Jump to ratings and reviews
Rate this book

Respons: Intelektual Muslim & Isu-isu Semasa

Rate this book
Sejak kebelakangan ini kedudukan agama Islam dan hak umat Islam semakin tercabar. Cabaran dan ancaman itu bukan sahaja datang daripada kalangan masyarakat Islam, tetapi juga umat Islam sendiri.

Pelbagai pandangan dan isu mengenai Islam telah diutarakan dan banyak daripadanya disampaikan dalam nada yang negatif. Tidak kurang yang berupa provokasi bertujuan memburuk-burukkan Islam dan memberi gambaran yang salah kepada masyarakat bukan Islam.

Buku ini berusaha memberi respons terhadap isu-isu itu dan menjawab beberapa tuduhan yang dilepmparkan terhadap Islam daripada neraca pandangan intelektual Islam.

Kebanyakan penulis yang ditampilkan adalah daripada latar belakang dunia akademik dan merupakan golongan yang berwibawa dalam bidang masing-masing.

Persoalan yang ditampilkan cukup luas dan meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan politik, undang-undang, sosial, dakwah, sains, wanita dan hal-hal yang melibatkan survival umat serta rakyat dalam konteks negara kita.

139 pages, Paperback

First published January 1, 2006

2 people want to read

About the author

Ann Wan Seng

31 books10 followers
Ann Wann Seng atau nama Islamnya Ann Abdullah merupakan rakyat Malaysia keturunan Cina yang aktif dalam NGO dan memberi ucapan dalam pentas politik serta menulis buku.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya. Beliau juga menyandang Setiausaha Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan juga kolumnis Dewan Ekonomi yang diterbitkan oleh DBP. Beliau merupakan Penolong Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Pada 9 Ogos 2008, beliau memerima Anugerah Saudara Muslim Cemerlang 2008 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) . Anugerah disampaikan oleh Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah dalam Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Turut menerima anugerah itu ialah Toh Puan Dr. Aishah Ong.

Ann Wann Seng memeluk Islam setelah mendalami agama itu lebih 10 tahun kerana menerima bantahan keluarganya yang beragama Buddha. Kajian perbandingan agama telah dilakukan secara intensif dan mendapati ajaran Islam bersifat sejagat. Beliau telah memeluk Islam lebih 20 tahun tetapi masyarakat Melayu masih menganggapnya mualaf.

Beliau kagum dengan masyarakat Islam yang bertahan di China. Sahabat Nabi, Sa'ad ibn Abi Waqqas telah mengiIslamkan penduduk negara China sebelum Islam sampai di Asia Tenggara. Kini terdapat 136 juta penduduk yang beragama Islam di China.

Ann Wann Seng banyak sekali menulis artikel untuk majalah dan akhbar.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
1 (50%)
3 stars
1 (50%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
No one has reviewed this book yet.

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.