Sinopsis : BEBUNGA KASIH DYA dinodai oleh abangnya dalam usia yang masih mentah. Namun, dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sebagai anak kandung.
Hidup Dya terus diselimuti mendung bila dia terluka lagi. Encik Nasri yang dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. Harapan yang disandarkan kepada Syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah ‘suami orang’. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.
Kemunculan Zarif, bekas teman sekolah merobek kembali kisah lama. Dya masih ingat, Zarif sering menyakiti hatinya. Malah penghinaan yang pernah dilemparkan, tidak pernah Dya lupa. Dan kerana Zarif juga, dia menjadi anak terbuang!
Sebenarnya, Zarif mahu merawat kelukaan Dya. Tetapi Dya menjauhkan diri kerana takut rahsianya terbongkar! Akhirnya, segunung kebaikan yang Zarif limpahkan membuka mata hati Dya bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya. Namun, sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus menghantuinya?
Ardyana [Dya] mengalami episod hitam yang pahit. Diperkosa oleh abang kandungnya sendiri; Abang Ari semenjak dia berusia 10 tahun. Mungkin kerana itu Dya kurang menyenangi kaum lelaki. Apatah lagi dalam keluarganya, dia dipandang umpama sampah. Ayah tidak pernah menganggapnya sebagai anak. Apa salahnya hingga sering saja disisihkan.
Sejak peristiwa itu Dya menjadi gadis yang pendiam dan suka menyendiri. Tetapi kehadiran Dya rupanya berjaya menarik perhatian Zarif, teman sekolahnya. Cuma cara Zarif saja yang tak berapa nak kena, sudahnya mereka berdua umpama musuh. Kemuncaknya Dya menampar Zarif, dan akibatnya ayah Dya mengamuk. Dya yang memang sering saja dianggap pembawa malang dihantar ke kampung.
Semasa di UPM, Dya bertemu kembali dengan Zarif. Jarak masa tidak dapat menghilangkan rasa sakit hatinya pada Zarif. Berkawan dengan Syamir semata-mata untuk mengelak dengan Zarid bukanlah satu perkara yang bijak. Episod seterusnya bagaimana kehidupan Dya sesudah bekerjaya. Diintai oleh Nasri; ketua di tempat kerjanya, begitu juga dengan kehadiran Syamir yang masih menyayangi Dya walaupun sudah beristeri. Ada masanya aku merasakan kesemua watak lelaki di dalam kisah ini digambarkan sebagai lelaki yang suka ambil kesempatan.
Konflik berlaku apabila Dya dipaksa bertunang dengan anak kenalan bapanya. Tiba majlis, Dya menerima kejutan yang maha hebat. Bakal ibu mentuanya adalah seseorang yang amat dia kenali. Lebih terkejut bila melihat bakal suami sendiri. Siapa? Tak susah pun nak teka :D
Tetapi aku tak faham satu perkara. Kenapa Dya begitu membenci Zarif tetapi mudah pula memaafkan Abang Arinya? Kalau ikutkan kesalahan Zarif adalah disebabkan kenakalannya, sesuai dengan usia mereka ketika remaja. Tetapi kesalahan Abang Ari? Dya sering saja gagal mempercayai kesungguhan Zarif sedangkan mudah pula dia mempercayai Abang Ari yang kononnya dah insaf. Mungkin aku ada tertinggal di mana-mana, ada masa nanti aku ulang baca.
Cik Pah suka dgn jalan cerita, ada rasa sakit, sedih, geram, suka, cuma olahan tak selembut gaya penulisan penulis sekarang ni. Buku ini kan 7 tahun yang lalu :).
Dari segi watak, mmg ada orang sebegini yang terliur dengan adik sendiri, yang pilih kasih dalam membahagi kasih sayang pada anak-anak, ada kes penderaan dalam keluarga apabila ketua keluarga tiada rasa kasih pada anak atau isteri, yang mengambil kesempatan atas nasib buruk orang lain, yang menyintai secara diam tetapi salah tempo, yang terpaksa terima jodoh itu Allah yang tentukan, yang takut pada pandangan masyarakat daripada takutkan bala Allah, yang hanya berserah pada takdir tanpa berusaha keluar dari masalah, yang setia pada yang tidak sudi. Ahhhh seram sejuk dengan perbuatan abang kandung yang harapkan pegar, pegar makan padi. Semua watak lelaki dalam novel ini tak boleh pakai, kecuali Zarif walaupun dia sipi-sipi lagi nak tambah luka di hati Dya.
