Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sinergi

Rate this book
Dua sahabat, Rasyid Zakwan (Asid) dan Irfan Hakimi (Irfan), belajar di University of Yarmouk, Jordan.

Ukhuwah mereka memberikan kesan kepada masyarakat sekeliling. Konflik mula timbul dengan kehadiran Sara Nasuha.

Konflik ini bukan konflik dengki-mendengki tetapi konflik untuk menjaga kelangsungan ukhuwah itu. Mereka jatuh cinta kepada Sara Nasuha, dan masing-masing tidak pernah meluahkannya.

Hinggalah satu hari, Irfan menceritakan rasa hatinya kepada Asid. Asid untuk beralah dalam senyap tetapi cintanya juga amat mendalam membuatkan dia sukar untuk kekal tenang. Lalu ukhuwah mereka berdua terganggu.

Sekumpulan pelajar bermasalah – Disaster Five – tidak senang dengan imej bersih Asid dan Irdan. Konflik dua sahabat diambil sebagai peluang keemasan bagi merosakkan ukhuwah mereka.

Kes menjadi rumit apabila muncul watak misteri di sebalik kejadian pecah rumah.

Tambahan pula Irfan terjebak dalam perangkap...

512 pages, Paperback

First published January 1, 2010

22 people are currently reading
364 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

66 books858 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
329 (67%)
4 stars
104 (21%)
3 stars
44 (9%)
2 stars
6 (1%)
1 star
5 (1%)
Displaying 1 - 30 of 44 reviews
Profile Image for Hidayah NH3 + 1.
10 reviews
July 30, 2010
Ya Allah! Kalau ada rating lebih drp 5 bintang, i'll sincerely give more than just five stars.

Kau tanya aku
Kenapa aku tidak melepaskanmu
Walau kau mencalarkan hatiku
Walau diriku kau tinggalkan beribu batu
Jawapanku hanya satu
"Sebab aku saudaramu!"
Pastinya keimanan mendahului kata-kataku
Sebelum ia ku lancarkan keluar menyentuhmu.
Semua tentang keimanan. iman...iman...iman!!
Profile Image for sooa.
60 reviews4 followers
March 14, 2025
genre; slice of life, inspirational, mystery, melodrama

tropes; friendship, dakwah, hijrah, islamic lifestyle, student uni life, a hint of romance, slow pace

apa itu sinergi?

[si.ner.gi]; konsep ukhuwwah yang dibina atas dasar iman, direka oleh Irfan Hakimi ketika di Jordan. 1+1=3. 1 adalah individu, + adalah keimanan. Dalam 3 terdapat dua 1 dan satu lagi adalah yang luar biasa, terhasil daripada hubungan dua individu yang dihubungkan kedua-dua mereka itu dengan keimanan.

Ini kisah tentang dua sahabat yang sering mengajak ke arah kebaikan; Irfan Hakimi dan Rasyid Zakwan di mana kedua-duanya merupakan siswa tahun akhir dan tiga yang menuntut ilmu di bumi Jordan. Irfan dan Asid digelar sebagai kembar Irbid kerana terkenal dengan keakraban ukhuwwah yang terjalin erat antara mereka berlandaskan keimanan.

Masya Allah buku ni🥹 sangat sangat menyentuh jiwa dan best sangatt. I just love how Irfan and Asid’s friendship works so well. Mereka bersahabat kerana Allah dan tiada sebab untuk mereka akrab. Sangat suka dengan keperibadian Irfan yang baik, peramah, sentiasa disenangi ramai dan tutur katanya yang sentiasa berhikmah. Asid pula yang lebih menceriakan suasana, sedikit clingy bila dengan Irfan dan sentiasa menjaga Irfan tak kira mereka jauh atau dekat.

Kemunculan Disaster Five yang sering menimbulkan masalah di bumi Irbid— tak terkecuali persahabatan Irfan dan Asid yang turut teruji. Tapi kepercayaan antara satu sama lain itu yang mengukuhkan ukhuwwah mereka sampai akhir. Dan secara perlahan lahan Irfan dan Asid tak pernah jemu berdakwah dan menarik satu persatu ahli Disaster Five untuk berubah.

