This is the authorized biography of Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1903-1990); it chronicles his royal ancestry, early childhood, education, inititiation into politics and culminating with his crowning achievements as the principal architect of Malaya's independence, while becoming famous as a patron of Asian football, local horseracing and traditional Malay culture.
He did what no one else could have done then; he managed to transform Malaya from colonial administration to political independence and championed a policy of tolerance, moderation and intercommunal harmony.
Tunku's political intuition won instinctive trust from people of all races and walks of life. His message went straight to the hearts of all. His candour often rankled certain quarters and occasionally caused controversies he never intended. Those who came to know him realized he harboured no malice; he only wanted the best. For these and more, the prince of the royal house of Kedah deserves a unique place in the annals of Malaysian history.
He enjoyed a unique position in Malaysia, and was held in the highest regard in Britain, the Commonwealth and the world at large. -- Queen Elizabeth II
The country has lost a premier statesman and leader. As for me, my love and respect for the late Tunku has never wavered and I greatly mourn his passing. -- Dr Mahathir Mohamad
He was a good man, shrewd in his judgement of people. He always concentrated on the essentials in a problem and often got it right.
Jika anda bertanya kepada saya,"Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang paling anda minati?",saya akan menjawab; "Bapa Kemerdekaan,Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj!"
Sebelum saya memulakan ulasan saya mengenai buku yang bertajuk Tunku, His Life And Times: The Authorized Biography Of Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj hasil tulisan Mubin Sheppard,saya ingin singkapkan sejarah ringkas antara saya dan buku ini kepada para pembaca ulasan buku saya ini. Saya membeli buku ini pada tahun 2008. Pada tahun itu,saya masih lagi seorang mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM). Tujuan utama saya membeli buku ini adalah untuk dijadikan bahan rujukan untuk membantu saya melakukan tugasan individu untuk subjek Dasar Luar Malaysia di bawah tunjuk ajar seorang pensyarah berkaliber dan paling saya minati dan hormati,iaitu Dr. K. Nadaraja. Hm...! Begitu bersemangat (atau,mungkin naif!) sekali saya ingin melakukan tugasan tersebut sehingga sanggup membeli buku ini yang berharga RM49! Hahaha...!
Buku ini sebenarnya berdasarkan buku yang bertajuk Tunku: A Pictorial Biography yang dihasilkan di dalam dua buah jilid atau volume. Memandangkan saya tidak memiliki atau tidak pernah membaca dua buah jilid buku tersebut,saya tidak dapat memastikan sama ada isi kandungan kedua-dua buah tajuk buku di atas serupa atau tidak. Namun demikian,di bahagian akhir buku ini ada menyatakan bahawa sememangnya buku yang saya ulas ini sememangnya berdasarkan buku biografi bergambar mengenai Tunku Abdul Rahman (TAR). Boleh jadi,buku ini diterbitkan untuk mewujudkan sebuah versi buku yang lebih murah dan mampu dipasarkan dalam jumlah yang lebih besar dan meluas untuk tatapan para pembaca. Menarik juga didedahkan siapa penulis buku ini. Percaya atau tidak,Mubin Sheppard,yang merupakan seorang berbangsa Anglo-Irish dan dilahirkan di Britain,merupakan seorang rakyat Malaysia! Dia juga membawa gelaran Tan Sri Dato' Mubin Sheppard. Beliau merupakan salah seorang kenalan rapat TAR dan pernah menjadi penjawat awam yang bertanggungjawab menubuhkan Arkib Negara dan Muzium Negara ketika TAR menjadi perdana menteri. Sheppard juga menjadi penulis kepada Tunku: A Pictorial Biography.
