Jump to ratings and reviews
Rate this book

Damai

Rate this book
Ceritera 1: Damai ~ Saidatul Saffaa

“Kamu orang mana?”
“Malaysia.” Sekarang ni musim sejuk, tetapi dia rasa... panas.
“Panas ke?”
‘Pakcik’ muda ni boleh baca hati orang?
Kemudian...
Telinga sayup-sayup mendengar. Mata cuba fokus. Baju tu... topi tu... sesusuk tubuh itu. Ya Allah... apa yang terbentang di hadapan matanya ini?
Benarkah Tun Fatimah bukannya untuk al-Fatih?

Ceritera 2: Yang Jauh di Pulau ~ Noor Suraya

“Terima kasih,” kata Piyan.
“Bukannya buku ilmiah pun!” Dia merendah diri.
Piyan membaca catatan dia...

Sophan Sophian,
Selamat memasak! ~ Syuhada

“Formalnya.”
“Itulah yang saya tulis kepada setiap peminat.”
Kononnyalah dia pernah ada peminat selama ini. Inilah himpunan rasa sayangnya pada arwah tok dan ‘dia’ – si penjual ikan.
Cinta rahsianya!

Ceritera 3: Langit... Tetap Biru ~ Syud

Kata orang menunggu itu satu penyeksaan.
Kata Zahra pula, dia bukan menunggu. Cuma ‘dia’ sentiasa ada di situ, pada ingatannya.
Kata orang juga, bagaimana langit itu tetap biru...
jika ada awan yang meliputinya?
tika remang oren menjengah setiap senja?
Entahlah.
... kerana pada Zahra, langit tetap biru!

595 pages, Paperback

First published April 1, 2010

1 person is currently reading
159 people want to read

About the author

Saidatul Saffaa

4 books83 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
133 (44%)
4 stars
97 (32%)
3 stars
54 (17%)
2 stars
10 (3%)
1 star
7 (2%)
Displaying 1 - 26 of 26 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
May 17, 2015
Ceritera I : Damai - Saidatul Safaa

Dibaca pada 22- 23 April 2014

4 bintang

Comel. Nas yang kalut. Pertama kali menjejak kaki ke luar negara. Demi untuk menyiapkan tesisnya, Nas sanggup berkelana bersendirian di bumi Turki, yang pernah menjadi pusat pemerintahan Empayar Uthmaniah yang menguasai 2/3 daripada dunia.

Dan sini juga la dia bertambah kalut bila hatinya terpaut pada 'Yusuf Islam muda' yang berlesung pipit. Dan lebih kalut bila rupanya dia tak seperti yang diharapkan. Hatinya rawan bila mengenangkan 'rasa' yang baru bertunas itu terpaksa dilupakan kerana Sadiq lelaki yang hanya Islam pada nama...

Ini karya kedua penulis yang saya baca selepas Busana Nana. Dan kisah ini, walaupun ringkas, tetapi padat dengan ilmu terutamanya sejarah sebenar tentang empayar Turki Uthmaniah. Dan tidak lupa pengisian yang diterapkan supaya kita sedar dan cuba menghayati ajaran Islam yang sebenar-benarnya.

Tapi, ada juga rasa geram kat Nas bila dia suka bertindak melulu. Dan seperti terus menghukum tanpa ingin memahami keadaan sebenar dan mungkin cuba untuk sama-sama membuat perubahan.

Dan kali kedua saya jumpa kata-kata ini :
'Kalau Allah nak bagi hidayah pada orang tu...dia boleh jadi lebih baik daripada kita sebenarnya. Dan kita patut rasa bersyukur kalau kita jadi antara penyebab orang mendapat hidayah ni. Rasulullah kata, kalau ada orang yang mendapat hidayah disebabkan oleh kita, itu lebih baik untuk kita daripada apa yang disinari matahari.'

Mungkin sebab saya pun suka dengan kata-kata tu, sebab tu ingat :D


Ceritera II : Yang Jauh di Pulau - Noor Suraya

Dibaca pada 23 April 2014 - 26 April 2014

Syahdu sungguh baca kisah Piyah dan Piyan ni. Dengan bahasa yang lembut dan tersusun, lagi la membuai jiwa. Kisah yang mengangkat seni warisan budaya Melayu terutamanya hal-hal masakan. Banyak sungguh petua yang dimasukkan. Terasa nak buah macam Piyah, salin semuanya dalam buku nota!

Namun, ternyata mereka memang berjodoh. Walaupun ditabur fitnah sehingga hubungan yang baru nak berputik tu tercantas, masa dan jarak yang jauh pun akhirnya berjaya disatukan.

PS - saya terpaksa skip bab Busu yang buat cerita sana sini pada Pyan dan Piyah, sakit hati sungguh! Saya sambung balik kat belakang sikit...hehe.. ;P





Ceritera III : Langit...Tetap Biru - Syud

Dibaca pada 24 April 2014

4 bintang

Endingnya tersangatlah comel....

'Oh, my pen. Umm...tak apalah. Nanti kalau saya nak pakai, saya call awak.'

'Ambik je la.'

'Tak apa. Simpanlah. I'll call you if I need it'

' Saya perlukan sebab, Zahra.'

'I need a reason to see you after this. Jadi...do me a favor please? Simpan pen tu, and I'll call you so kita boleh jumpa nanti.'

- untuk sebatang pen berwarna kuning, dipenuhi dengan smiley, yang bahagian belakangnya ada spring dan pada spring itu ada bebola kecil berwarna oren, dan terlukis ikon smiley padanya. ;P

Setiap kali baca karya Syud, sentiasa meresap ke dalam jiwa. Mungkin sebab rasa yang hadir tu rasa yang hampir sama dengan jiwa saya, jadi dapat merasa apa yang nak disampaikan melalui tulisannya. :D
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
May 27, 2015
26.5.2015

Gigih menyelongka lemari hitam putih untuk menjayakan projek Jejak Kasih Andriyana. Akhirnya semua cebisan2 kisah Andriyana berjaya ku temui biarpun sususannya lintang pukang. Bermula dengan Hati Andriyana....Yang Jauh Di Pulau.....Dapur Mak Cik Raja..... hinggalah kepada 'induk'nya Tanah Andriyana. Ternyata lengkapkah sudah kisah kewujudan Tanah Andriyana Resort. Dan aku tidak terkejut sekiranya suatu hari nanti penulis akan menerbitkan siri kompilasi untuk kisah Andriyana ini. Aku tunggu.....


Ceritera I : Damai - Saidatul Saafa ; 3*

Sedar x sedar, semua koleksi penulis ini telah tersenarai dalam rak bacaanku. Tapi, malang sekali bila x satu pun dapat ku angkat sebagai penerima bintang cemerlang. Semuanya so-and-so saja.

