Jump to ratings and reviews
Rate this book

Suara Hati

Rate this book
Cinta tidak semestinya bersatu. Terperangkap dalam dilema membuatkan dia terpaksa membuat keputusan. Pilihan ibu dan ayahkah yang perlu dituruti sedangkan jauh di lubuk hati, selaut kasihnya telah tercurah pada Haris, pilihan sendiri.

Hari berganti, bulan berlalu, Haris yang dinanti menghilang tanpa khabar berita. Separuh rela, lamaran Naim terpaksa diterima.

Mereka berbahagia. Namun, sayangnya mendung menjelma. Dalam penantian menyambut kelahiran anak kedua, suami tercinta pergi selamanya.

Tika duka membadai di hati, terjadilah pertemuan tanpa diduga. Haris yang disangka telah mengalih cinta, ingin kembali dalam hidupnya semula. Sudikah dia menerima lelaki itu sedangkan luka di hati masih terasa. Dan...andai cinta pertama telah kecewakan, masih wujudkah cinta untuk kali kedua?

327 pages, Paperback

First published January 1, 2002

18 people are currently reading
262 people want to read

About the author

Anis Ayuni

15 books89 followers
Teacher, well as a popular novelist.

Anis Ayuni dilahirkan di Bentong, Pahang pada 1 April 1963. Mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya sehinggalah ke Tingkatan Enam di SMK Sulaiman, Bentong. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial dari Universiti Malaya 1986 (Pengajian Asia Tenggara). Kemudian melanjutkan pelajaran dan memperolehi ijazah Sarjana dalam bidang Perancangan dan Pentadbiran Pendidikan dari Universiti Malaya (2004).

Kini beliau memegang jawatan sebagai Penyelia Petang di SMK Seri Saujana, Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur. Ibu kepada dua orang anak lelaki ini terus aktif menulis setelah novel pertamanya, Suara Hati (2002) mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pembaca.

Dalam menghasilkan karya kreatif, beliau sedar garapan haruslah berupa gandingan antara fantasi dan realiti. Namun beliau sangat menitikberatkan logik dalam menggarap satu-satu peristiwa. Seboleh mungkin beliau cuba mengaitkannya dengan realiti yang biasa terjadi dan bukannya sekadar khayalan atau mimpi. Namun novel-novel beliau tidak lepas dari membicarakan soal cinta, sokongan ibu bapa dan keluarga serta prinsip seseorang dalam membuat keputusan. Dalam tawa, ada air mata dan sengketa. Itulah ramuan yang menyebabkan pembaca tidak jemu menatap hasil penulisan beliau.

( http://www.alaf21.com.my/penulis/?idW... )

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
125 (32%)
4 stars
133 (34%)
3 stars
100 (25%)
2 stars
23 (5%)
1 star
6 (1%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,042 reviews378 followers
May 14, 2013
Bercampur aduk perasaan N tentang kisah ini.

 photo feelings_zpsb1c2d178.gif

Love:

1. Amirul Naim.
N sangat berkenan dengan karakter dia. N suka apabila dia agak kalut ketika cuba mengurat Hani. I say he's every girl's dream guy. Dia penyabar, romantik dan bertanggungjawab. Bila N macam dah separuh jatuh cinta dengan dia, N mula rasa risau sebab N tahu dia akan mati.

 photo uglysobbing_zps1b3ca338.gif

2. Naim dan Hani.
Walaupun dia 8 tahun lebih tua daripada Hani, N rasa diorang sangat serasi sebab watak Hani sangat matang. Saat bahagia dorang memang indah. Walaupun Hani pada mulanya teragak-agak untuk menerima Naim dalam hidupnya, dia belajar mencintai Naim dan akhirnya benar-benar mencintai Naim.

Jadi bayangkanlah betapa sedihnya waktu Naim meninggal. Dahlah dia meninggal semasa tengah tidur bersebelahan. Bangun-bangun tidur jer, Hani perasan Naim sudah pergi buat selama-lamanya. Hani sukar melepaskan Naim. Bertahun-tahun selepas Naim meninggal, Hani masih bersendiri kerana tiada lelaki yang sebaik Naim.