Sebelum Dya dijodohkan dengan Zarif, Zarif adalah lelaki yang dibenci Dya kerana Zarif lah menyebabkan dia terpaksa bertukar sekolah dan tinggal dengan nenek dikampung. Sepatutnya pertemuan semula di Restoran Sate Kajang Hj Samuri memberi peluang Zarif membetulkan keadaan, tetapi itu tidak berlaku kerana Zarif juga begitu pasrah dengan apa yang berlaku. Dia seperti tunggu dan lihat, tidak berusaha seperti Syamir. Tetapi kerana jodoh mereka kuat, akhirnya Zarif dijodohkan dengan Dya atas permintaan keluarga. Kisah selepas berkahwin banyak menguji jiwa pembaca kot, kisah tarik tali yang tidak berkesudahan, seorang merendah diri atas kekurangan diri dan ada rahsia yang melibatkan maruah diri, seorang lagi seperti tidak yakin dengan diri sendiri walaupun penuh rasa cinta tetapi tidak dapat menebak perasaan orang yang dicintai. Tunggu musibah datang baru nak bertindak dan berubah. Hadoiiii itupun hampir menjerat diri.
Penulis: Hani Fazuha Publisher: Alaf 21 Sdn Bhd Harga: RM19.19 / RM22.90 M/S: 502
"Kehadiranmu mula kurasa menjelma di taman hatiku yang sunyi"
Blurb:
Dya dinodai oleh abangnya dalam usia yang masih mentah. Namun, dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sebagai anak kandung.
Hidup Dya terus diselimuti mendung bila dia terluka lagi. Encik Nasri yang dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. Harapan yang disandarkan kepada Syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah 'suami orang'. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.
Kemunculan Zarif, bekas teman sekolah merobek kembali kisah lama. Dya masih ingat, Zarif sering menyakiti hatinya. Malah penghinaan yang pernah dilemparkan, tidak pernah Dya lupa. Dan kerana Zarif juga, dia menjadi anak terbuang!
Sebenarnya, Zarif mahu mengubat kelukaan Dya. Tetapi Dya menjauhkan diri kerana takut rahsianya terbongkar! Akhirnya, segunung kebaikan Zarif limpahkan membuka mata hati Dya bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya.
Namun, sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus menghantuinya?
Review:
Karya kedua Hani Fazuha masih mengekalkan tema kahwin paksa seperti novel pertama MB.
Dya bagaikan anak yatim piatu walaupun dia masih mempunyai ayah ibu, kakak dan abang. Namun kerana enggannya Dya menurut segala perintah ayah dia menjadi anak terbuang dan ayahnya juga seperti tidak pernah mengiktiraf dia sebagai anak sendiri.
Dya sentiasa tertanya-tanya sendiri, kenapa dia dilayan seperti anak tiri? Kenapa yang buruk itu semuanya dia? Kenapa ayah terlalu membencinya?
Peristiwa dinodai sejak kecil juga menjadikan dia seorang yang pendendam. Namun status diri pada keluarga membuatkan Dya takut untuk membongkar rahsia itu. Abang Ari terus menjadikan Dya tempat memuaskan nafsu walaupun Dya sudah bergelar isteri.
Kerana tersilap sedikit langkah, keluar lunch bersama Syamir telah menjadi isu apabila dia terserempak dengan Helmi, abang iparnya bersama perempuan lain. Lalu Dya dituduh sebagai perosak rumah tangga orang, sedangkan dia tidak tahu yang Syamir masih lagi 'suami orang'. Dan Dya telah dikurung di rumah kerana peristiwa itu.
Ayahnya telah membuat keputusan untuk menikahkan Dya dengan anak rakan niaganya setelah peristiwa itu. Dya terpaksa menerima setelah dipujuk ibu dan tidak mahu ibu menangis lagi kerananya.