Bagi mereka yang sudah biasa membaca buku biografi/memoir,pasti sudah umum maksud Authorized dan Official pada sesebuah buku yang bergenre sedemikian. Buku ini dihasilkan dengan kebenaran dan seliaan TAR sendiri. Ada pendapat mengatakan bahawa,buku sebegini diragui kebenaran atau 'kejujuran'nya. Hal ini kerana,isi kandungannya akan ditapis untuk memastikan imej seseorang yang menjadi subjeknya tidak tercemar. Sepanjang pembacaan saya,tidak dinafikan,terdapat unsur seperti yang saya nyatakan di atas. Tetapi,berdasarkan pembacaan saya,berani saya katakan,terdapat juga 'kejujuran' dan terdapat beberapa perkara yang didedahkan,mampu memberikan imej yang negatif kepada pembaca mengenai TAR. Sebagai contoh,melalui buku ini,TAR sendiri mengakui bahawa dia seorang yang suka meminum arak dan bertaruh lumba kuda! (Kita bersangka baik kepada beliau. Diharapkan TAR sempat bertaubat sebelum beliau meninggal dunia. Kita doakan taubatnya diterima dan diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman. Insya-Allah.)
Buku yang mempunyai ketebalan hanya 230 muka surat ini mempunyai 18 bab (tidak termasuk bahagian-bahagian di permulaan dan selepas kesemua bab). Dari kelahiran TAR,pendidikan beliau,penglibatan politik sehinggalah kepada ketika kemangkatan TAR kembali kepada Rahmatullah dibincangkan di dalam buku ini. Dari segi penyampaian,memang ringkas dan padat. Penerangannya tidak begitu 'intim',yakni,tidak begitu teliti. Sebaliknya,tahap ketelitiannya berbentuk overview. Perbincangannya tidak begitu mendalam. Namun begitu,saya juga berpandangan bahawa isi kandungan atau maklumat yang disampaikan masih lagi bersifat informatif dan boleh dibaca secara santai. Buku ini sesuai dibaca kepada mereka yang suka membaca buku yang ringkas dan tidak memeningkan kepada pembaca dengan jumlah fakta yang besar dan banyak seperti yang lazimnya terdapat di dalam banyak buku biografi/memoir. Terdapat juga beberapa gambar menghiasi kandungan buku ini untuk tatapan dan rujukan pembaca.
Buku ini amat saya sarankan untuk dibaca kepada seluruh rakyat Malaysia,terutamanya golongan muda warganya. TAR merupakan antara negarawan yang paling dihormati dan disenangi oleh hampir semua rakyat Malaysia,tanpa mengira agama dan bangsa. Beliau juga seorang pemimpin yang mahukan rakyatnya hidup di di dalam suasana harmoni dan toleransi di dalam sebuah negara yang majmuk bilangan kaumnya. Saya juga menyarankan untuk membaca buku-buku biografi lain mengenai TAR dan buku-buku yang ditulis beliau sendiri untuk menambahkan lagi pemahaman kita mengenai beliau,dari segi personaliti dan pemikirannya. Mungkin melaluinya,ada pengajaran yang kita dapat timba dan aplikasikan di dalam suasana hubungan antara kaum di Malaysia pada masa kini yang seringkali diserang oleh anasir-anasir jahat (baik dari kerajaan atau bukan kerajaan) yang cuba merosakkan keharmoniannya. Tidak menjadikan Malaysia sebagai 'Yugoslavia di Asia' merupakan tanggungjawab setiap warganegara Malaysia dan merupakan satu-satunya tribute kepada Bapa Kemerdekaan negara kita oleh generasi masa kini!
Tidak seintim A Conversation With Tunku, tetapi biografi ini menceritakan kehidupan Tunku yang lebih menyeluruh. Membaca sumbangan2 dan jasa2 yang kurang didendangkan kepada umum, menambahkan lagi kekaguman saya terhadap sosok penting negara ini. Rest in peace, Tunku.
The Tunku’s authorized biography is a nice, easy, and informational read. The country’s first Prime Minister comes off as a unique individual almost providentially placed by God to do all that he did for our country. Highly recommended for Malaysians of all ages and backgrounds who want to know more intimately, the lifestory of Bapa Kemerdekaan. Our hero.