Jump to ratings and reviews
Rate this book

Versus

Rate this book
I


“Please, Minn. Bukak tingkap bilik you.”
“Huh?”
“I’m freezing right outside your window. On the roof.”Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih di tangan.
You what?”"
No kidding. Please...” balas Ashraff Omar.
Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa mamat ni.
"Enough of your tricks, AO.”
“Minn, I’m dead serious.”
Ashraff Omar berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina.
“Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?”



II


“Not a step away from that spot, AO.” Keras suara Minn Edina.
“Minn, you tahu I takkan sentuh you pasal I hormati you.”
“Back. Off.”
Ashraff Omar akur. Langkahnya ditarik kembali ke belakang.
“I tak memaksa. I cuma meminta. I like you. I really really like you. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. For us. Boleh you bagi I peluang tu?”
Hujan masih belum berhenti.

432 pages, Paperback

First published April 1, 2010

73 people are currently reading
1897 people want to read

About the author

Hlovate

17 books1,384 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1,571 (66%)
4 stars
556 (23%)
3 stars
184 (7%)
2 stars
32 (1%)
1 star
15 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 152 reviews
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
August 5, 2023
Sungguh… untuk berubah itu bukan mudah. Nak cuba untuk meletakkan gerabak hidup di atas landasan al-Quran dan Sunnah itu memang payah. Tapi perlu yakin yang Allah tengok usaha, bukan natijah.

Point taken.

Kali ini penulis membawa isu macamana nak jadi baik. Macamana AO dan Minn menyelusuri hidup ke arah yang lebih bermakna dan diredhai Allah. Terpaksa meninggalkan dunia skateboard yang dah menjadi sebahagian hidup mereka. Siapa yang dah banyak membaca buku-buku Hlovate sebelum ni mesti dah tahu macamana gaya penulisannya yang sempoi, penuh dengan analogi, berilmiah, selamba dan manisnya yang tersendiri. Oh! Novel Pelangi dah hilang. Sedihnya... Tak dapat nak baca kisah Ked dan Nawal. Tapi endingnya ada di Versus.

AO yang pada mulanya memang kerek lagi-lagi dengan Minn. Dalam diam dia sebenarnya peminat Ed'Sassin of Wrath. Bila dapat tahu yang Minn dengan Ed'Sassin ialah orang yang sama terdetik satu perasaan. Minn pulak ada aura bom nak meletup je sepanjang masa. Bila AO dapat offer to continue study at Aussie dan masa tu ada rasa sedih datang dalam diri Minn. Tapi masa ni diorang pon tak pasti dengan perasaan masing-masing. Dari jauh hanya saling merindu dalam diam. Eceh... Nasib baik ada Bugs Bunny hadiah dari AO. Bila ex-skater kahwin dengan ex-skater dan mereka plan nak settle down at Aussie. Maybe lebih baik begitu. Untuk Ked pulak yang menyaksikan perubahan dan bahagianya si Angah dan adik iparnya hidup bersama baru lah Ked berani nak melamar Nawal.

Aku suka hubungan adik beradik Along, Angah dan Che'E. One of the Hlovate trademark. Dalam ni tak ada dah kaitan dengan medic. Selalu sangat dah asyik2 sambung study nak jadi doktor. Lokasi pon dah berubah ke tanah Kanggaroo... hehehe... Tapi buku-buku karya Harun Yahya masih ada, lagu-lagu punk rock, lagu-lagu nasyid, headphone di telinga, Yahoo Messenger and so on....
Profile Image for Hajar.
284 reviews
February 17, 2013
The hardest battle is when you're against yourself - Ashraff Omar

Setelah 2 tahun buku ni tersimpan elok dalam rak buku saya, akhirnya tergerak juga hati nak koyakkan plastik dan baca kembali Versus ni. :)

Kalau anda mengharapkan cerita yang manis bergula untuk Versus, lupakan sajalah niat anda itu. Sebab Versus ni mengajak kita merenung dan muhasabah diri untuk jadi individu yang lebih baik. Kekadang rasa macam masuk kelas tazkirah setiap pagi Jumaat pulak masa membaca Versus ni. Alhamdulillah. :)

Versus mengisahkan perjalanan dua individu berbeza, Ashraff Omar (AO) dan Minn Edina (Minn) untuk jadi insan yang lebih baik. Kita boleh nampak macam mana payahnya perasaan Minn bila terpaksa meninggalkan dunia skaters dan mengubah diri daripada Ed'Sassin kepada Minn Edina. Begitu juga dengan AO yang pada mulanya mencari dan memperbaiki diri kerana seorang Minn Edina. Tapi kemudiannya bila menyedari perubahan yang dilakukan takkan kekal lama hanya kerana disebabkan oleh sesuatu, AO berniat memperbaiki diri untuk menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat. :) Dan semestinyalah kan diselitkan juga kisah cinta terpendam antara Minn dan AO dalam kisah ni. Ada Ked Flop (Ked's Story, Pelangi) juga terselit dalam ni. Dapat juga tahu macam mana pengakhiran kisahnya dengan Nawal. Hehe.