Setelah mengetahui yang tunangnya itu, Zarif iaitu orang yang paling dia benci. Dya mengambil keputusan utk memutuskan pertunangan tersebut dan melarikan diri ke Australia. Namun peristiwa ibu jatuh tangga sekali lagi menjadi penyebab mengapa Dya terpaksa menerima Zarif walaupun lelaki itu amat dibencinya.
Kegilaan Abang Ari makin menyulitkan keadaan dan segala kebaikan Zarif juga membuatkan Dya makin tertekan. Zarif terlalu baik terhadapnya namun Dya menjadi takut apabila Zarif menuntut haknya sebagai suami.
Apabila Dya disahkan hamil tapi bukan anaknya, Zarif memang marah gila dan dia suspect Syamir ayah kepada anak yg dikandung Dya. Opppsss, tapi last2 macam senang la pulak dia terima Dya selepas tahu tentang hal yang sebenar tu.
Cara pengolahan plot dalam novel ini sungguh menarik walaupun macam ada sedikit yang mengganggu kerana terlalu banyak peristiwa kecelakaan yang melibatkan kemalangan jalan raya.
Penamat cerita juga menjadikan kita tertanya apa yang terjadi kepada watak2 lain dalam novel ini seperti Kak Reen, ayah Dya....pengolahan yang sedikit kurang terhadap peristiwa pembunuhan Abang Ari, apa yang terjadi kepada ayah Dya selepas anak lelaki kesayangan dibunuh dengan kejam sekali....
Namun ada kemajuan yang banyak dari Hani bagi karya yang kedua ni...
P/S: Credit to Hani utk signature dan kata2 cinta di dlm buku ini untuk Kak Chik...hehehh...macam sudah terjatuh hati dgn karektor Dr Zarif yang cukup tenang dan sangat baik...tetapi masih wujudkah lelaki sebaiknya di muka bumi ini????????
"Bila Haruan Makan Anak" itu yang aku dapat katakan bila baca novel ini.
Sanggup seorang abang merosakan masa depan adik ye sendiri.
Dya menjadi seorang fobia kepada lelaki & dia merasakan lelaki yang ada dekat dunia ni amat kejam. Malah kehidupan yang di hadapi kurangnya kasih sayang dari seorang ayah yang tidak mengakunya sebagai anak kandung. aduhaiii...
Banyak betul halangan hidup Dya ni kalau nak tahu...huhu!!!
First time baca penulisan novel yang berat, & banyak info2 di ketengahkan. Mungkin novel lama tapi bagi saya amat memuaskan. Mungkin kalau penulisan begini di ketengahkan dalam setiap novel yang di hasilkan oleh beliau pasti lagi "ummm~power"
visual learner ingat rupa cover ni je tak ingat tajuk but after few days cuba meneka jumpa pon. out of all novel yang i baca time sekolah dulu, novel ni paling sedih. Teringat nangis humban buku sbb sedih sangat. Geram happy semua emotion ada. dah bertahun tahun, ni je novel yang i ingat jalan ceritanya sbb very painful for the female character. Glad that she found her happy ending.
a very good read, tak tau siapa beli tapi jumpa kat store rumah 😂 cute
Okay story but I just find it hard to understand why Dya really hated Zarif that much? I mean It's understandable because of what he did and in the end, she forgives but like..she forgive her brother Ari just like that. What her brother did to Dya is a lot more heavier than Zarif and the Men's in this book kinda really act shit to Dya, yes including her father. But haiyah 🗿
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ini novel pertama dari Hani Fazuha yg saya baca. Terpengaruh dgn recommendation dr para penggemar novel. Saya stalk dulu blog HF, untuk pastikan saya boleh masuk dgn gaya penulisan dia. OK, boleh masuk.
BEBUNGA KASIH
Sejujurnya, novel ni mbuatkan saya rasa seperti ditumbuk 50x bertalu2. Tak sempat nak tepis dah kena serang lagi di tempat lain. Isu2 yg ditimbulkan dlm novel ni diibaratkan bagai pukulan tu. Belum sempat resolve or reda, dah timbul isu lain. Dari awal sampai akhir cerita tak sudah2 Dya, heroin cerita ni ditimpa masalah.
