A Malaysian short-story writer and novelist, Rebecca also writes literary essays and travel articles. A bilingual, she translates to/from Malay and English, and is currently learning Korean with an interest in East Asian literature.
Rebecca graduated from the National University of Malaysia with a Master of Art in Malay Letters and a Bachelor of Science (Petroleum Engineering) from Colorado School of Mines, USA.
Jauh sebelum waktu Rebecca Ilham menerbitkan buku ini, saya sudah menjadi pembaca cerpen-cerpennya lewat akhbar. Saya selalu kagum dengan kepetahannya memilih dan mengatur diksi, serta menjalin fakta ke dalam setiap cerpen. Bahasanya memberi kesan menyegarkan dan lari dari kebiasaan.
Dan pada saya, bukan mudah untuk meneroka latar-latar luar negara yang berbeda, membawa pembaca ke Jepun, Sepanyol mahupun Palestin dengan isu-isu yang sejagat sifatnya, seperti penjajahan Yahudi Zionis di Palestin, teori Darwinisme dan isu wanita. Beliau antara pengarang muda yang sangat saya gemari.
Lalu apakah yang membuatkan saya mengehadkan kumpulan cerpennya kepada tiga bintang sahaja, bukan empat atau lima?
Izinkan saya memberi alasan. Ini adalah kerana saya percaya pengarang muda ini masih mempunyai banyak ruang dan bakat untuk berkembang lebih jauh ke atas dan ke hadapan, terutama dari sudut menguasai emosi pembaca.
Dalam sebahagian besar kisah-kisah yang dihidangkan, saya dapati minda saya ligat berfikir, tetapi hati saya tidak terlekat dan gagal terbaur ke dalam perasaan dan diri watak-watak, walaupun kesemua mereka cerdik, berani, punya pandangan sendiri; ciri-ciri yang sangat ingin pembaca identifikasikan dengan diri mereka sendiri.
Begitu juga dengan twist unik yang kadang-kala dapat menambah keseronokan dan keterujaan kepada pembaca, semua itu turut kurang berbekas kepada saya.
Mungkin juga sebagai pembaca kerdil yang sekian lama mengikuti karya-karya beliau, sayalah sebenarnya yang sudah kurang peka dan menjadi terlalu biasa dengan cerpen-cerpennya, sehingga menurunkan jumlah bintang. Mungkin juga jangkaan yang kita simpan terhadap pengarang yang sangat kita kagumi dan gemari terlalu tinggi, hingga menjadi satu ketidakadilan kepada bukunya pula.
Saya sekadar pemerhati kecil dan manusia yang penuh kesalahan, menyeru pembaca lain usah terpedaya dengan jumlah bintang saya yang hanya tiga untuk buku Rebecca Ilham. Beliau mungkin jauh lebih layak untuk menerima lebih :)
Kalau tengok ilustrasi kulit buku, mungkin ada yang fikir isinya ada unsur hmmmm extremist feminism mungkin? Atau kisah gadis jenis free thinking, free hair dan sukakan freedom. Saya juga mulanya agak berat untuk baca buku yang meruoakan kompilasi cerpen ini. Selepas baca kata pengenalan penulis 'Bagaimana Mulanya', saya terus ubah fikiran, curiousity melonjak untuk baca 15 cerita gadis perantau yang dinukilkan Rebecca Ilham. Bila dah baca cerpen pertama Langit Lazuardi, diikuti cerpen kedua Jalan Jauh ke Ramallah... hailaaa, memang dalam hati tabik spring terhadap skill, watak yang dihidupkan dan ledakan idea sang penulis. Saya pasti nak simoan senaskah buat rujukan bila saya mula menulis nanti. Bahasanya tersusun sangat 'intellectual' namun ceritanya langsung tidak menggamit bosan. Hebat!!
Kumpulan cerpen ini sangat istimewa. Ideanya segar dan berbeza. Jalinan kata-kata yang dipilih juga sungguh indah. Terasa detail setiap detik dan perbualan dirakamkan dengan penuh terperinci oleh penulis.
Cerpen yang paling aku minati tentunya Jalan Jauh ke Ramallah, Mencari Tuhan di Celahan Cambrian, Menjadi Naurah, Puing Derita Bosnia dan Herzegovina, Perca-perca Cinta Untuk Palestina, Kimono Ungu Bersulam Bunga, Angin pada Mekar Kuntum Sakura, Jus Soli Jus Sanguinis, Yang Aneh itu Lelaki dan Fajar Sidik di Sierra Morena.
Aku sangat tertarik dengan pencarian kewujudan Tuhan dalam cerpen Mencari Tuhan di Celahan Cambrian yang menggunakan kaedah saintifik dari dunia geologi melalui kewujudan batu fosil era cambrian dan pre cambrian. Suka dengan dialog 2 watak utama cerpen ini iaitu yang saling mencabar dan menggoda dengan bicara intelektualisme.
Cerpen Yang Aneh itu Lelaki pernah dibaca sebelum ini dalam Dewan Kosmik tahun 2008. Penulis membawa persoalan homoseksualiti jauh lebih terdahulu sebelum ia menjadi tema viral utama dalam kebanyakan novel-novel indie mainstream sekarang.