Satu yang ditekankan dalam naskhah ini adalah definisi 'baik'. Apa definisi baik tu pada diri kita? Adakah dengan cukup solat lima waktu (walaupun di akhir waktu) tu dah di kira baik? Atau, bila kita berjaya meninggalkan segala yang dilarang dan buat apa yang dituntut tu dah dikira sebagai baik? Sama-samalah kita cari jawapannya. :)

Komen saya: Bukan senang nak jadi baik. Lebih-lebih lagi bila kena menahan godaan nafsu dan terpaksa meninggalkan perkara-perkara yang dah terbiasa dibuat. Saya tertarik dengan sedikit catatan yang tertulis di muka depan buku ini : Berubahlah walaupun payah. Berubahlah ke arah hidup lebih indah. Hidup dan masa muda sekali cuma. Sanggup nak sia-siakan tanpa redha-NYA? Renung-renungkanlah. Tahniah untuk Hlovate yang tak pernah gagal buat saya berfikir setiap kali membaca bukunya. :)
Profile Image for Abrar Shafie.
Author 1 book13 followers
October 11, 2012
ketika kawan-kawan sibuk mempromosi Hlovate, saya masih mengatakan Faisal Tehrani tetap di hati. tetapi tertanya-tanya juga, hebat sangatkah novel ini?
maka atas dasar ingin tahu, pembacaan saya bermula, itu pun pinjam buku kawan.
sejak itu saya respek habis pada Hlovate dan mula mengenal karya-karyanya yang lain. namun, bagi saya ini adalah antara karyanya yang terbaik berbanding novel-novelnya yang lain. mungkin ada yang mengatakan contengan jalanan lebih menarik. entah. mungkin. tetapi kudrat untuk saya menghabiskan contengan jalanan sangatlah kurang. seperti ada yang kurang. mungkin kerana corak penceritaan yang berulang dalam novel-novelnya.

tetapi Versus, tidaklah saya jemu membacanya. dua kali saya membacanya, mebawa dua pengalaman yang berbeza. dua situasi mungkin berlaku apabila anda membacanya. samada,

"been there. memang susah nak berubah." atau
"oo susah rupanya perubahan tu."

bagaimana pencerita mengolah setiap watak juga saya kira sangat menarik, seperti pencerita sendiri tergolong dalam kalangan mereka, sama-sama main skate, sama-sama ke usrah.membuatkan pembaca terasa hidup dalam persekitaran yang sama.

novel ini bagi saya bukan menarik untuk dibaca, bukan worth to read, tapi must read.
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
May 29, 2015
Reread : 26 - 29 May 2014

Pembacaan buat kali kedua selepas tempoh 4 tahun membuka semula mata dan hati ini. Dulu, dah nampak apa yang dia nak sampaikan, tapi mungkin kesan tu tak mendalam sangat. Sebab baca Versus ni back-to-back selepas Rooftop Rant (yang masih kekal sebagai my most favorite Malay novel). Yang saya nampak masa tu, Versus lebih ke arah hubungan 'cinta' Minn dan AO, so for me it was not as 'powerful' as Rooftop Rant. Memang bias betul...hehe. So bila berkesempatan untuk buat rereading ni, dengan akal dan hati yang lebih terbuka dan mungkin juga dengan fikiran yang lebih matang serta jiwa yang lebih tenang - dalam menilai serta mencari hidayah-Nya, Insya Allah - saya cuba gunakan peluang itu dengan sebaik-baiknya untuk menelaah isi kandungan buku ini.

Benar, kisahnya berpaksikan pada dua insan, Minn Edina dan Ashraff Omar (AO). Tapi bukan kisah cinta saja yang diutamakan. Ianya lebih kepada keberanian untuk membuat perubahan, untuk menongkah arus dari kehidupan yang selesa kepada kehidupan yang mengikut ajaran Islam sebenar.

"...bukan mudah untuk berubah
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan..."

Seperti biasa, Hlovate mengetengahkan watak dari golongan remaja urban, in this case, they were from the skating scene. Banyak la jargon-jargon dan juga nama-nama yang agak janggal tu keluar. Minn berubah asalnya kerana wasiat arwah datuknya yang tidak mahu cucu perempuannya terus tenggelam dalam dunia itu. Walaupun pedih, cuba dilaksanakan seikhlas mungkin. Initially AO berubah kerana Minn. Namun, dia berjumpa tujuan sebenar ketika pencarian tersebut. Dari kerana seorang perempuan, dia benar-benar mencari keredhaan Allah hanya kerana tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya.
Melihat mereka bersungguh-sungguh menuju ke arah yang lebih baik, mampu buat kita terharu. Bangga. Malu. Dan bersyukur kerana walaupun sebuah novel yang agak urban, namun saya diberikan petunjuk melalui ilmu yang disampaikan.

