Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sweet Sour

Rate this book
A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul

“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!


B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul

“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

* * *

Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?

Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!

570 pages, Paperback

First published May 1, 2010

91 people are currently reading
890 people want to read

About the author

Nasz

5 books80 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
390 (48%)
4 stars
261 (32%)
3 stars
104 (12%)
2 stars
33 (4%)
1 star
13 (1%)
Displaying 1 - 30 of 112 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
789 reviews106 followers
June 29, 2024
29 Jun 2024

Ternampak, terambil, terbelek dan terbaca. Word by word. Memang tak tinggal satu pun. Bacaan kali kedua setelah 11 tahun. Tulisan Nasz ni macam ada magnet, dah start baca memang tak boleh berhenti sampai jumpa penamat. Dulu dengan Lazuardi pun sama. Niat nak belek-belek part favourite jer, sekali baca semua sampai habis. Padahal buku yang sepatutnya dibaca (dan dihafal sebanyak mungkin) adalah Mangir (Pramoedya), Rejab FI, Shakuntala, paling2 pun Merong Mahawangsa hahahaha. Adehhh.

Bagi adik-adik yang nak kenal hero alpha, Joe is the epitome of that. Cold-blooded, calculating. Tak perlu dialog berjela-jela. Senyum jer. Ayat pun pendek-pendek jer. Tapi his aura tu betul-betul terasa. Nasz really hit the nail described him as a COO anak Tan Sri. Rasa la macam anak orang kaya. Tak der la citer itu ini barang mewah, tapi rasa macam fake dan in the cloud semata.

So maybe lepas ni nak ulang Lazuardi pula, sebab it's been a long time. Susah dah nak jumpa buku yang boleh menarik minat baca word by word sampai habis. Banyaknya baca suku, letak tepi dan cari buku lain.

Tak sabar nk tunggu buku ni versi revamp.

*********************************************************

Wow...tak sangka ada novel Melayu yang membawa tema sebegini. Kisah klise yang berjaya dibawa keluar dari kebiasaan yang mungkin akan membosankan.

Alia dan Zarul. Percintaan selama 7 tahun, dari zaman belajar hinggalah mempunyai kerjaya masing-masing, putus begitu saja bila Zarul menyerahkan sekeping kad kepada Lia. Sambil tersenyum seolah-olah tiada apa-apa! Kad undangan perkahwinan yang mana pengantin lelakinya adalah Zarul sedangkan pengantin perempuannya tertera nama gadis lain. Betapa luluhnya hati Lia saat itu.

Di kala Lia masih lagi cuba untuk menerima hakikat bahawa Zarul telah berkahwin dengan orang lain, tiba-tiba dikhabarkan bahawa Zarul datang meminang dirinya. Untuk abangnya Joe. Dalam keadaan fikiran yang masih lagi bercelaru, Lia menerima lamaran itu. Mulanya kerana ingin membuktikan pada Zarul bahawa dia juga boleh menerima orang lain dalam hidupnya, biarpun lelaki tersebut adalah abangnya sendiri. Apabila fikirannya kembali tenang sedikit, baru dia terfikir akan perbuatannya. Namun masa yang terlalu suntuk tidak membolehkan Lia mengubah keputusan itu. Rasa marahnya pada Zarul mulai hilang, malah kembali kepada sayang. Lia ingin selalu bersama Zarul, biarpun hubungan mereka nanti adalah keluarga.

Lia dan Joe. Pelbagai cerita negatif tentang diri Joe sampai ke pengetahuan Lia. Malah Joe sendiri tidak menafikannya. Namun, kerana dalam hatinya masih ada Zarul dan bukannya Joe, Lia tidak ambil kisah tentang semua itu.

Joe yang hidup bersamanya tidak seperti Joe yang diceritakan. Joe inu selalu sabar dengan dirinya, tidak pernah marah malah masih lagi tersenyum melayan kerenahnya yang tetap tidak dapat menerima Joe sebagai suaminya. Tapi Lia buat tak nampak semua tu, di matanya dan di hatinya masih ada Zarul. Malahan layanan Lia terhadap Zarul lebih mesra daripada suaminya. Dan Zarul juga nampaknya melayan dirinya tak ubah seperti ketika mereka bercinta dahulu, malah kadang-kadang lebih berani...

Lia tersepit di antara keduanya. Joe yang sepatutnya dicintai selayaknya seorang suami masih lagi tidak dapat diterimanya sedangkan Zarul yang sudah menjadi adik iparnya yang lebih disenangi. Sehinggalah apabila Lia diugut supaya meninggalkan Joe, barulah dia sedar rupanya Joe telah berjaya bertapak di hatinya. Lebih-lebih lagi bila Zarul tiba-tiba pergi meninggalkannya di saat dia memerlukan tempat untuk bergantung harap.

Kebahagiaan yang mereka kecapi punah bila Lia diberitahu tentang semua yang terjadi sebelum ini. Kepercayaannya terhadap Joe hilang dan diganti dengan perasaan benci. Hingga Lia sanggup untuk menuntut dirinya dilepaskan.

Demi kebahagiaan Lia, Joe mengalah. Lia pula yang terasa kehilangan. Ingatkan apabila dilepaskan Joe, dia boleh mendapatkan semula apa yang diidamkan bersama Zarul. Tetapi rupanya kasih sayang Joe selama ini telah berjaya menggantikan Zarul di hati Lia.

Hmmm...ruthless hero. Reformed rake makes the perfect husband. Betul-betul tak sangka ada novel melayu seperti ni (kalau english novel theme ni mmg banyak). Penulis dengan beraninya mengangkat hero yang mempunyai masa lampau yang hitam. Mabuk-mabuk. Tidur dengan perempuan. Malah bila dia dah berubah pun orang masih lagi memandang sinis. Zaman gelapnya masih diungkit-ungkit. Dia berubah kerana cintanya pada seorang perempuan. Segala yang dilakukannya pun adalah demi mendapatkan gadis yang dicintainya. Oh my!

Mulanya saya sangat kesian pada Zarul. Bukannya dia mahu meninggalkan Lia tapi dia terpaksa. Macam tak adil jer bila dia dipaksa melakukan semua tu. Tapi at last, nampak juga yang dia ni lemah pendirian. Tak boleh nak pertahankan apa yang dia sayang. Mudah mengalah hanya kerana takut untuk menanggung kesalahan.

