Jump to ratings and reviews
Rate this book

Seikat Kembang Merah

Rate this book
Lalu siapakah harus dipilih kalau di sana cantik di sini menawan?

Ketika aku melangkah keluar, ada yg tertinggal di sini; angan-angan, harapan dan seluruh hati. Sbg gantinya aku membawa bersama wajahnya, dan rindu padanya - Nur Tahani gadis bertudung labuh.

Aku memang telah jatuh cinta pada dia. 'Bidadari' versi dunia atau akhirat seperti dia hanya layak digandingkan dgn org beriman.

Bagaimana mungkin perempuan cantik, berprofil tinggi dan terlahirr dlm gedung Gucci spt Nina mahukan aku? Dia hanya layak bersanding dgn lelaki kategori 'arresviste-hooray henry'. Sedangkan aku hanya lelaki terbuang. Kelas kambing! Paria! Dalit!

Benarkah, kalaulah cantik itu pintu kpd cinta, setiap lelaki kena bertapa dalam gua dan jalan pejam mata?

Lalu aku melambung dadu terakhir. Kalau aku kalah sekalipun, aku sudah tiada apa2 lagi utk rugi. Sama ada aku lambung atau tidak dadu itu, aku tetap merana; merindukannya separuh mati dan mencintainya seumur hidup.

Terimalah seikat kembang merah daripada IMAEN; yang tetap menulis novel action-romantic, tetapi kali ini nadanya berbeza.

495 pages, Paperback

First published June 1, 2010

7 people are currently reading
62 people want to read

About the author

Imaen

15 books63 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
40 (32%)
4 stars
52 (41%)
3 stars
25 (20%)
2 stars
4 (3%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 27 of 27 reviews
Profile Image for Ummu Auni.
671 reviews
May 23, 2022
Buku ini saya capai di KLIBF 2011 yang lalu. Ah, saya memang peminat Imaen. Tulisannya berlainan dari lambakan penulis di pasaran, dipenuhi fakta dan teori yang memberikan ilmu, saya kira Imaen juga merupakan antara penulis yang mampu menjentik minda kita.

Plot kali ini, agak berbeza dari penulisan Imaen sebelum ini. Cerita tentang Gary (nama gelarannya Gary, nama sebenarnya Amir), mamat berambut perang, bersubang, yang togak minuman keras, sudah lama tidak solat, yang akhirnya jatuh hati pada Nur Tahani, gadis bertudung labuh, muka penuh keimanan. Bunyinya klise bukan? Lelaki jumpa perempuan, kemudian jatuh hati, dan berubah jadi baik untuk perempuan itu? Benarkah klise?

Jangan mudah terpedaya. Memang banyak unsur kejutan di dalam cerita ini. Di mana penulis menyelongkar pemikiran Gary yang merupakan penjenayah tetapi penjenayah cerdik (hei, Gary diijazahkan sarjana muda dari sebuah universiti di Malaysia, ya), ataupun kisah Gary yang berpusing 360 darjah, pada awalnya kerana Tahani, namun akhirnya, Allah melorongkan hidayah untuknya kerana dia ikhlas. Saya suka pertemuan Gary dengan seorang lelaki yang seolah-olah dapat membaca isi hati Gary. Malahan beberapa insiden Gary yang kadang kala, membayangkan isi hatinya yang menginginkan kebaikan walaupun diselaputi dosa. Selalunya keinsafan hadir dengan babak-babak yang klise seperti tidur dan mimpi dunia sudah kiamat, ataupun dugaan seperti kemalangan hingga kematian insan yang disayangi baru hendak insaf, tetapi lain caranya di sini.

Gary sanggup melakukan apa sahaja untuk Tahani, namun dia masih belum mendapat hidayah ketika berusaha mengambil hati Tahani. Dan hidayah Allah itu datang dalam pelbagai bentuk, yang benar-benar boleh buat kita sendiri tergugah perasaan membacanya. Melalui Gary, Nina pula mendapat hidayah? Apa pula kaitan Nina, perempuan seksi yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Gary? Ah, sukar untuk diceritakan di sini, Nina adalah topeng Gary, cebisan kehidupan Gary.