Tidak melampau rasanya jika saya katakan, buku ini mampu menenangkan jiwa yang sedang mencari-cari ke mana hala yang hendak dituju. Sebagai rujukan, kerana Hlovate menyediakan jawapan terhadap persoalan yang seringkali berlegar di fikiran. Juga dapat memberi kekuatan untuk kita mula melangkah ke arah yang lebih baik.

You'll never reach perfection because there's always room for improvement. Yet, along the way to perfection you'll learn to get better.

***************************************
"Baik tu apa?"
"Bagi aku, sesiapa yang beriman dengan Allah tu 'baik'."
"Beriman dengan Allah tu macam mana?"
"Apabila buat semua yang Allah suruh dan tinggalkan semua yang Dia larang."
"Hence, kalau ada benda yang tak settle, tu namanya belum cukup baik la tu."
"Kalau seorang perempuan tu pakai tudung tapi tak solat, belum cukup baik lagi. Sama juga kalau cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi."
"Hmm..."
"Sama juga kalau untuk contoh lelaki. Kalau baca Quran tiap-tiap hari tapi main bola nampak kepala lutut, tak cukup baik lagi. Atau kalau cukup solat tapi pegang tangan anak dara orang yang bukan mahram sesuka hati, tu belum cukup baik lagi."

- ms 157-158

***************************************

"Selalu je kan orang argue pasal pakai tudung ni. Ada orang kata biar la tak pakai tudung pun, janji solat cukup lima waktu sehari semalam. Pasal ada je orang yang pakai tudung tapi buat benda bukan-bukan, buat maksiat. Kira kat sini la kebanyakan orang kita selalu salah faham."
"Sebab anggap Islam tu sekadr cukup je bersimbolkan dengan solat?"
"That. Betul, solat tu tiang agama. Tapi Islam tu bukan hanya tertegak dengan solat je. Apabila Allah sebut dalam ayat 'masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan' tu, maknanya kena settle dengan segala benda la. Pasal solat, aurat, muamalat... yada... yada... segala benda yang ada kat dunia ni la senang cerita."
"Addin."
"Addin tu way of life. Cara hidup. Maka..."
"Kalau cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi..."
"Dan kalau pakai tudung tapi tak solat pun tak baik lagi. Pakai tudung tapi pakai short sleeves nampak lengan, pun kira tak cukup baik lagi. Pakai tudung tapi pakai baju ketat jarang berbayang, pun tak kira baik lagi. Maknanya selagi tak embrace Islam tu sepenuhnya, tak cukup baik lagi la tu."
"Hmm..."
"Hukum Tuhan. Siapa kita nak membangkang. Takkan nak menangkan vogue fashion terkini lawan dengan hujah hukum kut."

ms 284-285

***************************************
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
August 3, 2016
Kemunculan karya garapan Hlovate ini memang dinantikan. Apatah lagi sebelum ini Ked’s Story [Pelangi:] tidak begitu melekat dalam hatiku. Jadi harapan pada novel ini memang terlalu besar. Aku ingin penulis ini mengembalikan ‘rasa’ itu padaku dan ya, aku sudah dapat rentaknya semula. Terima kasih.

Versus itu bermaksud bertentangan, berlawanan. Sejajar dengan maksudnya novel ini membawa kita merasai apa yang akan berlaku bila kita melawan kebiasaan kita. Apa yang akan anda lakukan apabila anda harus menentang diri anda sendiri? Susah sebenarnya untuk merentangi fitrah sedia ada tetapi itulah dugaannya apabila kita cuba berusaha ke arah yang lebih baik. Melalui watak-wataknya; Minn Edina [Minn:] dan Ashraf Omar [AO:], kita mengenali bagaimana mereka cuba berlawan dengan sisi baik dan buruk yang ada dalam diri.

Minn – gadis ini berusaha keras untuk mengubah hidupnya kerana wasiat yang ditinggalkan oleh datuknya. Dunianya yang berputar dengan skate itu dilupakan sedikit demi sedikit. Berhijrah untuk ke arah yang lebih baik seperti mana hasrat keluarganya. Kepayahannya mengharungi keluarbiasaannya itu ditelan dengan sendirinya.

Dalam pada itu dia berkenalan dengan AO. Membantu lelaki itu dalam menyediakan tugasan di universiti membuka satu sejarah baru. Kedegilan AO membuatkan Minn rasa sesak. Lelaki itu banyak helah dan tanpa disedari kisah yang dah lama Minn tinggalkan dibuka semula, langsung membuatkan hati Minn terluka.