"Teringat ketika setiap kali bergambar, Abang Naim selalu bergurau.Katanya bergambar bertiga tidak baik kerana kata orang, yang duduk di tengah-tengah akan mati dulu. Dan sebagai mengusiknya, aku sering sahaja akan mengambil tempat di tengah-tengah dan dia pula akan menarik aku duduk di sisinya. Kata Abang Naim, biarlah dia yang duduk di tengah-tengah kerana dia tidak sanggup kalau aku pergi dahulu meninggalkannya. Dan gurauan itu kebetulan pula jadi nyata."
.



3. Haris dan Hani
Pada mulanya, agak sukar N nak terima mereka berdua sebab N sangat sayangkan Naim. Tapi watak Haris makin lama makin memikat. Kesetiaan dia pada Hanis sangat menyentuh hati.

"I tak pernah minta Allah memendekkan jodoh you dengan dia, tapi I selalu berdoa agar Allah menemukan jodoh kita."


 photo feels_zps3d5fa06d.gif

Dislike:

1. Haris dan Hani
Di permulaan cerita, semasa kisah Naim dan Hani baru nak bermula, N rasa macam manyibuk jer kisah lalu dorang. Terutamanya apabila Hani asyik-asyik teringatkan dekat si Haris, walaupun sudah bersama Naim. Isy, macam tak bersyukur pun ada jugak si Hani ni! Nasib baiklah Naim understanding.

"Dan kalau takdir suatu hari nanti ada jodoh dan pertemuan, abang harap Hani terimalah dia."


Nasib baik tak berterabur hati N masa baca ayat tu...

 photo sedihangau_zpscbe57f83.gif

2. Pergaulan antara lelaki dan wanita
N perasan kebiasaannya dalam buku Anis Ayuni, pergaulan antara watak lelaki dan wanita agak 'loose' jika dibandingkan dengan cerita sesetengah penulis-penulis novel melayu yang lain. Dalam buku ini, banyak adegan Hani dan Haris berpelukan dengan erat dan juga mengucup tangan/jari. N rasa tak manis semua itu ditonjolkan dalam novel melayu kerana, let's face it, kelakuan begitu adalah haram. Tahulah dorang tu nak beromantik sebab sedang hangat bercinta dan nak melepaskan rindu. Kalau dalam novel English tu, lainlah sebab memang budaya dorang. Dorang buat lebih daripada tu pun N tak kisah and boleh layan. N yang dah biasa baca English novel yang seksi bagai pun rasa kurang senang apabila baca Malay novel yang ada adegan-adegan romantik antara pasangan yang belum berkahwin seperti ini.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
September 18, 2015
Ditulis pada 2002. Kebanyakan novel ketika itu nipis, padat dan ringkas. Begitu juga dgn SUARA HATI.

Menyelusuri musim percintaan Hani-Haris-Hani-Naim- Hani-Haris seolah-olah menonton pementasan bajet berhemah. Semuanya serba asas. Mereka betul2 menghayati peranan yg diberi tanpa perlu bantuan props yg bling bling, costume yg merelip merelap mahupun iringan muzik latar.

Straight to e point.

Mudah
Profile Image for Mazila.
106 reviews14 followers
July 27, 2021
Sebuah novel lama yg diterbitkan pd tahun 2002. Novel ni nipis je, kejap je baca dah sampai perkataan tamat. Memang novel dulu-dulu nipis, kira standard la time tu. Plot yg ringkas tp sangat menyentuh hati. Dan aku membacanya lagi sekali sbb nak tgk drama yg sedang tayang di TV. Tp mmg faham drama lain dgn novel spt yg Kak Anis beritahu di fb.

