Jump to ratings and reviews
Rate this book

Beruk

Rate this book
"Beruk!"
"Beruk!"

"Beruk!" "Beruk!"
Alias dengar suara ejekan itu. Tetapi tidak tahu siapa yang berkata. Alias menahan segala-galanya. Pedih dan sakit. Malu dan terhina.

"Beruk" megulit jiwa kita tentang pertautan hidup antara makhluk ciptaan tuhan - manusia dan haiwan. Dan kadangkala dalam menempuh pancaroba kehidupan, haiwan lebih memahami keadaan diri kita daripada manusia itu sendiri.



Kandungan

Pon Tidak Ada
Pastilah Tidak Datang
PonTerus Menghilang
Kena Marah, Diejek
Pon Sembunyi Di Pokok Cenerai
Denyut Semakin Terasa
Nak Ambil Hati Pon
Sakit Semakin Menjadi-jadi
Bersama Pon Memetik Kelapa
Sakit Telinga Semakin Menjadi-jadi
Dapat Upah Memetik Kelapa
Ibu Sudah Tahu
Terus Tidak Ke Sekolah
Pertanyaan Yang Mendebarkan
Guru Besar Mulai Bimbang
Salah Sangka
Pon Sudah Balik
Cikgu Sunan Tunjuk Baik
Demi Kesayangan
Penghormatan Terakhir

Glosari


_____________________
*Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2010/2011
Kategori C (karya dalam bentuk buku / kumpulan karya perseorangan)
genre Novel Kanak-kanak.

208 pages

First published January 1, 2010

10 people are currently reading
152 people want to read

About the author

Azizi Abdullah

68 books117 followers
Dicedok dari Ujana Ilmu

AZIZI HJ.ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah,Kepala Batas Seberang Perai. Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
52 (50%)
4 stars
32 (30%)
3 stars
18 (17%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 26 of 26 reviews
Profile Image for Najiha Jaffar.
29 reviews2 followers
July 17, 2019
Sedih. Tanpa sedar, mata aku bergenang juga. ah! penulis selalu kejam dalam tulisannya. Ujian kehilangan memang sangat sakit, sungguhpun cuma haiwan. Benarlah, terkadang haiwan lebih memahami keadaan diri kita daripada manusia itu sendiri.
Profile Image for Laili.
69 reviews20 followers
April 16, 2011
akhirnya saya berkesempatan juga untuk baca buku ni setelah lama membelinya. dan yang pelik sekali, sempat pula nak baca pada waktu-waktu study week yang sangat kritikal ni.

pertama kali melihat muka depannya, saya langsung tak tertarik. jujurnya, saya terus menganggap buku ini semestinya akan membosankan saya. tajuk pun beruk. tapi disebabkan saya meminati karya Azizi Abdullah dan reputasi beliau cemerlang di mata saya maka saya baca juga. tambahan pula memang saya tak ada mood untuk mengulangkaji, jadi apa salahnya.

tanggapan saya terhadap buku ini nyata memang salah lah sangat. sebab saya sudah tertarik sejak mukasurat pertama. dan saya tak dapat berhenti langsung. saya ingatkan nak baca sekejap barang 15 minit sebelum sambung belajar, tapi tak boleh. akhirnya sedar tak sedar 2jam sudah berlalu dan saya sampai ke mukasurat terakhir dengan linangan air mata. bagi saya kalau sesebuah buku tu bagus, indicatornya ialah ia mestilah berjaya buat saya menangis. saya tahu indicator ini sangat tak matang. tapi suka hati sayalah kan. apa boleh buat.

apa yang saya boleh simpulkan dari buku ini ialah beberapa pengajaran:

1) kepada cikgu-cikgu, jangan sesekali melempang anak murid sesuka hati. sila soal siasat habis-habis. selain kecederaan fizikal ianya boleh mencederakan jiwa raga dan generates hate.

sebagaimana murid-murid anggap cikgu2 tu sebagai ibu bapa mereka, begitu jugalah cikgu pun kena anggap murid tu anak dia sendiri. barulah betul. (saya memang bengang dan tension dengan Cikgu Sunan)

2) kita mesti sayang kawan-kawan kita sebagaiman som sayangkan alias.

