Jump to ratings and reviews
Rate this book

Berdamai dengan Ketidakpastian: Memaknai Rasa Takut, Bimbang & Kecewa Bersama Al-Quran

Rate this book
Ada antara kita pasti pernah dihambat rasa tidak tenang melampau akibat kerisauan dan ketakutan terhadap hal-hal yang tidak pasti.

Segala persoalan yang muncul dalam hidup, tidak kiralah tentang masa lalu ataupun masa hadapan, semuanya seperti tidak berpenghujung.

Akhirnya, kita hilang harapan.

Hakikatnya, tiada siapa yang tahu apa akan berlaku dalam hidup mereka.
Laksana Yusuf AS tertanya-tanya tentang nasibnya yang bersendirian.
Persis Maryam berhadapan tanggapan masyarakat yang mudah mengata.
Bagai Musa AS meragui kemampuan dan kebolehan dirinya yang masih muda.

Melalui buku ini, Imran Zaki menampilkan kisah-kisah al-Quran sebagai pedoman dalam usaha menghadapi ketidaktentuan dalam kehidupan. Setiap rasa yang dilalui dikupas penuh empati dengan sulaman solusi al-Quran secara halus dan berhati-hati.

252 pages, Paperback

First published January 15, 2023

35 people are currently reading
172 people want to read

About the author

Imran Zaki

5 books41 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
114 (61%)
4 stars
61 (32%)
3 stars
10 (5%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 36 reviews
Profile Image for NUR HIDAYAH ABDUL HAMID (aya_booskboutique).
89 reviews6 followers
January 31, 2023
Tak menyesal mulakan tahun baru dengan baca buku ni.

Betul lah, bila kita boleh appreciate perasaan sendiri, barulah kita boleh lebih tenang & bahagia.

Ini lah perasaan pertama saya masa baca buku ni. Appreciate semua perasaan saya, bukan yang positif je.

3 sebab kenapa saya kata tak menyesal baca buku ni

1) Buku ni ajar saya hargai semua perasaan saya, termasuk yg negatif.

Rasa bimbang, takut, tak pasti tu takpe. Tak bermakna iman saya lemah atau jauh dari Tuhan.

Perasaan kita adalah sebahagian daripada diri kita.


2) Huraian & cara @imraanzaki cerita tentang kisah & ayat al-Quran dalam tu sangat membumi. Penulis bagi konteks zaman sekarang. Jadi senang nak faham & membayangkannya.

Bukan tak pernah baca kisah Nabi Yusuf. Tapi bila Imran bawa aspek bahasa & tafsir, rasa refresh sangat baca.

3) Rasa lagi sayang Quran.

Selalu terbayang isi al-Quran adalah panduan hidup yang terdiri dari hukum hakam.

Baru sedar yang al-Quran juga banyak bawak tentang kisah manusia & perasaan. Macam mana sunyi & sendirinya Nabi Yusuf. Macam mana hampir putus asanya Maryam untuk hidup
Profile Image for h.
42 reviews
February 13, 2023
“Al-Quran benar-benar menunjukkan kepada kita cara yang selayaknya untuk kita mengiktiraf dan menerima perasaan. Kita tidak dipaksa untuk segera berdamai dengannya. Kita tidak diarah untuk segera melepaskan dan memaafkan dalam hal-hal yang memberatkan hati. Kita diberikan ruang dan masa untuk memproses emosi sebaiknya.”

Pendekatan buku yang penulis bawakan ini akan membantu ramai orang untuk tidak berada dalam fasa “denial” apabila berkaitan dengan emosi. Manusia berjiwa & berperasaan; kita punya perasaan yang wajib dihargai sama ada kita sedang sedih, marah, takut dan sebagainya kerana itu adalah rahmat daripada Allah SWT. Lelah kehidupan yang ditanggung di atas pundak wajar untuk diberikan ruang supaya kita bertindak dengan lebih rasional. Bayangkan situasi apabila kita sedang sedih dan mahu menangis, tapi kita paksa diri untuk ‘tukar’ emosi kita dengan berketawa. Ibarat kita tak menghargai rahmat Allah bagi dekat kita.

Selain itu, penulis juga menyisipkan pengetahuan psikologi yang tersirat secara dasarnya dalam Al-Quran. Perihal emosi dan perasaan ada mempunyai hubungkait dengan kehidupan para anbiya (dalam Al-Quran). Sebagai contoh, tentang kehidupan Yusuf AS dan Maryam AS; dua sosok tubuh yang kalau kita lihat dan kaji secara terperinci, kita akan jumpa titik pertemuan “oh begini rupanya emosi manusia”. Bila kita faham kisah-kisah Yusuf AS, Maryam AS, Musa AS, Muhammad SAW dan para anbiya yang lain (melazimi Al-Quran), kita akan rasa seolah-olah Al-Quran itu tengah berbicara dengan kita dan faham siapa kita sebenarnya.

Menjadi satu kemestian kalau kita hendak memahami Al-Quran, kita kena melakukan proses tadabbur. Proses tadabbur yang penulis rangkumkan dalam buku ini sangat mudah untuk difahami (sangat sesuai untuk orang awam). Belajar untuk berdamai dengan perasaan melalui kisah-kisah para nabi dan fahami maklum balas daripada Tuhan (firman-firman Allah SWT) untuk kita bersandar, bergantung dan berharap bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah SWT yang akan bantu kita.
Profile Image for Safa Safwan.
99 reviews26 followers
January 28, 2023
Ketidakpastian adalah tentang kesudian kita untuk belajar tentang penerimaan dan penolakan.
Ketidakpastian meminta kita agar sentiasa berencana tentang hidup tetapi harus bersiap-siaga menempuh segala proses serta siri-siri pembelajaran tanpa henti yang berkompaskan kitabullah dan sunnah Rasullullah SAW.

Hidup adalah perjalanan untuk membangun rumah untuk hati. Hati yang sihat (qalbun salim) memerlukan rumah yang aman dari kecelaruan dan punyai kekentalan untuk melindungi.

Pesan penulis buku ini,

Belajar untuk memahami dan mengurus perbezaan.
Belajar untuk mengerti, menghormati dan memberi erti.
Belajar memberi ruang dan peluang pada setiap kesilapan untuk diperbaiki.

Lalu kita akan fasih menganalisa setiap fasa patah, tumbuh, relai, sihat, sakit yang silih berganti mendewasakan jiwa.

Fahamilah bahawa setiap rasa yang kita alami itu, baik negatif atau positif, terlalu berat atau sulit yang tak tertanggungkan, semuanya adalah pengalaman memaknai kehidupan agar kita ini lebih manusiawi.

Dari mana kita harus mencari tahu jika ada yang sudah lebih dahulu diuji dan teruji? Kembalilah bersahabat dengan kitabullah yang sudah lengkap dipenakan segala pedoman dan pengajaran untuk kita bertumbuh dan sembuh.

Lewati satu persatu kisah Yusuf A.S bersama abang-abangnya yang mengajarkan kita bagaimana runtunnya rasa saat emosi seseorang itu diperlekehkan.

Telusuri juga kisah Maryam A.S yang kelelahan mempertahankan harga diri demi taatnya dia kepada Tuhan.

Amati saat-saat Muhammad SAW berhadapan dengan tahun-tahun kehilangan dan kesedihan.

Semuanya mengajarkan bahawa ketidaktahuan dan ketidakpastian akhirnya harus diubati dengan rasa percaya.

Percaya kepada Allah SWT yang lebih mengetahui setiap apa yang DIA telah aturkan.

Percaya kepada proses pembelajaran yang mendewasakan.

Percaya bahawa Allah SWT ialah pintu kepada penyerahan jiwa dan ketundukan.

Terima kasih untuk naskhah yang begitu menyembuhkan ini. Barakallahu feekum 💖
Profile Image for Syazwina Johari.
76 reviews11 followers
January 31, 2023
Kegelisahan dan ketakutan adalah perasaan yang kita tidak dapat elakkan kerana kedua-duanya adalah sebahagian daripada hadiah daripada Tuhan yang membentuk kita sebagai manusia pada hari ini. Menafikan keduanya ibarat menafikan fitrah kita sebagai manusia.

Perasaan ini tentunya terbit daripada ketidakpastian (uncertainties) yang kita sebagai manusia mempunyai keterbatasan untuk merungkai persoalan yang melampaui keupayaan kita seperti hal yang melibatkan perkara yang telah terjadi (masa lampau) dan bakal terjadi (masa depan). Ketidakpastian ini ternyata memberikan impak kepada kehidupan harian kita.

Dan buku ini ada menjelaskan akan bagaimana kita dapat berdamai dengan perasaan ini dan bukannya mengelak, menafikan mahupun membuang ia melalui kisah² yang terkandung di dalam Al-Quran. Siapa cakap Al-Quran tidak tekankan perasaan dan emosi kita?

Rupa-rupanya, para nabi dan rasul turut pernah melalui apa yang kita hadapi.
Takut dan risau akan hal² yang tidak pasti.
Ternyata menjadi manusia yang terpilih tidak membuatkan mereka terlepas daripada turut diuji
Dengan perkara² yang bermain dengan emosi dan hati
Malah sehingga ada di antara mereka yang juga terbit rasa ingin mati

Pada awalnya, saya sendiri berasa takut untuk memulakan bacaan kerana saya ada "high expectation" disebabkan kejayaan buku saudara Imran Zaki yang pertama yang lebih memfokuskan topik kesedihan. Bagaimana jika buku ini tidak sebaik buku sulungnya? Ternyata biarpun membicarakan soal emosi manusia dengan kisah yang sama namun beliau berjaya merungkai buku kedua ini ibarat dua buku yang berlainan.