Lia tidak dapat membuat pertimbangan yang rasional bila diasak oleh kedua lelaki itu. Zarul, lelaki yang bertakhta di hatinya selama 7 tahun. Malah masih lagi dihatinya walaupun selepas berkahwin. Rasa sayangnya yang mula wujud pada Joe dinafikan kerana cintanya pada Zarul. Kesian juga pada Lia. Menjadi taruhan dua lelaki itu walaupun dia tak tahu apa-apa. Lia juga cepat untuk menilai Joe berdasarkan kisah lampaunya. Seolah-olah tidak mahu menerima hakikat bahawa Joe benar-benar menyayanginya. Mudah saja menghukum Joe tanpa memberi peluang padanya untuk membela. Tapi...mungkin ini sifat kita. Sifat biasa manusia. Lebih mudah mempercayai cerita tanpa cuba untuk memahaminya terlebih dahulu. Terus saja menghukum tanpa memeriksa.

Awalnya cuma nak bagi 4 bintang (kesian sangat dengan si Zarul...hehe dan geram juga dengan Lia) tapi ending yang sangat menyentuh hati sehingga terasa sebak yang hampir mengeluarkan air mata berjaya menaikkan satu lagi bintang.

Perfect ending.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
September 18, 2012
SS mengisahkan tentang Alia yang kecewa apabila teman lelakinya; Zarul akan berkahwin dengan orang lain. Sungguh dia rasa perhubungan yang dibina hampir 7 tahun itu tak bermakna apa-apa langsung. Masakan Zarul boleh meninggalkan dia begitu saja? Apakah Zarul tak pernah rasa apa yang dia rasa selama ini? Benarkah dia hanya bertepuk sebelah tangan?

Alia menggagahkan dirinya untuk menghadiri majlis perkahwinan Zarul. Walaupun hatinya hancur luluh tetapi dia berlakon kuat. Di situ dia bertemu Fazrul [Joe:]; abang Zarul. Tanpa Alia ketahui dia pernah bertemu lelaki itu beberapa kali sebelum ini tetapi Alia tak dapat mengecamnya. Saat ini Alia keliru bila dia diperkenalkan sebagai ‘teman’ Joe. Sejak bila dia pernah berkawan dengan Joe?

Perkhabaran pinangan keluarga Zarul menyentap hati Alia. Mengapa perlu berkahwin dengan Joe? Namun disebabkan Zarul, Alia akur. Joe dan Alia disatukan. Gemilangnya perkahwinan yang diraikan itu tak membawa apa-apa makna. Alia umpama patung bernyawa.

Kehidupannya bersama Joe biasa-biasa saja. Joe beria menunjukkan rasa kasihnya kerana dia memang mengahwini Alia kerana rasa cinta. Sayangnya hati Alia pula sudah tepu dengan Zarul. Jadi apa pun yang dilakukan oleh Joe nampak tak kena saja di matanya. Sepanjang membaca aku tak dapat elak untuk rasa geram dengan Zarul. Geram sebab sibuk mengendeng dekat Alia sedangkan dia sudah pun berkahwin. Bengang kat Alia juga sebab masih nak melayan Zarul sedangkan Zarul tu adik iparnya kini.

Namun benteng hati Alia runtuh juga. Joe terlalu memanjakannya. Terlalu baik untuk disakiti walaupun hakikatnya masa gelap Joe dulu memang terlalu kelam. Dia belajar untuk menyintai suaminya itu kerana kejujuran Joe yang mengaku akan zaman jahiliahnya. Lagipun Alia tak dapat nak elak rasa cemburu dengan kehadiran bekas-bekas kekasih Joe yang semuanya cantik-cantik belaka.

Namun berlaku satu insiden yang membongkar siapa diri Alia sebenarnya menyebabkan rumah tangganya turut dilanda badai. Apalagi mendengar penjelasan mengapa Zarul berkahwin dengan pilihan keluarganya dulu. Semuanya terasa bagaikan mimpi. Jadi apa tindakan Alia seterusnya?

Ini juga merupakan karya online sebelum ia diterbitkan. Cerita yang digarap dengan gaya bahasa yang cukup sempoi ini memang mencuit hati. Menghiburkan. Tak percaya? Sila cari dan baca novel ini :)
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
May 8, 2014
First of All….. Hadoyaiiii…. Nak citer sket nih! Rebah bangun nak abiskan buku ni! Kenapa? Tak sedap ke? Sedaaappp…. Tapi sangat sangat sangat letih baca kisah hidup mereka bertiga ni. Sket baik le 3 je watak yang penting2. Kalau le lagi ramai, kompom ku KIV. Terima kasih le kepada mereka2 yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam melayan meroyanku mengabiskan buku ni…. Hahahaha….

3 Bintang untuk Joe Jambul sorang hajer.
1/2 bintang utk Lia.
1/2 bintang untuk endingnya yang sangat sangat sangat… alahaiiiii…. Boley tak tido malam bila kenangkan kemanisan ending cerita ini. *sigh.sambil.kelipkelip.mata*
1 bintang lagi untuk jalan ceritanya… walaupun klise tapi ada twist! Twist itulah yang telah men”twist”kan kepala hotak ku.
Untuk Zarul, TOLAK SATU BINTANG! Itu pasal jadi 4 bintang.

Okeh! The review…

Watak 1 ~ Lia:
Brutal kah? Macam tak…
Lembut kah? Pun macam tak…
Naïve kah? Sikit laaaa…
Muslimah kah? Soooo not!
Inconsiderate? Tak sedar dirik? Tak reti bersyukur? YA!!!
Haaaa nampak… ade la sikit2 marah kat situ kot?

Watak 2 ~ Zarul:
Baik kah? Booooley laaa
Penyayang kah? So – so laaa
Penyabar kah? Ehmmmm okkaaaaaay laaa….
Pelindung kah? Kadang–kadang laaaa
Harapan bangsa kah? Macam taaakkk kot….
Calon Suami Pilihan kah? Memang Tak!

Watak 3 ~ Joe:
Baik kah? Ya
Jujur kah? Ya
Penyayang kah? Ya
Penyabar kah? Ya
Pelindungkah? Ya
Calon Suami Pilihan kah? Yes! Yes! Yes!