3) sayangilah ibubapa, dengar cakap mereka kerana doa parents menentukan berkat tak berkat hidup kamu.

4) sayangilah binatang. walaupun BERUK je pun. (beruk tu nama dia PON)

dan banyak lagi.

dengan ini saya nak gelakkan diri saya sendiri sebab saya dah silap besar dan anggap buku ini bukan-bukan sebelum baca dan menangis pulak tu. HA.HA.HA.HA.HA!!!
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews173 followers
December 20, 2021
Plot cerita yang dibawakan oleh Azizi Abdullah ini agak ringkas tetapi cukup membekas kepada pembaca sehingga boleh menggugurkan air mata sebaik sahaja tiba pada klimaks dan peleraian cerita.

Permulaan novel ini bersifat sederhana tetapi dianyam dengan langgam bahasa yang lumayan. Misalnya, penulis menghidupkan suasana alam dengan beberapa kosa kata menarik seperti ‘terhinggut-hinggut’, ‘menokak’, ‘bersipongang’, ‘perdu’, ‘bergerigis’, ‘mengernyih gigi’ dan ‘mencempung’.

Gaya penulisan bersahaja dan dinamik (baca: tidak kaku) ini persis tinta-tinta yang dikarang oleh Shahnon Ahmad dalam kebanyakan karyanya.

Seperkara kecil yang agak ganjil dalam novel ini adalah adegan Pak Din seakan-akan pertama kali terkejut apabila mendapati telinga Alias bernanah teruk (‘suppurative otitis media’) setelah seminggu sedangkan Pak Din sendiri mempelawa dirinya untuk membelikan ubat sapu telinga buat Alias pada awal-awal Alias tidak hadir ke sekolah.

Apa-apa pun, karya ini tetap merupakan karya klasik Azizi Abdullah dalam ranah kesusasteraan Melayu.
Profile Image for Hafiz Kamaruddin.
97 reviews8 followers
June 15, 2022
sebuah kisah yg sarat mengandung pengajaran & makna tersirat. Kegigihan & kepayahan hidup Alias yg telah kematian ayahnya dan hanya tinggal bersama seorang ibu uzur yg lumpuh serta Pon; seekor beruk yg berperanan sebagai sahabat digarap penulis dengan sgt mendalam. sebuah karya yg wajar dibaca semua orang untuk mendalami kesusahan & kepayahan masyarakat pedalaman khususnya di era 70-an. Sgt kena dengan selera pembacaan aku, dan yg pasti akan mencari karya penulis untuk tajuk2 yg lain.
Profile Image for Izzah Berhan.
85 reviews5 followers
February 29, 2024
Kisah yang ringkas tapi penuh perasaan. Menangis pada hujungnya 😭 mengharapkan pembalasan yg lebih namun sedar yang orang baik tidak menginginkan keburukan pada orang lain apatah lagi yang namanya guru. Walaupun sebenarnya layak direjam je guru mcm tu! Rejam lembing tu bkn patut kena pd Pon 😭😭😭 aaa tak blh la, tulis sambil menangis 😭
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Na.
2 reviews1 follower
June 9, 2012
Alhamdulillah. Akhirnya berjaya juga menamatkan bacaan novel karya Azizi Abdullah ni. Ini ialah kali kedua saya membaca hasil karya beliau dan seperti karya sebelumnya, tulisan kali ini juga membuatkan saya menangis^^. Tajuk novel ringkas, ayatnya bersahaja tetapi ia bercerita tentang kehidupan dhaif yang jauh dari cara hidup saya, kita.Mungkin juga kisah ini berkaitan dengan 'guru' membuatkan saya tersentuh.