Menyelusuri kisah cinta tiga segi antara Haris-Hani-Naim. Pd awalnya terpaksa terima kenyataan yg menyayangi tak semestinya dpt memiliki. Tp jodoh dan pertemuan ditangan tuhan. Lambat atau cepat, kalau dah tertulis pasti dpt bersama jua. Walau berbagai rintangan dan halangan, takkan mampu ubah takdir yg tertulis.

Hani bercinta dgn Haris. Berjanji utk bersama selamanya. Tp percintaan mrk hny diketahui oleh rakan-rakan sekolej. Family Hani tak tahu langsung Hani dah punya kekasih hati. Berbulan-bulan Haris menyepi, langsung tak menghubungi Hani. Membuatkan Hani kecewa dgn sikap Haris. Dlm masa yg sama, emak Hani nak menjodohkannya dgn Naim, anak kpd sahabat yg dikenali sewaktu menunaikan umrah.

Akhirnya Hani menerima Naim. Mrk bertunang dan membuat persiapan perkahwinan. Hani mendpt khabar drpd Haris. Tp semua dah terlambat. Hani ttp dgn keputusannya bersama Naim. Pd awalnya aku kesian gak dgn Hani, sbb kahwin krn tak nak kecewakan mak dia. Tp dlm masa yg sama ada jugak geram time dia duk ingat Haris. Dan Naim pulak, sgt baik orangnya.

Tp aku salute dgn Haris. Lapan tahun dia masih setia pd Hani. Tak pernah sesekali melupakan cintanya pd Hani. Bila jumpa balik, Hani sudah bersendiri. Naim telah pergi mengadap illahi sewaktu Hani hamil anak kedua mrk. Sgt touching bila Naim tiada, sedih tgk Hani time tu. Hilang arah, hilang tmpt bergantung. Mencintai Hani bermakna menerima kedua-dua anaknya. Haris adalah pencinta yg setia. Dan cinta Haris tak pernah hilang disudut hati Hani.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,556 reviews41 followers
March 28, 2020
Bagi saya awalnya, rasa kasihan pada Hani, macam terpaksa kahwin "demi hormat dan sayang buat Mama dan Abah". Dia 22 tahun. Tapi Naim memang baik, berkarisma dan penyayang, juga considerate terhadap perasaan belah-bagi-dan-kerap-teringatkan-kisah-cinta-remaja-Haris, her first love. Episod selepas kematian mengejut Naim, old flame kembali bertaut dan bukan dicari oleh Hani sebenarnya. Ia juga seakan sudah ditakdirkan. Hampir saya tahan nafas kot kot Hani dan Jim yang jauh lebih muda ada apa-apa, dan timbul kan krisis dan kecewa antara keduanya Hani-Haris. ada juga part yang rasa suspense kalau Haris sebenarnya akan kahwin dengan Marlis, dan bekas ibu ayah mertua Hani pulaukan dia.
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
September 10, 2022
I remember I first read this during my school days and I had borrowed it from the state library. Not able to wait any longer, I immediately started reading at the parking lot haha.

Then, yearssss later, out of nowhere, my mind seemed to recall this particular plot and honestly I had a hard time remembering the title. It took me a few hours (or maybe days) of googling and asking around to get the answer. Then came the next challenge. No physical book is sold anymore, and it was hard to get a softcopy for free (┛◉Д◉)┛彡┻━┻

I was desperate, and that made me decide to purchase the e-book through an online platform. The feeling of rereading a physical book through phone is not the same, I must admit. There's just something missing about it, I'm sure a lot can relate to this.

Now let's talk about the book.

I will be forever in Team Naim because that guy is such a green flag! He was (and still is) one of the characters I remember close to my heart because honestly, he's realistically close to the ordinary men out there, except that now the species are facing extinction.

I enjoyed the story and I shed endless tears when my fave character was unalived. THE WRITING WAS SO HEARTBREAKING THAT I COULD FEEL IT IN MY SYSTEM T_T

Overall, it was a good read. Thank you for being a part of my youth <3
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
May 20, 2016
Preloved novel untuk dijual, siapa berminat nak beli Suara Hati, boleh PM saya ye. Harga include postage: RM9 (sm) / RM12 (ss).