Sebelum teruskan review, meh nak jawab soalan Kak Chik… Siapakah pilihan hati saya? Ampun mahap zahir batin, walau pun telah dicop Kak Chik, OP KOZ SAYA PILIH JOE… Ape kellassssssss ai pilih Zarul si cincin gula2 kalau boley dapat Joe si cincin 8 kali buat kenduri hokayyy…. Haaa… puas hati ai dengan comparison itu. Sesungguhnya cam langit dan bumi beza mereka 2 beradik…

Sejujurnya… dah 3,4 kali jugak saya nak KIV buku ni tapi dek kerana galakan mereka2 yang kuat membakor tu saya gagahkan jua dan kerana ending yang sangat sangat menyentuh hati itu, saya mahapkan pembakaran mereka2 yang tidak bertanggungjawab itu….

Cerita ini cantik sekali penceritaannya. Olahannya bikin saya penasaran sepanjang pembacaan. Cerita yang simple dan sweet and cliché even tapi sangat terkesan di hati. Kisah persahabatan aka teman tapi mesra tetapi terputus separuh jalan kerana silap percaturan dan kelemahan sang teruna dalam mempertahankan cintanya terhadap sang dara. Kegagalan sang dara mengawal emosi dan seterusnya membuat keputusan yang melulu sehingga ada masanya menyebabkan kegalauan di hati tapi itulah apa yang berlaku itu ada hikmahnya dan jika redha pada takdir, pasti pengakhirannya indah sekali.

Sebenarnya banyak nak stori mori pasal cerita ini disebabkan emosi yang sangat tidak stabil semasa pembacaan. Emosi disebabkan perasaan tidak puas hati terhadap perangai Joe sewaktu zaman jahiliahnya! marahkan perangai pengecut Zarul yang takut untuk mengaku salah dan hanya tahu menyesali takdir! kesalkan perangai Lia yang tidak tahu bersyukur! TAPI bila dihidangkan dengan ending manis, hilang terus gangguan emosi ku maka hilanglah amarah ku terhadap pelaku2 yang telah menyesakkan hati dan perasaanku.

MORAL OF THE STORY: Lia… dah kahwin kan? Kalau dah kawin, buatlah cara dah kawin ye. Yang gatal gedik nak kenangkan orang yang pernah bertakhta di hati awak tu buat apa? Dah la tu, yang dikenang itu suami orang plak! Apa kes?

Penutup: Sket baek dah baca Lazuardi. Kalau belum, tak tau le nak baca ke tidak. Sebabnya… Penat meroyan…. :D
Profile Image for Amal Lee.
277 reviews34 followers
July 1, 2024
My 16 y/o masa baca rasa macam wahh baiknya Joe Jambul ni sangat bersabar dengan Lia ni ehh. Tapi bila baca sekarang rupanya dedua saya tak berapa nak suka. Sorang tak sedar diri dah kahwin, sorang lagi i want it I must get it, tak kira macam mana sekalipun.

Joe ni katanya playboy (playboy & anak Tan Sri yang paling tak cakap banyak keja senyum & jawab sepatah-sepatah je) tapi amendee nak ngorat Lia tetiba jadi macam tak reti tapi dibuatnya benda merapu yang ntahapentah. Yang Lia pun dah tahu dah kahwin tu cubalah bawa insaf sikit langsung macam takda batas dengan si Zarul. Haa Zarul ni pun hmmm awal tu je kesian lepastuu eww sukahati je ehh, dasar penakut dan tak matang.

Semoga versi revamp nanti penulis lebihkan bab bahagia Lia & Joe. Sama-sama kena grovel baik Lia baik Joe sebab saya punya bengang dekat Joe dengn Lia ni sama banyak. Semoga story & characters development tu boleh berkembang lagi baik. Ending tu pun janganlah tergesa-gesa sangat. Dia macam tak feel betul, macam ehhh dah habis haha.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
September 18, 2013
Betullah kata si..... (x ingat la pulak sapa?), jodoh untuk melengkapi bukan yang berdiri sama tinggi. Dan kataku pula, bff memang x sesuai jadi teman hidup...

Begitu juga Zarul dan Lia. 7 tahun berteman musnah dalam sekelip mata. Apapun alasannya nak jadi suami kena teguh pendirian, perlu pertahankan apa yang jadi haknya. Macam Joe...bukan Zarul.

Dan pertama kali, cerita suami isteri melalui 1st person POV. Si Lia yang agak sengal, sederhana, keras hati dan kadang2 blur. Watak gadis/wanita biasa, yg kita akan jumpa di mana-mana.

Bahasanya? Secara tulus, sebelum terpikat ngan watak Lia, Zarul, Joe perit juga nak memulakan pembacaan. Agak meleret dengan ayat2 jourgan bbdk enjin. Bila watak2 dah masuk ke alam dewasa, barulah perkembangan watak ditumpukan sepenuhnya. Kadang-kadang terasa jugak.... aku baca diari ke baca novel ni???? Tapi, itulah kelainan yang memikat dalam Sweet Sour. Polosnya Lia....... (mmg 100% 1st person POV).

Plotnya? Bagi pembaca lain mungkin agak meleret, tapi bagiku plotnya dibina sekukuh mungkin. Setiap babak akan mengarah kepada babak yang lain.

Cuma (for me) pembaca harus bijak menghayati watak Joe, rasional + kejamnya setiap tindakan yang diambil untuk memenangi hati Lia. Cuba juga membayangkan apa yang Joe buat semasa:

1) Pemergian 2 hari ke Miri - babak Lia diserang Migrain dan Azrul masuk ke rumah (kan CCTV off masa tu)
2) Pelarian Lia atas desakan Shima
3) Rupa si Joe bila Lia lari untuk kali ke2 (sesuatu yang Joe takan jangka.... kan they all dah ok masa tu....)

Babak paling menyentuh rasa:

Aku terus buka pintu pagar lepas tu lari nak buka pintu. Air mata pun keluar......tak boleh tahan-tahan lagi.
"Lia." Joe ada kat sebelah rupa-rupanya. Aku tak mampu buka pintu. Rasa tangan aku dah tak berdaya lagi, seluruh tubuh aku lemah. Aku terduduk kat depan pintu sambil menangis....aku menangis dan menangis!
Lepaskan perasaan yang dah lama aku perap. Sedih untuk orang yang tak hargai aku. Aku memang bodohlah... bodoh sangat-sangat! (m/s 122).