Novel ini mengisahkan kehidupan yang dilalui oleh seorang budak bernama Alias yang mempunyai seekor beruk kesayangan yang diberi nama Pon. Alias berumur 11 tahun tetapi digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang sangat baik, pintar dan bagi saya, matang pada usia begitu .Ayahnya telah meninggal dunia dan ibunya pula lumpuh. Memang hidup mereka susah dan kehidupan mereka bersandar kepada rezeki yang diperoleh oleh ALias melalui Pon. Pon memetik kelapa tua dan sekali petik,upahnya hanya beberapa sen (latar masa cerita ni - tahun 70, 80an yer)

Cikgu Sunan merupakan seorang yang sangat garang terhadap murid-muridnya. Alias yang datang lambat ke sekolah tidak disoal dengan teliti sebaliknya dihukum berdasarkan spekulasi sendiri. Guru ini tidak terlalu mengambil tahu hal anak didiknya. Hanya tahu mengajar saja. Akhirnya, atas nasihat guru besar, Cikgu Sunan pergi ke rumah Alias dan pada waktu itu barulah dia tahu, bagaimana kehidupan dhaif ALias yang sebenarnya.

Bahagian yang membuatkan air mata saya mengalir deras tentulah pada waktu Pon terpaksa dibunuh oleh Alias. Antara guru dan beruk kesayangannya, Alias memilih menyelamatkan gurunya.Pon tidak mengenali Cikgu Sunan,menggigit lengan guru itu. DI situ menunjukkan betapa sayangnya Alias kepada gurunya sedangkan Cikgu Sunan sering mempersendakan, berburuk sangka dan pernah menampar Alias hingga bernanah telinga (naifnya Alias).
Profile Image for cikyah75.
12 reviews3 followers
July 17, 2010
Buku yang berjaya dihabiskan dalam masa satu jam. Latar tempat sebuah kampung di kawasan pedalaman pada tahun 1960-an, kisah ini berkisar tentang hubungan watak utama, Alias (budak lelaki dalam lingkungan 10 tahun) dengan beruknya, Pon (yang sangat diperlukan untuk sumber rezeki, iaitu mengambil upah memetik kelapa tua).

Mungkin kerana saya seorang guru, perjuangan Alias mencari ilmu dan menjaga ibunya yang lumpuh sangat mengharukan saya. Jalan cerita yang mudah difahami tetapi agak klise, seperti dalam kebanyakan drama Melayu. Watak utama dihimpit kesempitan, diuji dengan penghinaan (di sini, oleh Cikgu Sunan, yang menampar Alias kerana lewat tiba di sekolah, hingga menyebabkan telinga Alias luka dan bernanah)tetapi pembaca seakan-akan diberi 'sinar harapan' melalui watak Som( jiran, teman rapat dan rakan sekelas Alias) serta ayahnya Pak Din (yang mengupah Alias memetik kelapa di kebunnya) juga Mak Su Kiah (jiran yang sering menghantar makanan tengahari untuk Alias dan ibunya). Ini memang kebiasaan cerita Melayu, jika ada watak jahat, pastilah ada watak-watak baik yang 'menyejukkan hati' dan 'dapat memahami'.

Pengakhiran cerita yang agak dramatik apabila Alias sendiri membunuh Pon, beruk kesayangannya yang menggigit lengan Cikgu Sunan (yang datang melawat Alias setelah anak ini tidak ke sekolah selama 5 hari akibat kecederaan di telinganya). Cikgu Sunan bersetuju membiayai pengajian Alias (mungkin kerana rasa bersalah di atas kematian Pon dan kesilapan menampar Alias tempohari). Penulis diberi ruang untuk meneka apa akan jadi pada Alias pada masa hadapan.
Profile Image for Iza B. Aziz.
227 reviews31 followers
September 6, 2023
Ceritanya hanya seminggu sahaja.

Seminggu Alias menanggung susah hati dan menaruh harapan. Seminggu untuk Pon bermain jiwa tuannya. Seminggu juga Cikgu Sunan menyimpan amarah syak wasangka pada muridnya.

Tak susah pun nak membaca novel Beruk. Ia bacaan untuk anak-anak sebenarnya. Tuan penulis cermat menulis, ayat biasa-biasa, plot kisah pula tersusun rapi.
_____________________
Namun, bahagian untuk memproses novel ini payah, sengsara batin dibuatnya. Saya meledak emosi, tangis menangis pada helaian terakhir, muka surat 204.