AO tak pernah menyangka dia membawa Minn ke daerah lama yang ingin dilupakannya. Sebenarnya dia cuma mahu mendampingi gadis Ed’Sassin of Wrath yang dipujanya dulu. Hingga dia terlupa gadis itu sudah pun berubah meninggalkan dunianya itu. Dan dalam diam AO ingin juga merasakannya. Bagaimana dunia Minn yang berubah arah 180 darjah, dia juga ingin melaluinya. Dunia skateboard perlu ditinggalkan. Alam street harus dilupakan.

Pertemuan mereka selepas itu membuatkan hati Minn terkesan. Inikah AO yang dikenalinya dulu? Benarkah ini AO yang buat tak peduli tentang hal-hal wajib tetapi kini begitu menjaganya? Dan bagi Minn sediri, adakah benar dia sudah pun berubah menjadi yang terbaik? Kalau ya, mengapa hatinya merasakan AO sejuta kali lebih baik daripadanya?

Sememangnya terlalu sukar untuk berubah tetapi Allah selalu membantu hambanya. Baik Minn atau pun AO, mereka sudah berada di landasan yang benar. Dilorongkan kepada insan yang sudi membantu mereka. Mereka memang baik tetapi benarkah ‘baik’ itu sudah dicapai? Tulisan penulis ini menyedarkan, benarkah kita juga sudah pun cukup ‘baik’? Apa bezanya baik dengan menjadi lebih baik? Tepuk dada, tanyalah diri anda sendiri.

Secara jujurnya ini adalah karya terbaik garapan penulis yang aku gelar indie ini. Mendidik para pembacanya dalam cara yang halus sekali. Mengikat para peminatnya dengan caranya tersendiri. Seperti sebelumnya cinta hasil sentuhannya masih lagi memikat biarpun tanpa ayat yang berbunga-bunga. Kita masih dapat merasakan kehadiran cinta itu. Cinta itu fitrah, ia satu anugerah. Tak salah untuk setiap insan melaluinya tetapi perlu tahu di mana batasannya. Dan itu diungkapkan dalam karyanya ini.

Berusahalah untuk ke jalan yang baik kerana dalam diri setiap insan itu ada sisi baiknya tersendiri.

“…bukan mudah untuk berubah
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan…”
Profile Image for Bell.
115 reviews3 followers
July 7, 2023
Reading this when I'm in my 30s rupanya masih sama mcm baca waktu sekolah dulu ❤️
Profile Image for Ummu Auni.
664 reviews
August 13, 2010
Walaupun tulisan hlovate selalu bercampur aduk bahasa inggeris dengan bahasa Melayu, saya masih membacanya. Walaupun tulisan hlovate, sentiasa berkisar plot yang sama - lelaki perempuan - belajar di luar negara - kahwin awal - saya masih membacanya. Kerana tulisan hlovate, banyak menyentuh bab agama. Kali ni Versus, saya kira acuan agamanya makin bertambah.

Ada quote saya suka, semua orang nak jadi baik, tapi definisi baik itu macam mana? Apabila buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Kemudian, Hlovate ingatkan tentang ayat quran, "Masuklah islam dengan sepenuhnya/ Enter Islam completely". Maknanya, bukan takat pakai tudung, tapi baju cukup syarat. Bukan solat hari-hari, tapi pergaulan bebas berleluasa (bertepuk tampar laki & perempuan).

Definisi baik setiap orang tu berbeza-beza, tetapi kita tak boleh mengaku diri kita baik, sebab there's always room for improvement.

Teringat ini pada yang ustaz pesan, syaitan bisik pada orang rasa diri dia baik agar riak. Nauzubillah! Banyak orang solat tapi tak faham makna bacaan solat. Ceteknya ilmu saya di dada!
Profile Image for Salsabila Fadzil.
13 reviews
November 23, 2025
Terasa lagi nak kawen lepas baca versus ni, but it’s not about marriage anyway but changing to good, turning point untuk berubah kepada yang lebih baik tu lebih terasa. Terus terasa nak baca buku buku berkaitan marriage wei😭
Profile Image for Inche gabbana.
Author 8 books66 followers
January 18, 2018
Bismillah.

Saya sudah lama mendengar tentang karya Hlovate, tetapi tidak pernah berpeluang untuk membacanya sendiri. Akhirnya seseorang menghadiahkan saya dengan Versus dan saya tidak punya alasan lagi untuk tidak membacanya.

Sudah tentu saya mempunya high expectation dengan penulisan Hlovate kerana puji-muji yang melambung tinggi seringkali dilontarkan kepadanya. But I'm going to be honest with my review and hopefully, Hlovate's die-hard-fans won't turn into monsters. Haha.

I'm a perfectionist, jadi saya ada sedikit isu dengan susun atur (layout) buku ini. Dialog-dialognya kadangkala mengelirukan. Tidak tahu siapa yang sedang berkata-kata. Tidak dibezakan sedang bercakap dalam hati atau macam mana. Plot interchanging macam tu je. Memang kadang-kadang tu konpius! But as I went along, I can grip the writing style and lama-lama boleh biasakan lah.