DAN.... Sweet Sour sering ku cari bila otak sedang serabut + jiwa tengah kacau.... mcm addicted pulak dengan kesengalan si Lia!




Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
May 11, 2014
Sweet Sour

Secara Jujurnya rasa tertipu baca kisah ini,rasanya inilah kelebihan 1st POV pengetahuan pembaca amat terbatas dan perkara ini memerlukan kesabaran yg tinggi,kalau dah tak sabar tu nasiblah kan.

Kerana telah digula-gula kan oleh kawan-kawan maka awal2 dah set minda sokong Joe sahaja okey,lepas tu haizzzzzz kejamnya dunia ini,tak sanggup dah nak imbas kembali.
Tak taw ar dah maafkan Joe ke tidak.

P/S ini bukan review luahan hati je :P
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
July 27, 2019
Walaupun novel lama tapi nak review jugak aci x. Hehe..
Ok saya sangat sukaaaa buku ni walaupun dilema jugak nak suka siapa ni Zarul ke Joe??

Sebab mula2 tu memang suka dengan perwatakan Zarul ni. Humble,caring dan sweet pulak dengan orang-dia orang-dia.. Kesalahan dia satu je, tak berusaha nak pertahankan hubungan diorang. Tak berani nak buat keputusan untuk kebahagiaan sendiri. Berani bila semuanya dah terlambat..So bila baca keseluruhan novel macam kesian pun ada kat dia. Penat2 menyemai cinta 7 tahun orang lain yang menuai hasilnya..

Tapi berbalik pada konsep jodoh. Walaupun kira Joe ni macam rampas jodoh adiknya tapi hikmahnya Lia menjadi asbab untuknya berubah menjadi insan yang lebih baik..Dia pun xdela teruk selepas dia dah berubah. Menjadi suami idaman hati sampai tanpa sedar Lia dah terjatuh cinta dengan suami sendiri. Mungkin sebab Joe ni spesis hensem n kaya maka tindakannya diterima dengan lapang dada atas nama cinta. Kalau tak sebenarnya semua tindakannya tu menunjukkan dia tu seorang psiko. Kekekeke..

Lia pulak ada jugakla tak berkenan dengan tingkahnya sebagai isteri orang..walaupun dalam hati sentiasa sedar diri tu isteri Joe tapi tingkahnya sungguh berlainan. Bergurau senda dengan Zarul seperti dulu kala dan tak tegas untuk menghalang perbuatan Zarul padanya.

Tapi overall novel ni best. Rela bersengkang mata sampai 4 pagi semata-mata nak habiskan jugak 😆
Profile Image for yyyasmin.
134 reviews19 followers
September 30, 2013
Ciri-ciri novel yang bestseller:

[/] Heroin mestilah bersifat bodoh-bodoh.
[/] Hero pulak bersifat creepy/possessive terhadap heroin/stalker atas alasan sanggup berbuat apa sahaja untuk memiliki heroin.
[/] Tak boleh ada adegan lebih2 even dah kahwin. Tak boleh! Page 400 baru dibenarkan ada adegan terlampau erk.
[/] Mesti ada kehadiran orang ketiga, keempat, kelima yang ingin menghancurkan rumah tangga.
[/] Hero tak sah kalau bukan anak Dato' atau Tan Sri. Tak sah kalau tak ada 2 3 ketul rumah sekaligus.
[/] Jalan cerita yang penuh salah faham aka menyakitkan hati je!!

Ok nampak macam kutuk tapi nasib baik cerita ni best...Hahha..
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
October 20, 2024
Entahlah aku sakit hati kau tau baca novel ni. Zarul dan Lia bodoh. Joe pulak hmm. Tak tau nk terangkan mcm mana perangai dia. Aku geram dgn novel ni sampai banyak kali campak ke dinding
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
September 17, 2024
Sakit hati dengan perangai si Lia ni yang tak habis2 Zarul Zarul. Nokkks plisss move on. Tapi nak buat macam mana, dah mamat tu memang susah senang dengan dia selama beberapa tahun. Tapiiii eh entahlah!

Cara cara Joe ni nak dapatkan Lia sebenarnya agak creepy ya. Tetibe rasa annoying. Hahaha.

Yang pastinya version baru ni tak secoet macam version lama 😜

Aku tetap nak bagi 5 star sebab suka hati akulah!
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
October 23, 2022
Uishhh aje gilerrr tak stop membaca aku dari pagi. Haha. Besttt!!!
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
October 28, 2022
Suka dengan Joe Jambul. To me, Zarul tu pengecut. Kalau dia cekal, takdanya dia agreed plan joe.

F lagi suka kisah alia and joe. Best tau!
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
January 22, 2012
Firstly, hamba memang nak bagi 5 bintang sebab hamba truly really enjoy perjalanan cerita 'Masam Manis' ni. Tapi mood hamba yang tak berapa manis dan terlebih masam semasa membaca novel ni tak mengizinkan. Dan, buat pertama kalinya hamba tak tahu nak review apa yang hamba baca (x_x").

Tapi ringkasnya,
Sweet Sour berkisar tentang Alia Akma yang berteman mesra selama tujuh tahun dengan Zarul. Boleh dikatakan mereka ni memang perfect couple la (walaupun hamba tak percaya wujudnya istilah 'perfect couple' di alam luar buku, huhuhu).

Tapi, semua harapan tujuh tahun tu pecah beribu keping disebabkan abang Zarul iaitu Faizul 'Joe Jambul' yang dah berkenan dengan Alia dan berjaya menjadikan Alia isterinya dan last sekali berjaya jugak buat Alia melupakan Zarul.

Membaca novel ni membuat hamba rasa macam membaca diari kehidupan orang yang dah kahwin aje. Semuanya pasal kehidupan seharian pasangan suami isteri (Alia & Joe Jambul). Ada yang masam. Ada yang manis. Dan, part masam tu sedikit melegakan hamba yang belum kahwin ni. Hahaha.

Berbalik pada Joe Jambul, dia ni memang luluslah sebagai seorang suami yang tersangat caring tapi sayangnya sangat fail menjadi seorang abang yang baik kepada Zarul.