Novel pertama karya Anis Ayuni yang saya beli & terus tertarik nak baca novel beliau yang lain..
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
July 5, 2018
buku yg dah berusia 16 tahun... anis ayuni merupekan salah seorang penulis yang terkenal seperti rakan seangkatannya iaitu aisya sofea damya hanna....mula mengenali beliau melalui novel kau kekasihku.

suara hati berkisarkan kehidupan hani... perhubungan antara hani dan haris yang hanya diketahui oleh rakan kolejnya. tapi entah ape punce haris diam hingga berbulan. hani menganggap bahawa haris telah memutuskan hubungan mereka.

perkenalan antara hani & naim terjadi apabila naim dan parentnya berkenalan dgn parent hani di mekah. pinangan dibuat oleh naim..dan atas dasar sayangkan mama & ayahnya, hani terima lamaran naim... kebahagiaan mereka direnggut apabila naim menghadap ilahi.

pertemuan dgn haris semula membibitkan cinta kembali.

dalam novel ni aku tabikla dkt haris.. selama 8 tahun dea setia menunggu hani. dan dea bertuah sebab hani masih cintakan dea.

tapi aku sikit geramla dekat hani ni.. yelah.. dah tau diri tu dah nak kawen sibuk dok teringat2 haris.. sampai dh kawen pon still teringat2 haris. tu perangai hani yg aku tak suke.
Profile Image for Bica Bie.
23 reviews7 followers
April 27, 2014
NOVEL : SUARA HATI

PENULIS : ANIS AYUNI

NOVEL NO : 4

REVIEW BIE

AKAN KU RAHSIAKAN RASA CINTAKU PADAMU JAUH DI LUBUK HATI…
ANDAI ADA JODOH
ANDAI PERTEMUAN ITU MILIK KITA
PASTI SUATU HARI DUA HATI AKAN MENJADI SATU
CERITA INI MENCERITAKAN TENTANG HANI YANG BERCINTA DENGAN HARIS TETAPI BERNIKAH DENGAN NAIM ATAS PILIHAN KELUARGA..
KENAPA HANI BOLEH TERIMA NAIM …BACA DALAM NOVEL ????
WALAUPUN KECEWA CINTA TIDAK KESAMPAIAN..HANI TETAP IKHLAS BERNIKAH DENGAN NAIM ..LAGIPUN CARA NAIM MEMIKAT HATI HANI PUN SWEET TAU…PERCAYA LA DENGAN MEMBACA NOVEL INI….!!!!!!
KEBAHAGIAN DAPAT DIKECAPI JUGAK WALAUPUN JODOH PILIHAN KELUARGA,KEBAHGIAN MEREKA BERTAMBAH MANIS APABILA DIKURNIA CAHAYA MATA PERTAMA…( PEREMPUAN ) DAN SEMASA HANI MENGANDUNG ANAK KEDUA ( LELAKI ) ….DUGAAN DATANG ..SEDIH MASA INI… NAIM SUAMI TERCINTA MENINGGAL DUNIA ..KEHILANGAN NAIM MEMBERI KESEDIHAN YANG SANGAT BANYAK DALAM HIDUP HANI…WALAUPUN KEHILANGAN YANG TIDAK DIJANGKA INI TERJADI, KEHIDUPAN MASIH PERLU DITERUSKAN, DUA ORANG ANAK HASIL KASIH SAYANG MEREKA PERLU DIBERI PERHATIAAN..
SEMASA HANI MULA TABAH DAN CEKAL MENERUSKAN HIDUP BERSAMA ANAK-ANAK…HARIS KEKASIH PERTAMA MUNCUL SEMULA …
CINTA PERTAMA SUKAR DILUPAKN APA LAGI JIKA CINTA SUCI..SEMASA CINTA LAMA BERMULA SEMULA,DUGAAN MENDATANG…TETAPI JIKA SUDAH JODOH PASTI BERSATU JUGAK…


KOMEN :-

NAIM SUAMI YANG SWEET ( AKU CINTA PADAMU SEHINGGA AKHIR HAYAT KU )
HARIS KEKASIH YANG SETIA ( AKU TETAP MENANTI BIAR BAGAIMANAPUN KEADAANMU LANTARAN JANJI SETIA TELAH DIPERSETUJUI)
JIKA DAH JODOH PASTI AKAN BERSATU JUGAK ..WALAUPUN BERPISAH BERJAUH BATU..