Ada juga watak-watak yang saya rasakan tidak perlu (redundant) contohnya watak Zarul, sepupu AO. Begitu juga watak Johan.

That's about it, my criticisms. Now let's go to the puji-muji part. Haha.

Hlovate menulis buku ini dengan gaya yang sangat bersahaja, sehinggakan bukan sekali dua saya dapat merasakan saya berada bersama-sama dengan Minn dan AO. Dan penuh dengan lawak jenaka yang saya memang sangat boleh relate. Kadang-kadang tu macam kepala masuk air sebab tergelak sorang-sorang. Hehe.

Watak-watak utama (Minn dan AO) memang sangat hidup. Meskipun ada beberapa ketika saya merasakan watak mereka terlalu ideal, but most of the time, they are US. Entah kenapa, tetapi saya memang sangat boleh relate dengan watak AO (dan Minn to a certain extent) though I don't skate. Haha.

Kisah cinta mereka juga sangat suwit muwit sehingga kadang-kadang saya rasa, naik merah juga muka saya dibuatnya. Sometimes you just wish you are going through the same love story.

Satu benda yang saya sangat respek ialah bagaimana Hlovate berjaya membangunkan beberapa tema sekaligus, which is honestly, a difficult thing to do. Antara tema yang sangat hidup dan bersahaja ialah tema kekeluargaan, notably on Along-Angah-Che'E relationship (though less on Encik Musa and Puan Anisah's).

All in all, saya sangat enjoy baca buku ni. And highly recommended as well, for a dai'e myself, this book is full with dakwah messages, alhamdulillah.

I can only give 4 stars, as nothing is perfect. "You'll never reach perfection because there's always room for improvement. Yet, along the way to perfection, you'll learn to get better." - Sun. Hehe.
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
August 27, 2010
Sekali lagi dengan gaya tersendiri Hlovate menyampaikan mesej dakwahnya secara langsung dan tidak langsung. Masih lagi berkisarkan remaja yang energetic dan aktif. Kali ini remaja yang minat pada sukan skate.

Bukan 'zaman' saya lagi untuk membaca dengan gaya bahasa Hlovate  bahasanya sama seperti buku-buku beliau terdahulu. Santai. Mungkin ada yang tidak suka apabila penulis mencampuradukkan bahasa inggeris dan bahasa melayu tetapi ya, Hlovate mempunyai peminat yang ramai!

Ceritanya berkisar mengenai Minn Edina yang terpaksa menjadi mentor kepada Ashraff Omar atau lebih selesa dipanggil AO. Minn digambarkan sebagai orang yang kurang berperasaan (no heart feeling) tetapi sangat cemerlang dalam akademik dan kepimpinan. Atas permintaan pensyarahnya Minn terpaksa membantu AO menyiapkan satu kertas kerja.

AO seorang remaja yang begitu meminati sukan skate dan bukanlah seorang yang begitu islamik. Malah dia merasakan bagai dihempap bebanan apabila digandingkan dengan Minn. Tanpa diketahuinya, mentornya itulah yang selama ini diminati dari jauh. Minn dahulunya juga pemain skate dan cukup terkenal dengan nama Ed'sassin.

Namun, masa boleh mengubah seseorang. Keadaan juga membuatkan Minn berubah meninggalkan semua itu. Dia berusaha menjadi seorang yang lebih baik.

Apa yang berlaku seterusnya? Saya serahkan kepada anda untuk membacanya sendiri ;) Lihat bagaimana pengaruh Minn dapat mengubah AO yang akhirnya menjumpai identiti diri yang baru dan lebih segar. Lebih daripada itu AO menjadi muslim dalam erti kata sebenar.

Sungguhpun ada elemen cinta di dalamnya, penulis berusaha menjadikan ianya menjurus ke arah cara Islam. Sudah pasti berakhir dengan perkahwinan. Oh, perkahwinan bukan satu pengakhiran tetapi permulaan kehidupan yang baru 

Sesuai untuk remaja yang tidak suka keadaan yang 'skema', ingin berubah menjadi lebih baik, tidak mahu mendengar ceramah (agama) yang dirasakan menjemukan, dan berasa tidak dikongkong.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
April 22, 2018
Mana yang baik. ambil. Mana yang salah, betulkan.

Begitulah sepatutnya.

......

Akhirnya, habis sudah novel solo Hlovate yang aku baca. Tinggal nak baca novel kompilasi tu je lagi.
Profile Image for ωαη  ïzzαz.
56 reviews12 followers
February 9, 2017
Super best!!.Novel yg membawa seseorang ke arah pemikiran yg positif..Kadang2 penghijrahan itu membuat seseorang lebih sedar tentang islam,nk kenal lebih mendalam tentang islam di 'tempat' orang lain..Ayat2 kat dlm novel ni mmg kasi sentap lah.Membaca novel ini,automatik membuatkan kita dapat ilmu tentang hukum hakam islam..So,aku kasi 5☆
Profile Image for Mslvoe.
2,044 reviews200 followers
May 17, 2023
Banyak ilmu agama yang dapat F belajar dari buku versus.