Dalam kes Alia, pada hamba Joe Jambul terlalu pentingkan diri sendiri. Semua kaedah yang dia gunakan untuk dapatkan Alia taktik kotor semata-mata. Kalau hamba di tempat Alia, jangan mimpi hamba nak stay dengan lelaki psycho macam ni. Suami mana yang ugut isteri sendiri macam tu sekali atas tiket cinta? (Maaf, hamba memang emo pasal ni)

Tapi bukan semua salah Joe Jambul sebab Zarul pun sebenarnya tak ada ketetapan hati. Dia terlalu takut dengan kesilapan sendiri sampai sanggup memperjudikan hidup Alia kepada abang dia. Pengecut! (Maaf, sekali lagi hamba emo)

Apa pun, tahniah Nasz, dia berjaya buat hamba ambil serius tentang perwatakan watak-watak yang dia cipta sampai hamba jadi emo tak tentu pasal. :-P
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 13, 2016
Watak Joe dalam novel ni awal-awal sangat kabur. Mungkin sebab POV pertama digunakan dari sudut Lia. Sakitnya bila orang disayang sejak zaman universiti sampai alam pekerjaan, 7 tahun (hampir sedekad) tiba-tiba buat keputusan kahwin mengejut. Sebab kecewa tak fikir panjang dia terima pinangan abang Zarul, (Faizul@Joe).

Rasa sangat dekat dengan watak Lia sebab gigih baca dari awal dia kenal Zarul sampai terkahwin dengan Joe. Pening juga baca dialog dan ayat pendek di permulaan bab, terasa macam awal-awal bab tu patut buang ketepi dan harap penulis guna kaedah flashback. Sebab kisah ini seperti bermula pada saat Zarul ajak Lia makan untuk kali terakhir sebelum Zarul buat keputusan kahwin dengan orang lain.

Tapi mulanya, aku pelik dengan respon keluarga Zarul@Joe dan Joe sendiri macam 'hilang ingatan' hubungan Zarul dengan Lia. Yela mula-mula rapat tapi tiba-tiba abang pula dapat kahwin. Aku juga keliru dengan reaksi Zarul.

Joe memang dah lama jatuh cinta pada Lia. Tapi Lia langsung tak teringat kat Joe. Sampai dia buat rancangan macam-macam untuk dapatkan Lia dalam diam. (Melakukan transformasi pada 2 tahun sebelum dia kahwin dengan Lia. Gila tak? Dari super jahil-seorang yang baik. 3 tahun sebelum itu dia dah dua kali jumpa Lia, memang Lia ada bad 1st impression kat Joe ni, patut pun dia lupa.) Lebih teruk bila dapat tahu gadis idamannya adalah awek adik sendiri.Lia sangat kelakar bila dia cuba elak dari Joe kat rumah sendiri, bila dia rampas kunci kondo Joe, ingat kunci bilik Lia. Lia jugak jujur bila bercakap dengan Jo pasal perasaannya dekat Zarul.

Wajib baca sebab kisah ni manis. Sebab Lia dan Joe. Lia panggil Joe-Joe Jambul. Dan aku dapat rasa Joe ini sangat tua pula sebab tak kenal Joe Jambul tu siapa.

~
6 reviews25 followers
September 18, 2024
Lama tunggu revamp ni keluar. Revamp kali ni lebih kemas, cantik and dapat closure yg lebih padat. Susah tau aku nak move on dgn novel ni sbb best!

Revamp yg ni lebih tebal and banyak additional scene yang tak ada dalam buku lama. And aura joe and lia lebih berbeza daripada yg sebelum ni. Kali ni aura joe lebih terserlah and more background pasal diri joe, he’s not just a businessman he is also an investment strategist. Nanti joe nilah ajar lia main saham gituu. Of course, more scene joe walaupun aku rasa mcm tak banyak sangat tambahan.

Lia pulak dalam buku ni lebih degil and more skeptical and negatif. Aku faham je kenapa lia susah gila nk lupakan zarul yelaah 8 tahun dorang teman tapi mesra. Tapi tulah, masing2 lupa diri dah kahwin. Tak jaga batas as in laws.

Bagi aku, buku ni mmg put closure daripada buku sebelum. Like, apa jadi kisah hanim-fariz, kenapa mummy tak persoal perkahwinan lia-joe. Pastu, buku ni ada add on sikit thriller. Plus, aku sangat adore ye relationship lia-hanim! Dia punya dialog yg selamber tu buat aku sengih je sepanjang masa, dua2 tingtong.

Overall, aku sangat puas hati! Cuma, part grovelling sikit. Like, aku tak nampak mcm joe bersungguh begging for forgiveness atas apa yg dia dah rancang. Mungkin part grovel ni boleh panjangkan lagi reason why he did what he did or fight for ur love gitu. Aku rasa bolehlah author buat extra scene masuk ebook nanti 😂😂
Profile Image for Hasnul Adin.
46 reviews28 followers
October 16, 2014
Selapas baca Lazuardi, aku tak sangka la pulak Sweet Sour ni akan berikan aku rasa benci yang sama.

Yang bagusnya, aku bencikan watak utama cerita ni. (sama macam dalam Lazuardi)

Seorang manusia yang tak reti nak bersyukur la senang cerita. Tak boleh nak berbaik sangka langsung ke macam mana dia ni? Kalau dah kahwin, buat gaya dah kahwin. Lagaknya innocent sangat.

Zarul - Yang kacau bini orang kenapa?

Joe - Tahap sabar bukan main lagi (macam aku je :3) *salute*

Malas nak review panjang-panjang, buat sakit hati je. Haha!

Tahniah pada penulis. Beribu tahniah.
Profile Image for Cutie_pie28.
388 reviews8 followers
September 18, 2025
At 1st cite ni tk brape nk masuk otak.. ape yg cube di sampai kan.. seriously tk tau.. tp baca je laa..

Zarul nie pengecut gile.. ko ber cinta ngn Alia.. tetibe ko kua dating, ko bgi kad kawin and act like nothing happen.. woww.. 😲

Alia ni pun perangai sama.. tk phm kenapa at 1st ko setuju dgn pinangan Joe.. pastu jdi bitter sgt ngn Joe.. time nikah lgi laaa tk bole terima sbb Alia asyik pndg Zarul.. whatt??

Alia ni still tk move on lgi dri Zarul.. still piki lgi psl Zarul.. hellooo Zarul tu yg tggl kn ko n kawin ngn ppn lain.. terpaksa ke apeee pun, ko bole ckp ngn Alia tp tak.. pastu Alia pn layan kn ajee si Zarul nie.. geramm eh baca..

