Allah itu amat hampir, tapi kenapa aku masih meminggir? Akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir....
Kita perlukan Allah lebih daripada kita perlukan udara. Kalau hidup tanpa Allah, apalah guna kita hidup. Hati akan mati, hidup hilang erti. Tanpa-Nya kita hilang arah dan diri sentiasa gelisah. Jiwa akan terasa kosong sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpah-ruah.
Orang yang cintakan Allah akan tenang dengan mengingati-Nya. Orang yang takutkan Allah pasti bergetar hati apabila mendengar ayat-ayat-Nya. Andai cinta dan takut Allah ada di hati, kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi.
Di Mana Dia Di Hatiku adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-Nya. Sesungguhnya Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Semoga pengisian buku ini dibaca seiring rasa muhasabah diri... di mana letaknya kita di sisi Ilahi?
Pahrol Mohamad Juoi memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.
Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.
Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.
Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.
Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.
Ustaz Pahrol yang merupakan juga seorang penulis lirik lagu kumpulan nasyid ibarat seorang datuk yang memberi nasihat dengan penuh kasih sayang kepada pembaca. Bukan seorang ayah tetapi datuk. Kalau ayah, garang sikit dia bagi nasihat. Tetapi Ustaz Pahrol mengolah ayat dengan puitis dan jauh sekali menggunakan kata-kata sindiran. Kandungannya mengandungi lima bahagian iaitu: 'Mujahadah Itu Pahit Kerana Syurga Itu Manis...", "Perkahwinan... Antara Cinta dan Tanggungjawab", "Kata-kata Lahir dari Hati akan Jatuh ke Hati", "Berhati-hati Menjaga Hati Itu", dan "Indahnya bila DIA di Hatiku." Setiap bahagian ada bab tersendiri. Secara purata 10 bab setiap bahagian. Yang aku suka, setiap bab tak panjang sangat sampai 7 - 10 muka surat, ayat dia puitis tapi straight to the point. Tidak melalut ke sana ke mari. Nampak la pengalaman 33 tahun Ustaz menulis. Matang, berpengalaman dan menjentik hati. Buku begini sesuai juga diberi hadiah kepada kawan.
Buku Ustaz Pahrol Juoi sememangnya tidak pernah mengecewakan, Naskah ini sudah berulang baca entah keberapa kali. Sememangnya menjadi pilihan saya tatkala saya perlukan sentuhan rohani. Muhasabah yang melebar dihati. Antara kata-kata yang amat saya tersentuh "Berikanlah aku keyakinan yang menimbulkan keberanian hati, kurniakanlah aku kebijaksanaan yang membuahkan kerendahan diri"
First time baca terus nak pinjam buku ni bawak pi kolej, tapi kakak tak bagi. Saya terus cari dan beli buku ni kat kedai buku.
Bahasanya sangat menarik, sedap je baca. Suka dengan penggunaan istilah dan perbendaharaan perkataannya(vocabulary). Buku ni sangat sesuai bagi sesiapa yang nak memperbaiki hatinya disamping berusaha menjadi seorang individu muslim yang suci hatinya.Buku yang membuatku menangis, terpaku, terdiam & tersenyum sendiri memikirkan setiap kata.
Lepas baca buku ni terus favorite ustaz pahrol punye buku.
Alhamdulillah.buku yang berjaya membawa hati yang kosong terisi dengan Cinta Ilahi..Harus dimiliki oleh setiap orang agar kembali kepada fitrah asal :)
A new fan of his. I re-read the sentences many times just to understand what he means. The messages he was trying to convey are extremely helpful for us as muslims.
Sebuah buku yang amat sesuai kepada hati yang sering gelisah, dihambat masalah, dirundung kecewa dan mencari jawapan dalam kehidupan yang serba masalah serta ujian. Alhamdulillah, buku yang InshaAllah, tidak akan lapuk untuk diulang baca. Baca dan baca. Tatkala diri jatuh, cari dan bacalah buku ini. Kerana ia banyak memberi mutiara yang boleh membuatkan jiwa lapang menghadapi ujian-Nya.
Antara buku islamik motivasi yang sangat sedap dibaca dan tak bosan.
Setiap bait-bait perkataan disusun dengan sangat baik dan dipilih secara teliti. Jika ia makanan, buku ini ibarat makanan yang sedap dilidah, mengenyangkan, menyihatkan kerana penuh nutrisi dan segar.
Sudah pasti akan rekomen kepada orang lain untuk membacanya.
Paling terkesan dengan bab Pilihlah Aku Untuk Ikhlas, terutama apabila disebut tentang sum'ah iaitu mengharapkan amalan yang kononnya disembunyikan daripada pengetahuan orang lain tetap diketahui dan disebut orang. Soal hati memang sangat sulit.
You can only understand something based on the depth of your own experience. Bukan mudah menulis buku tentang hati. All in all, this book provides a great monologue between a servant and God.
ehem ehem. buku ni sebenarnya ada orang bagi sempena hari lahir. kalau ikutkan bukan taste aku baca buku islamic yang berayat panjang2 camni. tapi orang kata dont judge a book by it cover kan. memang tak rugi sgt baca. dan buku ni pon bukan berayat2 panjang sebab die bnyk bab dan setiap bab nye pendek je. ayat pendek tapi makna mendalam. baca dengan fokus sebab silap hari bulan boleh salah paham maksud sebenar ayat tu :)terima kasih sahabatku.. terasa terinspirasi bila baca. macam best je. krik. krik. hahaha
I was looking for 'something' to feed my dry and lost soul. Indeed, in the very last chapters of the book the author has successfully made my brain to ponder and and make my heart can't even denied every single bounties I've been granted for the past 23 years. I was looking and begging for creation's love instead of craving love from one and only Creator which certainly will never ever let you down.
To those who found their heart lost, you should ask yourself " Dimana DIA dihatiku? "
Satu bacaan yang baik bilamana diri terasa terhimpit dengan ujian, letih dan jerih dengan kesusahan. Akur, ujian sebenarnya suatu bentuk hadiah dari Tuhan, sebagai kafarah dosa. Membaca buku ini, memujuk diri, untuk sentiasa kekal berfikiran positif dan bersangka baik pada Tuhan. Kadang, barangkali kita jauh dari Tuhan. Maka Dia hantarkan ujian supaya kita kembali lebih mengingatiNya berbanding selainNya. Percaya, bahawa setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Pasti.
Buku "Must Read" untuk jiwa yang masih 'mencari', mahu 'menjadi'. Buku ini ditulis untuk dirasai, menurut pengarangnya. Nampaknya berhasil. Sebelum ini hanya sekadar tahu, berubah menjadi sedar. Bukan setakat faham tetapi rasa. Ya, ilmu itu bukan sekadar tahu dan faham, tetapi sedar dan rasa. Kita akan merasa setiap perkataan ditujukan untuk kita.
Very essential for tazkiyatunnafs, not only it reminds me of the few little things that lead to bigger things in this world of akhirah, but also it reminds me of how small I as a human and His slave walking on this very earth.
A great read for those who feel iman-low. A good boost to the iman, insyaAllah!
Allah menciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersibar, sirnalah cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya, cinta selainNya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir. Ketika itu tiada Dia di hatiku.
jmpk kt kuala perlis...trus ak pegang n bayar...lom abes bce...awal2 pon da menarik...pahrol juoi ade istimewa dy seniri..cre menulis yg sgt unik...sentuh kalbu
First time baca buku ustaz Pahrol, sangat bagus and recommended to others. Santai tp memberi maksud yang mendalam. Definitely i will looking for other books written by him.