Jump to ratings and reviews

Dan...Mimpi Pun Berguguran

553 pages

Published January 1, 1998

Loading...
Loading...

About the author

Liana Afiera Malik

13 books63 followers
Juliana Sukma Wati Abd Malik

http://cesb.net.my/buletin/pemergian_...

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
59 (50%)
4 stars
34 (29%)
3 stars
16 (13%)
2 stars
4 (3%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Qayiem Razali.
931 reviews89 followers
January 11, 2021
(3/2021)

Buku: Dan... Mimpi Pun Berguguran
Penulis: Liana Afiera Malik

Icha... Dia ibarat anak terbuang. Hidupnya sepi tanpa bahagia. Dia menginginkan keluarganya kembali seperti dulu. Namun, segalanya terlewat. Dia jadi nanar sendiri, sehinggalah Saiful Badar muncul membawa sinar. Dari gadis tomboy, perlahan-lahan dia menjadi gadis Melayu yang sebenar. Mengenali Saiful Badar, dia mula mengenal makna hidup yang sebetul-betulnya. Hari demi hari, rasa kasih dalam diam itu kian bercambah. Hinggalah dua hati itu terikat. Tapi... Perkahwinan mana yang tidak diuji. Rahsia demi rahsia yang terbongkar membuatkan hidup mereka makin sukar. Apakah akan ada bahagia buat Saiful dan Icha?

Novel DMPB ini membawa pembaca mengenal peri pentingnya nilai kekeluargaan dan kasih sayang dalam diri manusia terutama seorang anak. Dek kerana kasih sayang yang suram membuatkan Icha menjadi gadis liar. Disebabkan kasih sayang jugalah, Icha menerima Saiful Badar dalam hidupnya.

Plot penceritaan yang mudah menjadikan karya ini senang difahami. Permulaan sehingga pertengahan kita disajikan dengan kisah Icha mencari sinar bahagia bersama Saiful sehinggalah mereka berkahwin. Namun, saat klimaks sehingga pengakhiran, 'bertubi-tubi' penulis melakarkan kisah sehingga berjaya membuatkan air mata gugur. Ingatkan BPLB sudah cukup sedih, novel ini lagi emosi!

Walau bagaimanapun, novel ini terdapat kekurangan tersendiri. Kesalahan ejaan yang terlalu jelas membuatkan mood membaca sedikit terganggu. Saya kira ini mungkin versi cetakan semula.

Keseluruhannya, novel DMPB ini merupakan sebuah karya air mata juga sarat dengan mesej tersendiri. Berharap benar andai novel nukilan arwah Liana Afiera Malik dapat diadaptasi memandangkan cerita-cerita tulisan arwah sangat membekas dalam jiwa pembaca.

Al-fatihah buat Allahyarhamah Liana Afiera Malik.
Profile Image for Wan  Farahana.
92 reviews22 followers
January 28, 2014
Buku ni saya pernah baca lama dulu. Sejak zaman baru kenal novel. Beria-ia ke library kononnya nak membaca buku sekolah, akhirnya buku ni jugak yang dicapai untuk ditelaah.

Baru tadi, ketika berborak-borak dengan kawan, dia ada tanyakan buku ni. Eh iye la..cerita pertama yang buat saya nangis teresak-esak selepas andai itu takdirnya.

Malangnya, saya tak pernah memiliki buku ni. Cadang nak beli online, dari tadi meng'google' rupa-rupanya buku ni tak lagi di cetak. Yelah, buku memang buku lama.

Saya mula menggodek-godek tentang penulis. Liana Afiera Malik..memang buku-buku dia sangat famous satu ketika dahulu. Setanding dengan buku Ahadiat Akashah dan Kak Suraya. Bila dah mula menggoogle baru tau yang beliau telah meninggal dunia tahun 2011. Sungguh saya tak tau. Baca kisah beliau, bagaimana dia meninggal dan terasa macam kisah dan bila mimpi berguguran. *pipibasah*

Kepada sesiapa yang ada buku Liana Afiera Malik ni dan bercadang nak jual, please let me know ya. Saya berminat nak beli. Thanks

Masih dalam mood sedih :(
p.s Alfatihah buat Puan Liyana Alfiera Malik. Allahumaghfirlahu warhamhu wa'afihi wafu'anhu.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,624 reviews39 followers
February 4, 2017
Sedih. Dari awal dah tahu akan ada kematian watak utama namun mesti juga baca sampai habis. Memang menyayat perasaan. Icha anak tunggal hartawan yang bersifat tomboy berubah pabila bertemu lelaki yang dirasakan tepat sebagai imamnya. Lelaki kacukan yang begitu ampuh peribadinya walaupun Icha telah dirobek kesuciannya. Liana Afiera mengekalkan watak wanita remaja yang lincah dan nakal, lebih kurang watak adik beradik YoYo. Juga diketengahkan unsur kekeluargaan, rapat dan saling menyayangi. Memang ada konflik tetapi semuanya berubah secara natural .... selari dengan naluri insan Muslim yang lembut hati dan mudah memaafkan. Best cerita ni.
Profile Image for Novel Best.
74 reviews5 followers
May 29, 2014
Ye novel ni pd sy agak tebal sikit kot masa sy mula2 melibatkan diri dlm pembacaan novel melayu.
Sy dah lama baca novel ni tp x ngaperla review stlh 9 tahun kot.
Pada saya novel ini sgtlah bestnya kerana berlaku bencana pada si watak heroinnya. Sy kurang igt jln ceritanya sgt tp memang sedih sgt masa baca novel ni. Arwah penulis mmg pandai menghiris jiwa sy dgn cerita yg mmg superb sgt2. Air mata sy asyik meleleh disaat2 akhir cerita.
Cubalah dpt novel ini bg yg blom baca. Nescaya x rugi tau..
1 review
Read
November 25, 2020
Masih ada jual ke novel ne..yg cover depan ne..
Profile Image for Jessy.
152 reviews37 followers
July 16, 2013
Rindunya nak baca kisah Icha dan Saiful Badar ni. Buku ni saya baca around 13years ago. Antara buku yang membuatkan saya berkecimpung dalam dunia membaca novel. Masa tu, novel Melayu tak banyak macam sekarang. So, walaupun saya tak ingat sangat storyline dia, tapi feeling buku ni masih segar dalam ingatan sampai sekarang. Dan feeling itulah yang paling mahal. Mengingatkan saya kepada zaman itu 😅😅 Tapi sedih, buku ni sudah tidak dijual..
Profile Image for Aslinda Ahmad.
1 review
October 13, 2012
sebuah cerita yg sangat sangat menarik, saya ulang2 kali membacanya masih tidak jemu
Displaying 1 - 9 of 9 reviews