Memperkenalkan lima puteri iaitu Puteri Arabella, Puteri Dian Adelia, Puteri Farisya, Puteri Qaira dan Puteri Humaira yang akan menjadi teman dan menceriakan hidup adik-adik sepanjang tahun ini. Ikuti lima kisah menarik di bawah satu tema iaitu persahabatan.
Puteri Arabella, puteri yang terpaksa bertukar ke sekolah biasa atas arahan kedua-dua orang tuanya. Dia terpaksa mengharungi hidup berkawan dan berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar sekolah itu.
Puteri Dian Adelia, tidak disukai rakan-rakan lain kerana perangainya yang pelik. Namun, kemunculan rakan baharu membuatkan Dian Adelia tidak kesunyian lagi.
Puteri Farisya, suka berdamping dengan rakan-rakan baharunya. Sanggup menempuh hidup di dunia luar dari istana semata-mata mahu mengecapi nikmatnya berkawan.
Puteri Qaira, bermasalah dalam berkomunikasi di hadapan pelajar lain. Ujian demi ujian yang datang akhirnya Qaira berjaya melakukan yang terbaik.
Puteri Humaira, mempunyai rakan-rakan tumbuhan yang menjadi teman hidupnya.
Sebuah buku anak saya yang diulang baca. Buku ini merupakan hadiah daripada makciknya untuk harijadi beliau.
Sebuah buku yang santai dan sesuai untuk kanak-kanak Muslimat berumur 7 hingga 12 tahun. Ternyata PTS menfokuskan kepada niche market dalam penulisan cerita dongeng 5 puteri ini. Buku ini berkonsepkan persahabatan, dan bahasanya mudah difahami.
Walau bagaimanapun, saya sedar ada beberapa kesalahan tatabahasa, seperti pengunaan bahasa slanga 'perasan' yang bermaksud 'sedar'. Mood pembacaan agak terganggu dengan perkataan yang saya agak bukanlah tatabahasa yang betul. 2 kali disebut di dalam buku ini.
Ada juga beberapa kesalahan tatabahasa lain, tapi ianya tidak mengganggu. Mungkin editor terlepas pandang.
Ada 5 buah kisah puteri,
Puteri Arabella - yang bersifat angkuh dalam memilih kawan, dan tidak gemar bersekolah di kalangan rakyat jelata.
Puteri Dian Adelia - dia seorang yang aktif dan sukakan sukan lasak, yang inginkan seorang rakan yang memahami dirinya.
Puteri Farisya - ingin berkawan dengan rakyat jelata, tetapi bersikap kurang baik apabila memarahi rakan barunya.
Puteri Qaira - yang pertama kali bersekolah selepas belajar di istana serta mempunyai keyakinan diri yang rendah.
Puteri Humaira - tidak sangka dapat berkawan secara tidak sengaja apabila seorang budak mencari bola di laman rumahnya.
Dalam 5 kisah di atas, saya menyukai kisah Dian Adelia kerana ianya tidak klise dan sedikit tidak dijangka.
Pembelian untuk si anak, tetapi turut menjadi bahan bacaan si ibu :)
Alhamdulillah, strategi PTS kali ini mengena. Nampaknya buku untuk pembaca cilik mula diterokai. Cantik molek, kulit buku ini, juga isinya diserikan dengan pelbagai warna yang bisa membuat hati tertawan. Benar-benar dapat menarik hati, bukan setakat anak-anak, malahan ibu dan makcik-makcik :p.
Ceritanya bertunjangkan nilai-nilai moral kehidupan dalam mencari sahabat yang sejati/erti persahabatan itu sendiri. Menarik, tertarik. Ceritanya bukan cliche yang seperti kita baca dalam dongeng Inggeris.
at last finally there is princess story book that suitable for muslim girl around 3-7 yrs old... actually I bought this book for my little sister, it is very interesting and I really love cover of this book and also its' colourful design in all content of this book.