Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee pernah Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa.
Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yang mantap sahaja untuk menjinakkannya.
Pada Zaim, Syakirin itu okey juga. Cuma hatinya sahaja belum terbuka untuk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang di hari pernikahannya dahulu.
Setebal mana tembok ego lelaki, pasti akan runtuh juga akhirnya apabila melihat haknya yang halal itu sudah indah berdiri di depan mata. Masakan dia mahu menolak. Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina mahligai bahagia bersama. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Datangnya Sofea dengan tiba-tiba mengganggu kehormanian rumah tangga yang dibina. Bila datang insan ketiga memang payah untuk meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya rasa marah bila mana haknya cuba dirampas oleh wanita lain.
Di dalam kalut dengan kehadiran Sofea, muncul pula Johan Razi, si hartawan punya harta tak habis makan menimbulkan cemburu di hati Zaim. Masakan dia tidak berperasaan begitu andai isterinya bukan main bermanis bahasa dengan duda beranak satu itu. Antara Syakirin dan Zaim, mereka saling menuduh siapa yang curang. Mereka mula mencemburui sesama sendiri. Bila sudah masing-masing 2×5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau Zaim?
Menarik. Areila tak pernah bawa kisah yang terlalu berat untuk dihadam.
*Semasa baca buku ini, teman-teman saya menyebut2 nama penulis berulang-kali. Menyeru dengan makhraj yang betul. a-rela, r-iila sambil tayang-tayang gigi, tunggu waktu berbuka puasa. ;) --- tak dak tenaga nak taip review.
Full review Syakirin dan Ahmad Zaim Hamidi berkahwin atas tiket keluarga. Persetujuan agar perkahwinan ini tidak berlaku dicapai bersama, pada saat akhir Kirin (Syakirin) berubah pandangan atas dasar ibu bapa. Zaim pula terang-terang tak mahu tapi akhirnya bersetuju juga (tak dinyatakan kenapa). Jadinya, perkahwinan mereka berlangsung begitu saja.
Selepas berkahwin, mereka sebumbung tapi kedua-duanya buat hal masing-masing. Kirin berusaha melakukan hal rumahtangga seperti seorang isteri seadanya tapi Zaim masih mengenang kekasih lama aka ex-tunang aka Sofea (Peah) yang lari pada majlis perkahwinannya 2 tahun lepas.
Kisah mereka ditambah lagi dengan Kak Nab, jiran sebelah yang kepochi yang selalu menyakitkan hati Kirin dek rancangannya menjodohkan adiknya dengan Zaim tak menjadi. Satu hari anaknya sakit dan Kak Nab minta tolong dari kedua pasangan muda ini. Sejak dari peristiwa itu hubungan mereka berdua bertambah baik. Kak Nab pula terhutang budi dan tidak bergosip lagi tentang mereka.
Saat bahagia hanya seketika. Sofea muncul semula dengan gelaran janda anak satu dalam hidup Zaim membawa kisah sedih dan tragik. Niatnya untuk membantu Sofea disalah anggap, malah perlakuannya yang mencurigakan juga boleh membuat mana-mana isteri makan hati sehingga kemuncak pertengkaran Zaim menampar Kirin dan keluar rumah. Apabila pulang barulah dia tahu yang Kirin tumpah darah dan keguguran.
Macam tragedi kan? Nope... at all. Kirin pulang semula ke rumah selepas dua minggu dan berpindah bilik. Zaim berusaha memenangi hati Kirin semula tapi bukan mudah. Dalam pada itu Kirin bertemu dengan Johan Razi aka bos Zaim secara tak sengaja. Johan Razi menumpangkan Kirin pulang ke rumah saat Zaim sibuk membantu Sofea yang kononnya sakit walhal sudah berjanji menjemput si isteri pagi itu.[macam tak serik-serik lagi, kan?]. Saat ini cemburu si suami pula mendominasi. Akan ada lagi pertengkaran yang membuat Syakirin nekad keluar dan meninggalkan Zaim. Soalnya dapatkah hubungan mereka pulih semula?
Zaim yang tak sensitif perasaan isteri. Syakirin yang keras kepala.
Kisah pasangan 2x5 ini akan berterusan membuat anda terus menyelak sampai akhir. (macam kak GA pulak ai review...hahaha *wink2x*)
---- Komen: Seperti biasa ini kisah kahwin paksa-rela lagi. But then in 2009, this is the 'in-thing' ya'know... For that, saying this book a bit childish in 2014 is forgiven right? *kelip-kelip-mata* I'm sure all hardcore Malay novel lovers had already read this one too! So...i think this is ok. Banyak babak konflik major yang disudahkan dengan sambil lewa dan beberapa babak yang mengelirukan karakter watak2nya. Keguguran bukan perkara kecil ya, itu sepatutnya jadi zuriat pertama mereka, adoyai! Tapi, disebabkan itu juga tiada adegan menangis bagai nak rak. Kirin sangat positif dengan pelbagai tagline walaupun itu sangat cliche.
ps: ada pulak selit Cu Adda yang cakap Jawa kat mak mertua Johan. kahkahkah...lawak2 ;)
Satu-satunya yang aku perasan tentang kelebihan penulis ini adalah keupayaannya dalam memanipulasikan tagline iklan sedia ada. Sungguh ia kelihatan amat menarik apabila sudah disusun menjadi ayat. Kelakar pun ada juga. Bermula daripada novelnya yang pertama dan disusuli novel terbaru ini, aku kira ia sudah jadi satu trademark untuk Areila Sahimi :)
Novel kedua kali ini mengisahkan tentang pasangan yang baru berkahwin. Oh, bukan kahwin kerana cinta ok! Tapi kerana percaturan antara dua keluarga. Ahmad Zaim [Zaim:]; trauma sebab ditinggalkan bakal isteri ketika hari perkahwinannya. Jadi sejak hari itu dia mengelak daripada menyebut hal-hal kahwin. Ibunya memang tak betah melihatkan anaknya membujang sampai ke tua. Makanya dicarikan pengganti.