Ada kelainan pada jalan cerita, ataupun pada penghujung cerita. Imaen sekali lagi mampu mencipta nama antara penulis yang saya wajib beli tulisannya.
Profile Image for Qhist Ma.
96 reviews64 followers
November 1, 2017
Buku ni baru sampai last week.
Habis baca malam tadi.
Bila nak simpan dekat almari buku, terperasan ada buku dengan judul yang sama.
Kena gelak dengan cawa.
Rupanya I dah ada buku ni dan sudah baca last year.
Makin tua makin pelupa.
Check review kat goodreads, apa yang nak di-review masih sama.

(1) Imaen je boleh takrif cinta tu seperti orang melayu dengan nasi, seperti menaiki roller coaster halimunan, seperti terjun bungee, seperti hero hindustan menyanyi dan menari dalam tujuh relung tanah. Over sangat!

(2) Imaen je yang selalu garap idea pelik - ajar cara2 nak mengurat orang yang kita suka guna prinsip asas ekonomi, guna taktik perang Sun Tzu, dan guna falsafah Menteri Propaganda Nazi, Dr Joseph Goebell. Sangat idealist dan bersungguh2..

(3) tak dinafikan bahkan sedikit bersetuju bila we fall in love, sedikit sebanyak kita akan terpengaruh dan terdorong dengan karakter/pembawakan/kecenderungan/kesukaan orang yang kita suka. Dalam berkawan pun begitu. Takde salahnya pun bahkan lebih baik begitu kalau ia benda yang baik. Pesanan klise mak-mak -->> hati2 pilih kawan adalah pesanan global tak lupus dek masa dan praktikal walaupun kau dah dewasa.

(4) Kena pandai jaga dua perkara - makan dan kawan.

(5) sebut tentang cinta dalam konteks yang lebih luas, Al-Junaid [nanti kena cari siapa Al-Junaid nih] menjelaskan - bahawa semua cinta adalah untuk satu tujuan. Jika tujuan itu tidak ada lagi, maka cinta pun akan terhenti.

(6) rezeki tu bukan bermakna duit. Tak ada duit pun rezeki Tuhan dimana2.

(7) imaen's last word - Tuhan yang telah menulis jalan hidup manusia...hurm.. Cliche sangat kan..tapi bila hadam balik tenang2, I believe I really need those words... Cliche pun cliche lah.. Allah knows best.

(8) belajar redha, praktikal nya sangat susah...moga dipermudahkan lah dan jangan putus harap dengan semua halangan... [point ni khas untuk diri sendiri sempena hidup yang kurang lancar lately..huuu..sedih]

...dan cita-citamu dan mimpiku kita ikat semula dalam berkas yang sama.

Levitasi. Gituh..

#eh
Profile Image for Don ツ .
248 reviews36 followers
October 16, 2014
Bacalah novel ini. Cerita seorang pemabuk yang diberi hidayah setelah singgah di surau untuk qada hajat. (Persis kisah teladan dulu kan? Sememangnya begitu, saya khatamkan blog Imaen lepas baca novel ini)

Setakat ini saya rasa Seikat Kembang Merah penulisan paling humble dan paling bagus dari Imaen. Walaupun saya awalnya puji Bohemian, sekarang saya suka yang ini. Tengok jugak nanti kalau novel lain dari Imaen saya suka pulak tak tahulah. Tapi lepas Seikat Kembang Merah saya rasa yang lain itu tak berapa kena dengan saya. Tak tahu kenapa.

Sigaraning yang rata-rata kata penulisan terbaik dari Imaen pun saya tak berkenan.