Untuk Damai, (for me) ini karya terbaik penulis. Kemas dan 'kejap'!. Paksi cerita adalah Istanbul itu sendiri bukan si Naseema atau Sadiq. Ingin tahu tentang peradaban, sejarah, budaya negara 2 benua ini? Cerita ini sesuai sekali....


Ceritera II : Yang Jauh Di Pulau ; 5*

Walaupun agak lewat ditemukan dengan Piyah dan Piyan, tapi sesungguhnya pertemuan ini merawat kerinduan dengan tulisan Noor Suraya. Biarpun hanya mini novel, namun kepuasan membacanya lebih daripada mengulit naskah tunggal terkini beliau (Kekasih Waktu).

Sesuatu yang berbeza kerana pertama kali dihidangkan dengan kisah cinta gadis bawah umur (19 tahun tu kira muda belia lagilah!). Comel, malu-malu kucing dek lompatan cinta monyet si Piyah. Tak disangka cinta monyet itulah yang 'mengurung' hatinya lebih 4 tahun.

Nasib baiklah kesudahan yang manis diberikan untuk pasangan ala-ala Bollywood ini. Sedikit meredakan perasaan ingin mencepuk Encik B yang menjadi antoganis utama cerita. Tapi, (for me) kehadiran Encik B lah yang menyerikan naskah ini. Payah sekali terserempak dengan watak yang perlu disekeh tapi masih mampu dimaafkan seperti Encik B.


Ceritera III : Langit Tetap Biru ; 2*

Sekali lagi aku ingin mereview begini "Jujur, dunia cerita-cerita pendek tapi x seberapa pendek ini bukan untuk anda, wahai penulis." Perasaan aku semasa membaca nukilan ini; seolah-olah berpusing-pusing sekitar tompokan semak-samun, padahal benda yang dicari hanya dihujung semak itu sahaja. Kalih sikit sahaja kepala, nah.... dah ada depan mata!

Peace



Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
June 23, 2025
[eBOOK 26_2025]

Yang Jauh Di Pulau by Noor Suraya.
.

ebook ni merupakan salah satu cerita dalam kompilasi Damai.
.

Ceritanya aku suka. Tak terlalu puitis.
.

Lepas habis STPM, Piyah ke Langkawi temankan toknya. Sambil-sambil tu, belajar memasak.
.

Dan di Langkawi jugaklah, Piyah jumpa dengan Abang Piyan ni. Walaupun Piyan tu kerja jual ikan, Piyah dah berangan nak jadi isteri tauke ikan. hahaha
.

Tapi si Busu, kawan Piyan ni suka la menaburkan fitnah. Akibatnya, salah faham yang kecik pun, jadi makin besar. Dan akhirnya mereka terpisah.
.

Bertahun kemudian, barulah mereka jumpa kembali. Itupun melalui buku masakan yang Piyah hasilkan.
.

Dalam banyak-banyak karya Kaksu, cerita ni antara yang laju aku baca. hahha. Sebabnya yang lain, agak puitis kan.


#29#2017

done reading Damai (3 Ceritera)

* disclaimer: i read this book thru PNM, and i could only find 2 stories instead of 3. so, this review is mainly for the 2 books.

Ceritera 1: Damai by Saidatul Saffaa

never read her novel before. tapi serius, i love this story. mengisahkan tentang Nas who is travelling to Turki, untuk menyiapkan tesisnya bertajuk Turki Uthmaniyah. di sana, dia terjumpa dengan Sadiq. of course, jalan cinta mereka tidak mudah, sepertimana proses mencari damai itu. walaupun ni cerita pendek, sangat padat dengan ilmu sejarah Turki. membuatkan kita rasa seperti berada di Turki. Highly Recommended!

Ceritera 3: Langit Tetap Biru by Syud

Oh My God. i really loved and enjoyed this story. serius rasa tak puas baca. cerita cinta yang sangat comel. Zahra yang dah lama menyukai Fikri. Fikri yang baru menyedari kewujudan Zahra. mereka berkenalan kerana blog dan cerpen Langit tetap biru. pertemuan yang tidak disengajakan. serius sangat comel. kenapa langit tetap biru? kerana langit sentiasa biru dan tidak akan berubah. sama seperti perasaan Zahra terhadap Fikri. Highly Recommended!
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
September 28, 2016
Piya Pyar Piyan.
Piyan Pyar Piya.

Mudah sangat jadi hakim dan jatuhkan hukuman. Akhirnya, diri sendiri yang tersipu-sipu malu. :D
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
September 11, 2018
DAMAI (3 CERITERA DALAM SEBUAH)

Ceritera I : Damai - Saidatul Saffa

Demi melengkapkan kajian thesisnya mengenai sejarah Khalifah Uthmaniyah, Naseema aka Nas ke Istanbul, Turki. Pertemuan pertama dengan Sadiq yang membantunya ketika di lapangan terbang, dan membawa kepada bibit pertemuan seterusnya, seolah2 mereka tertakdir untuk bersama. Namun, tatkala mengetahui hakikat sebenar, mampukah Nas menerima tentuan takdir?

Kisah pengembaraan di Istanbul, menelusuri sosio-budaya dan tempat-tempat menanarik di sana, sebelum beralih kepada sedikit sejarah dan ketamadunan Islam, segalanya diadun cukup lembut dan menusuk, sehingga mampu menyentuh hati Naseema. Tiada dugaan yang hadir tanpa ada pelangi menanti dihujung, begitulah perjalanan Nas di Turki, penuh onak namun cukup manis untuk dikenang dan memberi keinsafan. Terasa kerdilnya diri tatkala membaca kisah ini, begitu banyak yang sering diabaikan, sebagai seorang Muslim terutamanya.

*rating : 4.2*

Ceritera II : Yang Jauh di Pulau - Noor Suraya

Suffiah aka Piyah menemani tok sementara menunggu keputusan STPM untuk berlajar memasak dan tataterbit gadis Melayu. Pertemuan dengan Sophian aka Piyan, si penjual ikan terus melekat di jiwa Piyah, ibarat cinta pandang pertama. Terpisah angkara salah faham, bersatukah cinta mereka akhirnya?

Sebuah kisah yang membuatkan saya ingin ke utara merasai semua menu dan keindahan yang digambarkan. Terasa lapar dengan pelbagai resepi yang dipelajari oleh Piyah daripada Tok Cik Nah.
Sungguh, begitu dekat kehidupan Piyah, seidkit sebanyak mengimbau kenangan ketika kecil.