Bukan mudah nak jadi baik.. keinginan tu tetap ada cuma kita as manusia kena pandai kawal dan kuat.
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
April 16, 2013
Siriyesly... This author is really sumthing... The way of writing is similar to the previous book that i read n yet different. I'm siriyesly hooked!!! Klu tak fikir periuk nasi, kompom i wont stop reading!!!! To have a brother like Ked - AWESOME!!! To have a sister like Che'e - ENTERTAINING. To have a friend like Jasmin - TRANQUILIZING. To have a husband like AO - DEFINITELY A BLESSING... This book is deep n fulfilling in every aspect. How it fullfills, definitely has to find out by reading it. Some might like it. Some might not. But to not read it is a loss. Definitely a keeper!!!!
Profile Image for Haagen Dazs.
4 reviews
May 9, 2010
Turning point.. Semua orang mahu jadi baik, tapi bukan mudah nak jadi baik... Tinggalkan perkara-perkara yang pernah jadi darah daging.. Perit, memang perit, but it's worth it.. Dari tepi jalanan, menuju ke jalan tuhan. Content tak berat, kadang-kadang terasa yang konflik dalam diri sendiri tu terpotret dalam tulisan pengarang. Dalam masa yang sama, pengarang cuba cater konflik tersebeut dengan remedy yang sangat ajaib; quranic verses n hadith.
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
May 16, 2018
AO & Ed'Sassin = Ashraff Omar & Minn Edina.. Its worth reading sambil timba ilmu.. Bukan senang nak jadi baik. i agree. like Sun said to Minn about improvements, lets say we have to take tt seriously. Marriage is like somewhat Hlovate love to quote: live well or live hell. This novel is awesome.
Once again Hlovate, thank you for sharing your knowledge through this fictional character. Me being married for 10 years, once was also part of this skating scene back in those days 1998-2003, had gone through that sacrifice. Hubby I bukan skater but he's the reason for me to change. Now, my 8 yr ol boy, is starting to be in this scene with me as a mentor. Point taken. Jangan taksub, jgn ambil ringan dan selalu berlandaskan Halal & Haram. Alhamdulillah, Harith faham semua tu & akan terus memahaminya. Jgn taksub sgt pada scene. Now Lepas baca novel ni, i rasa, ada benda yg masih belum complete dlm hidup i & my journey with hubby. kami sentiasa belajar memastikan rumahtangga kami setara di dalam keredaan Allah. Amin..

16052018: as above, tak jemu tunggu 4 tahun untuk nak baca semula buku ni.
Profile Image for Nurul Amirah.
109 reviews4 followers
June 22, 2018
Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba
Bukan mudah nak jadi baik
Nak tinggal mende yg kita rase norm masyarakat.
Yang dah campur aduk antara adat budaya atau agama.
Islam itu datang dalam keadaan asing,maka beruntung lah kpd sesiapa yg asing
Islam itu addin.the way of life.masuk la ke dalam islam secara keseluruhannya.
Sesungguhnya aku berlindung dengan Mu ya Tuhanku.
Baca buku ni walau beribu kali tetap feeling sama.
Profile Image for Hidayah Bani.
58 reviews35 followers
February 9, 2011
amazing..buku yang sangat menarik,jalan cerita yang pada saya bukanlah direka-reka,tetapi bagaikan pernah berlaku,apa yang saya suka mengenai penulis buku ini ialah beliau tidak mengOverkan watak2 dalam novel beliau dan watak2 dalam novel beliau adalah seperti pembaca juga,jadinya beliau lebih membuatkan pembaca berada dalam situasi di dalam novel berbanding berangan berada di dalam novel.uhu.
Profile Image for yaya hassan.
1 review4 followers
November 15, 2010
the book that changed my perception towards life. made me reviewed about the exact level of relationship that i've made with Allah the Almighty. i agreed with the author that to make changes ain't easy. the first battle that we have to fight is ourself.
Profile Image for Ida.
81 reviews24 followers
April 7, 2013
Versus.... Minn Edina dan Ashraff Omar AO.
Cerita yang amat berkesan. Definisi BAIK berbeza dari pelbagai sudut. Baca dan kutip ilmu yang dikongsi oleh penulis buat kita pembaca.

Superb and meninggalkan seribu rasa sebaik habis naskah ini.
Profile Image for Iqa.
142 reviews4 followers
June 12, 2023
Besttt !

Mmg senyum sampai kebas pipi 😂 Boleh tahan sweet dia. Light conflict, so mmg nice to read. Tak sakit kepala melayan org ke-3.. syaitan kan.