Alia thu nnt kisah silam Joe nnt.. die siap bole bargain ngn Joe utk lepas kn die.. kalo tk bole terima apesal setuju kawin kn.. 🙄

Joe sentiasa amek hati Alia walau pun Alia tu layan acuh tk acuh.. kalo ade Zarul lgi laaa merenyam si Alia nie.. tp lama² si Alia ni tahu jugk batas² die ngn Zarul walau pun bile baca ade jugk Alia ni mcm mntk kene hempuk ngn kasut..

Yg si Shima ni sape pulakkk? Buat mcm² kt Hanim sdg kn die geram ngn Alia… apesal Hanim yg kene? Pastu boleee pulakk Alia ikott jee ckp Shima tu.. whatt the??? And cite psl Shima tu hilang mcm gitu jee? 🧐

Cite pasal kisah lama Zarul dan Joe di ungkit balik.. tk tau knape Zarul cite smue tu kt Alia.. mmg Alia mengamuk laa dgr kan.. die lari dri Joe nnt.. pastu kisah awal² yg sy tk brape phm ttg Nadia + Yana tu pun ade jugk..

Ermmmmmmm.. mula² agak pening .. tp ku gagah kn jugk baca sampai tamat.. ape² pun sy lgi suke cerita ttg Joe dan Alia.. despite Joe tu mcm gitu perangai nye..

242 reviews11 followers
September 24, 2018
Buku ni dah lama. Dah baca lazuardi lama dulu. Terluoa kat sweet sour. Baru ni ramai plak up sweet sour best.gigihlah cari buku ni. Alhamdulillah dpt. Baca review pembaca MCM best. Baca punya baca kurang Adam Joe jambul. Ko caras girlfriend Adik ko. Boleh dimaafkan, sbab Lia Joe jambul berubah. Org lain tak blh buat Joe berubah.hanya Lia ja.kesian kat zarul. Lambat sangat bertindak. Joe yg cepat bertindak. Putih matalah zarul. Best.kat gunung Tu twist. Nah amik, terkejut baca bila rahsia Lia Dan Joe pecah.. best. 5*.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
January 2, 2017
Lebih suka novel ni dari Lazuardi. Mula2 tu geram dgn Zarul lama2 kesian bila kebenaran terbongkar then jadi menyampah pula. He doesnt really go for what he wants..lebih mudah give up bila diugut. Dan bila apa yg berkaitan dah tak jadi penghalang lagi untuk dapatkan Lia baru dia bersemuka dgn Lia dan bongkarkan rahsia yg lama tersimpan kemas walhal orang tu dah bahagia bersama suami tercinta. Betul kata hati Lia. Pengecut!! Ya mmg betul pun..di awal cerita pun dah nampak macam tu. Boleh pula sembunyi bila terserempak dgn Su..Why not berdepan je?

Joe pula lain species. From bad boy image to dream hubby. Sangat penyabar dan penyayang. Apa lagi yg Lia nak. Kalau tak kerana si Shima ni agaknya sampai bila2 dia clueless tentang hatinya buat sang suami. Taklah clueless sangat cuma berbolak balik je.

Watak perempuan tak perlu kata lagilah..biasalah perempuankan..kekadang cakap dan buat sesuatu perkara tu tak fikir panjang..bila dah terjadi baru tersedar silapnya dimana.

Dia meminta cerai dari suaminya..kata dlm edah..tapi takde pula bukti yg ditulis kata dia telah diceraikan..yg ada cuma Joe tinggalkan dia begitu saja selepas pertengkaran. Lia sebenarnya masih tak yakin akan cinta suaminya..itu yg dia ambil tindakan tak wajar. Lagi bila dia menumpang di rumah Zarul. Alahai...no matter what still sweet ending. I like.
Profile Image for Mim.
36 reviews
July 2, 2025
My second read.

First read mungkin dah lebih 10 tahun rasanya. Pinjam library kot masa tu. kali ni kita reread version revamp. Honestlt ingat maybe dalam 40% daripada jalan ceritanya.

Dulu rasa buku ni macam alahai manisnya. Tapi sekarang terasa masamnya lebih.

Why Lia payah nau move on dengan Zarul tu. Why Joe begitu kejam dengan isteri sendiri. Why Zarul tak mempertahankan langsung hubungan 8 tahun tu.

Ye, memang aku tau semua jawapannya. Tapi macam lemah nau alasan diorang.

Tapi sebab scene manisnya bergula-gula. Ambillah 4 bintang..

p/s: patutlah ada scene x peenah ingat. Rupanya banyak juga yang ditambah waktu revamp.
Profile Image for Amer Mukhlis.
Author 4 books12 followers
July 9, 2013
A- Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul.

B- Yang pahit,masam,masin, payau itu Joe Jambul.


Terus terang, ramai yang kata novel ni sangat best. Jadi untuk mengetahui lebih lanjut saya pun mendapatkannya. Selak punya selak, boleh tahan jugalah sampai lima kali cetak. Mesti bestkan? Kalau tak, tidaklah sampai lima kali cetak.

First impression usai baca novel ni, Whooaa... best, santai dan terkesan ceritanya di hati saya. Naskah ini sangat simple dan selamba. Bagi saya naskah ini memang patut dimiliki oleh setiap peminat novel.

Lia dengan Zarul ni dah lama berkawan. Nak kata bercinta tu, entahlah. Rapat memang rapat dah rupa pasangan bercinta dah. Tapi masing-masing tak pernah pula nak meluahkan kata cinta. Mungkin mereka lebih senang menyimpan rasa hati masing-masing.

Pagi tu, Lia nak cepat sebab pagi tu dia ada exam. Jalan dahlah sesak-lambat-lambat kereta bergerak. Tapi bila dah jalan dah tak jammed, terus saja dia memecut laju. Satu hal yang terjadi yang hampir-hampir membuatkan dia eksiden. Nasib baik tak. Selamat! Naya dia kalau langgar kereta Ferrari warna merah tu.

Masuk ni, sudah dua kali dia bertemu dengan lelaki itu; taman rekreasi dan tepi jalan ni la. Tapi, sungguhlah, dia langsung tak ingat apa-apa. Tapi lelaki itu pula yang lebih-lebih ingatkan dia. Bercuti di pulau, dia terjumpa dengan lelaki itu lagi. Tapi dia tetap tak ingat apa-apa. Dan lelaki itu masih mengingatinya. Masa tu pula, atuknya pula meninggal dunia. Lelaki itulah juga yang membantu meredakan gejolak hatinya.