Ada sebak dihujung cerita, ada dugaan untuk mereka sebelum mengecapi manisnya. Terasa sebak bila Tok Cik Nah tak sempat melihat Piyah tumbuh membesar menjadi gadis yang dibanggakan seperti yang diingininya.

Dan, andai sudah tertulis jodoh meraka memang tidak ke mana akhirnya.

*rating : 4.5*

Ceritera III : Langit Masih Biru - Syud

Zahra dah lama sukakan Fikri, sejak mereka habis matriks lagi (pelikkan?). Kemunculan semula Fikri dalam hidupnya membuatkan ketenangan hidupnya terganggu.

Penuh suka, santai tapi manis dan dekat untuk dihayati gejolak jiwa Zahra dan Fikri dalam kisah ini. Sepanjang pembacaan, tak lari seyuman di bibir dengan gelagat Zahra yang sedikit keam kabut, namun masih manis dan sopan.

Sesuai sekali diletakkan diakhir cerita, selepas puas menggembara, ke utara dan ke selatan menikmati sedikit 'damai' dalam ceritera ini.

Ya, langit masih biru...
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
December 24, 2018
Resensi: Mac, 2011

Judul: Tiga Ceritera dalam Sebuah Damai
Penulis: Saidatul Saffaa, Noor Suraya, Syud
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Harga: RM21.50 / RM24.50
M/S: 592
Cetakan 1 - April 2010
ISBN 978-967-5118-40-1

Blurb:

Ceritera I
Damai - Saidatul Saffaa

"Kamu orang mana?"
"Malaysia." Sekarang ni musim sejuk, tetapi dia rasa...panas.
"Panas ke?"
'Pakcik' muda ni boleh baca hati orang?
Kemudian...
Telinga sayup-sayup mendengar. Mata cuba fokus.
Baju tu... topi tu...sesusuk tubuh itu.
Ya Allah... apa yang terbentang di hadapan matanya ini?
Benarkah Tun Fatimah bukannya untuk al-Fatih?

Ceritera II
Yang Jauh di Pulau - Noor Suraya

"Terima kasih." kata Piyan.
"Bukannya buku ilmiah pun!" Dia merendah diri.
Piyan membaca catatan dia...

Sophan Sophian,
Selamat memasak! ~ Syuhada

"Formalnya."
"Itulah yang saya tulis kepada setiap peminat."
Kononnyalah dia pernah ada peminat selama ini. Inilah himpunan rasa sayangnya pada arwah tok dan 'dia' - si penjual ikan.
Cinta rahsianya!

Ceritera III
Langit... Tetap Biru - Syud

Kata orang menunggu itu satu penyeksaan.
Kata Zahra pula, dia bukan menunggu. Cuma 'dia' sentiasa ada di situ, pada ingatannya.
Kata orang juga, bagaimana langit itu tetap biru...
jika ada awan yang meliputinya?
tika remang oren menjengah setiap senja?
Entahlan.
...kerana pada Zahra, langit tetap biru!


Kak Chik menukil:

Ceritera I

Pertemuan yang pertama apabila Nas menjejaki kaki di bumi Turki. Orang pertama yang menyapanya, orang pertama Nas begitu percaya di bumi asing yang tidak pernah dijejak, orang yang pertama membawa Nas dari Ataturk Airport ke Aksaray. Pakcik muda yang pada mata Nas amat kacak, pakcik muda yang buat hati-hati Nas berbunga-bunga pada pertemuan pertama dan pakcik muda yang buat Nas berpeluh pada musim panas.

Nas menjejaki kaki ke bumi Turki demi untuk melunaskan kajiaan sarjananya terhadap tamadun Uthmaniyah di bumi bertuah itu. Pelbagai tempat dan sejarah yang cuba dirungkai Nas dengan bantuan keluarga Pakcik Fateh yang sungguh baik hati. Namun kepada anak lelaki Pakcik Fateh itu bagaikan melancarkan perang dingin terhadap Nas.

Hari-hari yang dilalui sungguh bermakna buat Nas sehinggalah dia melihat sendiri dengan mata kelapanya pakcik muda itu berjalan terhuyung-hayang sambil menyanyi-nyanyi, ketawa seorang diri.

"Naseema... Naseema."

Lalu Nas membawa diri ke Konya untuk menjauhi pakcik mudah yang sudah menambat hatinya. Di sana Nas menemui nilai diri yang lebih hakiki. Dia jadi lebih dekat dengan Allah selepas mengikut Reyhan mengikut perjumpaan keagamaan. Nas sudah banyak berubah ke arah kebaikan.

Namun kehadiran tulip merah itu cukup menggangu Nas. Siapa lagi kalau bukan pakcik muda itu?

Sejauh mana Nas melarikan diri, namun janji Allah tetap itu...al-Fatih juga untuk Tun Fatimah...

Menyusuri kisah Nas-Sadiq yang memberi seribu pengajaran. Jika hidayat Allah itu sampai, maka ia akan merubah sesuatu itu dengan janji-Nya.

Suatu pengakhiran yang sungguh manis buat Nas yang bersusah payah mengejar cinta Sadiq selepas dia menolaknya.


Ceritera II

Karya Kak Su masih ada lagi hubungkait dengan karya-karya terdahulu. Yang Jauh di Pulau bagaikan terlekat kemas di hati Kak Chik. Mungkin kerana Kak Chik berada di bumi Yang Jauh di Pulau.

Piya-Piyan yang sungguh comel pada mata Kak Chik. Pertemuan di 'market' yang membuat hati Piya bagaikan tertarik-tarik mahu sentiasa mengintai Abang Piyan yang kacak dan tinggi walaupun hanya menjual ikan.

Piya anak gadis yang sedang menunggu keputusan STPM, bercuti di rumah tok. Tolong tok mengajar mengaji mukaddam pada anak-anak kampung. Ikut tok pergi kenduri. Tok Chik ni semua benda boleh buat. Tok Chik dengan keluarga Abang Piyan, macam ada bau-bau bacang juga la.

Namun kerana salah faham Piya menjauhkan diri dari Piyan. Bertahun Piya tidak pernah jejak lagi pulau tu walaupun rasa rindu yang menggunung pada Tok. Dan selepas 2 tahun, Piya akhirnya menjengah Tok yang sudah semakin uzur. Tok sudah tak mengajar budak-budak mengaji muqadam lagi. Kawasan rumah tok pun sudah kurang terjaga. Namun rasa pada 'dia' kadang-kadang datang juga mengetuk hati Piya.

Ohhhh....sangat geram pada Busu yang sudah tidak amanah pada kiriman Piyan buat Piya. Busu tu tak patut buat Piyan macam tu. Ada ke patut dia buang sebahagian surat Piyan buat Piya.