1st read waktu high school dulu pinjam member punya. Then, now beli yg 2nd hand sbb tak ada print dah kan. Mmg love dari dulu lagi ni ❤️
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
April 12, 2012


drmuslimah.blogspot.com


Tajuk buku : Versus
Penulis : Hlovate
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 432 m/s


Ulasan Ain Sabrina :

Kisah versus ada sangkut-paut dengan kisah ked’s story dala kombinasi novel Pelangi. Kisah Versus membawa watak utama Minn ( adik kepada Ked dalam Ked’s Story) . Dari awal kisah menceritakan bagaimana pengorbanan Minn untuk melupakan minatnya dalam skaters setelah diwasiatkan oleh atuknya. Kerana urusan kolej , Minn dipertemukan dengan Asyraf Omar yang lebih ingin dikenali sebagai AO. Dan AO seakan membawa Minn kembali ke dunia skaters. Minn geram , kerana bukan mudah hendak dia melupakan minatnya yang satu itu.

Dalam masa itu, ada satu pertelingkahan hati dalam jiwa AO sehinggakan dia berani pecah masuk bilik Minn. Dan pada masa itu , AO terus meluahkan rasa.

“I tak memaksa. I cuma meminta. I like u. I really really like u. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good for you and for me. For us. Boleh you bagi peluang tu?”

Dan dia membuktikan setiap perkataan yang diluahkan. Dan perubahan itu lebih berjaya setelah dia ‘fly’ ke Australia. Pelik , namun itulah yang terjadi , lebih mudah bagi dia, AO berubah menjadi lebih baik di negara luar yang bukan agama rasminya Islam.

Percutian keluarga Minn ke Australia secara kebetulan, menemukan mereka kembali. Itu semua jasa along @ Ked yang sibuk menjadi ‘cupid’ mereka. Kekok, itu yang mereka rasa.

Cuti musim panas memberi peluang untuk Asyraf pulang ke tanah air. Mereka bertemu kembali setelah 2 tahun tidak bertemu. Pertemuan itu tidak sia-sia begitu sahaja , AO mengajak Minn untuk menghadiri satu program yang member satu kesedaran baru buat Minn. Dan terdetik dalam hati Minn yang dia bukan perempuan yang baik yang tercipta untuk AO lalu dia dengan sengaja menjauhkan dirinya dari AO.

Ingin lari dari AO, dia membawa diri jauh ke Australia, berharap yang AO sudah kembali ke Malaysia. Namun siapa sangka , itu lah yang menemukan mereka dan terus merapatkan mereka kembali.


Komen Ain Sabrina :

Yeah..Hlovate lagi. Macam saya cakap di atas , novel ini ada sangkut paut dengan Ked’s story, jadi bila tahu novel ini dah keluar jadi saya rasa tak sabar-sabar nak dapatkannya.

Di Ked’s story , lebih membicarakan watak Ked itu sendiri manakala Versus lebih kepada watak Minn itu sendiri. Namun watak Ked juga cukup sama penting, kalau tiada Ked mungkin perhubungan antara Minn dan Asyraf lambat prosesnya. ^^

Dalam novel ini , dititikberatkan fungsi usrah dan ukhwah dalam kehidupan seharian. Bagi saya sendiri , usrah dan ukhwah itu penting. Untuk jadi baik itu tidak mudah namun untuk bertahan menjadi baik itu lebih susah. Oleh itu , usrah dan ukhwah yang membantu kita terus ke arah itu. Seperti pernah dibicarakan Asyraf dan Hairi dalam novel ini , semua secara umumnya mengetahui tentang syurga dan neraka , namun berapa orang yang berusaha kea rah syurga itu dan jauh dari neraka itu. Dan juga dibicarakan tentang fungsi individu muslim itu dan tentang aktiviti harian atau mingguan yang perlu diisi dengan bacaan al-quran , bacaan mathurat , solat sunat dan qiamulail.

Watak Minn dan Asyraf, kedua-dua watak utama ini membawa pengorbanan seseorang itu untuk berubah menjadi lebih baik. Pengorbanan itu sukar , namun dengan adanya keazaman , benda itu pasti. Saya sebagai pembaca sendiri seperti terdorong untuk turut berubah menjadi yang lebih baik !! insyALLAH.

Profile Image for Akma Hayati.
48 reviews
February 11, 2013
Full five stars. This is The BEST book of Hlovate I have read so far (Contengan Jalanan, TUNAS, Aa+Bb, Rooftop Rant)

Bacalah jika anda memang benar2 ingin berubah! Thank love to Nurain Mohd Sharifuddin for recommended this to me because she also thought this is the best Hlovate book ever.