Tingkah laku Zarul pada hari itu sangat pelik. Dah datang pagi-pagi, ajak bersarapan. Lepas tu ajak pergi pasar. Macam-macam dia minta Lia masak untuk makan tengahari. Oleh kerana Zarul dah beria-ia, Lia turutkan juga. Zarul seharian banyak menghabiskan masa dengan Lia sehari itu.

Tup-tup...esoknya, Zarul menyerahkan sekeping kad yang elok bersampul, diserahkan kepada Lia. Dia ambil dan buka. Alangkah nak runtuhnya dunia yang dia huni ketika ini apabila dia membaca kad perkahwinan Zarul. Dia tak tahu dah nak kata apa, selain daripada ucapan tahniah. Dia tak boleh nak lebih-lebih, ada ke dia mengikat tali cinta dengan Zarul? Takda kan?
Hari yang dia lalui terasa sangat tidak bermakna. Seperti robot yang sudah dipogramkan untuk menempuh segala-galanya. Barulah dia tahu yang lelaki yang selalu dia jumpa itu adalah abang Zarul-Faizul. Dia dapat menerima yang Zarul akhirnya sudah berkahwin. Namun hatinya belum sepenuhnya mengatakan tidak.

Pinangan Joe untuk Lia membuatkan dia tercengang seketika. Dia bukannya memikirkan sama ada dia cinta atau tidak kepada Joe tu, dia memikirkan yang dia boleh dekat dengan Zarul secara tidak langsung mahu membalas dendamla... kalau Zarul boleh kahwin, dia pun boleh kahwin kan?

Tapi sudah lambat untuk dia tersedar yang perkahwinan itu bukanlah seperti main pondok-pondok. Dia mengahwini lelaki yang dia tidak cintai. Dia tetap kena teruskan semuanya kerana perkahwinannya sudah diatur. Tapi mengapa Joe begitu beria-ia mahu mengahwininya?
Nak menyesal pun dah tak berguna lagi. Menempuh alam perkahwinan dengan lelaki yang bukan dia cintai bkanlah satu hal yang membahagiakan. Kenapalah baru sekarang dia terfikir macam mana dia boleh berkahwin dengan lelaki yang belum cukup dia kenali tu?

Lia dengan Faizul selalu sahaja tidak sehaluan. Asyik bergaduh dan bertekaK sahaja. Tiada rasa cinta yang disimpan buat lelaki itu. Kata Zarul, abangnya playboy dahulu. Hidup dengan ramai wanita. Minum minuman keras dan asyik bertukar pasangan sahaja. Perempuan yang paling lama dengannya-Jackie.

Tapi Lia tak peduli pun dengan siapa Joe nak keluar pun. Macam mana hatinya nak isi dengan Joe kalau hatinya tu masih penuh dengan Zarul? Sampai bila dia boleh bertahan dengan semua ini? Sampai bila Joe mampu bertahan dengan karenah Lia yang kadang-kala mencabar naluri kelakiannya.

Dia sudah tinggalkan kehidupan hitamnya dahulu demi cintanya kepada Lia. Dia mencintai Lia. Kenapa Lia tidak pernah nampak semua itu. Berapa lama lagi dia harus bersabar. Saat cinta mulai berpuput, Lia didedahkan oleh Zarul dengan satu rahsia yang membuatkan hidupnya musnah. Kata Zarul, rahsia itu abangnya yang simpan. Tapi apakah ia sehingga sanggup Lia meminta cerai daripada Joe?

Kepada Nasz, saya amat menyukai naskahnya ini. Ternyata tidak sia-sialah saya membelinya. Bagus dan beridentiti. Mungkin bahagian-bahagian daripada naskah ini adalah kisah yang tidak mustahil pernah berlaku dalam kehidupan seharian kita. Buat Nasz, teruskan menulis! Tahniah daripada saya yang sangat berpuas hati apabila menyudahkan naskah ini pada ayat yang terakhir.
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
July 31, 2012
Tajuk buku : Sweet Sour
Penulis : Nasz
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 570 m/s


kisah sweet sour ibarat tajuknya ada masam dan manis dalam watak hero dalam cerita ni..
ibarat kata sinopsis belakang buku :

Sinopsis Kulit Buku:
A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul
“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul
“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

................................................

sweet sour -

kisahnya bermula dengan Lia dengan Zarul..
mereka suka sama suka..mereka adalah pasangan kekasih
namun sekali pandang macam kawan rapat
ber 'aku' 'kau' perkara biasa sedangakan Zarul itu senior Lia.
namun ternyata mereka berdua ada chemistry.
Zarul tahu segala-galanya mengenai Lia begitu juga Lia.

7 tahun perkenalan berkongsi rasa hati ternyata sia-sia..
pabila Zarul memberi kad kahwinnya pada Lia.

ternyata pengantin perempuannya bukan Lia..

7 tahun yang panjang berkecai dalam 5 minit..
lama Lia memendam rasa..sedih tapi tiada air mata yang keluar..
sehinggakan akhirnya majlis Zarul tiba..
Lia bagaikan baru tersedar
- "start a new life,hidup tanpa Zarul"

kemudian Lia dikejutkan dengan kedatangan mak ayah Zarul merisik Lia..
merisik Lia bukan untuk Zarul tapi untuk abang Zarul,Joe.

