Berapa lama untuk kita jatuh cinta? Boleh jadi dalam tiga hari, mungkin? Berapa lama untuk kita kenal cinta? Perlukah empat bulan? Berapa lama untuk kita jatuh cinta kembali... dan kembali kepada cinta? Cukupkah setahun?
usai pembacaan, memang itu yang ku rasakan! lihat, petapa lama tertunggak untuk menghabiskan naskhah ini, lantaran terlalu dramatik plotnya!
sungguh, aku letih. for me, #LUVE begitu sempurna, seperti yang sering aku ulas, less is better.
disajikan dengan 3 cerita (im ok with that, siyes!) tapi perlukah setiap cerita ada orang ketiga, keempat blabla? menjadikan, cerita ini agak mendatar.. seawal permulaan cerita (uth & lana) ternanti2 apakah sebenarnya yang terjadi, sehingga ke akhir apabila hampir ke klimaks terus mati & digantikan pula dengan flash back cerita keri - elina! sorry to say, memang terus menjunam mood pembcaan! seperti kau berusaha gigih mendaki tangga 99, sampai ke anak tangga ke 80 kau perlu patah balik untuk mengutip barang yang tertinggal!
apa yang mengecewakan, cerita antara ketiga2 seakan2 sama, masing2 masih mencari cinta sebenar masing2 masih tak tahu apa yang mereka nak masing2 masih terpaut pada kenangan silam masing2 masih cuba menggapai sesuatu yang tak pasti yang akhirnya, merumitkan keadaan!
sebagai pembaca, aku mengharapkan kematangan uth-lana dalam perhubungan mereka kali ini, cukup2 la dengan rendah diri melampau uth! aku kecewa, kali ini tiada ayat2 berbunga dari uth, falsafah2 yang sering diutarakan seperti dalam #LUVE. sebaliknya, konflik dalaman yang tidak kesudahan! tambah mengecewakan, luahan hatu uth hanya diselitkan ditengah2 konflict bucks-vee dengan sekadar sehelai kertas! makin tidak memahami, apa konflik uth sebenarnya! sekali ok, untuk kali kedua.. sorry!
andainya dibiarkan ceritera keri-elina yang lebih mendominasi, pasti naskhah ini lebih menarik, walaupun makin banyak fairytalenya! kisah bucks pun lebih kurang.
sesuatu yang dipuji, gaya bahasa penulis memang menikat & tersusun cantik!
tapi, itulah.. seperti tajuknya, #LUVE aku mengharapkan penulis membawakan sesuatu yang berbeza dalam pencarian cinta, sekurang2nya untuk setiap cerita, bukan hanya berlegar2 dalam kisah uth-lana, keri-elina & buck-vee yang pada aku, lebih kurang sama konfliknya, lebih kurang sama dramatiknya.
143 karya Pingu Toha merupakan sekuel kepada L.U.V.E yang baru sahaja aku ulas dalam siri ulasan buku tempoh hari. 143 menyambung kisah tertangguh dari L.U.V.E, mengambilkira kisah tiga pasangan manusia dalam tiga pembahagian plot cerita yang berbeza. Kisah pertama antara Uth dan Lana, kisah kedua antara Keri dan Elina dan kisah ketiga antara Vee dan Bucks. Setahun selepas berakhirnya ketidakhabisan kisah Uth dan Lana iaitu setahun selepas L.U.V.E, Uth kini bergelar seorang novelis, penulis lirik dan entah apa lagi kerja yang dia buat (aku tidak begitu ambil pusing). Lana masih berlakon, dan masih lagi mengharapkan agar Uth akhirnya memberanikan diri untuk menyuarakan isi hatinya agar mereka akhirnya boleh bersatu.
Sekali lagi pembaca disajikan dengan kisah cinta bersegi-segi dalam 143 sehinggakan ada beberapa ketika aku mula rasa keliru (campur bosan sebab pergerakan plotnya yang agak perlahan). 143 merupakan sebuah novel tebal. 521 halaman yang sarat dengan komplikasi turun-naik emosi si Uth, Lana, Elina, Keri dan entah siapa-siapa lagi ternyata pada pendapat aku gagal mencapai ekspaktasi aku kerana pada mata aku, L.U.V.E sudah cukup bagus tetapi 143 sedikit mengecewakan. Agak meleret dan aku ternanti-nanti puncak inzal (nah, cik Zara aku sudah pandai guna perkataan itu!) namun aku dikecewakan kerana penghabisan setiap bahagian sedikit hambar.
