahdukan apa-apa sebelum bangsa kita dungu kembali.

Sungguh,
aku terlalu ingin memelukmu,
menyantunimu sebagai cucu bangsamu,
Namun bila ku pandang semula di tempat kau berdiri tadi,
kau telah hilang dan pergi.

Lantas puisimu ku baca lagi.

Profile Image for Nur  Raudhah.
87 reviews2 followers
July 15, 2016
Ada puisi kehidupan, puisi keamanan, alam,

"seringkali kita berjabat tangan
mengapa tak juga berkenalan?"

puisi tentang benih harapan, politik yang hidup, persoalan yang kecil, namun membuatkan kita terfikir.

ombak yang menjamah
kakiku sekali
takkan dapat
kukenali lagi.


cukup indah, cukup ringkas dan hiperbola!
Profile Image for Mohd Fadzil Yusof.
28 reviews2 followers
January 24, 2019
Kumpulan puisi A. Samad Said yang ada saya dapatkan, tak silap sudah saya berikan kepada teman lain. Kumpulan ini elok untuk mengenal kecenderungan beliau dalam dunia puisi, yang tersendiri sebenarnya says rasa.
Profile Image for Nadhar.
5 reviews16 followers
January 21, 2012
kompilasi yang sangat baek drpd salah seorang sasterawan negara yang hebat
Profile Image for Ana.
3 reviews
June 5, 2013
koleksi karya terbaik!!!
x sia2 beli..
Displaying 1 - 7 of 7 reviews