Kalau saya suka saya tak reti puji lebih-lebih. Yang pentingnya anda tahu saya suka cerita ini. ~okey tipu...kenkadang terpuji sampai ke langit.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,558 reviews41 followers
April 29, 2020
Selepas baca back to back Blues Retro, Cinta Mat & Minah dan buku ini, rasa macam ada tiga level situ--> tahap cintan sekolah menengah, budak U dan Seikat Kembang Merah, macam level orang dewasa punya cintan. Heavy dan deeper than the other two books. Cinta dua darjat masih tema, tapi kalau ni spiritual darjat. Gary, style biasa hero Imaen, contrast guy. Aku suka Gary. Kalau nak kira, yang paling jahat dalam the whole story ni aku rasa bebudak yang 'TERover' pi ikat Gary Kat pokok masa kat masjid tu. Tak done ke nak tanya Gary's story sebelum nak menghukum memalukan, mengaibkan orang. Macam laa baguih sangat depa orang. Nina pun aku suka.
Profile Image for Norhani Zaini.
91 reviews4 followers
March 20, 2013
Realistik.

Kisah cinta yang klise tapi luarbiasa. Sweet.

Bahasanya yang sangat sedap.

Sarat dengan ilmu ekonomi, agama dan politik.

Sindiran yang adakalanya sinis.
Profile Image for Su Zainudi.
163 reviews
June 29, 2025
Saya nak rated buku ni 3.5⭐ boleh tak? GR x allow plak yg setengah ⭐ ni.

Ok, saya abaikan dari sudut teknikal sebab banyak juga. Saya nak tulis based on story sahaja.

Tentang Gary, Tahani dan Nina. Overall cerita ni inspiring. Macam mana seteruk-teruk Gary dan Nina pun Allah beri ilham untuk kembali ke pangkal jalan. Also, macam mana orang-orang seperti Abg Din, Ustaz Zaidi, mak ayah Gary terima Gary tanpa judgement tentang masa silamnya.

And penulis create ending dia, setakat ni, belum jumpa yg macam ni. Dan mungkin tak akan jumpa lagi (kecuali ada yang buat sama macam ni) kerana penulis sudah kembali pada Sang Pencipta. Yang tinggal hanyalah penulisannya untuk dikenang.

Al-Fatihah buat Allahyarham Imaen. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh, Aaminn.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Azizah.
392 reviews6 followers
December 26, 2018
3.5 stars



Penulis: Imaen
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Harga: RM20.00 / RM23.00
M/S: 495
Cetakan 1 - Jun 2010
Cetakan 2 - Julai 2010
ISBN 978-967-5118-41-8

Cinta itu resah gelisah bercampur rindu
Kelesah dan renyah bercampur mahu


Blurb:

Lalu siapakah harus dipilih kalau di sana cantik di sini menawan?

Ketika aku melangkah keluar, ada yang tertinggal di sini;
angan-angan, harapan dan seluruh hati. Sebagai gantinya aku
membawa bersama wajahnya,
dan rindu padanya - Nur Tahani gadis bertudung labuh.

Aku memang telah jatuh cinta pada dia.
'Bidadari', versi dunia atau akhirat seperti dia hanya layak
digandingkan dengan orang beriman.

Bagaimana mungkin perempuan cantik, berprofil tinggi dan
terlahir dalam gedung Gucci seperti Nina mahukan aku?
Dia hanya layak bersanding dengan lelaki kategori
'arreviste-hooray henry'. Sedangkan aku hanya lelaki terbuang.
Kelas kambing! Paria! Dalit!

Benarkah, kalaulah cantik itu pintu kepada cinta, setiap lelaki
kena bertapa dalam gua dan jalan pejam mata?

Lalu aku melambung dadu terakhir. Kalau aku kalah sekalipun,
aku sudah tiada apa-apa lagi akan rugi. Sama ada aku lambung
atau tidak dadu itu, aku tetap merana; merindukannya separuh
mati dan mencintainya seumur hidup.

**************

Terimalah Seikat Kembang Merah daripada IMAEN;
yang tetap menulis novel action-romantic,
tetapi kali ini nadanya berbeza.


Kak Chik menukil:

Terasa macam memegang novel kanak-kanak pula apabila melihat cover SKM ni. Dengan 2 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan seperti berkejaran di taman kembang merah yang luas walaupun lukisannya tidak terlalu 'terang benderang'.

Perjalanan hidup Gary yang mempunyai kelulusan ijazah perniagaan dengan kelas dua daripada universiti tertua di negara kita tidak pernah diambil pusing oleh mana-mana majikan yang pernah dia mohon kerja kerana peristiwa hitam yang terjadi ketika dia masih bergelar pelajar dulu. Bagi Gary kalau sudah tiada yang mahu memberi kerja kepadanya, lebih baik dia bekerja sendiri. Dia bebas apabila bekerja sendiri dan dia lebih mewah dari makan gaji.

