"Kenapa kapal terbang tu terbenam dalam dinding? Pilot Cafe? Apa tempat ni?"
Cinta itu mungkin nafsu, mungkin pengorbanan, mungkin Yang Satu. Di akhir nanti yang mana akan di pilih? Di Pilot Cafe, kisah menyayat hati ini telah bermula!
Ahadiat Akashah Kairuddin Akashah or known as Ahadiat Akashah is popular novelist. The Malaysian Book of Records has recognized a local novelist with the most novel he wrote.
Lama betul ambil masa nak habiskan. Mungkin tak kena dengan selera? Atau, membaca karya ini membuatkan aku terfikir akan betapa rosaknya anak bangsa sendiri? Jadi aku makin gusar memikirkan masa depan anak sendiri.
Allahu Allah. Mudah-mudahan kita semua tidak mudah hanyut dengan godaan dunia.
(1.9 bintang) Oleh kerana hamba boleh menjadi orang yang kekurangan sabar, hamba membeli buku ini sebaik sahaja habis menonton versi filemnya yang ternyata belum habis itu. Meski secara jujur filem itu tidak akan pernah menjadi filem yang hamba gemari tetapi hamba harus puji olahannya yang buat hamba kefikiran terus tentang Maya, Ameer dan Mila.
Baiklah, tentang Pilot Cafe (versi buku) yang hamba noktahkan juga walau dalam susah payah dan bermacam alasan, hamba boleh katakan yang ia bukan untuk hamba.
Pertamanya, watak-watak utama yang tidak ‘menyuamkan hati’. Watak Maya dan ketidakmatangannya adakala sangat menjengkelkan. Ini membuat hamba ingin memberi tahniah kepada Izara Aishah kerana tidak memberi hamba perasaan itu sepanjang hamba menonton lakonannya sebagai Maya. Watak Ameer dan Khaleed pula kadang-kadang terlalu syahdu dengan ayat-ayat jiwa meleret. Watak Mila pula, sedang-sedang saja tetapi masih hamba merasa pembinaan watak ini lebih baik dari watak-watak lain.
Ada bahagian dalam buku ini yang hamba fikir tidak perlu terlalu dipanjang-panjangkan misalnya luahan patah hati Ameer yang terlalu berjela. Namun, jujur hamba suka pengakhiran buku ini kecuali kesudahan restoran Pilot Cafe itu sendiri.
Selain itu, kesalahan tatabahasa dan ejaan juga adakalanya mengganggu kelancaran membaca. Sayanglah aspek ini tidak diperbaiki memandangkan buku ini adalah buku lama yang dicetak semula. Apa pun, hamba suka sekali usaha menerbitkan buku-buku lama terutamanya yang diterbitkan sepanjang suku terakhir abad ke-20. :)
Buku ni ada lucah sikit ahh..and takde nilai kemelayuan sikit (mcm main character dia mana pernah menyesal lahirkan anak luar nikah)..tapi tak seteruk Kepada semua perempuan yang pernah ku sayangi. (Takde kat goodreads, silalah reka kalau rajin.) Hakhak.
I forgot how did I get to this book again. This is my second time reading this. I was thirteen when I first read this book, it belongs to my senior.
The biggest thing that left a strong impression in my memory is the idea of having an aeroplane as a restaurant. And I vaguely remember how the lady (Maya) rejected the guy (Ameer) who helped her and returned to the one who 'left' her (Rashid).
That's what I'm trying to find out again, the ending.
I know it portrays sensitive things that somehow exist somewhere in our community. The secret confessions on public social media pages are the proofs. But what I like about the story is how Ameer regretted his wrongdoings and tried to do the right thing because he knew how it's like to be in Maya's place. He was still haunted by his past mistakes and saw Maya as a way to redeem himself.
It is enough the other bad guy was punished.
There's one part that I don't quite agree. Ameer's mother was not solely to be blamed in his family problem. Yes, she needed to respect her husband but the husband should do his part too, not just lepak-ing at mamak store everyday, all day.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Izara Aishah lah yang menyebabkan aku baca novel ni! Entah kenapa aku minat gila dengan Izara Aishah time tu? Sampai sekarang aku masih terfikir. Terus terang aku cakap kalau kau senang terpengaruh dengan novel, jangan baca! Tapi isu-isu yang diutarakan dalam novel ni memang accurate! Novel ini pun dah diadaptasi menjadi filem jadi memang terbukti banyak yang menyukai novel ini! Kalau kat rumah aku memang novel2 begini diharamkan so nasib baik sekarang moden...so terima kasih eBook dari https://www.e-sentral.com/book/info/2... . Selamat!
Saya baca buku ni masa 2002-2003 cam tu, masa tu tak tahu pun buku ni untuk bacaan orang dewasa. Kawan baca, saya pinjam dari dia je. Novel ni untuk orang yang lebih open-minded dan menerima bahawa adanya budaya sebegini di dalam segelintir masyarakat kita, sama ada kita terima atau tak: zina sebelum nikah, pelacuran, pemerdagangan manusia untuk pelacuran, penguguran kandungan, melahirkan anak luar nikah, sbgnya. Maksud tersirat novel ini senang difahami oleh sang pembaca tanpa perlu mengkajinya. Ahadiat Akashah dan Zuraidah Othman berjaya memberi kejutan demi kejutan kepada sang pembaca sehingga ke ayat terakhir. Tahniah kepada kedua-dua penulis kerana novel ini akhirnya telah diadaptasikan kepada sebuah filem. Walaupun begitu, saya tidak akan pergi menontonnya, saya tak nak rasa kecewa sekiranya ada senario yang diubah dan tidak dimasukkan kan kedalam filem. Saya tahu, filem yg dibuat berdasarkan novel akan mempunyai beberapa perubahan untuk menjadikan filem tersebut agar lebih menarik untuk penonton. ;P
i read this book long time ago during my teens. i guess it is ok. definitely a book marketed to the teens. anyhow, i hate the ending part for both of the main character. the plot was excellent, just the ending really disappoints me.
Maya-Rashid-Ameer-Sharmila-Dr. Khaleed... One of the best written by my most favourite authors Mr. Ahadiat Akashah & Ms. Zuraidah Othman. Knowing that I grew up reading their novel. It's fantastic. Aku ni macam tak pandai rant & rage lah.
Best, memang best rupanya cerita ni, tak sangka. Lepas selesai baca, masa tu pukul 2 pagi kot, saya boleh pula google search trailers cerita Pilot Cafe on you tube. Nak tengok macam mana watak-watak dalam buku ni dihidupkan. Cool AA