Jump to ratings and reviews
Rate this book

Seteguh Tekad

Rate this book
' Kembara hidup penuh liku seorang ilmuan berjiwa besar '

Seteguh Tekad menyelami kehidupan anak kelahiran Melaka ini mendaki tangga-tangga kejayaan. Sebuah rentetan pengalaman hidup yang menekankan aspek motivasi dan berupaya merangsang jiwa agar sentiasa bersemangat kental.

Profesor Dr. Sidek Baba, tokoh pendidikan yang berjiwa besar ini mengajak anda menilai erti sebuah kehidupan yang amat perlu diisi dengan ilmu. Yang pasti, setelah menutup helaian akhir autobiografi ini, anda akan terdorong untuk membuat perubahan dalam diri. Selamat membaca, mudah-mudahan anda akan dapat mengambil iktibar daripada perjalanan hidup ikon umat Islam.



Prakata : SN A. Samad Said
Editor : Wan Rohana Wan Abdul Manaf
Konsep Kulit Luar : Norden Mohamed
Rekabentuk Kulit : Faizal Jaafar
Tipografi & Rekabentuk : Roslan Sajat
Foto & Lokasi : Kg. Padang Balang, Sentul. KL
Basikal : Nadzri Yahaya & Norzailina Nordin

Cetakan Pertama : 2007
Cetakan Kedua : 2009
Cetakan Ketiga : 2011
-

319 pages, Paperback

First published April 3, 2007

Loading...
Loading...

About the author

Sidek Baba

18 books7 followers
Profesor Dr. Sidek Baba dilahirkan di Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka pada 12 Jun, 1946. Anak kepada pasangan Baba Maakip dan Jenah Hitam ini mendapat pendidikan awal dan menengah di Melaka.

Prospek kerjayanya bermula saat beliau menggenggam Sijil Perguruan di MPSI, Tanjung Malim, kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Melayu di Universiti Malaya, Diploma Pengajian Islam di UKM, Sarjana Pendidikan Berbanding di Universiti Indiana, USA dan Ijazah Doktor Pendidikan dalam Dasar Pendidikan di Universiti Northern Illinois, USA.

Pernah menjadi pendidik selama 18 tahun, pengawai dan pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Timbalan Dekan serta Dekan Pusat Matrikulasi UIAM, Pemangku Dekan Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Disiplin, UIAM. Kini beliau menjawat jawatan sebagai Profesor Pendidikan di UIAM.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sidek_Baba
http://www.alaf21.com.my/penulis/?idw...

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (40%)
4 stars
12 (37%)
3 stars
6 (18%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Nor Azzah.
Author 11 books109 followers
August 18, 2010
Kisah ini mengesahkan hakikat bahawa sekali gagal bukan bermakna gagal selamanya. yang penting terus berusaha untuk untuk berjaya. kagum dengan kegigihan semangat penulis untuk berjaya walaupun dalam kepayahan. Kesusahan beliau telah berbayar.
Profile Image for ilafahmy.
114 reviews19 followers
October 31, 2018
Kesungguhan dan azam yang tinggi untuk menuntut ilmu demi membantu keluarga agar dapat keluar dari cengkaman kemiskinan patut dicontohi oleh generasi kini. Tiada jalan singkat untuk berjaya dan sesungguhnya kemiskinan itu bukan penghalang untuk kita maju dalam hidup. Maju mundur sesebuah bangsa bergantung kepada budaya ilmunya...
12 reviews1 follower
August 21, 2010
Kembara hidup penuh liku seorang ilmuan berjiwa besar....kemiskinan, kesusahan menjadi motivasi untuk berjaya.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews