PL5 secara berani menyentuh satu konspirasi antarabangsa untuk melumpuhkan kekuatan umat Islam di Malaysia dan Indonesia. Komplot ini dirancang rapi, dengan usaha yang teliti dan kepakaran yang luar biasa. Ejen-ejen yang terpilih bukan sahaja menorobosi duni inteletual bangsa yang berkenaan malah menguasai secara mendalam agama dan cara hidup bangsa itu.
Shaari Isa berasal dari Bedong, Kedah. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Sungai Petani, kemudian mengikuti kursus perguruan di Kirkby College, Liverpool, England. Sekembalinya beliau berkhidmat sebagai pengajar di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Pada tahun 1962, beliau dihadiahkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di Victoria University of Wellington, New Zealand dan memperolehi Ijazah B.C.A. (Accountancy) dan Diploma di dalam bidang pentadbiran perniagaan. Beliau seorang akauntan bertauliah dan biasa berkhidmat di Kementerian Pendidikan, kemudian di UUM sebagai pengawal kewangan/bendahari, dan di UIA sebagai pensyarah di dalam bidang Perakaunan. Pada tahun 1994 sekali lagi beliau ke luar negara bagi melanjutkan pengajiannya. Beliau pulang pada tahun 1998 apabila selesainya suatu penyelidikan di dalam bidang perakaunan dan dianugerahkan ijazah Ph.D. oleh University of Waikato, Hamilton, New Zealand.
Beliau telah menghasilkan 25 buah buku, akademik serta kreatif, terdiri daripada 10 buah novel, buku-buku perakaunan, perdagangan, cerpen serta beberapa artikel di dalam jurnal perakaunan di dalam dan di luar negara.
Kini beliau berkhidmat sebagai pensyarah di UM di dalam bidang perakaunan.
Melihat senario semasa membuatkan anda terfikir 'adakah fiksyen di dalam novel ini berlandaskan fakta?'. Bahan bacaan santai yang sesuai untuk menambah kefahaman dengan isu Palestin dan Israel. Di tulis dengan sangat baik (berpadanan dengan suasana tahun 70an) sehingga kita seolah-olah masuk ke dalam imaginasi penulis.
Buku yang menepati quote "don't judge a book by it's cover". Sesuai untuk dibaca oleh mereka yang mindanya masih muda seperti waktu aku di tingkatan 4 / 5.