Bisnes apa yang Gary lakukan sehingga dia dibuang keluarga bertahun lamanya? Gary juga turut hanyut dengan kehidupan duniawi sehingga dia bagai sudah melupakan Tuhan dan agama yang dipegangnya. Dia terus hanyut dan hanyut dan hanyut, sehinggalah dia bertemu 'dia'. Yang telah membuat dia bagaikan nanar pada pandangan pertama. Tapi sanggupkah 'dia' menerima dia siapa-siapa itu?

Gary sanggup melakukan sesuatu yang nampak drastik untuk menawan hati dia yang berkali-kali menolak salam perkenalannya. Namun selepas peristiwa di farmasi itu, Tahani dengan senang hati membuka pintu hati untuk mengenali Amir. Dan betul pepatah yang mengatakan jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, sedikit sebanyak haruman itu akan terpalit juga kepada kita. Kerana Tahani Amir berubah kepada yang lebih baik...

Namun ketika Amir sedang mula meraih sepenuh kepercayaan Tahani...Nina pula merosakkannya. Kenapa Nina tega begitu? Kenapa abah Nina sanggup melakukan apa sahaja demi anak sulungnya itu? Kerana tidak mahu menurut permintaan abah Nina, Gary dimasukkan ke lokap?...

Dan betul...pengakhiran yang sungguh menyebab Kak Chik terkejut. Sungguh klise Imaen menamatkan tintanya pada SKM. Memang penamat yang tidak terduga tetapi pada Kak Chik sesuai sangat... kerana kisah silam itu tidak akan diungkit bagi kedua mereka.

Selepas lambungan dadu yang terakhir, siapa pilihan Gary? Nak tahu?...Baca sendiri, ok...:)

Terujaan Kak Chik pada SKM tidak setanding ketika membaca Vendetta yang rasanya penuh dengan kejutan dan persoalan. Vendetta lebih kuat jalan ceritanya walaupun pendek. Tapi tahniah buat Imaen yang menggarap SKM dengan jalannya sendiri.


LiFe iS a LoNG JouRNeY!!!
-Kak Chik-
(^_^)
24 reviews3 followers
August 6, 2011
Saya suka endingnya realistik dan fantastik.

Selalunya kita dihidangkan dengan happy ending yang pasti hero akan bersama heroin yg disukai. Dalam cerita ni tak melanggar pepatah 'perempuan baik untuk lelaki baik dan sebaliknya, perempuan jahat untuk lelaki jahat dan sebaliknya'.

Cerita berkisar tentang GAry, lelaki yang sumpah kita tak mahu suami kita begitu, jatuh cinta pada seorang wanita bertudung labuh Tahani. Hitamnya Gary bukan setakat hitam si Awal dalam filem syurga cinta tapi lebih. Dia samseng, penyeludup, penjenayah. Tahani pula? Wanita idaman sediap adam. Siapa tak mahu Tahani? Siapa pula yang mahu Gary? Ada, Nina namanya.

Ini cerita perjalanan mencari tuhan juga.

walaupun baik dan jahat tu bukan definitif, boleh berubah sebenarnya.

Cerita yang bagus, sarat dengan ilmu dan bukan bacaan kosong. Terasa mahu dikumpul lagi buku-buku Imaen yang lain.



Profile Image for Wafa.
98 reviews21 followers
May 4, 2013
sehabis muka surat terakhir novel ini, saya simpulkan isi tersirat. Meskipun cerita gadis farmasi bertudung labuh bernama Tahani itu tidak ditulis beberapa chapter, dan lebih berfokus kepada watak Gary atau Hail Amir.