Versus. Struggle. Against yourself. Against your desire. Nak jadi betul2 'baik' tu susah bila bertentangan dengan nafsu kita.
Sebab tu nafsu mesti ditundukkan!
Hati mesti dibersihkan!
Fikiran mesti dijernihkan!
Iman MESTI MAINTAIN at high level!
Fokus mesti pada yang satu! Jangan ikut kata hati.

Lawan diri sendiri! Biarpun pahit! Biarpun payah! Biarpun sakit!

"Bila iman nak turun je, cepat2 cari al-Quran." #Surfina
Pegang ayat ni.

Ya Allah, mohon diberi kekuatan.

#Pencarian mencari Tuhan
#Pencarian mencari Rasulullah s.a.w.
#Pencarian mencari Islam. Sebenar-benar Islam. Sebagai Addin - as a way of life.
#Pencarian mencari diri sendiri

*Review ini bukan ayat2 yang terdapat dalam Versus
tapi ini apa yang saya rasa, nak sampaikan dan nak tingkatkan selepas baca Versus, insya-Allah.
Sedikit sebanyak. No, erase that. SANGAT BANYAK memberi kekuatan dan inspirasi.
kerana sekarang ni saya sememangnya sedang mencari.*
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews104 followers
August 20, 2013
Tergedik-gedik mencari Versus setelah membaca Ked's story dalam Pelangi. Bila dah dapat, lama jugak terperam di rak. Rasa mcm x sanggup nak mengharungi dunia skating sekali lagi. Jargon skaters agak menakutkan.....

Thanks god! Versus lebih santai daripada Ked's Story. Kurang sikit keurbanannya....

Perjalanan mengubah diri untuk menjadi 'baik' diplotkan seadanya. Walaupun titik tolak adalah kerana sebuah wasiat (Minn) dan seorang gadis (AO). Tapi di tengah cerita, pengarang bijak memberi kesedaran secara total kepada watak2nya. Makna 'baik' dan 'lebih baik' dihuraikan secukup rasa. Well..... untuk menghadam karya Hlovate, pembaca perlu 'menghitamkan diri' untuk membuka pintu hati tentang apa yang ingin didakwahkan........

ISLAMIC NOVEL WITH URBAN STYLE.......

X jemu ke dengan Hlovate? Cerita yang sama. Hanya perlu ubah lokasi, tukar plot sikit then masukkan nama watak yang baru.... Kisah student genius, belajar kat obersi, penuh ngan street music, hidup ngan skateboard, jatuh cinta ngan student jugak...in the end, kahwin.......

Well, not for me..... Hlovate melakarkan apa yang dia tahu. Penjiwaan watak dalam karya menzahirkan kehidupannya. Mungkin..... bila pengarang ini keluar ke dunia luar, pembaca dapat menikmati sesuatu yang berbeza....
Profile Image for Akhanusyana.
6 reviews7 followers
May 24, 2013
Kesimpulannya, saya suka cerita ini. Reason? Ceritanya real, and somehow related to my own life. Well, cerita adalah cerita...boleh diolah mengikut perasa, but the main point "Versus" tu really hooked me from the beginning until the end. Perjuangan menjadi baik, perjuangan for versus. Banyak pengajaran dan pembelajaran dari kisah ini. For who I was, for who I am, and for whoever I will be. Thank you for these.
Profile Image for Emma.
20 reviews
November 11, 2012
Buku yang membuat saya lebih mahu mengenali Al-Quran dgn lebih mendalam. Hlovate never failed me. Cara berdakwah yg sgt baik kerana xperlu watsk yang dtg dr lulusan al-azhar atau ustaz ustazah... A must read to all
Profile Image for creme brulee.
100 reviews18 followers
June 13, 2015
Cant say no when it comes to Hlovate's book. Never fails to impress me ~ to wow me. This author always come with something in her writings. Banyak pengisian ~ banyak pengajaran yg diceritakan. And on top of that ~ cara penyampaian cerita dia begitu terkesan dalam hati. Kudos Hlovate.
Profile Image for Syazwani.
10 reviews1 follower
December 21, 2017
i never want to read her book and i thought her book is kinda different. but a few chapters didnt enlighten me. and even after i skipped a few chapters, i still couldnt find 'that' factor that would make me continue reading this book. so i stopped
Profile Image for Erin95.
148 reviews6 followers
August 5, 2023
At first I thought ni novel cinta jiwang. But it's not malah jauh tersasar.

It's love. But love with God. You love God and then God will give you love from the right people.

"Untuk tak faham dan tak tau fasal tanggungjawab tu lagi berat, Minn."

Tentang Minn Edina & Ashraff Omar (AO) dua² skater. Tapi highlights dia dua² berubah cari Tuhan, menjauh, jaga batas pergaulan, tak contact lama, berlaku salah faham. Tapi kalau dah jodoh tetap bersatu jua. Dasyat jugak eh cinta AO kat Minn Edina.
Displaying 1 - 30 of 152 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.