Syakirin anak jiran sebelah dirisik. Haru! Mana la Zaim tak haru bila melihatkan calon pilihan ibunya. Dia tak berkenan sangat pada Syakirin tu. Tetapi apa boleh buat, kalau ibu dan ayah dan mendesak. Dia akur. Aku suka scene masa nak beli barang hantaran. Bukan main lagi si Syakirin. Habis ditarahnya Zaim. Kalau Zaim menolak dia mula ugut nak call emak Zaim, jadi nak nak tak nak dilayan juga. Beribu-ribu habis, nasib hang lah Zaim hahaha
Di awal perkahwinan mereka ni memang biasa-biasa je. Adatlah kahwin tanpa cinta jadi seorang ke hulu yang lagi seorang ke hilir. Tetapi akhirnya Zaim mengalah juga. Tak dapat nak mengelak daripada jatuh cinta pada bini sendiri. Namun sayangnya kisah cinta pasangan ini diduga. Kedatangan Sofea; bekas kekasih Zaim menyebabkan Syakirin dilanda cemburu yang maha hebat.
Sofea cuba dekat-dekat dengan Zaim. Menceritakan kisah sebenar mengapa dia lari dari hari perkahwinan mereka. Kehadiran anak Sofea pula mencuit hati Zaim. Mereka sering berhubungan dan tanpa disedari Syakirin berjaya mengintip jejak mereka. Hatinya hancur. Masakan boleh melawan kehebatan Sofea yang pernah menjadi ratu di hati Zaim. Sedangkan dia gadis yang biasa-biasa saja.
Ikutkan cemburu Syakirin itu bersebab juga lah. Yalah suami sendiri digoda bekas kekasih lama. Tetapi tahap cemburu yang melampau itu membebankan Zaim. Sudah puas dijelaskan tetapi Syakirin tetap begitu. Bermula dengan pertengkaran kecil akhirnya ia merebak menjadi besar. Kemuncaknya di malam Syakirin ditampar oleh Zaim. Adus, apalah Zaim ni! Malam itu juga Syakirin keguguran. Zaim pula hilang entah di mana.
Berita Syakirin keguguran menyentap hati Zaim. Bukan sengaja nak menampar isterinya itu tetapi dia sudah hilang sabar. Syakirin dijejaki. Kemaafan diminta. Tetapi hati Syakirin terlalu beku. Kerasnya si isteri menyebabkan hubungan mereka kembali seperti dahulu. Zaim berusaha pelbagai cara untuk memujuk Syakirin. Akan berjayakah?
Ha, kalau nak tahu Zaim ni adik Zain. Ala Zain yang dalam BPMA tu. Rindu pula dengan pasangan sejoli tu. Entah apa kisah mereka hik3 lalala5 Novel kedua menunjukkan penulis semakin matang. Plot cerita sudah semakin kemas dan tidak begitu meleret. Tahniah :)
Sebenarnya tiada apa pun yang boleh diulas mengenai buku ini sebab sudah ramai yang mengulas lebih terperinci dan dengan baik untuk buku ini. Lagipun, buku ini terbitnya sudah lama. Aku saja yang lambat membacanya.
Buku pertama penulis yang aku baca. Mungkin aku salah pilih buku dari penulis yang perlu dibaca terlebih dahulu supaya aku boleh jatuh cinta dengan tulisannya yang mungkin sudah lebih matang berbanding ini. Lagipun rakan pembaca lain ada mengatakan yang buku ini bukan karya terbaik dari penulis. Tidak apa, akan dicuba dilain hari pula.
Pada pertengahan buku aku hampir tewas.
Aku tidak kisah dengan cerita kahwin paksa-tidak rela ataupun rela atau apa pun. Sebab memang cerita-cerita sebegini yang disukai oleh para pembaca di Malaysia. Cuma aku sedikit terganggu dengan narasi penulis di dalam buku ini. Ia menggunakan person of view orang ketiga tapi membacanya kekadang seperti sedang membaca person of view orang pertama. Bercampur baur. Adakah itu bisik hati watak? Adakah itu dianggap sebagai masuk campur penulis di dalam penceritaan ini? Atau adakah cik/puan penulis cuba menganggap dirinya sebagai watak yang serba tahu dan tidak ingin membiarkan watak-watak ciptaannya berjalan sendiri untuk menceritakan kisah mereka? Maaf sebab lebih-lebih. Tapi serius saya terganggu dengan narasi sebegitu walaupun niat penulis untuk menampakkan ianya supaya kelihatan lebih sempoi.
Apa-apa pun, buku ini masih boleh dilayan. Kalian cubalah. Manatau kalian lebih menyukainya. Manatau dalam 5-10 tahun lagi buku ini akan jadi buku rare kan. Siapa tahu kan... Hihi