Apa yang buat aku amazed gila dengan cerita ni, ukhuwah antara Irfan dan Asid, dan juga ahli PERMAI yang dah macam satu keluarga bangsa melayu di Jordan. Hubungan mereka yang tak pernah renggang walau diuji macam macam sekalipun. Even soal hati pun Asid pendam sendiri sebab orang yang dia suka bertunang dengan kawan baik sendiri. Sakit, tapi Asid lebih bijak untuk mengutamakan Allah dari apapun, malah masih meletakkan Irfan seorang sahabat setia yang disayanginya sepenuh hati🥹🤍

Konflik demi konflik dalam cerita ni cukup buat jiwa aku terisi dengan usaha Irfan yang tak pernah lelah mengajak manusia membuat kebaikan. Setiap bab dalam buku ni sangat penuh dengan ilmu agama dan pengajaran hidup, mengajar kita untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik. Elemen persahabatan dan misteri dalam buku ni lagi buat cerita ni jadi menarik dan suspens. Lagi kau baca, lagi nak tahu apa akan jadi. Walaupun dan pernah baca Sinergi ni terbitan yang beberapa tahun lepas, still tak expect dengan plot twistnya haha.

Sinergi adalah bacaan terbaik saya di bulan Ramadhan sesuai dengan elemen tarbiah islamiah yang terkandung dalam buku ini. Sangat sangat Ramdahan friendly reading dan bacaan yang penuh dengan pengisian ilmu agama tentang iman, persahabatan, hijrah dan akhlak yang baik. Buat kalian yang masih mencari cerita islamik dan bermanfaat, this book is for you🫶🏻

Terima kasih kepada Tuan Hilal menerbitkan semula karya ini kerana Sinergi selamanya menjadi satu nostalgia buat saya dari kisah mereka dalam Remaja Mulia, Sinergi dan sampailah ke Simfoni Cinta. Allahumma barik fiik, semoga ada rezeki dapat baca karya karya HA yang lain lagi Insha Allah.
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
February 14, 2012
Some of the words,phrases,sentences that make my heart beating fast
Qudwah qabla dakwah : tunjuk contoh sebelum menyampaikan(pg 25)

Dua orang yang bersama-sama,mampu menghasilkan sesuatu yang lebih daripada dua orang mampu lakukan,sesuatu yang luar biasa.Itulah makna sinergi.1+1=3,bukannya 2(pg 26)

"apakah kau pernah berjalan di satu tempat penuh duri,umar?"Saiyidina umar menjawab,pernah.Ka'ab bin Malik bertanya lagi:"apakh yang kau lakukan?"
"Aku singsing kainku agar tidak tercarik pada duri,kemudian aku berjalan berhati-hati agar tidak terpijak dengan man-mana duri itu."
"ketahuilah umar,bahawa itulah sebenarnya takwa."

Takwa adalah rasa berhati-hati dan takut untuk ingkar pada apa sahaja larangan Allah SWT.Duri-duri itu ibarat larangan Allah.Takwa ibarat perbuatan berhati-hati dan menyingsing kain kerana takut terpijak dan tercarik duri.(pg 47)

Nasi maqlubah,syurbah(kuah sup dn kari),laban(susu masam),salato(sayur-sayuran dicincang halus),halawiyat(kuih manisan),qahwah(kopi)

"Jangan sangka kita dinegara arab,orang semua perangainya macam malaikat.Kena ubah persepsi kita.Arab ini ada keturunan rasul-rasul,ada juga yang berketurunan Firaun.tempat kita ini,selain tempat para anbiya',juga tempat Allah turunkan pelbagai bala'"(pg 87)

"wahai orang-orang yang beriman!jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita,maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini-dengan sebab kejahilan kamu mengenainya-sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan(al-hujurat:6)

Cinta tidak salah,siapa mengharamkan cinta,dia sebenarnya mengharamkan fitrah manusia.Islam tidak turun untuk mengharamkan fitrah,Islam turun untuk mengajar manusia mengawalnya.(pg 147)

"apabila kita beriman kepada Allah,kita yakin dengan segala janjni-Nya.Kita percaya dengan semua amaranNya.Kita beriman dengan semua kekuatannya.maka,hati kita akan sensitif untuk hidup sebagai hamba-Nya dengan baik.hati kita akan peka dengan keingkaran kepadaNya>Kita akan rasa lapar dan dahaga untuk berbuat baik mengejar redhaNya.Kita akan rasa takut dan tidak selamat apabila ingkar kepadaNya.(pg 198)