Waktu itu bingung, saya menangis? Kerana cerita tentang seekor beruk?

Hebat ya pengajaran yang diberi dari Pon kepada saya. Kasih dari makhluk tuhan yang tidak berakal, boleh mengatasi dari seorang manusia berilmu.
_____________________
Sepanjang mengingat semula novel ini, timbul rasa janggal. Melihat perbezaan Alias dan Cikgu Sunan. Sikap kebudak-budakan Cikgu Sunan, memalukan.

Puas hati bila penulis seakan menampar semula warga pendidik dalam watak Cikgu Sunan. Bukan tampar membenci, tapi ingin menyedarkan peranan sebenar mereka.
_____________________
Saya syorkan untuk semua baca novel Beruk. Cerita yang ringkas tapi sangat menghukum perasaan dan prinsip moral.

Ada orang pernah cakap pada saya, "kalau tak nak jatuh sayang pada binatang, jangan beri nama."

Betul ke?
_____________________
Profile Image for Rozy Latip.
27 reviews
March 18, 2011

Bagaimana Tuan Azizi mengarap perhubungan antara manusia dan haiwan yang mana haiwan juga adalah makhluk Allah yang juga berupaya menjadi penyumbang utama rezeki dan juga pelindung bagi manusia.Bahasanya mudah di fahami dan sarat dengan pengajaran. antaranya

1. Guru itu haruslah menjadi pendidik bukan mengajar sahaja

2. kepandaian milik semua orang tidak kira miskin / kaya yang penting rajin berusaha.

3. Miskin itu mengajar manusia nilai hidup dan mempunyai pekerti yang tinggi.

4. Binatang juga makhluk Allah mempunyai perasaan melindungi orang yang disayangi.

5. Rezeki ini milik Allah tertutup satu pintu rezeki Allah akan membuka pintu rezeki yang lain.
Profile Image for Iwan Reaz.
Author 27 books27 followers
September 10, 2012
Novel pertama yang saya miliki semasa kecil. Sudah tentunya sedih apabila membaca kisahnya. Namun, ianya memberi inspirasi kepada saya untuk melakar kisah sedih di dalam karya sendiri.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,548 reviews41 followers
October 29, 2017
Tema cerita beruk adalah hubungan manusia dengan beruk dan manusia dengan manusia. Tak menarik? Mungkin sedikit kurang dari sudut keterujaan, maklumlah, siapa nak kesah seorang anak yatim miskin yang harus bekerja untuk menyara kehidupan beliau dan ibu yang lumpuh. Siapa nak ambil pusing kisah seorang anak 10 tahun (atau 11) bernama Alias yang terpaksa mengharapkan beruknya si Pon untuk turunkan kelapa tua, dibayar upah RM15 untuk seratus lebih biji kelapa? Saya baca buku Beruk ni kerana pengarangnya ialah Azizi Haji Abdullah.

Selepas selesai membaca, saya rasa sedikit kesal. Kenapa? Kenapa pendek sangat? Terasa tidak puas membaca kisah Alias. Saya masih ingin menyelami gelojak jiwa Alias. Saya nak tahu apa lagi yang bermain di fikiran Alias tentang ibunya, tentang tanggungjawab yang terpaksa digalasnya, pandangannya terhadap sekolah, kenapa dia tak marah kepada Cikgu Sunan. Terjentik kuat jantung saya baca betapa bangang dan bodohnya Cikgu Sunan yang menampar kuat telinga Alias bila dia diberitahu Alias lewat pergi sekolah sebab mencari beruknya yang hilang. Pendek sungguh ke akal seorang bernama Cikgu Sunan tu? Tak boleh ke siasat dulu, tak boleh ke tanya elok-elok? Alias kan budak baik, Alias kan cerdik Matematik, seorang budak kampung yang pasti sesiapa pun boleh tahu dari keluarga susah, pasti ada sebab kukuh mengapa dia lewat atau tak datang sekolah. Kenapa cikgu berpengalaman seperti Cikgu Sunan tak boleh nak kawal mulut, kawal tangan, kawal marah? Kebanyakan kita pun agaknya singkat akal dan panjang nafsu amarah macam Cikgu Sunan. Sedih kan? Malu lagi lah. Berapa ramai lagi anak sekolah di kawasan pendalaman yang terpaksa lalui pengalaman getir macam Alias?