Plot cerita terungkai dengan baik, dengan tiga susunan kisah yang berbeza tapi saling berkait. Penulis bijak mempamerkan kreativiti penyampaian cerita sebab bukan sahaja ada naratif dan lontaran dialog (oh, bagi saya dialog watak-watak dalam 143 masih lagi cheesy dan tak natural, maaf) tetapi juga lirik lagu, sajak/puisi dan juga surat-surat dan emel. Ya, dengan mengaplikasikan elemen-elemen ini, penceritaan tampak realistik dan bersahaja. Sesuatu yang pada hemat aku merupakan kekuatan sebenar penulis. Namun, aku tidak nafikan 143 agak meleret naratifnya. Ada sesetengah chapters yang aku hanya baca sekali imbas sebab pada amnya aku sudah tahu apa isi kandungannya.
143 tiada sebarang kejutan. Seperti yang aku bicarakan pada awal tadi, ia dibahagikan kepada tiga aliran kisah tiga pasangan yang berbeza (yang semuanya punya perkaitan dengan Uth) namun penyudahnya tiada apa yang menerujakan. Aku enggan menyajikan sebarang spoiler tetapi sehabis (atau menghampiri habis) satu-satu bahagian (ingat, ada tiga bahagian kesemuanya) aku akan bilang pada diri sendiri, “Ceh macam dalam drama/filem _____.”) dan bikin aku geleng kepala. Salah-satu bahagian itu mengingatkan aku pada drama berantai Dejavu Di Kinabalu (mungkin kerana drama tersebut paling terkini yang aku tonton).
Namun 143 punya kekuatan tersendiri, lebih-lebih lagi dari huraian emosi setiap watak dalam ketiga-tiga bahagian cerita. Aku paling suka bagaimana Vee dipersembahan kepada pembaca (ingat, aku seorang pembaca yang amat pentingkan character development berbanding plot asas cerita) sebab aku rasa Vee merupakan seorang wanita yang kompleks tetapi berjiwa mudah. Bagi aku, kalau ceritanya mantap sekalipun tetapi wataknya mendatar macam kertas kajang aku akan simpan novel itu dan enggan baca hingga habis (contohnya siri Twilight Saga yang aku tidak habis baca kerana jelak dengan watak Bella Swan yang pathetic nak mampus itu. Di sini, penulis, yakni saudara Pingu Toha sekali lagi menayangkan kemahiran beremosi beliau dengan cemerlang kerana watak-watak dalam 143 aku kira hidup dengan penceritaan tentang pergolakan emosi masing-masing. Cuma aku kira agak kelakar (atau mungkin kurang macho/maskulin?) apabila watak lelaki seperti Uth dan Bucks yang bercerita. Entah, rasanya bab-bab nak beremosi bagai ini wajar dibiarkan khas untuk para wanita/gadis sahaja. Ya, tak?
Apa-apapun, 143 merupakan bahan bacaan yang 'agak' santai yang menarik. Wajar dibaca oleh golongan muda atau mereka yang perasan muda (macam aku, mungkin?).
143, seperti kata blurb, adalah kisah cinta indah titipan daripada-Nya. Benar! Rasa cinta itu hadir dalam pelbagai cara, di mana jua. Bila rasa cinta mula menyapa di dada, segalanya pasti akan menjadi indah belaka. Sebaliknya cinta juga bisa merubah yang bahagia jadi derita!
143 adalah rentetan tiga cerita yang digarab indah, diadun cantik menjadikan sebuah kisah yang menarik untuk dihadam.
Cerita pertama: Cerita Cinta Biasa
Kisah tentang kesinambungan konflik hubungan Uthman Huzir (Uth) & Lana Angrainny (Lana) daripada novel L.U.V.E. Kisah bagaimana sukarnya seorang Uth untuk meluahkan rasa cintanya pada Lana. Menanti Uth meluahkan rahsia hatinya, aku bagaikan menanti jongkong emas keluar daripada mulut Uth. Payahnya Uth untuk berkata-kata, terasa bagaikan ingin aje aku hempuk-hempuk kepala si Uth! Apalah yang susahnya nak melafaz kata "I Love You Lana!" kan mudah aje tu?
Hingga akhirnya muncul orang ketiga -Haikal- yang sangat berterus terang tentang hati dan perasaannya pada Lana. Oh! tidak.... bagaimana dengan Uth?? Berputih matakah Uth untuk mendapatkan cinta Lana? Hah! yang ini kamu kena baca sendiri cari jawapannya okey!
Cerita kedua: Exs
Kisah tentang Keri & Elina. Pada sesiapa yang telah membaca L.U.V.E. pasti tahu apa makna 'Exs' ni. Pada yang belum tahu, aku rekomenkan kamu baca dulu L.U.V.E. (tapi kalau tak bacapun tak apa, tidak akan menjejaskan jalan cerita 143 ini dan tidak akan membuatkan kamu sesat jalanpun!)