Dan saat Piya berbahagia bersama tok untuk menyiapkan buku resepi mereka, pemergian mengejut tok begitu terasa. Malah dia turut dituduh mahu membolot harta tok oleh Pak Long sekeluarga.

Dan kerana buku resepi juga yang membawa Piyan menjejaki Syuhada.

P/S: Jangan sesekali membuat keputusan tanpa bertanya...Heheheheh...


Ceritera III

Zahra, meminati Fikri secara diam selepas mereka habis belajar di matrikulasi. Rahsia yang menjadi pegangan Zahra bertahun lamanya. Dan dalam masa yang sama Hani, kawan baik Zahra bercinta dengan Fikri.

Dan selepas terputusnya hubungan Hana dan Fikri, apabila Fikri tergerak hati google namanya sendiri di lawan web dan terjumpa sebuah blog yang mencoret kisah tentang hari seorang gadis. Lalu Fikri bagai tergerak-gerak hati untuk menyiasat siapa yang menggunakan namanya. Kebetulan atau sebaliknya.

Dan pertemuan-pertemuan ketika majlis perkahwinan teman-teman dan jamuan kecil di rumah Azri juga bagai mencetus untuk menyingkap rahsia.

Jalan cerita yang biasa-biasa yang dicoretkan oleh Syud tetap manis untuk dibaca hingga mengikat kita untuk tahu penghujungnya...


LiFe iS a LoNG JouRNeY!!!
-Kak Chik-
(^_^)
Profile Image for Along Norhamira.
85 reviews6 followers
Read
December 6, 2017
Cerita I : Damai ; Saidatul Saffa

One thing that i learn from the story is, who us nak judge orang dalam beragama. Siapa kita? Kita tak boleh nak judge orang ni baik orang ni jahat, orang ni terpesong akidah ke apa. Sebab kita tak berdiri pun dalam surrounding diorang. Maybe the situations yang diorang hadap hari2 tulah yang merencanakan character diorang. and kita belum tentu mampu pun menjadi so called islamik yang kita rasa kita sekarang ni kalo kita pun sama berada dalam circle diorang. KAn?

Tq Dr Saffa. Your stories always open my mind and heart to not judge on people.

Cerita II : Yang Jauh Di Pulau ; Noor Suraya

Maybe the long waits itu adalah lorong masa yang Allah bagi untuk kita selesaikan urusan lain dahulu.

Dalam novelet ni Kaksu berbicara pasal Jodoh. Penantian Pian untuk dapatkan Piah yang lama tu adalah lorong masa yang Allah bagi untuk Pian jadi 'orang' dahulu instead of terus nak jadi suami Piah. Lorong masa tu Pian boleh selesaikan segala benda yang tertanguh. Continue studies and lastly jadi lecturer kat Unimap.

Cerita III : Langit Tetap Biru ; Syud

Bagi aku karya Syud ni kalo kita sedih boleh la amik baca nak kasi gelak. Cerita die selalu smooth xde bengkang bengkok. Cerita yang kita akan rasa fresh. Lala^

Cerita ni pasal tetiba orang yang kita minat masa zaman uni dulu tu suka kat kita. After a long waits. And it worth waiting.
Profile Image for Pips.
219 reviews30 followers
July 30, 2013
Tiga ceritera dalam sebuah Damai.

Jujurnya, ketiga- tiga novelis dalam Damai ialah novelis kesukaan saya. Dan Damai ternyata tidak mengecewakan saya.

Kata saya;

Damai- Saidatul Saffaa.
Membaca kisah Damai ini membuatkan saya semakin menanam impian untuk melihat sendiri binaan tinggalan di Turki. Mengisahkan tentang Naseema yang terbang ke Turki untuk menyiapkan tesis dan tersuka, terjatuh hati dengan lelaki pertama yang menegur beliau, iaitu Sadiq. Namun, Naseema cuba untuk mengelakkan perasaan beliau terhadap Sadiq bilamana melihat di depan mata Sadiq berjalan terhuyung- hayang akibat mabuk dek kerana arak.
Atas pertolongan Reyhan dan Yasmin, Naseema berubah ke arah yang lebih baik ketika di sana apabila sedar hatinya kotor selepas mengenali Sadiq.
Sewaktu tiba di Malaysia, Al-Fatih turut sama bersama tulip ungu untuk menambat hati Tun Fatimah.

Yang Jauh di Pulau- Noor Suraya.
Novel- novel Kak Su sebelum ini semuanya kena dengan hati saya. Sama macam kisah Yang Jauh di Pulau ini. Piyah, anak dara Tuan Burhan dan Piyan, si penjual ikan selaku watak utama. Piyah sukakan Piyan, walaupun hanya dapat bertentang mata dengan Piyan selama tiga hari sahaja.
Akibat salah faham kerana sangkakan Piyan yang akan berkahwin sewaktu menghulurkan kad undangan perkahwinan, Piyah merajuk.

Kerana buku masakan dari Piyah yang bertajuk Yang Jauh di Pulau- 'warisan air tangan tok', Piyan- yang dinyatakan oleh Piyah dalam buku masakan sebagai 'cintaku jauh di pulau itu' nekad untuk balik ke Malaysia dari UK selepas empat tahun menunggu.

Langit Tetap Biru- Syud

Zahra dan Fikri. Zahra admire Fikri- buat cerpen nama Fikri- Fikri google nama sendiri- Hana mintak putus dengan Fikri- Fikri macam marah kerana mengetahui bahawa penulis cerpen itu ialah Zahra, merangkap kawan Hana- Fikri stalk blog Zahra- Pi mai pi mai, terjumpa sudah berapa kali- Sengaja ambil peluang nak jumpa lain kali masa Zahra pinjam pen di pejabat pos.

************

Kata Saidatul Saffa, Noor Suraya dan Syud;

Ceritera 1: Damai ~ Saidatul Saffaa

“Kamu orang mana?”
“Malaysia.” Sekarang ni musim sejuk, tetapi dia rasa... panas.
“Panas ke?”
‘Pakcik’ muda ni boleh baca hati orang?
Kemudian...
Telinga sayup-sayup mendengar. Mata cuba fokus. Baju tu... topi tu... sesusuk tubuh itu. Ya Allah... apa yang terbentang di hadapan matanya ini?
Benarkah Tun Fatimah bukannya untuk al-Fatih?

Ceritera 2: Yang Jauh di Pulau ~ Noor Suraya

“Terima kasih,” kata Piyan.
“Bukannya buku ilmiah pun!” Dia merendah diri.
Piyan membaca catatan dia...