Penghujung cerita, saya jadi hiba. Sedih dan rasa nak menangis, geram mengenangkan realiti kehidupan orang susah, orang teraniaya, orang baik yang sering kalah dengan orang jahat. Anda pula bagaimana agaknya? Adakah cerita Beruk karya Azizi Abdullah ini akan menyebabkan anda sedih, atau tak cukup untuk hati berdetik geram pun. Cari lah buku Beruk tulisan Azizi Abdullah, kemudian baca dan kongsi pendapat anda.

Buku yang baik macam Beruk, entah kenapa susah benar nak jumpa di kedai buku main stream. KedaiBukuSaduri kedai buku online ada juga menjual novel Beruk oleh Azizi Abdullah tapi kena check dulu bila nak beli, kot kot sudah kehabisan stock.
Profile Image for h.
42 reviews
November 14, 2023
“Kau pun nak jadi bodoh macam beruk?”

Ini adalah novel kedua yang saya baca daripada penulis Azizi Haji Abdullah. Novelnya semacam ringan tetapi mesej yang disampaikan kendatipun pada perkara yang tampak kecil dan mungkin dipandang enteng oleh sesetengah masyarakat, sebenarnya semakin membarah saban hari. Apa pentingnya cerita seekor beruk? Kita barangkali mengganggap tidak ada secebis perkara pun boleh dipelajari daripada makhluk haiwan kerana kita terlepas pandang yang mereka juga memiliki perasaan iaitu suatu hal yang mahal untuk diremehkan. Adakah hina menjadi seekor beruk? Hanya kerana kita dilahirkan sebagai manusia maka wajarkah perbuatan yang menghina haiwan hanya kerana dia seekor beruk?

Plot cerita yang disusun oleh penulis membuat saya tidak lelah meneroka helaian demi helaian. Rasa ingin tahu lagi dan lagi sehingga akhirnya habis ke helaian terakhir dalam masa satu hari bacaan. Penulis memaparkan sisi cerita:-

1) Kedaifan hidup seorang kanak-kanak (Alias) yang yatim piatu—ibunya lumpuh dan bapanya sudah meninggal dunia;
2) Perwarisan seekor beruk kepada Alias oleh bapanya untuk membantu dia mencari upah dengan mengumpul buah kelapa;
3) Walau hidup dalam kemiskinan, Alias mempunyai akhlak yang baik kerana terlihat disenangi oleh jiran-jirannya. Dia juga rajin belajar;
4) Seorang guru yang mempamerkan sikap keculasannya yang cuma menjadi guru di sekolah dan tidak mengambil peduli tentang anak muridnya, malah menggunakan kekerasan terhadap mereka apabila anak muridnya datang lewat atau tersalah jawab soalan. (Maaf, saya memang tak suka Cikgu Sunan)

Kisah pengorbanan Alias bersama beruknya, Pon dalam melangsungkan hidup tetapi hanya kerana dia punya beruk, orang sekeliling menghinanya. Kalau tanya saya nangis atau tak baca buku ini, jawapannya ya sebab ada beberapa bahagian cerita yang membuat saya termenung membayangkan bagaimana runtun jiwa Alias kalau Pon hilang dari hidupnya; bagaimana dia mahu menyara diri dan ibunya yang lumpuh kalau Pon hilang atau tak hidup lagi. Sebetulnya, beruk tidak bodoh tetapi manusia yang pongah dan tolol dalam memahami mereka. Mereka bisa dijinakkan dan dipupuk kepandaiannya kalau kita tahu tentang seni berkasih sayang kerana haiwan mudah turut pada manusia yang menyayangi mereka.
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
September 23, 2023
🐵-Buku sederhana ini, seringkas ini, sekali duduk habiskan mengundang air mata aku di klimaks dan muka terakhir? Hanya kerna seekor haiwan tanpa akal namun punya hati yang besar. Hati yg jauh 'manusiawi dari manusia sendiri.🥲 Benar jugalah lihat ulasan rata² pembacanya sepakat dirundung durja.