Dalam 143 ini, Keri dan Elina 'dipertemukan' ketika mereka dalam penerbangan ke Kota London. Penerbangan yang membawa separuh hati mereka –Keri & Elina– yang telah retak (baca: broken heart). Keri dengan cinta yang tak kesampaian dan Elina dengan hati yang kecewa kerana cinta. Namun 8 jam penerbangan mereka, telah membibitkan rasa ‘suka’ (bukan cinta?) Keri pada Elina. Dengan lagak machonya, "Can I fall in love with you?" Keri luahkan pada Elina. Sedangkan Elina yang telah patah hatinya sukar untuk memberikan jawapan... Bagaimana kesudahannya?? baca sendiri okey! hehehe
Cerita ketiga: Merah, Biru Violet
Kisah Bucks yang jatuh cinta pada Vee (Violet) yang 5 tahun lebih tua daripadanya. Bucks yang membuka gerai burger yang diberi nama 'Burgerbucks' ala-ala Starbucks la konon-kononnya (hanya pada nama bukan penampilannya okey! hehehe)
Kisah bermula di suatu malam, ketika hujan turun membasahi bumi, Vee yang kelaparan tetapi malas nak masak (sedangkan dia chef di Cafe Marooned) dan tiada teman untuk membawanya keluar makan, jadi dia ke "Burgerbucks", memesan burger daging tambah cheese, lebihkan mayonis tapi tak mahu sayur. Si Bucks yang sudah terkena panahan si cupid jatuh suka pada Vee, membuatkan dia lupa pada pesanan Vee. Malahan dia lebihkan sayur, yang sememangnya tidak digemari oleh Vee, maka bermulalah 'perang dalam diam' antara Vee dan Bucks. Yang membuatkan Vee jadi jengkel pada Bucks. Ada sahaja yang tak kena di matanya bila melibatkan Bucks. Dan ditakdirkan mereka berjiran tetapi berlainan blok.
Di sini Rose Mawar anak cilik yang sangat 'cute', berusia 6 tahun memainkan peranan menjadi 'orang tengah'. Sebenarnya bukanlah orang tengah seperti telangkai tu, dia sekadar menjadi peneman sama ada pada Bucks mahupun Vee. Apakah kesudahan kisah Vee dan Bucks? Baca sendiri!
* * * *
Saya sebenarnya agak skeptikal dengan cerita yang bersambung ni. Entah lah, agaknya pengalaman lalu banyak mempengaruhi saya bila ingin membaca naskhah yang sudah saya tahu ada chop ‘kesinambungan daripada novel yang terdahulu’.
Pada saya, apabila sesebuah cerita/novel sudah tiba ke penghujungnya, sudah diakhiri dengan ‘noktah’ bermakna itulah penamatnya. Titik. Tidak perlu ada sambungan hanya untuk memanjangkan lagi ‘cerita hero-heroin’. Atau mencipta konflik baru semata-mata untuk jadikan ia satu naskhah ‘bersambung’. Penat tau! Lagipun kalau dah happy ending kenapa harus disambung lagi? Ini yang saya sangat-sangat tak faham.
Atau jika penulis ada niat untuk membuat sambungan tentang ‘hero-heroin’, cukup sekadar dengan membuat cameo. Itu lagi menarik pada saya. Ini sekadar pendapat saya sebagai pembaca, sama ada penulis ingin ambil peduli atau sekadar buat tidak tahu, saya tak ada halnya!
TAPI untuk 143 saya harus mengangkat bendera putih, menarik balik kata-kata saya. Saya harus beri ‘tabik spring’ pada Pingu Toha. Well Done Halim... anda telah berjaya mengatakan TIDAK BENAR pada pendapat kak wan!
Usai membaca 143 saya tersenyum puas. Walaupun 143 adalah kesinambungan daripada kisah dalam L.U.V.E. kisah Uth & Lana, tetapi Pingu Toha telah berjaya mengikat saya untuk membaca dan menikmati kesudahan kisah cinta Uth dan Lana ini hingga ke noktah terakhir.
Sebagaimana L.U.V.E. yang telah menawan seluruh rasa suka saya dengan sentuhan majis penulis bernama Pingu Toha ini, saya sekali lagi jatuh cinta dan teruja dengan idea ‘fresh’nya dalam 143 ini. 143 telah berjaya membuatkan jiwa saya kembali bagaikan jiwa anak muda-belia ahaks!
Well... saya sangat suka okey!! :))
Saya sukakan bahasa Pingu Toha. Bahasa yang biasa-biasa tapi ada warna-warninya. Bahasa yang amat mudah untuk dihadam. Bahkan Pingu juga berjaya mewarnakan setiap watak dengan adunan warna-warna merah biru menjadi warna pelangi cinta ungu (bak kata blurb), menjadikan setiap watak rekaannya penuh warna warni.