Sophan Sophian,
Selamat memasak! ~ Syuhada

“Formalnya.”
“Itulah yang saya tulis kepada setiap peminat.”
Kononnyalah dia pernah ada peminat selama ini. Inilah himpunan rasa sayangnya pada arwah tok dan ‘dia’ – si penjual ikan.
Cinta rahsianya!

Ceritera 3: Langit... Tetap Biru ~ Syud

Kata orang menunggu itu satu penyeksaan.
Kata Zahra pula, dia bukan menunggu. Cuma ‘dia’ sentiasa ada di situ, pada ingatannya.
Kata orang juga, bagaimana langit itu tetap biru...
jika ada awan yang meliputinya?
tika remang oren menjengah setiap senja?
Entahlah.
... kerana pada Zahra, langit tetap biru!
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
September 1, 2020
Terus kepada curahan rasa sejurus selepas selesai membaca ketiga-tiga cerita. Saya paling dan amat suka cerita Yang Jauh di Pulau karya Noor Suraya. Hingga ke tengah malam saya bersengkang mata demi tidak mahu menggantung cerita sebelum tamat. Langsung tidak menyesal. Suka sangat watak Suffiyah Pyar & Sophiyan. Berliku juga cinta pandang pertama bermula gerai ikan tepi tangga Kat Market mereka. Sedih tapi kematangan kedua mereka, sweet teramat. Busu, cissss, nak kena pelangkung betul, tapi hatinya jauh di dalam, masih baik dan penyayang. Lebih best, baca cerita Yang Jauh di Pulau sebelum baca buku Dapur Makcik Raja, boleh terbayang-bayang momentos sang penulis yang manis.

Cerita karya Syud, Langit... Tetap Biru, juga saya suka. Comel juga watak Hana yang blur dan insecure, suka menyorok dan lari dari situasi yang mendatangkan gusar dalam hati dan kepalanya. Fikri, cool lah. Antara yang saya akan ingat dan mungkin jadikan modal pabila kena waktu ingin menyampaikan motivasi, adalah waktu Kamarul dan Fikri, selepas game squash, Fikri yang sedang dalam keadaan panas baran, cuba kemek kan tin 100plus, tak lepas walaupun Fikri Si pemenang black belt taekwando tu, patutnya no problem setakat nak kemek kan tin kosong 100plus. Kamarul siap cadangkan dia pihak saja tin tu. Kemudian Fikri berjaya. Pengajarannya, jika sedang dalam mood tidak tenang, benda mudah pun boleh jadi susah. Dan dalam kes ini, Fikri beritahu, Dia berjaya kemek kan tin itu selepas jumpa titik lemah pada tin, di tengahnya. Dah jumpa titik lemah, mudah nak lenturkan.

Cerita pertama, sebenarnya bagus tu. Latar belakang di Istanbul dan Konya. Watak yang paling saya gemar ialah Zubeyda dan Rehan. Hamdi pun okay walau kedua adik beradik ini bukan pemegang watak utama. Saya hargai ilmu padat yang dikongsi oleh Nas menyelusuri sejarah terulung Bumi Turkey - kerajaan Byzantine sejak zaman Khalifah. Analysis dan mutiara kata seperti "what's the point of recording the histories without practicing the values in them?" dan "Orang Mukmim ni macam lebah. Duduk di mana-mana pun dia cantik. Duduk dalam sarang... dalam bunga, pun masih kelihatan cantik. Dia tak mengganggu kalau tak diganggu... Lebah ni makan benda yang bersih, hasil buangannya pun bersih... Memberi manfaat kepada Bunga... kepada manusia. Macam itulah sifat orang Mukmin. Memberi manfaat kepada manusia yang lain (elaborasi oleh Pakcik Fateh". Padu. Kalau nak tulis banyak yang best. Cuma, sungguh saya tak boleh nak minat watak-watak utamanya Nas, mahupun Sadiq. Mereka macam, terlebih perasan... Nas, macam bagus sangat. Perasaan saya juga lah agaknya. Seperti langit dengan bumi jika nak bandingkan watak Nas dengan watak Piyah dalam cerita Kak Sue tulis tu - Piyah bagi saya lambang wanita Melayu berkarisma: manis, lembut, rendah diri, baik hati, kuat semangat... sempurna luar dalam.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
August 26, 2010
Ceritera I: Damai [Saidatul Saffa:]

Kisah yang berlatar belakangkan bumi Turki ini agak menarik. Kombinasi antara pengembaraan dan percintaan serta disulamkan dengan sejarah yang terperinci boleh menarik minat para pembaca.

Naseema [Nas:] terbang ke Turki untuk menyiapkan tesisnya. Seharusnya apabila tiba di sana dia akan dijemput oleh keluarga Pakcik Fateh tetapi lain pula yang jadi. Dia harus ke rumah Pakcik Fateh dengan sendirinya. Haru! Nak menangis dibuatnya bila dia yang memang tak tahu langsung bertutur dalam bahasa Turki, kalau tersesat macam mana? Di saat Nas merasakan dunianya hampir nak terbalik, dia bertemu dengan Sadiq.

Pertemuan itu menyebabkan hati Nas tersentuh. Dan pertemuan-pertemuan selepasnya menjadikan mereka semakin akrab. Namun ketika cinta mula berputik di hati Nas, dia terjumpa dengan Sadiq yang amat jauh dengan sifat-sifat yang dia letakkan sebagai garis panduan bakal suaminya.

Kehidupan masyarakat Turki Islam ada dua jenis. Pertamanya keluarga yang benar-benar mengamalkan pegangan agama Islam atau pun golongan Turki moden yang namanya saja Islam. Sadiq ni pula masuk dalam kategori kedua itu lah.

Nas cuba melarikan diri daripada Sadiq namun berjaya juga dijejaki oleh Sadiq. Masakan Sadiq mahu melepaskan bidadari yang mampu membawa damai dalam hatinya. Jadi apa kata hati Nas?


Ceritera II: Yang Jauh di Pulau [Noor Suraya:]

Kalau nak tahu ini kisah online yang ditulis oleh Kak Su. Jadi kalau dah baca sekerat jalan jangan lupa dapatkan kesinambungannya dalam naskah ini :)

Ainnul Suffiah Syuhada [Piyah:] dihantar ibu bapanya ke rumah toknya nun di Pulau Langkawi sementara menunggu result STPM keluar. Di sana Piyah dididik supaya menjadi anak perempuan yang sebenar. Piyah ni anak yang mengikut kata jadi semua yang diajar oleh tok diterima dengan baik.

