Kujejak kasih semalam, mengharung rindu bagai tak bermusim. Kepayahan jua ku tatang bagai segunung intan. Takdir yang datang kusisip doa, penuh reda. Kesabaran yang kupertahan bagaikan sebuah percaturan. Bukan sedikit pengorbanan ini. Melupakanmu jua adalah pengorbanan. Lalu aku kembali ke daerah sepi ini. Mencari kekuatan yang kian hilang. Namun langkahku kaku. Kiranya kau di situ... menghuni daerah sepiku.
Ma Lee Chuswan, mula mewarnai dunia penulisan novel popular sekitar pertengahan 1990-an hingga beliau ditempatkan dalam kelompok penulis bukan Melayu yang mampu menghasilkan novel yang agak bermutu.
Bermula dengan sebuah cerpen berjudul 'Begitu Suratan Takdir' yang dimuatkan di dalam majalah tahunan sekolah, MLC cuba menggilap nama sebagai seorang penulis novel santai tanahair. Pilihan MLC ialah novel popular yang mana dianggap lebih memenuhi cita rasa pelbagai golongan pembaca. Novel sulung beliau ialah novel cinta berjudul 'Putik-Putik Rindu' dan disusuli dengan novel kedua berjudul 'Gelora' pada hujung tahun 1996. Tidak pernah menghadiri sebarang bengkel atau kursus penulisan formal, MLC telah menghasilkan enam buah novel.
-petikan Hassan Omar, wartawan sastera & budaya Berita Harian, 2003.
Satu kisah yang ringkas. 2 jam saja masa saya ambil untuk habiskan bacaan.
Kisah cinta Sukma dan Daniel yang terhalang kerana perbezaan agama. Daniel Muslim dan Sukma Buddhist. Konflik berlaku apabila Sukma berkeras untuk tidak menukar agama kerana teringatkan ibu dan ayahnya.
Novelnya nipis saja. Tapi saya rasa kalau penulis bercadang untuk memanjangkan jalan cerita, mungkin kisah akan menjadi agak berat. Sebab banyak kes berat dalam ni, tapi diselesaikan oleh penulis dengan mudah.
Apapun, saya suka dengan Daniel yang tak kenal erti putus asa. Dan Sukma yang entah, mungkin comel :)
Tulisan Ma Lee chuswan .. Antara penulis kesukaan saya.. Semua buku dia mcm tak puas baca.. Dah lah buku nya nipis2.. Tapi ceritanya padat.. Seperti biasa karya dia semuanya ketegori dewasa.. Tirai Impian kisah yg terhalang kerana perbezaan agama.. Tapi kalau dah cinta tak kemanakan.. Bersatu juga cinta Daniel dan Sukma... Rindu nak baca karya Ma Lee Chuswan lagi...
Siapa tak kenal penulis "Ma Lee Chuswan". Seorang penulis bukan melayu yang hebat dalam penulisan ye. Bermula dengan novel "Selamat Tinggal Sayang" aku mengenali penulisannya.
Tirai Impian mengisahkan percintaan lelaki yg beragama Islam mencintai Wanita yang bukan beragama Islam. Penulis cuba mempertengahkan dilema yang harus di hadapi mereka dalam mengharungi cabaran tersebut.
Novel yang nipis. Sehari jeee aku dapat habiskan... he he!!
Karya pertama Ma Lee Chuswan, baca sejam. Kisah jejaka kacak lawyer berkarisma berdarah kacukan dengan gadis rupawan Siam; pertama kali juga saya baca kombinasi couple begini. Brenda merebut Daniel yang terlalu setia mencintai Sukma. Bermacam helah dibuatnya termasuk main cara kasar libatkan samseng untuk menakutkan Sukma dan upah orang perangkap Sukma hingga dia masuk lokap. Adengan Daniel berdepan dengan Pak Nadeem kat kampung untuk minta kebenaran mengahwini Sukma menarik; alangkah baik kalau kasi panjang sikit part tu.
Okay juga. Next nak baca buku MLC yang panjang sikit, hopefully akan lebih berkonflik haha.