Kalau kita bermula dengan niat yang betul,Iman menjadi titik permulaan kita,InsyaAllah tak akan futur di tengah jalan.kalau rasa leah,akan boleh dicas untuk bangkit.Itu beza orang berian.(pg 268)

futur atau putus asa ditengah kehebatan perjuangan itu adalah kerana silap dititik permualaan.(pg 268)

hubungan aku dengan manusia lain,itu tanggungjawab aku dengan Allah.Jadi hubungan orang lain dengan aku itu tanggungjawab dia dengan Allah>(pg 279)

Cinta itu tidak haram.Cinta adalah fitrah insan.tetapi yang menjadikan cinta itu haram adalah pengendalian insan terhadap cintanya.Bukan masalah cinta sebenarnya.tetapi masalah bagaimana kita bercinta.(pg 293)

Orang yang menjalani proses tarbiah ini,fikrah kefahaman mereka satu.wihdatul fikr>Walaupun orang berbeza,tempat berlainan,mesej yang dibawa tetap sama dan tidak berubah.(pg 293)

"keahuilah semua,pendidikan anak-anak itu bermula seawal kita mencari ibu mereka."

"Didalam hati manusia,ada kesunyian.Dan kesunyian itu tidak akandapat diisi,dihilangkan tanpa mendekati Allah SWT.Tanpa keimanan kepadaNYA"(pg 303)

"aku menyelesaikan urusanku dengan Allah,maka Allah menyelesaikan urusan aku dengan rakyatku."jawapan Umar abdul Aziz(pg 311)

Apabila Allah hendakkan kebaikan kepada seseorang,Allah akan perdalamkan kefahamannya terhadap agamaNya.(pg 315)

tarbiyah,satu proses yang kita lalui untuk diri kita agar taat kepada Allah swt dalam apa jua perkara>proses untuk pertingkatkan keimanan kita>(pg 393)

"orang beriman yang berdosa,akan melihat dosa itu seperti gunung yang menghempap.Orang yang tidak beriman,tidak kemas keimannanya,apabila berdosa,dia fikir dosa itu hanya ibarat lalat yang hinggap dihujung hidung dan boleh dikuis pergi dengan mudah(pg 410)


REVIEW FOR MYSELF:

Subhanallah,dapat merasakan akrabnya persahabatan mereka hanya kerana Allah swt.Air mata yang mengalir setipa kali mengenangkan kehidupan dan persahabatan mereka sesungguhnya memberi impak yang besar dalam diri pembaca.Pembaca masih tidak pernah menjalani atau memiliki persahabatan yang dikatakan kerana Allah kerana pembaca tidak pernah memandang persahabatan yang terjalin itu dari perspektif agama.Subhanallah,subhanallah,subhanallah.Andai diri ini layak digelar sahabat kerana iman,akan pertingkatkan amalan dan cinta ku kepada Pencipta Iman.Kepada dialah aku berserah.Moga pembaca dikurniakn persahabatan seperti itu.InsyaAllah.
Profile Image for SORA.
183 reviews6 followers
July 10, 2021
Kalau kau terjun ke neraka sekalipun, aku akan terjun juga, untuk tarik kau semula, agar kita dapat berpimpin tangan masuk ke syurga--Irfan Hakimi.

Usai membaca novel ini teringat pula bait-bait lirik lagu Carilah Aku di Neraka. Novel tentang persahabatan dan dakwah yang memberi inspirasi kepada diri.
Profile Image for Hanis Alysa.
19 reviews1 follower
April 12, 2020
1 +1 = 3. Apa itu?

Itulah sinergi. Semuanya tentang Iman, Iman, Iman! Betapa kekuatan Iman mampu mengubah segalanya. Seberat mana ujian menimpa, jika ada keimanan yang teguh, tiada apa yang mampu melawan.

Saya tak pernah membaca kisah persahabatan yang sebegitu indah, menginspirasikan, dan membina jiwa seperti kisah antara Irfan dan Asid ini. Banyak perkara yang saya belajar tentang manisnya ukhuwah, pentingnya Iman, sayangnya Allah pada pendosa yang sering bertaubat, keutamaan taqwa, dan macam-macam lagi yang berjaya mengetuk sekeping hati saya.

