Buku ini telah mengumpulkan 300 hadis sahih yang paling utama yang mencakupi bidang kehi-dupan harian dan disusun mengikut keutamaan tajuk seperti ilmu, beramal, ber-jemaah, hal ehwal Rasulullah s.a.w., para sahabat, rukun Islam, rukun iman, solat, al-Quran, puasa, kesihatan, zakat, haji, jihad, doa, zikir, persau-daraan, akhlak, sedekah, komunikasi, pengurusan, pesanan nabi dan sebagainya.
Hadis bimbingan di dalam buku ini terlalu ringkas. Jika dapat ditambahbaik saya ingin menyarankan kepada penulis supaya memasukkan maklumat tentang peristiwa atau sebab sesuatu hadis diriwayatkan dan pengajaran daripada hadis.