Plot novel ini lebih kurang saja dengan Setia Hujung Nyawa. Atau mungkin itu yang saya nampak. Dalam hati ada juga berharap Tahani akan bersama Gary tapi selepas membaca perenggan dimana Tahani bukanlah sebarang gadis tudung labuh, lebih nampak peluang Gary untuk bersama Nina.

saya bagi 4 bintang kerana buku ini memang saya cari dah lama tapi tak jumpa, nasib baik tak mengecewakan saya.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
September 10, 2014
Banyak isu diketengahkan. Stail Imaenlah kot - dialog watak-wataknya mesti ada sentuh bab ekonomi, agama, kritik sosial, rock kapak sikit. Berinformatif dalam masa yang sama menghiburkan. Happy ending, puas hati. Penamat realistik dan adil untuk semua watak. Cuma mula-mula keliru sikit sebab POV yang bertukar-tukar. Mula-mula je, lepas tu okey. :)
Profile Image for Nur Syazwani Binti Salleh.
16 reviews9 followers
August 28, 2018
Jangan menilai buku dari kulitnya (atau tajuk bukunya) sahaja :)

"Lebih musah berjumpa Allah dengan dosa 70 peti terhadap Allah dengan satu peti dosa terhadap manusia." - Sufian at-Tsauri (Seikat Kembang Merah, ms. 463)
Profile Image for thenoor.
9 reviews5 followers
May 8, 2012
Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menghabiskan pembacaan novel ini. Sinis dan pedas,itu yang boleh saya konklusikan tentang novel ini secara ringkas. Watak yang terdapat didalam ini adalah realistik. Banyak ilmu yang pembaca dapat melalui novel ini dan penyampaiannya adalah bersahaja. Pada pendapat saya,watak Gary sahaja telah memberikan kekuatan yang tersendiri kepada novel ini. Gary pada saya,adalah seorang yang bijak. Namun kebijaksaannya digunakan pada jalan yang salah. Realitinya,ramai orang seperti Gary diluar sana. Gary cuba memikat TAhani,gadis bertudung labuh setelah jatuh cinta pandang pertama. Tanpa dia sedari,cintanya pada Tahani membawanya bertemu cinta Ilahi. Jangan "judge" dulu. Novel ini bukan novel cinta Islamik seperti yang ada dipasaran. Namun mesej cinta kepada manusia dan Tuhan disampaikan dengan baik oleh penulis. Dapatkah Gary yang dari lembah hitam mendapatkan cinta Tahani,saya tidak mahu "spoil" disini..:)
Profile Image for Ira Nadhirah.
609 reviews
December 19, 2020
Setelah lebih sedekad menjadi anak indie, dah tak baca dah novel novel cinta. Kali terakhir mungkin buku Hlovate Contengan Jalanan. Secara jujurnya, Allahyarham Imaen merupakan antara novelist melayu yang saya suka. Satu, sebab beliau banyak tulis buku-buku thriller. Dua, sebab cerita beliau tak ada adegan kahwin paksa lol. Sama seperti buku ini walaupun kategori novel cinta tetapi cintanya lebih ke arah ukhrawi gitu. Lelaki tidak baik berjumpa dengan perempuan baik dan cuba menjadi baik dan bila dah jadi baik perempuan baik tidak dapat menerima masa silam lelaki tidak baik. Akhirnya, lelaki tidak baik kembali bersama perempuan tidak baik yang dikenali sebelum kenal perempuan baik dan bersama sama menjadi baik. Dalam hidup ni mudah sahaja, tiada manusia yang lebih baik dari manusia lainnya. Jangan letak diri kita di atas orang lain, secara literal ataupun tidak. Maka, saya kira buku ini menawarkan pengakhiran yang baik walaupun tidak disangka sangka.
3 reviews
August 20, 2014
Sy nk bagitahu..sy sgt suka novel ni! sy boleh baca novel ni brkali-kali tanpa jemu..novel yg paling sy suka antara semua novel Imaen yg sy prnah baca..sy suka analogi2 yg kelakar dn unik yg imaen guna dlm novel ni..mmg akn trgelak bila baca analogi2 dia..gaya bahasa dlm novel ni pn unik dan kelakar..plot cerita menarik dn kita x boleh agak cmne ending dia..ni bkn novel yg crita pasl khwin pksa or isteri kena dera lps tu still setia..haha..Imaen selalu perli psal ni dlm novel2 dia..dn lgi satu sindiran2 dlm novel ni mmg pedas..haha..kalau anda nk lari dri tema novel2 yg jln ceritanya klise anda boleh cuba novel ni..n novel ni nma2 watak dia pn unik..xde nama tengku2..haha
Profile Image for Hannanur.
13 reviews5 followers
December 23, 2010
jalan cerita yang biasa namun Imaen cekap memasukkan ilmu agama, politik dan pandangan sosialnya..mencuit hati dan penulis mempunyai pemikiran yang di luar kotak.kadang-kadang dikejutkan dengan pemikiran yang saya sama sekali tidak pernah terfikir dan membuatkan saya tergelak sendiri..Imaen bijak menyindir secara halus untuk menyampaikan mesej dalam buku ini..penulis muda yang berbakat.(tidak pasti umur penulis yang sebenar):)
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
October 11, 2011
macam novel-novel Imaen yang lepas, padat dengan pelbagai ilmu serta sindiran-sindiran yang tersirat tentang kehidupan masyarakat kita pada masa ini... yang membuat aku celik dan sedar kerana kadang-kadang sesuatu perkara itu tidak pernah lansung terlintas di fikiran walaupun pada mata kasar kerana ianya hanyalah perkara remeh tapi kalau tidak dibendung ianya akan merosakkan bukan saja diri kita tapi orang-orang di sekeliling juga...