Saya terharu membaca bagaimana Irfan dan Asid mempercayai, menjaga dan menasihati antara satu sama lain. Mereka berdua menginspirasikan ramai orang, menyumbang tenaga dan idea untuk Islam, tidak menyisihkan pendosa, membumikan Islam dengan menunjukkan akhlak sebenar seorang Mukmin.

Dan antara perkara yang saya sedar, jika kita ada kefahaman agama, kita akan meninggalkan apa yang Allah larang. Kerana kita datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Jadi tidak patut jika hidup ini kita jalani bukan kerana Allah. Sebagai contoh mendengar lagu. Tidak salah tetapi seorang mukmin tidak mendengar lagu seperti orang lain. Perlu mendengar lagu yang bermanfaat, lirik yang baik dan tidak melalaikan. Yang penting, semua perkara mesti berkait dengan Allah.

Apa lagi yang penting, bila kita jaga hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia turut terjaga sama. Hidup mati kita kerana Allah. Tanpa Allah, kita bukan siapa-siapa.
Profile Image for Ummu Auni.
663 reviews
December 3, 2011
Kali ini sudah masuk novel ketiga Hilal Asyraf yang saya langsai pembacaannya. Mungkin kerana saya membandingkan tulisan kali ini, masih dengan tulisan pertama beliau, VT, saya tetap menganggap tulisan ini baik, walaupun mungkin tidak dapat memberi kesan terhadap saya sebagaimana VT.

Seputar kisah adalah di Jordan, tempat di mana penulis sendiri belajar. Mujur dan syukur, kali ini, banyak yang saya pelajari tentang kehidupan pelajar di Jordan. Semestinya saya merasakan ini pengalaman penulis sendiri dalam menghidupkan gerakan dakwah di sana. Ah, membacanya sekurang-kurangnya saya bersyukur, kerana novel Terasing agak banyak yang faktanya lari.

Kali ini, penulis membawa kita introspektif tentang kehidupan dua sahabat, Rasyid & Irfan yang sangat rapat sehingga kadang-kala disalah tafsir. Bagaimana pula dengan daya kekuatan ahli jemaah berjaya mendidik Disaster 5 menjadi manusia yang jauh lebih baik dari dahulu. Saya suka dengan jalan cerita dakwah, bagaimana seorang demi seorang ahli Disaster 5 terkesan pada dakwah yang dijalankan. Benar, kali ini mengukuhkan lagi, bahawa, dakwah itu bukan kerja senang dan memerlukan kesabaran untuknya.

Cuma ada kelopongan/kelemahan di dalam novel ini yang saya kira masih boleh diperbaiki:
1. Daftar isi kandungan - tiada muka surat, mungkin penerbit boleh ambil perhatian
2. Kisah Sara Nasuha - jalan cerita mengenai Sara Nasuha agak menarik, malahan kejutan muncul di penghujung cerita, cuma saya merasakan tidaklah perlu Sara Nasuha itu mempunyai kembar. Kakak ya, tapi kembar, mungkin tidak perlu.
3. Irfan & Rasyid (Asid) terlampau rapat sehingga saya sebagai seorang perempuan pun, rasa kurang senang membacanya...kerana rapatnya sehingga berpelukan, itu dan ini..Erk!
4. Kisah Ustaz Hairuddin yang menghancurkan kepercayaan Disaster 5 - ah terlampau jahat? Mustahil manusia seperti itu bertahun-tahun menjadi warden tanpa disedari memiliki dadah. Rogol? Ini pun agak pelik juga. Mungkin penulis perlu mengolah cerita kononnya Ustaz Hairuddin ni, bukannya perogol/kaki dadah, tapi mungkin jahat seperti ada sisi gelap lain (terserempak di lorong haji taib kah?). Macam tak percaya Ustaz yang jahat itu buat segalanya di kamarnya di asrama.
5. Pembalasan dendam sampai patah kaki & tangan Ustaz Hairuddin. Masya Allah, terlampau teruk sangat. Nak buat pun, janganlah over benar. Dalam fikiran saya, jahat sangat Disaster 5 ni! Lebih teruk dari binatang
6. IQ 190? Adui adui adui..sudahlah penghujung mereka yang ber'IQ' 190 ini akhirnya bukannya terlampau luar biasa. Tinggi sangat IQ Disaster 5 itu, logiknya manusia kalau pandai pun, tidak akan mencapai 190. Sedangkan IQ 140 pun sudah dikira bagus! 190? Terlampau tinggi sebenarnya
7. Secret - sehingga hendak membunuh diri, seolah tiada akal. Tidak perlu saya kira pengakhiran drastik. Mungkin cukup dia menangis teresak..
8. Tolong tolong penulis, tidak perlu menutup cerita dengan kisah 15 tahun akan datang. Cukup pengakhiran di bumi Jordan. Dari rating 4 turun 3 kerana rasa macam mimpi baca epilog.

