Sebuah buku yang amat baik dibaca oleh generasi muslim di malaysia yang cintakan agama dan keamanan. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia sebuah novel islamik perbandingan agama terbaik yang pernah saya baca selain buku2 perbandingan Islam-kristian lain. Saya telah membaca novel ini pada zaman belajar di universiti dulu pada 1989 daripada seorang rakan. Bagaimanapun, setakat kajian yang telah saya lakukan, buku ini tiada lagi di pasaran, manakala marwilis publisher pula telahpun dibubarkan menjadi kedai buku biasa sahaja beroperasi di shah alam. Mengikut sumber2 yang rapat dan ada sangkut paut dengan marwilis publisher (marwilis publisher is owned by uncle of one of our reknown Malaysian novelist), buku ini tidak disambung lagi pengeluarannya kerana isu yang diutarakan itu 'dikatakan' isu yang sensitif, menyentuh agama kristian malaysia, dan dikhuatiri 'menyinggung' hati penganut agama2 tersebut (sedangkan pada hari ini, agama Islam diperleceh biarkan ia sebagai agama rasmi Malaysia tiada orang kisahpun).
Saya memiliki salinan digital novel ini yang dikumpul satu persatu dari pelbagai sumber maya (terima kasih kepada semua bloggers/netters yang daripada mereka telah saya perolehi cerai2an bab dalam novel ini). Oleh kerana sukarnya mendapatkan novel ini, maka saya telah mengambil daya usaha menyusun kembali ceraian bab2 daripada sumber2 maya itu menjadi satu novel lengkap, siap dengan front cover lagi. Dan rasanya salinan digital yang saya ada adalah yang paling lengkap berbanding yang ada di internet. Bagaimanapun, saya dimaklumkan oleh seorang peminat buku ini dari Sabah(he is a Moslem-converted Christian and cravingly look for this book, like me), salinan digital yang saya kirimkan kepadanya meskipun adalah yang 'paling lengkap' tetapi ia sebenarnya tidak lengkap sepenuhnya, ada sedikit maklumat telah digugurkan. Beliau tidak memiliki novel ini telah fasih berkenaan dengannya. I dont know which is true.
Pelbagai sumber telah saya jejaki, termasuklah menghubugi Dato Abdullah Hussain sendiri (penterjemah novel), namun belum berjumpa dengan naskah asal novel ini. Justeru, sesiapa yang memiliki naskah asal novel ini (kulit warna hitam) saya memohon agar dapat hubungi saya kerana banyak perkara boleh dibincangkan dan banyak manfaat darinya boleh diperolehi. For the time being while still searching for the original manuscript, netters yang belum berkesempatan membaca novel ini dan berminat untuk membacanya, bolehlah menghubungi saya. Insyaallah akan saya kirimkan menerusi email salinan yang saya ada. Assalamu'alaikum.
Zakir
Balakong
zakirukm@hotmail.com
019-2715417