Jadi di kesempatan ini saya ingin memuji penulis atas kejayaan beliau dalam menulis buku ini dengan menjadikan kisah di dalam Al-Quran sebagai kisah yang begitu dekat dengan diri ini walaupun jarak kisah ini terjadi beribu tahun yang lalu serta kejadian yang berlaku adalah di situasi dan keadaan yang berbeza, sebagai pesakit mental saya dapat "relate" dengan kisah dalam buku ini ibarat ia begitu dekat dengan hati. Tidak sedikit pun terdetik merasakan kisah yang disentuh sebagai kisah lama atau tidak relevan serta tidak boleh berkait dengan masalah isu kesihatan mental dan emosi kontemporari. Secara tidak langsung, buku ini berjaya membuktikan bahawa benarlah Al-Quran itu tidak akan pernah dimamah zaman.

Malahan, biarpun membincangkan hal berkaitan psikologi manusia dan perkaitannya dengan al-Quran dan hadis, beliau berjaya menjadikan bacaan ini tidak berat malah saya boleh menghabiskan bacaaan dalam masa 3 hari sahaja.

Topik yang menyentuh soal meraikan emosi dan psikologi manusia dari sudut sunnatullah dan syariatullah sentiasa dapat menghambat hati saya dan untuk itu saya amat menyukai buku kedua Imran Zaki ini sebagaimana saya jatuh hati dengan penulisan sulung beliau iaitu Mendakap Kesedihan dengan Al-Quran. Semoga @imanpublication dapat menterbitkan lagi buku berkaitan emosi dan kesihatan mental lagi.
Profile Image for ommimembaca.
26 reviews3 followers
May 31, 2023
BERDAMAI DENGAN KETIDAKPASTIAN - IMRAN ZAKI

Kita semua tidak terlepas dari rasa takut, bimbang, kecewa dan tidak pasti dalam begitu banyak perkara dalam kehidupan ini. Ada resah dan debar di dada yang kita tidak tahu bagaimana mahu menguruskannya .

Naskah ini hadir untuk meraikan perasaan-perasaan tersebut dengan membawa pembaca melihatnya melalui perspektif Al-Quran dan kisah para nabi sekaligus membuatkan kita merasakan bahawa kita tidak keseorangan dalam perasaan ini . Dan yang paling penting, kita tahu bahawa Allah turut merakamkan beberapa kisah-kisah luka ini dalam Al quran untuk kita belajar darinya.

Sebahagian besar isi buku ini menceritakan tentang Nabi Yusuf. Perjalanan hidup baginda antara contoh terbaik dalam mendepani perasaan-perasaan ini.

Menghayati kisah Nabi Yusuf, membuatkan saya berterima kasih kepadanya kerana sudah melalui proses yang panjang dan sukar yang akhirnya menjadi kekuatan untuk kami terus percaya bahawa Tuhan akan selalu memeluk setiap kesedihan kita.

Penulis juga banyak memberi penerangan mengenai pemilihan perkataan yang Allah gunakan bagi menggambarkan sesuatu perkara dalam Al-Quran menjadikan pembaca dapat merasakan betapa hebatnya kalamullah .

Penutup naskah ini mengajak pembaca untuk bersama-sama menjalani proses kehidupan ini dengan rasa tawakal yang tinggi kepada Tuhan Yang Maha Pengasih. Kita perlu selalu bisikkan pada diri, akan ada sesuatu yang lebih baik telah Dia siapkan buat hamba-hambaNya .

Bagi saya, naskah ini merupakan antara buku healing terbaik yang saya pernah baca .

#berdamaidenganketidakpastian #imranzaki #imanpublication #imanshoppe #healing #ommimembaca #malaysiamembaca #bookstagram #bookrecommendation
Profile Image for Shahmi Fadzli.
97 reviews
June 1, 2024
Membaca buku ini adalah satu perkara yang seronok dan tenang kerana dihidangkan dengan beberapa ayat alquran dan hadis. Terlalu tenang. Membaca buku ini memberikan pengajaran kepada beberapa perkara. Dan ini terus menyentuh beberapa perkara tentang ketidakpastian dan emosi.
Profile Image for urbandevlearning.
41 reviews1 follower
August 21, 2023
Dewasa ini banyak dari kita yang mengkhawatirkan sesuatu yang belum pasti. Buku ini dengan tema utama perihal perasaan kebimbangan dan ketakutan. Penulis membawa kita kepada topic bagaiman perasaan manusia dengan beberapa ilmu psikologi didalamnya. Wajarkah kita merasakannya ? Tentu saja sangat wajar.

Dibuku ini penulis menuliskan bagaimana gambaran perasaan ini sangat jelas melalui kisah-kisah dalam Al Qur’an seperti kisah Nabi Yusuf AS, kisah Masyam AS dan kisah Nabi Musa AS.

Al Qur’an tidak hanya sebagai sebuah naratif sejarah yang benar, bahkan juga bercerita tentang diri kita sendiri. Ternyata Al Quran diturunkan sebagai hadiah kepada kita dan menjadi penunjuk. Al Quran bercerita tentang tiap-tiap perasaan kita. Al Qur’an mendidik kita untuk merendahkan ego.

Mencari titik keseimbangan dalam kebimbangan dan ketakutan menjadi keperluan. Kita cenderung menafikan perasaan bimbang dan takut. Langsung tidak memberi ruang kepada diri untuk menghargai dan mendengarkannya. Atau kita terlalu terpaku akan rasa ketakutan hingga hidup tidak berkembang dan tidak bertumbuh.

Rasa takut ialah hal yang normal. Hanya saja kita tidak boleh berlama pada perasaan takut.

Penulis menjelaskan perlunya melihat terjemahan atau tafsir yang lebih mendasar dari para ulama klasik untuk memahami keindahan dan kedalaman makna yang terkandung dalam setiap ayat Al Qur’an.

Dalam ketidakpastian, kita akhirnya belajar untuk benar-benar percaya dan bergantung pada Allah SWT yang mengetahui segalanya.

Pertama banget bacain buku dari penerbit Iman Publication, Malaysia. Jujur aku suka banget sama buku ini. Jadi ini tuh buku yang kedua setelah Mendakap Kesedihan dalam Al Qur'an, yang kategori self healing. Tapi aku bacain buku yang ini dulu. Next time aku bakalan baca buku yang pertamanya.

Bukunya bagus, pembahasannya pelan dan detail. Jadi setiap halaman tu relate semua. Mulai dari kata pengantar sampai epilog. Lengkap dengan penjelasan istilah bahasa, kisah dan ilmu psikologi. Buku ini tipe aku banget 💕. (POV aku orang Indonesia) Walaupun bahasa Melayu Malaysia tetep mudah dipahami.
Profile Image for Hikmah Reads.
18 reviews2 followers
Read
February 2, 2023
Jangan takut akan hal yang akan datang, jangan bersedih atas hal yang telah berlalu. La takhaf wa la tahzan. Semat rasa percaya dan iman kepada Allah bahawa Allah Yang Maha Mengetahui akan membimbing perjalanan hidup kita.

Saya suka akan struktur buku ini yang disusun kemas, daripada berbicara tentang meraikan perasaan, kepada meneroka sisi al-Quran tentang perasaan, kepada menelusuri kisah insan-insan hebat emosi dalam al-Quran. Bab terakhir bagi buku ini sebelum Penutup membawa kita membumikan konsep berdamai dengan perasaan ini dalam situasi masyarakat kini seperti isu membanding-bandingkan diri dengan orang lain, berhadapan dengan ujian, dan sebagainya.

Pernah tonton mana-mana video YouTube yang menjelaskan tentang sesuatu filem seperti “Movie XX explained”? Begitulah halnya kisah Nabi Yusuf AS diceritakan dengan mendalam menerusi buku ini. Dengan kupasan yang menyeluruh dari aspek tafsir dan bahasa, kita juga menjiwai perasaan Yusuf AS yang paling dalam serta hubungkaitnya dengan kisah kehidupan kita sendiri.

Membaca buku ini akan membuatkan awak jatuh cinta. Daripada tidak pernah membaca buku agama, terbit rasa seronok baca buku agama. Daripada tidak suka baca self-help atau self-healing, kepada rasa suka baca. Daripada membaca Al-Quran sekadar baca, kepada menghayati kisah-kisah di dalamnya dan kaitannya dengan diri. Buku ini saya kira hibrid antara self-help, self-healing, agama, al-Quran dan sirah yang disulam indah.

Terima kasih kepada Iman Publication atas pemberian buku ini. Tahniah kepada Imran Zaki atas penulisan yang benar-benar indah dan bermanfaat ini. Semoga terus menyebarkan rahmah melalui penulisan. Selepas “la tahzan” dan “la takhaf”, “la” apa pula ya selepas ini? 😁

Buku Berdamai Dengan Ketidakpastian ini saya sangat rekomenkan kepada semua yang pernah ada perasaan takut dan bimbang serta mahu mengendalikannya dengan baik mengikut acuan al-Quran. Dapatkan sekarang di imanshoppe.com.
Profile Image for syufayqae.
46 reviews3 followers
January 13, 2024
-Pilihan buku ini adalah bersifat personal setelah mendapati bahawa saya adalah permohonan "kerja impian" saya adalah ditolak dan kebetulan saya juga ada melihat melalui media sosial Twitter yang mengatakan buku ini sebagai buku "healing" yang saya rasakan "apa salahnya pembacaan ini memandangkan saya telah membelinya dulu dan sudah ada tersimpan kemas di dalam rak buku saya".

-Buku ini merupakan buku kedua dari penulis yang pernah saya baca.

-Penulis masih mengekalkan perceritaan Surah Yusuf sepertimana di dalam buku pertama beliau cumanya saja terdapat arah sudut lain iaitu dari sudut konsep melihat dan menganalisis ayat-ayat al-Qur'an daripada emosi karakter-karakter dalam al-Qur'an.

-Saya hargai bagaimana penulis mengaitkan perasaan dan emosi dengan menggunakan istilah-istilah psikologi yang modern untuk mendekatkan mesej penulis dengan audiens (pembaca). Ini menunjukkan kesyumulan al-Qur'an yang bersifat universal dan masih kekal relevan hingga ke hari ini walaupun sudah diturunkan beribu-ribu tahun dahulu.

-Dimensi-dimensi tambahan iaitu konsep pemfokusan terhadap emosi dan perasaan dengan kaitan ayat-ayat al-Qur'an memberikan saya lensa baru untuk memperbaharui konsep tawakkal dalam kehidupan harian.

-Konsep "Ketakutan terhadap ketidaktahuan dan ketidakpastian" yang diketengahkan di dalam buku ini sedikit sebanyak mengubah cara untuk saya melihat kehidupan dari pelbagai sudut.

-Buku kedua daripada penulis adalah tidak mengecewakan dan setentunya saja saya akan membaca buku-buku yang dikeluarkan oleh penulis.

-Semoga Allah merahmati dan semoga saya selaku pembaca akan meningkatkan keyakinan dan kepercayaan bahawa "tiada kesakitan yang sia-sia. Tiada pengalaman yang sia-sia."

-Teruskan berkarya!
Profile Image for Izzah Ridzuan.
17 reviews
September 10, 2023
Saya membaca buku ini ketika melalui episod-episod duka di dalam hidup. Bertemankan kesedihan dan kerisauan, saya membuka lembaran buku ini.

Subtajuk pertama di dalam buku ini ialah Perasaan itu Rahmat, yang mengisahkan tentang Nabi Muhammad SAW yang baru sahaja kehilangan anak baginda, Ibrahim. Abdul Rahman bin Auf R.A menemui baginda menangis lalu bertanya, "Kau pun menangis?" Lalu baginda menjawab dengan ayat yang membuat saya tersenyum. "Wahai Ibn Auf, sesungguhnya ini rahmah."

Manusia memang diciptakan dengan perasaan dan dengan emosi itulah dia meluahkan apa yang ada di hati. Menangis tidak salah tetapi janganlah sampai melampaui batas.

Kemudian penulis meneruskan dengan menceritakan tentang kisah Nabi Yusuf A.S yang melalui episod-episod kesukaran demi kesukaran sejak di usia yang masih muda. Kemudian, kisah Maryam A.S yang diuji dengan sesuatu yang tidak terjangkau dek akal, kisah ibu Nabi Musa yang menghanyutkan anaknya ke dalam Sungai Nil serta kisah Nabi Yaakub yang menjadi buta kerana terlalu rindu akan anaknya.

Ada sebab mengapa Allah mengabadikan kisah-kisah tersebut di dalam Al-Quran, kerana Dia menciptakan manusia memiliki perasaan yang pelbagai dan Dia meraikan setiap perasaan tersebut. Setiap kedukaan dan kesukaran yang kita tempuhi akan berakhir dan diganti dengan sesuatu yang lebih baik, selagi mana kita bersabar dan bertawakal kepada Allah.

Membaca buku ini sedikit sebanyak mengubat luka di hati ini. Walau sesukar mana pun keadaan yang kita lalui, pasti akan ada jalan keluar, sebagai mana firmanNya dalam Surah Al-Syarh ayat 5-6, 'Oleh itu, maka bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan).'

Berdamailah dengan ketidakpastian, walau kita tidak begitu pasti apa yang akan mendatang, kerana setiap kegelisahan ini pasti akan hilang.
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
December 2, 2023
🩹 Perasaan adalah anugerah.Kadang kita raikan rasa positif tapi kita lupa raikan yg negatif. Sedangkan ia juga berhak disambut.Seperti Allah sambut kata² kecewa dilontarkan wanita hebat Siti Maryam.Allah tidak menidakkan rasa sedih, kecewa. Kerna Allah tahu uniknya makhluk perasaan untuk dihadiahkan pada manusia.

🩹Perasaan waktu baca,terpujuk. "Jangan takut..Jangan Sedih..Semua akan tamat dengan prosesnya.Jangan kecewa berlama²..Jangan berkalau panjang².Cukuplah endahkan perasaan bertandang,sambut kejap. Kita manusia tak tahu,tak apa Allah tahu"

🩹Buku ajarkan erti damai sebenar menerusi kisah dalam Al-Quran. Ralit sungguh saat cerita kekecewaan Nabi Yusuf, kesunyian baginda. Keteguhan dan kesabaran hati ayahnya Nabi Yaakub dan kisah srikandi Siti Maryam yg lelah menanggung ujian tapi semua menuju pada kata PERCAYA menunjukkan ada jalan dalam setiap ujian.

🩹Kita sering harapkan yg baik² dalam perancangan dibuat tapi Allah tetap hantar ujian. Solusi blh dipegang menerusi buku.Kunci 1, Proses menumbuh perlukan sabar, percaya dan tawakal. Nikmati jatuh bangun dengan timeline kita.

🩹Kunci 2, Fokus pada yg kita Mampu Kawal untuk buat terbaik sebelum berakhir pd tawakal.Kedua² perlu kata PERCAYA. Tiada manusia biasa mampu lihat masa depan,semua bakal berdepan dengan ketidakpastian dalam hal kita putuskan.