Piyah selalunya akan ke ‘market’ atau pasar lah bagi kita ni. Di situ dia selalu bertemu dengan Piyan yang dirasakan cukup handsome tu. Hati kecilnya mula merindui abang yang jual ikan kat pasar tu. Piyan pun rupanya sukakan si manis Piyah.

Tetapi si iri hati Busu; teman baik Piyan menjadi penghalang. Sibuk je si Busu ni tau! Menyampah aku dengan dia hahaha Peristiwa di mana Piyan dikatakan akan berkahwin menyentap perasaan Piyah. Kenapa Piyan melayannya kalau sudah mahu bernikah?

Rupanya itu cuma salah faham. Tetapi bila Piyah menyedari perkara sebenar, Piyan sudah jauh merantau ke Scotland. Kiranya Piyan membawa hati yang terluka sebab ditinggalkan Piyah tanpa sebab. Sebuah buku resepi menjadi punca Piyan kembali ke tanah air. Agak-agaknya dapatkah cinta mereka bersatu?


Ceritera II: Langit Tetap Biru [Syud:]

Zahra pernah menyukai seorang lelaki sewaktu di alam kampusnya. Malah perasaaan itu kekal sehingga kini. Tetapi kerana dia jenis yang tak meluahkan maka dia cuma boleh lihat dari jauh saja. Lagipun ketika itu lelaki pujaannya bercinta dengan Hana; salah seorang temannya juga.

Bertahun-tahun selepas itu mereka dipertemukan lagi. Kali ini Hana sudah pun berpisah dengan Fikri kerana mulai bosan dengan sikap Fikri yang terlalu mengongkongnya. Emel daripada Fikri yang bertanyakan tentang cerita online yang pernah dikarang oleh Zahra menyebabkan jiwa Zahra kelam-kelibut.

Zahra memang mempunyai satu blog dan sering saja mencatatkan peristiwa yang berlaku dalam hidupnya. Malah cerita tentang Fikri itu sengaja dibuat sebagai kenangan tentang rasanya terhadap Fikri.

Fikri pada mulanya menganggap ia hanya satu kebetulan tetapi ketika dia google emel penulis cerita, rahsia Zahra terbongkar. Sejak identiti Zahra terbongkar, dia makin tak selesa untuuk bertemu Fikri. Namun ada banyak pula kebetulan yang mempertemukan mereka. Jadi apa kesudahan kisah Zahra dan Fikri?
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 2, 2014
Buka buku ini sebab mencari karya Syud. Addicted to her writing after reading Baju Melayu Hijau Serindit. Sori~ Tengok review orang lain ek.

Langit...Tetap Biru. Best and sweet.
Profile Image for Nickynisa.
32 reviews9 followers
June 7, 2016
Ceritera 3: Langit... Tetap Biru ~ Syud

satu lagi karya Syud. tak sia sia gigih cari dan baca novel Syud. i really enjoyed it. as usual, karya Syud sampai ke hati.
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
March 15, 2012
Ceritera 1: Damai (Saidatul Saffaa)
Naseema & Sadiq (Sadiq Segaraga, hehe, teringat citer P. Ramlee '3 Abdul')

"Islam itu maksudnya sejahtera. Islam itu cahaya. Islam itu bukan sekadar solat, puasa, zakat dan jihad. Islam itu cara kita makan, tidur. Bahkan Islam itu juga cara kita berjalan, bercakap. Islam itu mencari ilmu dan mengamalkan ilmu itu. Islam itu juga kehakiman, negara dan juga politik. Islam itu hidup kita sendiri. Daripada dalam diri kita hinggalah apa yang ada di sekeliling kita. Islam itu apabila diri dan hati kita rasa tenang dalam apa jua keadaan, dan Islam itu, semuanya kebaikan, yang menggalakkan kebaikan dan menyukai kebaikan. Tapi, dosa itu menyebabkan hati kotor. Dan hati rasa gundah-gulana. Islam itu apabila kita rasa damai di hati..."
(Saya pinjam kata-kata di atas yang diambil dari sebuah blog)


Ceritera 2: Yang Jauh Di Pulau (Noor Suraya)
Piyah & Piyan

Kak Noor Suraya nye novel, mesti berkisah kat utara, cam kat Kedah, Langkawi.. ;)

Ceritera 3: Langit.. Tetap Biru (Syud)
Zahra & Fikri

Kata Fikri bila ditanya, kalau dia suka seseorang tu, apa dia akan buat:
"Aku make sure aku akan selalu jumpa dia kot.. Buat la macam mana pon.. Bagi dia pinjam barang, lepas tu, kalau dia nak pulangkan, cakaplah takpe.." ;)

Bila Fikri buat-buat terserempak ngan Zahra kat pejabat pos (sebenornye, kwn Fikri yg roger bgtau Zahra cuti, dia nak pegi pejabat pos):
Zahra: "Kenapa tak hantar by hand je?"
Fikri: "Cari alasan nak pergi pejabat pos kot."

Bila Zahra nak pulangkan pen yg dipinjam drpd Fikri:
Fikri: I need a reason to meet you.. Simpan je pen tu..

sweet ;)
Profile Image for Fira.
37 reviews5 followers
August 23, 2013
Baru habis menyelami kisah Naseema (Nas) dan Sadiq lelaki berbangsa Turki yg termakan dengan dakyah Kamal Ataturk membuatkan airmataku menitis. ciss punya kisah :'( mentang2la aku pun pernah rasa rindu yg serupa itu. haha.

sekarang mahu sambung kisah Piyan pula. harap2 aku tak nangis lg... hik3 :p

Dah tamat selami, dalami kisah Naseema-Sadiq, Suffiah-Sophian, dan Zahrah-Fikri! love the all stories! sangat2!

DAMAI —— kisah naseema-sadiq buatkan aku nangis sampai kering airmata! haha. iyalah, aku pernah rasa benda yg sama, perasaan yg sama. kita suka org tp kita tkt org tu tak nak terima kita. sama ada sebab kekurangan kita @ sebab kekurangan dia yg mana masing2 ada kekurangan yg banyak. so sad... end up dia "terima kasih kerana sudi terima saya seadanya..." owhh sweet~ :')

YANG JAUH DI PULAU —— piyah-piyan pula kadang baca rasa mcm nak lempang watak heroin. nasib je kaksu awal2 dh ckp heroin tu umur blm pun msk 20thn so paham gakla emosi tak stabil dia, kebudak-budakan, tak matang. hihi. yg ni ada sedih juga. tp masih mampu di kawal :)

LANGIT... TETAP BIRU —— zahra-fikri buatkan aku teringat my fav novel——baju melayu hijau serindit, hasil tulisan penulis yg sama; Syud. jalan cerita yg sama tema (memang semua novel Syud tema sama, kan? 'kalau dah jodoh tak ke mana') dan kisah yg ni dah takde sedih2 dah. sengih2 je yg ada. best! suka! :D

sekian & kesian. sebab novel ni dah lama tp sebab aku takde masa maka baru beberapa hari ni dapat baca sampai habis. huhu. tp tak terkilan sebab ketiga2 cerita umpph! ;)
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
February 5, 2016
Buku dalam kategori "Pinjam dengan kawan." Tak payah beli. Baik pinjam sahaja.