Ops, jangan pula deter off dari membaca buku ini. Saya kira novel ini agak bagus untuk perjuanagan dakwah.
Profile Image for h.
42 reviews
February 27, 2023
“Sinergi — dua orang yang bersama-sama, mampu menghasilkan sesuatu yang lebih daripada dua orang mampu lakukan; sesuatu yang luar biasa. 1+1 = 3, bukannya 2.”

Kalau kita tengok balik, logik ke 1+1=3? Mesti tindakbalas kita akan “Eh, kau ini benda mudah pun tak boleh nak jawab betul-betul.” Ya, memang betul, 1+1=2, tetapi Irfan Hakimi menaksir bahawa 1+1=3 adalah kerana 1(dua individu) + 1 (keimanan terhadap Tuhan) = 3 (Sinergi). Maksudnya di sini, kerja keras daripada dua orang akan menghasilkan pencapaian yang luar biasa berbanding kerja keras seorang diri. Firman Allah SWT, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”(Surah al-Hujurat, 49:13) Allah sendiri menyeru kita untuk saling kenal-mengenali antara sesama manusia dan saling mengingati antara satu sama lain. Cara hidup agama Islam adalah cara hidup yang syumul, iaitu cara hidup berkelompok, bermasyarakat, berpuak—bukan cara hidup seorang diri. Kita memerlukan antara satu sama lain demi mencapai redha Allah SWT.

Apa yang aku suka dalam novel ini adalah pada bahagian apabila seseorang melakukan kesalahan, jangan sisihkan orang itu. Kadang-kadang orang itu jadi jahat sebab sorotan masa lampau yang masih membara dalam diri, maka bagi orang itu “Buat apa aku jadi baik. Orang yang itu pun jahat dengan aku. Biar aku jadi jahat juga.” Boleh dikatakan mungkin pada awalnya dia cuma mahu membalas dendam tapi lama-kelamaan sudah terbiasa melakukan kejahatan. Watak Irfan Hakimi yang senantiasa bersangka baik dan tidak lelah melakukan kebaikan dalam cerita ini akan ubah persepsi kita terhadap orang-orang yang kita kata “rosak”. Ada peribahasa yang “Jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak dihilirnya keruh juga”; apabila kita menunjukkan peribadi dan akhlak yang baik, orang pun akan turut ikut. Kalau kita biar kejahatan menyelubungi diri, maka kejahatan itu pun akan sentiasa ikut kita. Pilih nak yang mana. Juga kata Hamka (dalam buku Akhalqul Karimah), dengan berbuat baik kepada sesama manusia, kita berbuat baik kepada diri sendiri.

Kalau nak tahu dari segi plot cerita, aku boleh katakan plot cerita agak menarik. Cerita tentang persahabatan yang bersahabat kerana Allah Taala. “Uhibbuka fillah.” Juga cerita tentang pembalasan dendam kepada individu yang dikatakan mencabut nyawa orang yang tersayang. Tetapi secara keseluruhannya, cerita berkaitan keimanan seorang hamba kepada Penciptanya; bagaimana iman itu boleh mempengaruhi hidup seorang manusia; bagaimana iman itu memandu hidup seorang manusia dalam kehidupannya berhari-hari.