🐵-Kisah Alias 11 Tahun bersama Pon,beruk peliharaannya. Bukan hanya haiwan belaan semata tapi Pon sumber rezeki si yatim tidak berbapa tinggal bersama ibu yang lumpuh. Beruk itulah pusaka ayahnya untuk kelangsungan dirinya dan ibu uzur itu. Bagaimana penulis menggugah perasaan dengan membawakan watak seekor beruk untuk menjadikan kita manusia yg berhati perut dan 'berakal' sesuai dengan anugerah yang diberikan pada manusia.

🐵- Terdera emosi aku bila hingga 2 bab diulang² 'Sakit Semakin Menjadi²' Di adu² penderitaannya. Lagi emosi, babak Cikgu Sunan yg meluat tanpa usul periksa dengan Alias. Sedangkan anak naif itu sentiasa hormati dirinya, terang hatinya, tiada simpan dendam, bertanggungjawab dan matang namun di layan sebegitu?

🐵-Kadang aku termenung kenapa begitu anti dia dengan anak mentah itu?Sedih bila fikirkan ada susuk manusia berilmu yg hanya 'akal panjang sejengkal' bila libatkan prasangka.Ok aku emosi🔥 Tapi aku percaya walau cerita ini plotnya di era 60-an 70-an tapi susuk Cikgu Sunan wujud di era kini. Masih!

🐵-Dipulaukan rakan² sekolah. Diganggu samseng² kampung dan siapa mulakan gelaran Beruk pada dirinya? Aku sendiri terbuntang mata semacam tak percaya keluar kata itu dari mulutnya.😤

🐵-Satu ayat penyedap rasa demi tak fikirkan lagi untung nasib Alias di hari muka.Diberi bayangan siapa Alias bakal jadi.✌🏻
Profile Image for Lemonade Reads.
30 reviews1 follower
April 22, 2022
Oh Lias.. air mataku turun jugak di penghujung cerita.

Awal bacaan pun korang yang berhati tisu seperti aku akan tersentuh dengan kejadian yang berlaku kat watak utama, Alias. Alias seorang budak sekolah rendah, cerdik matematik, pendek cerita beliau kaya budi bahasa & cerah akal tetapi beliau berasal daripada keluarga yang daif, ibu tunggal yang sakit dan tidak bekerja. Jadi di situ korang boleh agak siapa yang menanggung beban menyara makan minum sehari dan benarlah kata pepatah hidup Alias dan ibu seperti "kais pagi, makan pagi. kais petang, makan petang".

Sebuah cerita yang ringkas tetapi bermutu tinggi. Mungkin bacaan ini untuk sekolah rendah & I really enjoyed it! Kalau korang mencari bahan bacaan nipis tapi padat dengan pengajaran, mungkin untuk anak-anak di bangku sekolah - silalah baca buku ni.
Profile Image for Naliza Fahro-Rozi.
298 reviews13 followers
February 28, 2019
Beruk" megulit jiwa kita tentang pertautan hidup antara makhluk ciptaan tuhan - manusia dan haiwan. Dan kadangkala dalam menempuh pancaroba kehidupan, haiwan lebih memahami keadaan diri kita daripada manusia itu sendiri.
1 review
April 5, 2020
novel yang agak ringan dan menarik untuk dibaca. mempunyai mesej yang agak dalam terutamanya dalam konteks pendidikan dan kemasyarakatan.
Profile Image for Naimisa.
19 reviews3 followers
June 5, 2010
Beruk diangkat dari sebuah cerpen pada tahun 70-an. Tetapi saya selaku generasi 80-an tidak berpeluang menatap arkib cerpen tersebut. Ada juga diselitkan kemuncak
cerita ini dalam novel Memoir Seorang Guru, Alaf 21. Dari segi teknik, sisipan ringkas dalam Memoir Seorang Guru lebih emosional.
Novel ini ditulis secara kronologi.
Mengisahkan seorang pelajar pintar, Alias yang kematian bapa memelihara seekor beruk.
Beruk itu dinamakan Pon. Alias bergantung pada Pon mengambil upah memungut kelapa. Hal
ini disebabkan ibunya lumpuh. Kisah dimulakan dengan kehilangan Pon sehingga Alias lewat ke sekolah.
Hal ini menyebabkan cikgu Sunan bengang dan menamparnya. Akibat tamparan itu telinga Alias bernanah.
Pun begitu, Alias tidak mengadu kepada ibunya. Dia berikhtiar mencari wang untuk menampung makan minum
dan ubatan. Keadaan telinga Alias menjadikannya malu ke sekolah. Tetapi Som tetap menemui Alias
untuk menyelesaikan kerja rumah. Alias bukanlah pelajar bodoh, tetapi keadaanlah yang memaksa dia
menjadi begitu.