🩹Satu hal lagi sebak dengan buku ni yg jarang sedar jika tak ingatkan. Al-Quran sedang bercerita tentang semua termasuk EMOSI kita.Tadabburnya sangat meruntun hati. Terima kasih utk naskah hebat ini.@imraanzaki
Profile Image for Eva Novia Fitri.
164 reviews1 follower
January 2, 2024
Berjuang keras memahami bahasanya, awalnya kepental-pental terus beradaptasi. Apik buku ini. Seandainya bisa baca edisi yang benar-benar bahasa Indonesia, yakin sari-sarinya bisa diserap semua. Karena saya bisa merasakan bahasanya indah, walaupun sering terkaget-kaget tiba-tiba dengan kemunculan kosakata yang sudah terbiasa dengan arti Indonesia, harus meghayatinya dengan arti jauh berbeda. Lama juga mencerna saat kata 'terpacul' ternyata dimaksudkan 'tercetus'. Rasanya seperti tersandung-sandung.

Isinya? Indah....bahkan sambil tersandung-sandung. Buku ini menguliti kisah-kisah di Alquran dari sisi yang berbeda. Sisi psikologis Yusuf AS, kakak-kakaknya, ayahnya ( Yakub As). Juga Maryam. Kita dibawa mereview kembali kisah ini dari sisi yang lebih manusiawi, real, dan karenanya lebih terasa 'dekat'.

Darimana penulis mendasarkan pandangannya tentang perasaan-perasaan dan kejiwaan tokoh-tokoh kisah AlQuran ini? Beliau mengupas kata-perkata dan menganalisanya. Saya pribadi paling tulalit dan jadinya malas jika sudah membaca bagian tafsir. Tapi ini indah, bagaimana beliau mengupas sebuah kata dan membongkar suasana hati penuturnya. Sekali lagi sayangnya, bahasanya itu lho..bahasa melayu 🤣
66 reviews
March 22, 2024
I like this book and i feel like the timing is perfect. Because im at a phase in my life where there’s a lot of uncertainties. I dont know what to do after spm. I dont know if ill be successful. I dont know if everything will be alright. I dont know if i will ever be ready to grow up. So reading and taking it all in was a very comforting read. I was reminded about how everything is in allah’s hands. My whole life was mapped before me and that all what is important is to do the best possible thing.

The book touches surah yusuf and maryam. Ive always loved surah yusuf because i know its ditutunkan by allah swt to comfort a saddened soul. The book presented the tafsir of surah yusuf by parts (not all ayats) and ive got to feel amazed by the contents with a different point of view. Nabi yusuf a.s life was full with uncertainty and trials but it all works out in the end.

My favourite story ive gotten from the book is musa a.s ‘s story. The fact that nabi musa, a pious and respected man he is, also needs time to heal. Its okay to take some time, and that is a very comfortable thing to know. All and all, its such a nice and needed book for 2024. Shout out to mlmh hajar for putting it on our nilam’s side of my class so im able to borrow it.
Profile Image for Irfan Muhaimin.
93 reviews3 followers
March 1, 2023
Sebenarnya buku ini boleh dinoktahkan dengan mudah tapi sifat ada dalam buku ini adalah memujuk. Apabila memujuk kita akan menggunkan banyak kosa kata dan gubahan ayat agar kita dapat mendalami penerangan diberi. Inilah seni yang ditonjolkan oleh penulis. Dua kisah utama digambarkan ialah Nabi Yusuf dan Maryam. Kedua ini diuji ketidaktentuan oleh tuhan dengan begitu dasyat sekali. Buku ini menonjolkan bahawa segala kesedihan, keresahan, kesunyian dan buntu ada diceritakan dalam Quran melalui kisah tersebut agar kita terus bersemangat seolah apa diceritakan itu terus kepada kita. Allah tidak pernah sama sekali meninggalkan hambanya. Anatara sisi lain Nabi juga manusia yang mempunyai perasaan sedih dan ada satu kisah Nabi Muhammad tidak mahu memaling muka ke arah pembunuh bapa saudaranya Hamzah walaupun telah memeluk Islam kerana sakit yang ditanggung. Memaafkan orang merupakan sifat terpuji tapi pasti ada luka yang masih segara dalam hati. Nasihat dalam buku ini realistik dan tidak ada toxic positivity. Sekiranya anda tidak tahu nak baca apa dan buntu maka buku ini jawapannya. Disebabkan buku ini ada nak kaitkan dengan beberapa doa yang saya fikir ada sinonim dengan hal ini
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
April 7, 2023
Berdamai dengan ketidakpastian
Imran Zaki

Hidup adalah sebuah ketidakpastian. Tiada apa yang pasti dengan hari esok. Tiada apa yang boleh diubah dengan hari semalam. Hari ini, kita lalui dengan sesungguhnya.

Buku ni, kupas tentang masalah yang sering masyarakat hari ini tempuh.

Sedih. Takut. Bimbang. Insecure. Ini semua sifat manusia. Tiada yang salah, cuma kita hanya perlu kawal dengan baik.

Penulis juga ada sentuh kisah "ahsanul qasas" (sebaik-baik kisah) dalam Al-Quran iaitu kisah Nabi Yusuf as. Tak lupa juga kisah nabi Musa as dan Maryam as.

