Sakinah : Sumber Ketenangan Dan Keberkatan Dalam Hidup, merupakan sebuah buku panduan yang menerangkan dan membincangkan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan amalan kita seharian yang dianggap remeh tetapi memberi kesan yang besar terhadap akidah dan perjalanan hidup kita seharian. Terdapat banyak perkara yang boleh di ambil iktibar dalam buku ini yang menjadi sumber ketenangan dan keberkatan dalam hidup seperti bagaimana mencari yang halal, baik dan berkat, mendalami ilmu akhirat, solat : falsafah dan impaknya serta pelbagai lagi.
A. Ubaidillah Alias adalah anak kelahiran Cabang 3 Pendek, Kota Bharu. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Dewan Beta. Meneruskan pelajaran di peringkat SPM dan STAM di Maahad Tahfiz Al-Quran, Pulai Condong. Turut melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Qiraat di Darul Quran, JAKIM, Kuala Kubu Bharu. Seterusnya berjaya mendapat ijazah (Hons) dalam jurusan Usuluddin, Syukbah Tafsir di Universiti Al-Azhar Kaherah. Kini bekerja sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kelantan.