Dalam cerpen Angin pada Mekar Kuntum Sakura pula ada menceritakan tentang Hiroshima, sains nuklear iaitu pembelahan atom dan peranan saintis dalam tanggungjawab sosial kepada masyarakat.Bahawa manusia adalah khalifah yang diberi amanah oleh Tuhan untuk menjaga dan memakmurkan alam ini dengan sebaik-baiknya.
Tahniah kepada penulis atas penghasilan cerpen yang penuh ilmu dan kembara ini
Kimono Ungu Bersulam Bunga adalah himpunan cerpen yang membawa tema-tema berat bercitrakan antarabangsa, berselitan dengan tema sosio-budaya-agama dan sirah seperti yang dinukilkan dalam Jus Soli Jus Sanguinis atau Fajar Sidik di Sierra Morena, juga tidak dapat lari dari tema cinta yang berhamparan sulaman akedemia sebagaimana yang tercoret dalam Protokol Cinta atau Senja-Senja Brasalia, barangkali. Hampir keseluruhan cerpen-cerpennya dalam Kimono Ungu Bersulam Cinta ini didokongi watak feminin yang yang kuat. Mungkin kerana Rebecca Ilham itu sendiri seorang wanita maka beliau lebih akrab untuk mengukuhi setiap karyanya bertunjangkan watak yang sama gender.
isi, ilmu dan informasi yang bagus. pertembungan watak yg berbeza budaya dan pandangan namun masih boleh melanjutkan komunikasi yang sarat isi, ilmu dan informasi hingga ke titik menyerahkan kepada pembaca untuk berfikir dan menilai sendiri. deskripsi tempat dan keadaan tempatan yang rinci membolehkan pembaca memahami dan menikmati cerita dan situasi dengan berkesan.
Buku ini saya beli sewaktu melawat Kelantan pada awal Ogos- maka buku ini adalah salah satu buah tangan yang saya bawa semasa pulang ke Johor.
Saya sejujurnya seronok menikmati permainan bahasa pengarang. Hampir kesemua latar tempat adalah di luar negara Malaysia. Pengarang kelihatan berjaya untuk menggambarkan persekitaran latar dengan permainan bahasanya yang mengasyikkan.
Membaca cerpen-cerpen dalam kumpulan cerpen perseorangan ini membawa saya mendekati isu antarabangsa. Saya 'terpaksa' fokus pada bacaan dan membaca berulang-ulang kali kerana cerpen-cerpen tulisan pengarang sarat dengan fakta (yang memerlukan masa untuk saya hadam)
Cerpen kegemaran saya dalam kumnpulan cerpen ini ialah: 1. Jalan Jauh Ke Ramallah 2. Harapan di Hujung Cebis Doa 3. Fajar Sidik di Sierra Morena.
(ketiga-tiga cerpen ini mudah saya hadam - kerana itu ia menjadi kegemaran saya)
Saya menutup lembaran terakhir dalam Kimono Ungu Bersulam Bunga dengan satu persoalan yang berlegar di fikiran - adakah saudari Rabecca Ilham sedang menulis novel yang mengangkat tema yang sama seperti dalam kumpulan cerpen ini? Jika ya - saya tidak sabar untuk mendapatkannya. =)
Himpunan 15 cerpen yang mengadun isu-isu besar dunia merentasi budaya ini saya nikmatinya sewaktu Gaza dibedil oleh zionis laknatullah, semasa penguasa di kota sendiri tidak memesrai golongan pengemis dan gelandangan, juga ketika muslim di Xinjiang tidak dibenarkan berpuasa. Sepatutnya cerpen-cerpen Rebecca dengan mudahnya boleh menyentuh emosi saya, malangnya tidak berlaku.
Apapun,saya paling suka baca cerpen Yang Aneh Itu Lelaki yang membawa perbincangan tentang homoseksual. "Perlakuan homoseksualiti wajib ditolak, tetapi pelakunya tidak patut dipulaukan." "Kita terima golongan homoseksual ini bukan kerana kita turut meraikan perlakuan songsang mereka. Sebaliknya kita iktiraf masalah mereka. Bagaimana permasalahan bisa diselesaikan andai masyarakat takut mengakui kewujudannya?"
Buku ini merupakan kompilasi penulis muda Rebecca Ilham yang memuatkan cerita-cerita pendek lewat pengajian beliau di luar negara. Semua cerita adalah berlatar belakang luar negara seperti kisah amukan dan pembunuhan kejam di Virgina Tech. Amat menarik dan mengujakan. Kebanyakkan hasil karya beliau pernah disiarkan di majalah dan akhbar tempatan sekitar tahun 2007 hingga 2010.
walaupun dah ada cerpen dalam buku ini yang pernah dibaca dulu, rasa sangat tak rugi beli antologi ni. cara kak becky tulis cerpen sgt best. dan keduanya, obsesi yg sama terhadap negara kimono memang buat buku ni jd sgt tempting.. :)