Bukan sekadar Uth, Lana, Keri, Elina, Vee & Bucks ‘pemegang’ watak utama yang menjadi tunjang kekuatan 143 tetapi saya juga harus memberi kredit untuk ‘pelakon pembantu’ seperti Lisa Seriyanti, Haikal, Abang Diktator (Director), Raden, Suraya, Dayang, Teja juga si kecil Rose Mawar yang sangat comel dan keletah (dalam bayangan saya la).
Pendek kata setiap watak yang direka memainkan peranan sama rata, menjadikan 143 sangat hidup, cantik dan sempurna (pada skala saya lah!). Menjadi pelengkap yang melengkapkan watak-watak utama. Menjadi perencah yang mencukupkan rasa pada setiap 'hidangan' yang melibatkan watak-watak utamanya.
Saya juga sukakan idea penulis menggarap 3 cerita sisipan yang saling berkait menghasilkan satu mainframe cerita yang superb!. Menatap naskhah garapan Pingu Toha kali ini, saya bagaikan dibawa 'menonton' pementasan drama (terutamanya untuk Cerita 1: Cerita Cinta Biasa). Setiap watak bagaikan hidup dilayar minda. Bergerak bagaikan sang pelakun sedang melakunkan watak-wataknya di dada kertas. Berkisah tentang perjalanan 'cinta' mereka dalam pelbagai warna.
Saya juga sukakan kulit novel 143. Comel! Secomel ceritanya kalaulah boleh saya katakan begitu. Dan tajuknya... 1 4 3. Unik bukan? Pada mulanya saya tertanya-tanya juga, apa signifikannya 1 4 3 itu? Selama saya bergelumang dengan dunia novel, mana ada tajuk novel '143'? Cuba kalian beritahu, pernah tak kalian jumpa novel yang menggunakan angka sebagai judulnya? Manalah tahu kalau saya terlepas pandang? Rasanya hanya Jemari Seni sahaja yang berani mengambil risiko menggunakan judul yang pelik-pelik tapi cute! Ops! bukan pelik tapi unik! Itu yang sebetulnya. Jadi apa maknanya 143? Jawapannya ada pada kulit novel. (homework untuk kamu)
Menatap karya Pingu kali ini, saya teringin nak rekomen pada sesiapa yang berani mencuba sesuatu benda atau membuat perkara yang baharu, yang adventure, cubalah baca 143 ini. Tak salahkan cuba? Cuma apa yang boleh saya andaikan, jika dewasa ini genre muzik indie menjadi kegilaan anak-anak muda sekarang, mungkin boleh saya labelkan karya Pingu Toha kali ini sebagai karya indie versi novel... boleh???
Mungkin sebab 143 dibaca terus selepas LUVE, jadi pembacaan menjadi sedikit lambat.
Antara ketiga-tiga kisah cinta antara Uth&Lana, Keri&Elina dan Bucks&Vee. Aku paling suka part Bucks & Vee, mungkin sebab part diorang ada Rose si kecil yang lucu dan memeriahkan suasana.
Uth&Lana : kisah cinta tarik tali golongan artis. Tapi kat sini, aku suka watak Uth dan Lana yang suka membaca buku.. Uth yang mengambil masa terlalu lama untuk meluahkan cintanya terhadap Lana. Pertama kerana Keri kawan baik sendiri mencintai Lana, dan Uth berkorban. Kedua, selepas Lana memilih Haikal. Dan akhirnya Uth diam untuk satu tempoh yang lama. Membiarkan Lana menanti Uth yang menjadi penungu.
Keri&Elina : Kedua-duanya mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Uth. Keri, sahabat baik Uth dan Elina bekas kekasih Uth. Kedua-duanya pernah kecewa dan patah hati dengan Uth, dan takdir menemukan mereka n they live happily ever after. Keri who already born with silver spoon in his mouth, end up dengan Elina, si bakal doctor.
Bucks&Vee : Kisah mereka kisah orang biasa2 saja, bukan macam kisah Uth&Lana tau Keri&Elina. Kisah seorang penjual burger dan gadis tomboy. Cerita yang lelakinya muda 5 tahun dari yang perempuan. Tapi bagi aku cerita mereka yang paling unik dan best antara ketiga-tiga cerita. Mungkin jugak sebab ada Rose yang memeriahkan suasana.
Selepas membaca ketiga-tiga cerita, I can conclude that Uth is really a lucky man. Ramai orang sayang dia dan ramai juga yang sanggup berkorban untuk dia. Dari Keri, Elina, Haikal, Vee dan Lisa..
N penutup cerita, they all live happily ever after. :-)