p/s: Not a solid 5-star, but 4.7 ⭐
Profile Image for Az Zahra  Islam.
16 reviews
October 24, 2011
I love this novel. This is an amazing novel that I ever read so far. I don't know what to write about in this review but I want you( dear readers who potential reading this novel) know that once I read it, it do touch my heart and open one's mind. Might be same like you when you read this book. A little bit about this novel it is about friendship which is 'eeman-oriented'. MashaALLAH with eeman it will create something extraordinary. Believes in ALLAH :)
3 reviews
August 9, 2011
setendah rendah ukhuwah ialah bersangka baik,Rasyid Zakwan tersilap sangka pd Irfan Hakimi kerana menyangka bahawa Irfan menyukai Sara Nasuha.rupa-rupanya Irfan menyukai kakak Sara Nasuha. selicik-licik disaster 5,ada lagi yg lebih besar dendam n kelicikannyaiaitu............ SECRET. sinergi~1+1=3
3 reviews
Read
November 17, 2010
sesetengah orang kata buku ni best, setengah lagi kata tak best.tapi setelah membacanya, saya dapati banyak nilai islam yang ada dalam buku ini tidak ada pada umat islam zaman ini. kepada yang belum membaca, DONT JUDGE A BOOK BY IT'S COVER.
Profile Image for Hidayah Bani.
58 reviews35 followers
February 7, 2011
Alhamdulillah,satu cerita yang menarik dan membina.banyak berkisarkan tentang ukhuwah dan iman,novel tarbiyah yang membina.berlatar belakangkan Jordan,tempat penulis belajar.skills yang digunakan untuk membuat tautan hati bersama2 saudara2 yang lain.
Profile Image for Mi_kan.
51 reviews1 follower
June 1, 2011
Hebat buku ni! kepimpinan, ukhwah islamiah dan methode dakwah antara perkara yang ditekankan.
apa yang terlaksana dalam buku ini adalah impian saya yang sudah lama idam-idamkan.
Moga ia menjadi realiti dalam bi'ah sekolah saya!
Profile Image for Nining Ngadimun.
23 reviews1 follower
Read
June 6, 2012
I can sense that I'm so gonna love the novel even before I started reading the first chapter. The author's humble words in the Preface touch good hearts.

Follow up: Best gilerrrrr!!! Finished reading within a week! So engaging! One of the best tarbiyah novels I ever read! Four stars.
Profile Image for Ahmad Najmi.
3 reviews
April 9, 2013
A refreshing book with the main theme of friendship and trust with the mix of jealousy, revenge and obedience to the practice of Islam. Recommend to those seeking a well-written novel on friendship. The book in Malay language though.
Profile Image for نورشزواني جوهاري.
4 reviews
June 12, 2021
Satu lagi karya penulis yang aku kagum sangat. Jalan penceritaan yang berlatarbelakangkan Jordan dan Mesir. Mengisahkan dua sahabat yang betul2 menzahirkan bahawa persahabatan itu boleh dibawa sampai ke Syurga.

Begitu aku terkesan dengan perkataan sinergi itu sendiri. 1+1 = 3. Persahabatan atas dasar keimanan kepada Allah. Sesiapa pun pasti mendambakan sahabat yang bisa berpimpinan tangan menuju Syurga.

Silap lah juga baca buku lewat sikit, kalau lah baca sebelum masuk ke alam Universiti, sudah pasti aku perjuangkan untuk juga merantau ke bumi Jordan bagi menuntut ilmu. Ingin juga merasai suasana di sana seperti yang diceritakan oleh penulis. Tetapi tidak mengapalah. Rezeki aku di tanah air sendiri 🇲🇾
Profile Image for Afifah.
96 reviews
August 14, 2020
Buku ini mengisahkan tentang persahabatan dua orang insan. Brotherhood yang sangat padu walaupun kedua-dua mereka mengambil jurusan yang berbeza. Saya dapat belajar bahawa dalam dunia ini, rujukan dan para pekerja saling memerlukan, tiada kos yang lebih superior dari kos yang lain. Ada yang mempelajari ilmu agama sedalam-dalamnya, ada juga yang menguasai ilmu sains untuk aplikasi kerja dalam masa yang sama mengamalkan ajaran agama. Kerana Islam itu syumul, menyeluruh.
Profile Image for nadiah_othman.
4 reviews
April 10, 2019
Buku pertama yang buat aku jatuh cinta dengan membaca. Buku tentang erti persahabatan. Yang mengajar kita erti cinta yang luas. Tidak sempit. Yang hanya melihat cinta antara lelaki dan wanita. Ini cinta yang membawa hamba kepada Tuhan. Menyebarkan cinta dalam keluarga dan persahabatan. 😍
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
January 28, 2021
Super awesome. Please don't judge a book by its cover please. Tersangat lah banyak ilmu dan pengisian dalam naskhah ni, yang saya percaya mampu menggetarkan jiwa anda yang membaca, seperti mana ia berjaya menggetarkan hati saya. The faith is the ultimate core. Kudos~
Profile Image for Hakimi Mustafa.
17 reviews6 followers
May 14, 2020
Kali pertama baca masa form 1 kalau tak silap. Tp bila baca kali kedua ni, feel dia lain macam. Plot cerita yang baik. Siap ada plot twist. Buku hilal asyraf ni mmg tak mengecewakan !