Cerita pertama: Boleh la. Watak Nas keanak-anakan padahal dia dah 20 lebih. Macam a teenager who dreams of Prince Charming would come and ask her for a marriage. Jenis layan perasaan dan lemah lutut bila jumpa laki hot. Ish.

Cerita kedua: Suka! Walaupun cerita kedua paling panjang. Pelajar perempuan STPM (anak orang kaya) yang jatuh hati dengan lelaki penjual ikan kat pasar. Rare-kan? Biasa novel watak lelaki mesti anak Datuk lah, businessman lah.

Cerita ketiga: Boleh la. Cerita ringkas tapi ramai sangat watak sampai aku confuse. Takleh focus kejap-kejap dia ni keluar lepas tu "Eh mamat ni yang mane dah."
Profile Image for Ayda Razak.
388 reviews24 followers
March 24, 2018
Ceritera 1: Damai oleh Saidatul Saffaa
3/5
Cerita tentang Nas berjumpa Sadiq warga Turki di kota bersejarah tersebut

Ceritera 2: Yang Jauh di Pulau oleh Noor Suraya
1/5
Tak mampu nak habiskan sebab ayat meleret-leret sangat. Berhenti kat muka surat 271

Ceritera 3: Langit...Tetap Biru oleh Syud
5/5
Cerita tentang Zahra dan Fikri setelah Fikri putus tunang dengan kawan sekolej Zahra, Hana
Profile Image for S&.
42 reviews
December 1, 2025
The spoiler left its crumbs. I warn you.

1. Damai - Saidatul Saffa

"Dan... saya minta maaf sangat-sangat kalau saya terlalu berterus terang. Tapi... untuk hal masa depan, saya perlu berterus terang. Saya minta maaf... saya tak pernah merasakan Sadiq punya ciri-ciri itu."

Dalam banyak-banyak benda yang penulis kongsikan semasa Nas di Türkiye, sebenarnya ujian paling besar yang diceritakan ialah ujian suka pada lelaki. Atau lagi tepat, lelaki yang hidup tak berlandaskan syariat Islam.

Dan bukan sekadar ketidaksempurnaan lelaki tapi Nas sedar ada khilafnya juga, tak terlalu membuta tuli cop salah itu datang daripada satu sudut je. Nas tahu masa cakap berdua tak kisah apa, lama-lama baru sedar. Ada depan mata lain, bila hilang dari pandangan mula rasa salah.

Tapi POV Sadiq tak banyak cerita pasal hijrah dan macam mana jatuh bangun untuk jadi lebih baik. Agak kurang kesampaiannya di situ. Juga, chemistry Nas dan Sadiq tak berapa ada jadi romansa diorang bukan lembaran yang saya tertunggu-tunggu.

Yang menariknya, interaksi Nas dengan kawan-kawan dia lagi real dan sempoi daripada Sadiq. Selalu famous brotherhood tapi dalam ni sisterhood's essence is thus delivered. Best baca bila seorang perempuan berubah jadi lebih baik disebabkan kesedaran/usaha/faktor bukan semata-mata datang dari susuk seorang lelaki. Sejarah Türkiye pun elok jadi penyedap cerita terutamanya ms 116-119 & 148.

(1) Di ms 151, tak sengaja. Ter-sebut. Saya tetap rasa tak proper ter-sebut nama lelaki masa kuliah agama walaupun nak sebut Saidina Abu Bakar as-Siddiq tapi tersasul sebut nama lain masa baca mesej (not gonna be prudish but romance + religion should be done right). Kalau masa borak biasa atau makan angin lagi better (jalan cerita boleh dikawal, can't it?) Tersebutlah banyak kali pun I won't complain. Bila jadi macam ni, her character development is likely to bore me. Monolog first paragraph ms 145, angan-angan yang masih langit ketujuh saya rasa patut jerk it off atau tone down sikit. (2) This issue might be a little crucial. The first encounter with Sadiq is calling for proper execution. Just a safety reminder, a very fine looking man could be a psycho too. Kalau Pak Cik Fateh tak boleh jemput Nas di airport patutnya suruh orang lain datang tolong pick up. Kasihan dan tak patut biar Nas terpinga main redah sorang di negara orang. Nak marahkan Nas terpaksa ikut 'pak cik' muda pun tak boleh juga. (3) Banyak pengulangan salur darah mengembang. (4) Ms 107 ada perkataan J. Pernah viral isu ni tahun lepas dengan pelbagai pandangan dan rujukan. Saya bukan kecam tau cuma nak beritahu buku dah lama, penerimaan masyarakat berbeza.


2. Yang Jauh di Pulau - Noor Suraya

Penulisan Puan Noor Suraya sangat deskriptif. Setelah Tanah Andriyana, PAD dan Mahadewi, saya rela hati nak biasakan benda yang tak dibiasakan. Baku? Tak sangat. Masih tak lari daripada garis halus yang bersahaja dan santai dalam perbualan. Tak kekok atau terlalu formal pun cuma akan rasa terlayang ke penceritaan penulis lama. Sembang orang tua-orang muda sedap. Cara kongsi ilmu sarat sampai ke hati. Nak kata saya terlalu tua tak tahulah 😂 (I'm still Gen Z but not that young).

Ya, Abang Mamat Smart...!
Tunggu ya sekejap lagi Suffiah datang!
Gatal!
– Suffiah


Watak Suffiah ni rasa nak cubit-cubit manja tapi disebabkan masih muda belum masuk 20 tahun lagi, jadi I rest my case (dia macam adik perempuan bongsu yang kau akan cekak pinggang + beleber memanjang tapi pada masa yang sama sejuk hati sebab juruh). Logiklah. Bukan 25+ tapi perangai macam budak tadika. Itu lain cerita.

"Piya tau ke tak nak pilih ikan yang elok?" tanya Abang Piyan, tertib.
"Tengok mata..."
Suffiah mengangkat matanya.
Mata mereka bertemu.


