Umumnya, ketika sebuah pasukan perang kembali membawa kemenangan, mereka disambut aneka sanjungan. Berbagai penghargaan dikalungkan di leher mereka. Sungguh berbeza dengan komentar ilahiyah yang turun pasca Perang Badar. Beberapa ayat yang turun justeru tidak banyak memberikan pujian, tapi sarat dengan kritikan dan saranan bernas.
Di sinilah Allah ingin memberikan pengajaran berharga bagi kaum muslimin. Bahawa, orang yang menang tidak wajar selalu mendapat sanjungan, dan orang yang kalah tidak semestinya dikritik habis-habisan. Ini kerana, sanjungan kerap membuat orang lupa diri, kritikan terkadang membuat orang patah semangat.
Surah Al-Anfal merupakan "komentar Ilahi" terhadap Perang Badar. Medan Badar memberikan begitu banyak pengajaran. Bukan hanya bagi Nabi SAW dan para sahabat yang hidup pada masa itu, tapi juga bagi kita masa kini. Pengajaran paling berharga itu jangan sampai kemenangan menjadi awal kehancuran lantaran kita lupa daratan.
Peristiwa-peristiwa sebelum, semasa dan ibrah selepas perang Badar dikupas melalui rujukan kitab-kitab sirah yang muktabar. Pengajaran yang bagus dan perlu untuk para pejuang Islam, terutama sisi pandang adab berorganisasi serta strategi dakwah yang boleh diaplikasi dalam menghadapi cabaran dakwah zaman moden.