tak sabar nak tunggu novel yang seterusnya...
Profile Image for Afiqah.
45 reviews5 followers
July 23, 2012
5 bintang untuk: Cerita yang menarik unsur jenaka dan saspens yang terbaik, watak-watak yang dibina dengan baik, jalan cerita dan penamat yang tidak klise. Yang penting, tak ada kisah perempuan malang didera dan dipukul tetapi masih mencintai orang yang memukul. Novel Melayu pertama yang saya berjaya habiskan, sekali gus buat saya berani untuk cuba membaca novel Melayu yang lain. Terima kasih dan tahniah buat penulis Imaen!

(:
Profile Image for مستور١ مكنن.
90 reviews8 followers
September 2, 2013
macam klasik dia punya cover kan? cerita tentang seorang lelaki yang jatuh cinta pada pandangan pertama pada seorang wanita yang 360 degree berbeza. rasa semua orang suka orang baik. kan? tapi orang biasanya akan sedar diri. tak gitu. tapi dalam cerita ni si pemuda bersungguh untuk mendapatkan cinta si gadis. tapi mahu ke si gadis tu? yang tu kena la baca.. hoho
Profile Image for Anis Azura.
58 reviews
August 28, 2013
jalan cerita best, ending yang menarik.benarlah perempuan baik untuk lelaki baik,dan perempuan jahat untuk lelaki jahat.hidayah datang tanpa mengenal cara dan hidayah yang Nina dapat memang tak terjangka.twist yang menarik.ending yang best.kagum dengan penulisan Imaen dalam novel ni.memang sangat best!harus baca :)
Profile Image for Fazlina.
29 reviews
October 3, 2010
Buku ketiga karangan Imaen yang saya baca setelah Labyrinth dan Bohemian. Dapat dirasakan tahap penulisan beliau semakin matang. Kelainan dalam pengakhiran cerita juga menghilangkan rasa sterotaip bagi kebiasaan novel. Tahniah kepada saudara Imaen.
Profile Image for S.
21 reviews
Read
January 8, 2011
A good book is when you finished it, you feel you lost a very good friend.
Inilah rasanya bila habiskan baca buku ni. Oh... terharu serius.
2 reviews
June 10, 2011
Baca sinopsis cerita nampak macam klise. Tapi bila dah baca keseluruhan cerita, rupa-rupanya berbeza daripada biasa. Cerita yang menarik sekaligus sinis dengan kritikal thinking si penulis.
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
May 3, 2012
Nina & Hail Amir aka Gary

Ada terselit tentang agama, sindiran, dsb
Profile Image for SUZA.
33 reviews
May 26, 2013
Tulisan yang menarik diawal cuma agak hambar di pengakhiran.
Displaying 1 - 27 of 27 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.