Saya rasa penat dengan Dya yg asyik emo & cepat melenting. Tapi saya cuba juga mendalami perasaannya. Saya kena selalu ingatkan diri bahawa Dya ni kekurangan kasih sayang, telah dizalimi fizikal & emosi oleh keluarga, serta hatinya terluka akibat perbuatan melampau Zarif di zaman persekolahan mereka.
Berbalik kembali kepada isu2 yg ada dlm novel ni, saya rasa sumenye tak ada closure yg sebenar2nya. Semuanya berakhir dengan kemalangan kenderaan atau pun tragedi. Macam Abg Ari, mati sebelum sempat di bawa ke muka pengadilan, Konflik dgn ayah Dya plak berakhir bila Dya 2x selamatkan ayahnya dr tragedi. N isu bjanji dgn Asyikin pun tak diselesaikan dengan baik kerana Dya kemalangan kereta.
Tak ada bicara dari hati ke hati utk selesaikan masalah yg timbul. Zarif dapat tahu perkara sebenar pun setelah diceritakan oleh kawan baik Dya, tak silap 2x dalam novel ni. Naskhah ni bukan tak bagus, cuma perlu penyelesaian yg mantap oleh penulis.
Would I read her other books? Yes I would. Kerana style penulisan dia ok & saya x nak cepat sangat judge HF.
This is not bad I'd say compared to the previous 3 novels by Hani Fazuha I've read. The conflicts are meatier. Cerita mengenai Dya, a victim of incest. Sangat menyakitkan hati bila abang yang diharap menyayangi dan melindunginya berbuat nista yang sebegitu. Seorang lelaki yang saya fikir berpenyakit mental sebenarnya. Cara watak beliau ditamatkan pun berbaloi dengan kesalahannya, cuma "too late hingga hampir nak habis cerita beliau masih berleluasa dengan nafsu butanya. Watak heronya pula Zarif yang mulanya amat dibenci atas segala macam "agony" yang dihadiahkannya kepada Dya sewaktu zaman persekolahan. Teman rapat dan serumah Dya; Nyza yang "positive" sentiasa dan Anim yang ada semacam "mysterious" sikit. Watak En Nasir, boss yang terlajak baik. Ada juga Syamir yang kelihatannya "gentleman" tapi tak pula dijadikan hero dalam cerita ini, saya tersalah agak beliau yang akan jadi pengubat duka lara Dya rupanya saya silap (maklumlah sebelum baca saya langsung tak baca sinopsis kulit atau mana-mana review). All in all, siapa yang belum pernah baca karya Hani Fazuha patut cari juga buku ni .... susah amat nak jumpa sekarang.
Novel ni best.Watak hero dan heroin yg saling melengkapi. Cuma aku rasa heroin tu keraih kepala sangat kot.Lepas itu ,tak mau meluahkan apa yg menjadi rahsia dlm hidupnya.Eceh.
Watak hero ? Hmm, hero dia aku dapat bayangkan muka suci je.Perawatakan dia yang sangat tenang.Aku pon tertanyaII ada ke lelaki mcm tu sekarang yang tak suka marahII. cool memanjang ? *yg aku selalu dgr yg panas baran berlambak la kan?
Konflik cerita ni pon okay, cuma aku kurang puas hati sbb dialog antara hero dan heroin rasanya minima dlm babII meluahkan cinta mereka.Seriously.
Ending ?happy ending.
Ni bukan kritikan,ini hanyalah pendapat seorang pembaca tegar. pendapat masingII berbeza kan? ^^ So chill ;)
Sukanya zarif dgn watak mcm ni. Rasa sungguh2 jatuh cinta dgn zarif. Wujudkah lelaki mcm ni kt dunia ni ? Disebabkan bebunga kasih ni, saya jatuh cinta dgn penulisan hani fazuha
DYA dinodai oleh abangnya dalam usia yang masih mentah. Namun, dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sebagai anak kandung.
This entire review has been hidden because of spoilers.