Joe wataknya sudah muncul lama.
dari titiwangsa ke beberapa lagi episod selepas itu,
namun Lia bagaikan tidak pernah sedar kewujudan Joe sedangkan Joe sudah ada rasa buat Lia..
bagi Joe, Lia wanita yang unik,satu-satunya wanita yang tidak endah malah tidak sedar kewujudannya.

risikan Joe,Lia terima, atas dasar Zarul.
lalu bermula kisah baru antara mereka bertiga.
Lia isteri Joe dan Zarul adik ipar Lia, ternyata kejangalan terserlah.

kisah cemburu 2 lelaki berebut orang yang sama..
sorang suami, sorang lagi kekasih hati
sungguh dia keliru untuk memilih.

di saat ada kasih buat Joe,Lia dikejutkan dengan kisah penipuan Joe pada Zarul..
penipuan Joe dengan alasan untuk merampas Lia dari Zarul.

apakah penipuan itu?
apakah niat Joe sebenarnya? adakah cinta atau hanya ingin mempermainkan?

nak tahu endingnya- kena la baca sendiri eh ^^
takpun buat sesapa rasa macam nak review dulu best ke tak cita ni boleh je baca online dekat sini -http://nasz-h.blogdrive.com/ (just ada few early episodes je )

komen ainsabrina : cerita ni plotnya menarik walaupun pada awal saya banyak sakit hati..sebabnya saya suka watak Zarul itu, jadi bila Lia tak dijodohkan dengan Zarul,saya la orang yang paling frust..tapi bila baca overall cerita kurang sikit sakit hati tu diganti dengan rasa menyampah pulak pada watak Zarul tu. watak Joe ok2 je, suka watak dia lebih2 lagi bila tau dia banyak berubah menjadi yang lebih baik lepas jumpa Lia. watak lelaki jahat berubah jadi baik memang nampak sweet je ^^
Profile Image for Aina Shukri.
527 reviews43 followers
April 28, 2019
#24-2019

Sweet Sour adalah buku yang aku akan baca kalau mood tengah kelaut. Tak sure, dia membantu atau tak. Tapi yang pastinya, sepanjang pembacaan rasa geram dengan perangai Lia yang suka buat tuduhan sesuka hati. Geram dengan Lia sebab selalu kurang ajar dengan Joe. Tak cukup lagi dengan rasa menyampah dengan perangai Zarul yang keanak-anakan walaupun umur dah lanjut. Takut Joe ini, takut Joe itu, lepastu menyusahkan orang. Hish! Kesian si Joe Jambul jadi mangsa Lia dengan Zarul.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
October 1, 2013
Lia (Alia Akma) dan Zarul (Azarul Hisham) dah lama bercinta tapi akhirnya Zarul memilih untuk berkahwin dengan Suraya. Lia pula dipinang oleh abang Zarul, Joe (Faizul Hakimi). Lia tidak bersedia untuk menerima Joe kerana masih teringat pada Zarul. Joe pula sangat penyabar serta sangat penyayang. Lia mula rasa sayang dan rindu pada suaminya, Joe. Tiba-tiba, Zarul mula buat kerenah. Dia datang kerumah bila Lia sakit dan Joe outstation. Lia diugut. Rumahtangga kawan baiknya, Hanim juga tergugat. Ini semua kerana hubungan Lia dan Zarul. Lia nekad meninggalkan rumah. Tapi bila masalah mula reda, dia pulang untuk minta maaf pada Joe. Mereka baru hendak memulakan hidup baru bila Zarul beritahu bahawa Joe yang penyebab mengapa mereka berpisah. Lia baru tahu bahawa dia adalah anak tiri ibunya. Lia kecewa dan terus meninggalkan suaminya. Tapi Joe bawa dia pulang lepas dua bulan. Bila Lia semuka dengan Joe, Joe tidak rasa bersalah. Joe juga dapat tahu bahawa Lia mengandung tapi Lia menafikan bahawa anak itu anak Joe. Joe kecewa dan melepaskan Lia. Lia akhirnya sedar bahawa dia sangat menyayangi dan memerlukan kehadiran Joe. Bila Lia ketemu Razif, Lia sedar bahawa Joe sangat mencintainya selama ini dan apa yang dia lakukan adalah dasar cinta untuk Lia. Lia kembali mencari Joe dan mereka mulakan hidup baru bersama.
Romantik sangat si Joe ini tapi dia sanggup pula buat kerja nekad hingga melukakan hati ramai orang hanya untuk dapatkan Lia. Kelakar seram...
Profile Image for Noninuna.
861 reviews35 followers
July 8, 2017
It was a good book & it is one of those, dont judge a book by it's cover. However, it is still typical kind of Malay novel story.
I thought Lia & Zarul was so sweet in the beginning, they seems like they're born for each other. Until an unexpected U-turn make the whole story upside down. A hero made into a villain & the villain turn into a hero.
Surprises keep coming & the love between Lia & Joe showed.
'Even he is a bad guy, he is the one i choose to live my future life with' - Lia.
The environment, the places & the electronics talking were so familiar to me that it seems like the story revolve around my colleagues back in my college years.
It's good to have another author that optimizing the 'sempoi' kind of writing, aside from Hlovate.
Overall, i really enjoy the writing.
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
985 reviews117 followers
May 14, 2013
Best giler novel ni. Tewaskan Ombak Rindu yang selama ni number 1 dalam hati I. I felt that this story was really well written, character and plot wise. Tergelak sungguh bila terbaca nama Lee MinHo dalam buku ni. Syok sungguh. I finished this book in just a few hours and read it again for the second time after that in the same day. So satisfying. Tersengih saje bila fikirkan cerite Joe and Lia. Joe and Lia forever.
So obviously, Sweet Sour ni raja dalam hatiku skrang. I find the story beautiful. I enjoyed the simple but yet interesting plot. Tak suke sangat konflik dan drama2 yang draggy. Penat dan geram saje bila baca. Sweet Sour is an awesome and entertaining read. Recommended to all.
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
August 23, 2025
mula mula menyampah gila ngn si Joe ni sbb tergamak betul ugut Zarul , bgtaw kisah hidup sbnr si Lia tu konon2 xlayak dgn Zarul , paksa si Zarul ni kahwin dgn Suraya lps tu dia bole kahwin ngn Lia .tp lama2 sdr upenye smua sbb Joe cinta sgt kt Lia ..Kagum gila dgn Joe sbb sanggup sabar dgn sikap Lia yg tak bole terima dia sbg suami dan paling tak tahan sekali sbk melayan si Zarul tu mcm kekasih dia .eiii betul2 tak bole terima perangai si Lia nie
Profile Image for dionysus.
50 reviews
September 15, 2024
Baca komen and review, most people kata novel ni best. Sweet memang sweet tapi nampaknya dah tertipu😭. Ubah tone penceritaan sikit, novel ni dah boleh jadi psychological thriller. I hate Joe.

Joe psycho🚩🛑🚨📣📢❗‼️
i don't tolerate manipulation to get the person you "love"
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
March 17, 2025
Ada baca review dekat GR baru lah dah ingat sikit2 macam mana jalan cerita..
Seingat saya, saya suka dengan novel nih...
Kena baca balik nih.... baru bleh review...
Displaying 1 - 30 of 112 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.