Kisah (yang katanya kasih sebab cinta itu ada) Suffiah dan Piyan tak banyak mana pun. Tak romancy sangat. Yang banyak diceritakan kehidupan dengan tok dan keluarga Suffiah sampai tahun berganjak. Meleret sikit tapi saya boleh agak dah dan tak kisah. Kalau baca dalam mode bertenang rasa nak bawa diri into the moment, boleh layan sampai habis.


3. Langit... Tetap Biru - Syud

An effortlessly cute story. I really like how Syud crafts the romance way, waaay too simple AND AT ITS FINEST. Prolly in the next five years, her books be the first I pick off the shelf la.

And here’s the mochimochi thingy didn’t quite make its own way. Info daripada email memang tak boleh nak buat apa dah tapi saya pelik kenapa ada satu benda Zahra tak terbuat - privatekan sekejap blog tu 👀. Kenapa eh? Fikri tak akan pass it by tau, bro even googled his name hahahha

"Tapi kau nampak happy."
"Ye ke?"
"Ha. Adakah sebab kau akhirnya bercakap dengan dia setelah bertahun-tahun?"


Itulah nak dijadikan cerita.

1st post: 21/4
Profile Image for Barukisu (Balqis).
131 reviews10 followers
August 21, 2010
Sekejap sahaja sudah habis. Selalau lambat benar. Mungkin kerana ceritanya pendek-pendek. Makanya perasaan tidak tergantung dari mula sampai akhir. Entah bersyukur atau apa dengan kehadiran buku ini. Sekurang-kurang meringankan sedikit kepala yang dihenyak fakta bertubi-tubi sebelumnya. Okay, enough meleret, terus aja pada ulasannya. Ulasan suka hati.

Damai.

Cerita ini mengada-ngada. Sebab dari mula sampai akhir Naseema asyik berperang dengan perasaannya sahaja. Okay, okay. Itu normal untuk orang yang jatuh cinta habis-habisan. Mengada-ngada juga kerana dia jatuh cinta dengan orang Turki? Ahaha. Lepas itu 'demanding' dan lari tidak mahu mengaku suka? Okay, okay. Agama itu keutamaan dalam memilih. Makanya Sadiq berubah. Tun Fatimah dan Al-Fatih. Siapa sangka ya? Dan Dr. Raudhah dari Kemilau Mutiara Raudhah pun boleh muncul? Sudah ada anak. Sudah jadi consultant. Agak-agak dah berapa orang anaknya? Tok Ayah pun sudah tiada. Mujur muncul watak dr. Raudhah. Al-kisahnya lebih kurang sama dengan Naseema. Erm, nasib ada Istanbul, ada Turki, ada Al-Fateh dan sejarahnya dalam cerpen ini. Atau nanti dia akan meluat dgn Naseema yang mudah benar menumpahkan air mata tidak henti-hentinya. Naseema, Naseema. Penulis pandai bermain dengan perasaan. Dan pengetahuannya tentang Turki menjadi perasa tambahan dalam cerita ini. Boleh tahan.

Yang jauh di pulau itu.

Ahaha, Tidak mahu kata banyak. Dah lama tak baca cerita cinta org kampung. Tapikan, dia suka juga dengan cerita ini. Kerana menyegarkan ingatannya pada suasana kampung. Sungguh. Segala resepi masakan, ulam-ulaman, Tok, aih, semualah tentang kampung! Cerita ini sweet sour. Terpelihara juga. Buat dia mahu pulang ke kampung sekarang dan jadi Suffiah. Ahaha.

Langit tetap biru.

Ahaha. Cinta lagi. Betullah jododh itu misteri. sekian.

Kesimpulan. Semuanya tentang cerita yang tidak kesampaian pada mulanya. tengah-tengah konflil (betullahkan kalau ikut plot) kemudian happy ending. Sekian.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
July 25, 2012
Damai
Naseema pergi ke Turki untuk buat research terang sejarah khalifah Islam. Di situ dia jumpa Sadiq, seorang yang jauh dari harapannya untuk jadi khalifah dalam hidupnya. Namun hatinya sentiasa berdebar tiap kali bertemu. Tapi sesungguhnya Tuhan telah menentukan semuanya untuk dirinya tatkala dia berserah seluruhnya. Sadiq datang menghulur tulip ungu untuk dirinya bersama dirinya yang telah berubah.
Yang jauh di pulau
Ainnur Suffiah Syuhada (Piyah) telah jatuh hati pada Sophan Sophian (Abang Piyan) si penjual ikan pada pandangan pertama. Tetapi kerana salah sangka, mereka berpisah selama dua tahun. Sementara itu Tok Cik Nah rasa kesepian. Rasa bersalah serta ingin cari kebenaran bawa Piyah kembali ke pangkuan Tok. Tetapi tak lama kemudian Tok pergi untuk selamanya. Piyah patrikan kenangannya bersama Tok dalam buku masakan. Di buku itu dia melampiaskan rasa hati dan rindunya untuk Tok dan Piyan. Akhirnya, Piyan dapat agak bahawa Piyah juga ada menyimpan rasa untuk dirinya. Di cekalkan hatinya untuk jumpa Piyah dan melamarnya. Mereka akhirnya bersatu.
Langit... Tetap biru
Zahra telah lama menyimpan rasa hati untuk Zikri. Tetapi Zikri sudah ada teman. Akhirnya mereka bertemu dengan cara tak sengaja. Selepas itu mereka sering kali bertemu, membuat Zikri rasa ingin untuk lebih mengenali Zahra. Lama-lama Zikri rasa dia sudah bersedia untuk membuka langkah untuk lebih mengenali Zahra. Pernantian Zahra berakhir akhirnya.
Profile Image for Aimi ND.
15 reviews
October 29, 2010
I like this book! friggin so much!

the 3 ceritera is filling! hahaha overacted me =D

- Langit tetap biru is sweet! like always, it is chronology of its radius. i like syud all the time. like the secretive essence =D

- Damai is soothing! i was thinking, how if i was Naseema. surviving all the way at the overseas. but, look at the content. it's meaningful, my dear.

- Yang jauh di pulau. heheh this is also nice! i wonder how many piyah can we find these days. i wish myself like her. not judge people by its cover/profession, help the grandma!

=D sambil meyelam minum air, baca suka-suka tapi take the message!
Profile Image for asnzue.
17 reviews3 followers
May 6, 2012
tiga cerita dalam sebauh damai... juga tiga kombinasi penulis yg saya sangat suka.... sangat best.. :)
Profile Image for Liebe Schatz.
72 reviews5 followers
August 30, 2015
Tiada sapa dapat menafikan kehebatan Syud, Noor Suraya dan Saidatul Saffaa....
Displaying 1 - 26 of 26 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.