1511: Kejatuhan Empayar Melaka ialah sebuah buku yang secara julung kalinya menyajikan sejarah yang tepat tentang bagaimana Melaka, sebuah kesultanan yang kuat dan kaya, jatuh ke tangan Portugis.
Melalui penelitian yang mendalam dan sumber daya yang terpercaya, penulis akan membawa anda menyelami analisis-analisis mendalam, menghayati punca-punca kejatuhan empayar anak bangsa. Tidak guna beromantis sahaja tentang keagungan empayar ini, tanpa kita sendiri mencerakinkan punca tumbangnya empayar perdagangan terunggul dunia ini.
Sambil anda membaca buku ini, anda akan sama-sama berjanji kepada diri dan anak bangsa, bahawa tidak sekali lagi anda mengulangi apa yang terjadi pada waktu silam dengan mempelajari sejarah.
Selalu kalau aku baca buku mcm ni, nama Si Kitol mesti akan ada. Memang istilah pengkhianatan memang akan ada dalam setiap kerajaan dan negara.
Tetapi dengan kajian yang teliti, serta jaduan rumusan tentang angka dan spesifikasi jumlah meriam digunapakai serta pendedahan awal tentang taktik perang konvensional juga memainkan peranan penting dalam peperanga. Perlu diingat di rantau nusantara ini, teknik ramming (melanggar perahu musuh) masih digunakan.
Tetapi untuk musuh (matsalleh eropah :portugis) kapal diorang dah ada meriam yang kalau kita tgk pirate caribbean tu ada meriam kiri kanan. Perlu diingat saiz jong seperti mendam berahi adalah untuk urusan sultan bukan untuk berperang. Ia adalah kapal flagship.
Memang ada melaka ada beli meriam dari kerajaan uthmaniyah tetapi tidak berjaya untuk mengendalikan dengan baik. Kalau lah melaka dapat bertukar ilmu teknologi pada waktu tu mungkin sejarah akan bertukar.
Perlu diingat juga pembinaan kota batu dan diserang 1587 atas sebab portugis rasa terancam dengan keamanan kota tersebut. Ah best gila. Korang patut baca