Kita selalu dengar ada yang kata "kan lebih baik aku mati" dan kita mudah menuduh bahawa iman mereka lemah, tak bersyukur, bersabarlah dan 1001 macam kata positif pada sisi kita. Rupanya, dialog yang sama juga pernah dituturkan oleh wanita mulia yang disemadikan namanya sebagai salah satu surah dalam Al-Quran iaitu Maryam as.

Dapatkan dan baca. Moga kita juga tak bermudah-mudah untuk menuduh "mereka itu" lemah iman dan tak bersyukur.

#Letsاقرأ #syawalbookreview
Profile Image for Faiz.
47 reviews2 followers
June 6, 2023
Sebagai manusia, kita takkan pernah dapat lari dari perasaan takut, bimbang, sedih, kecewa dan resah. Melalui naskah Berdamai Dengan Ketidakpastian ini, penulis cuba mengatakan yang it's totally okay to not be okay. It's okay to feel down. It's okay to have fear, to feel anxious about future. To feel sad about our past.

Kerana pada akhirnya, kita semua hanyalah manusia. Manusia biasa yang sifatnya berperasaan. Bukan robot mahupun boneka. Instead of being denial about our feelings, sepatutnya kita embrace segala rasa yang ada.

Penulis menggunakan kisah-kisah yang terdapat dalam kalam suci Allah, Al-Quran sebagai contoh yang mana menunjukkan para anbiya yang mulia juga melalui perkara yang sama. Nabi Yusuf, Nabi Yaakub, Nabi Musa dan Nabi Muhammad sendiri melalui episod-episod ketidakpastian, resah dan kecewa dalam hidup. Kisah-kisah seperti ini hanya menguatkan lagi kepercayaan yang Tuhan akan sentiasa memeluk setiap kesedihan kita. Semuanya akan indah pada waktunya.

Profile Image for Nur Aqilah.
11 reviews1 follower
July 21, 2023
Manusia tidak boleh lari daripada ketidakpastian. Ketidakpastian akan sentiasa ada dalam hidup kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Bagaimana untuk berdamai dengan ketidakpastian adalah dengan meletakkan kepercayaan dan kebergantungan kita sepenuhnya kepada Allah S.W.T.

Antara perkara yang menarik dalam buku ini ialah ulasan penulis mengenai kisah Nabi Yusuf A.S. dan Maryam A.S. yang diceritakan dalam Al-Quran. Penulis berjaya menunjukkan bahawa setiap perkataan yang digunakan dalam Al-Quran mempunyai makna yang mendalam dan boleh difahami dari sudut psikologinya. Perasaan 'insecurity' dan 'alangkah baiknya aku mati dan dilupakan orang' adalah normal bagi seorang manusia dan perasaan ini ada dicatatkan dalam Al-Quran.

Dari sudut penulisan, boleh dikatakan agak baik dan matang, cuma mungkin perlu diperbaiki dari sudut olahan yang kadang agak lewah dan susunan cerita supaya tidak dirasakan berulang-ulang.
Profile Image for Hasliza Rajab.
182 reviews8 followers
June 29, 2024
1.Apabila kita membicarakan tentang emosi, kita akan fikirkan tentang sesuatu yang negatif seperti sedih, terluka, kecewa, sakit, dan sebagainya.

2.Buku ini menceritakan emosi dari sudut yang berbeza. Emosi itu walau hakikatnya adalah suatu perasaan yang negatif, yang buruk...namun al-Quran menggambarkannya dari sudut yang positif. Sesuatu yang berlaku itu BAIK, walau kita mengalami perasaan yang kurang senang.

3.Saya memahami al-Quran dari sudut yang berbeza berbanding sebelumnya. Sebelum ini, saya hanya menganggap al-Quran ini hanya sebagai panduan berdasarkan kepada kisah-kisah dan peristiwa yang dicoretkan. Namun, laras bahasa al-Quran dalam menterjemahkan setiap perasaan manusia membuatkan kisah-kisah ini dekat dan ianya adalah gambaran kehidupan kita, apa yang kita lalui dalam hidup.

Sebagai penutup, berpeganglah pada ayat al-Baqarah : 216. Ayat pemujuk paling berkesan untuk saya menempuhi hidup yang pelbagai mehnah!
2 reviews
July 9, 2024
Berdamai dengan ketidakpastian by @imranzaki . Kalau korang nk baca buku healing sambil nak input, bacalah buku ni. Cerita tentang segala perasaan kegusaran, negatif dalam diri kita, penting untuk kita acknowledge dan ingatkan kita bahawa nabi-nabi pada zaman sebelum ini pun mengalami perasaan yang sama. Buku ini banyak menggunakan contoh daripada Al Quran melalui apa yang dialami oleh Nabi Yusuf, dalam beberapa peringkat hidupnya, iaitu dari dia dibuang oleh adik beradiknya, dijual sebagai bahan komoditi, difitnah dan dihumban dalam penjara, dan seterusnya. tidak juga lupa buku ini ada juga kisah nabi Yaakub menangani kesedihan kehilangan anak kesayangannya Nabi Yusuf, dan kisah Nabi Muhammad memproses kesedihannya ketika berjumpa Wahsyi(pembunuh Saidina Hamzah). Buku ini juga ajar kita bahawa Quran menceritakan sesuatu menggunakan perkataan spesifik untuk menyampaikan suatuperasaan yg tepat dalam sesebuah kisah.
Profile Image for Aina Rohaizam.
3 reviews1 follower
July 26, 2023
Konteks dalam buku mempunyai 5 bab. Setiap bab menyampaikan informasi dengan teratur dan terperinci serta mudah difahami. Buku ini mengisahkan nabi Yusuf dan kisah ibu Maryam dimana kedua-dua insan yang disanjung ini mempunyai ujian tertentu. Kebersamaan ujian mereka yang dilaluinya adalah sama dengan manusia biasa seperti kita semua.