1 review
June 30, 2022
Plot twist dan jalan cerira yang sungguh menabjukkan!!
Profile Image for Atina.
24 reviews4 followers
June 6, 2013
'Dua orang yang bersama-sama,mampu menghasilkan sesuatu yang lebih daripada dua orang mampu lakukan,sesuatu yang luar biasa.Itulah makna sinergi.1+1=3,bukannya 2.'

Sejujurnya, saya suka kisah yang berlatar belakangkan di Jordan ni. Kisah mengenai dua orang yang bersahabat, Rasyid Zakwan dan Irfan Hakimi. Saya rasa tak perlu kot saya ulas panjang-panjang.

Banyak point yang saya dapat dalam novel Sinergi ni. Hihi. Dan yang paling terkesan pada saya ialah:

-Qudwah qabla dakwah
-"Dua orang sahabat yang bersahabat kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah dan mereka berpisah kerana Allah".

"Eh, takkan dua ja?" Oh, banyak point sebenarnya, tapi yang paling terkesan dua ni la.

Keseluruhannya, saya bagi 4.5

Profile Image for Qurratu Nabilah.
1 review
February 17, 2014
alhamdulillah saya sudah khatam novel ini 2 kali..
namun membacanya berulang kali tidak pernah membosankan.
buku ini menceritakan kisah persahabatan antara asif dan irfan yang begitu menarik..
sinergi 1+1=3 kasih sayang hanya kerana Allah mengatasi segalanya..
melalui novel ini saya juga belajar yang dugaan dalam dunia dakwah di era ini semakin mencabar dan kita sebagai para daie harus lebih bersedia dan menjadi lebih hebat berbanding musuh-musuh kita..
tambahkan ilmu dan kuasainya..mantapkan iman
Profile Image for Amiera Shahrir.
9 reviews
February 2, 2013
Alhamdulillah..It was really awesome books! Way how we can keep our ukhuwah and to care of our Imaan..
I want to make this story become real between my bestfren and I..
no so real lah.. eheh~
this book make me feel that Islam yes.. Islam is the beautiful religion..
You have to grab this book.. it is about friendship.. really meaningful..priceless..
Good job to bro hilal asyraf.. May Allah bless him :)
Profile Image for Asilah.
5 reviews1 follower
June 23, 2013
Ok dah lama nak baca buku ni.Dari 2011 lagi.Then,Alhamdulillah 2013 I've finished reading it.For me who dreams to continue my study in Jordan but my destiny is here,Malaysia.So,I enjoyed reading this book because the setting is Jordan.Ok tell about the twin girls in this book,I think it has relation with the author because his wife also has a twin.In this book the Author emphasize on 'IMAN'.How important it is for a Muslim.
Profile Image for Elfarisi.
8 reviews1 follower
October 17, 2012
" Buku ni menarik minat untuk meneruskan pengajian di bumi ardhu kinanah Jordan... Sebaik sahaja usai SPM beberapa tahun lalu mula mengintai peluang untuk meneruskan hajat utk belajar di luar negara.. Alhamdulillah niat disokong oleh ibu bapa dan kini saya sedang meneruskan pengajian saya di tahun 3 di Universiti Mutah, Jordan.."
2 reviews62 followers
July 22, 2013
sangat bermanfaat . memberi nilai motivasi agar kita sentiasa mendekatkan diri kepada tuhan pencipta sekalian alam dalam apa jua yg kita lakukan di muka bumi ini. menitik beratkan tentang nilai persahabatan yg berdasarkan nilai keimanan.
3 reviews
December 5, 2010
Sebuah buku yang penuh dengan pengajaran, sarat dengan ingatan buat kebaikan kita semua. Jalan cerita juga menarik dan membuatkan pembaca ingin mengetahui dengan lebih mendalam lagi.
Displaying 1 - 30 of 44 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.