BEST BAGI SAYA TAPI TAK TAHU LA BAGI ANDA BAGAIMANA..ALMAKLUM CITARASA SAYA DAN ANDA BELUM TENTU SAMA


Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
April 20, 2012
Cerita ini seperti coretan diari. Sungguh lirih dan mendayu suara seorang wanita. Terpaksa meninggalkan kekasih hati, menyambut kasih orang yang dia tak kenal, menghadap hari-hari yang sunyi bial suami meninggal, takut dianggap mengambil hak orang lain dan lain-lain lagi.
Ia berkisahkan perjalanan hidup Hani. Mula-mula dia menjalin kasih dengan Haris, tapi dicintanya dirahsiakan kerna menunggu saat yang sesuai untuk memperkenalkan diri masing-masing kepada keluarga. Namun, Hani terpaksa menerima tunangan Naim kerana rasa hormat dan sayangnya kepada kedua orang tuanya. Naim mengasihinya dan hidup mereka bahagia bersama seorang cahaya mata, Nini. Semasa, menunggu kelahiran anak kedua mereka, Naim meninggal dunia. Ikatan keluarga masih utuh dan mereka saling membantu Hani untuk melayari hidupnya dengan anak-anaknya. Mereka berharap Hani dapat pengganti Naim. Bila Haris muncul kembali dalam hidupnya, mula-mula mereka menyokong kehadiran Haris. Anak-anaknya pun amat bahagia berada bersama Haris. Tapi sikap mereka mula berubah. Hati Hani juga penuh keraguan untuk menerima Haris dengan kedatangan Marlis. Bila Adam sakit di hospital, Haris tiap-tiap hari berada disampingnya untuk memberi semangat dan menyulam kasih yang terlerai. Hati Hani mula terbuka untuk Haris. Akhirnya, kedua mertua Hani juga merestui hubungan mereka bila mereka sedar telah terpedaya oleh Marlis. Mereka juga ingin dia bahagia.

Ia seperti coretan arwah ibu saya....
Profile Image for F. Hanim.
176 reviews
June 17, 2015
(Bacaan kali kedua selepas zaman sekolah.)

Separuh bacaan buku ini, saya berhenti sejenak. Hampir juga memuntahkan rasa keciwa dalam hati, "jangan ditanya kenapa saya tidak suka sama tokoh utama, Haris.. kerana penulis sungguh sungguh mahu menumpahkan rasa cinta pembaca kepada watak kedua, Naim!". Ketika saya (hehe) jatuh kasih sama keprihatinan Naim, tiba-tiba dia diragut pergi. Tidak dapat menerima kenyataan ini, lalu buku ini ditutup untuk satu malam.

Buku yang sarat dengan air mata, bebaur-baur perasaan ketika buku ini ditamatkan.
Profile Image for Azmir Ismail.
211 reviews
February 17, 2021
Saya dah baca novel ini sudah lama, sekitar 2005 tahun saya membelinya. Semenjak itu, beberapa kali saya khatam membaca. Novel pertama Anis Ayuni ini plotnya ringkas, tetapi yang membuatkan ia sedap dibaca adalah gaya penceritaan dan watak2 yang bermakna, terutama sekali watak2 penyokong. Cinta Haris Hani tidak semestinya bersatu tetapi bersatu akhirnya :D Saya sangat2 mengesyorkan novel ini kepada sesiapa yang tidak mengenali tulisan Anis Ayuni. Mula dari sini.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.