Refleksi yang saya dapatlah adalah kebergantungan mereka dan kepercayaan kepada Allah boleh dijadikan contoh untuk kita menjadikan ibrah agar dapat sentiasa tumbuh meskipun kita kelemasan ditenggelami lautan gelap.

Penghayatan Al-Quran yang disampaikan dapat membuatkan pembaca memaknai isi tersirat sekaligus mendekatkan diri pembaca dengan isi Al-Quran.

Wallahu'alam
Profile Image for Faqihah.
41 reviews
March 18, 2023
Dalam sekuel “Mendakap Kesedihan Dengan Al-Quran”, buku Berdamai dengan Ketidakpastian menyingkap emosi seperti resah, gelisah, dan ketakutan menerusi kanta Al-Quran. Melalui perbincangan tentang kisah-kisah seperti Nabi Yusuf a.s. dan Maryam a.s., penulis mengajak pembaca memahami bahawa insan-insan yang terbaik dalam sejarah tamadun manusia tidak terkecuali dalam memikul beban berat dan perasaan yang pelbagai ketika diuji oleh Allah SWT. Namun seperti mereka juga, kita mampu melayari ombak badai kehidupan dengan berbekalkan iman supaya mencapai destinasi ketenangan, walaupun terus diuji.
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
September 12, 2023
Rating sebenar : 4.5/5.0 ⭐️


Menarik apabila penulis mengupas kisah-kisah di dalam Al-Quran yang berkait dengan rasa takut dan gelisah terutamanya kisah Nabi Yusuf A.S.. Penulis turut memperincikan sebahagian perkataan pada ayat-ayat Al-Quran yang disertakan yang secara tidak langsung memberikan saya pengetahuan baru serta mengagumi betapa indahnya ayat Al-Quran yang telah diturunkan kepada kita, umat Nabi Muhammad SAW.
Profile Image for Shaqira Kamarolzaman.
18 reviews
December 30, 2024
Bagus untuk mereka2 yang overthinker , adakan satu buku ni untuk diri kamu . Baca apabila perasaan negatif hadir , lama2 segala kerisauan akan hilang dan kamu menjadi lebih tenang . Terima kasih buat penulis , buku ini menyelamatkan saya daripada terus berfikir secara tidak rasional dan menyelamatkan saya daripada segala perkara tidak baik yang ingin saya lakukan terhadap diri saya . Jiwa semakin tenang dan semoga saya terus istiqamah dalam jalan Allah ini . Aminnn ya Rabb 🤲🏻✨️
Profile Image for Najwa.
24 reviews
June 29, 2024
definitely my fav for 2024!!!

SUKA sebab penulis letak kisah-kisah Nabi untuk kaitkan dengan perasaan-perasaan manusia. Jadi dia macam mengingatkan Nabi-Nabi juga melalui kesedihan dan mengambil masa yang lama untuk mengatasi perasaan-perasaan tu. So takpe kalau kita sedih etc. & takpe kalau ambil masa yang lama. Tapi kita juga kena bijak mengawal perasaan.

Papepun suka buku ni. <3
Profile Image for Wan Asma Wan Omar.
85 reviews
September 22, 2025
Resah,gelisah,bimbang semua itu adalah perasaan manusia biasa yang tidak tahu apa akan terjadi di masa hadapan.Tetapi kita ada Allah sebagai tempat pergantungan kita dan kita usaha sebaik mungkin dan tawakkal padaNya untuk menentukan apa yang terbaik buat kita,semoga Allah beri apa yang kita hajati selama ini
11 reviews
July 4, 2023
Kandungan buku bagus. Susanan bahasa dan ayat perlu dibaiki. Susuan idea juga perlu ditambah baik.

Masih buku yang baik.
Profile Image for Ummu Hafizah.
14 reviews
July 17, 2023
Tak salah rasa takut, resah, sedih. Itu rahmah. Tapi, bagaimana kita uruskan perasaan tu dalam membentuk keseimbangan emosi kita
Profile Image for Nisa.
31 reviews
June 27, 2024
Untuk belajar redha tanpa harus memendam, yes I recommend this book. Thanks Imran!
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
January 2, 2025
Emosi takut dan bimbang adalah normal, validate perasaan dan urus dengan seimbang. Jangan tolak tepi atau remehkan kerana boleh membarah.
Displaying 1 - 30 of 36 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.