Cikgu Sunan akhirnya meminta bantuan Som untuk menunjukkan rumah Alias. Apabila tiba di rumah Alias,
cikgu Sunan cuba membelai kepala Alias. Pon nampak perbuatan itu sebagai satu ancaman terhadap tuannya.
Lalu Pon menggigit lengan cikgu Sunan. Antara cikgu dan beruk, Alias tiada pilihan melainkan menyelamatkan
gurunya. Dia menikam Pon dengan lembing sehinggalah beruk itu mati. Baharulah cikgu Sunan tahu letak duduk
keadaan Alias yang sebenar. Disebabkan dia terhutang budi dengan pengorbanan Alias, dia berjanji membiayai
pendidikan Alias.
Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
February 20, 2016
ceritanya ringkas dan terus. tak memerlukan pemikiran aras tinggi untuk baca buku ini, jadi buku ini boleh dibaca sesiapa saja; kanak-kanak sehingga peringkat yang lebih matang. tapi se-linear mana pun buku ini kalau kita baca buta-buta kita tak akan dapat pokok utama sampaian tuan azizi. disebalik gaya tulisannya yang tidak terlalu sastera dan berat, mesej utama beruk sebenarnya umpama memakan makanan seringkas sushi; ada orang yang memakannya saja-saja asal masuk mulut kenyang, namun ada juga yang sambil makan cuba membayangkan apa isi kandungan dalam sushi tadi.

aku sebenarnya nak berterima kasih pada seorang makcik penjaga booth ameen serve publisher, dia yang mencadangkan aku buku ini waktu aku singgah ke booth mahu mencari copy ingin jadi nasrallah tapi kehabisan stok. kata-kata dia ringkas sahaja seringkas buku ini;

buku ini membuatkan kita malu bila rupanya beruk itu kadang kadang lebih manusia dari manusia itu sendiri
Profile Image for Man Kodi.
29 reviews
February 18, 2013
Pagi jumaat itu amat cerah. Unggas-unggas berkicauan seperti menyambut satu hari yang aneh. Apa pun penghormatan terakhir buat Pon. Aku juga turut sama seperti Alias, bersedih atas pemergiaanmu buat selama-lamanya. Pon !!!!!
Profile Image for Fathul Khair.
9 reviews86 followers
July 5, 2013
Cikgu Sunan dan Alias - watak yang berbekas dalam diri. Daripada sebuah cerpen, diperluas menjadi sebuah novel di tangan Azizi Haji Abdullah, amat menyentuh perasaan. Pon (beruk Alias) mengungkap erti kehidupan yang serba-serbi dihambat kesusahan.
Profile Image for Mohd Adib Mohd Aini.
11 reviews1 follower
May 8, 2012
saya terkenang si PON yang menjadi punca pendapatan si Alias sekeluarga. Betapa besarnye jasa si beruk walau seekor haiwan dalam membantu keluarga itu meneruskan kehidupan diatas bumi Allah ini.
Displaying 1 - 26 of 26 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.