Jump to ratings and reviews
Rate this book

Memoir Tragedi Memali

Rate this book
Memoir Tragedi Memali mengisahkan cerita bagaimana tragedi Memali itu tercetus, sebab musababnya. Ia juga mengisahkan tentang Ustaz Ibrahim Libya, Ustazah Solehah, Pak Teh, Ustaz Fadzil Nor dalam tragedi Memali. Bacalah buku ini untuk mengetahui tentang sebab sebenar Tragedi Memali

Paperback

First published May 30, 2010

11 people are currently reading
123 people want to read

About the author

Riduan Mohamad Nor

28 books57 followers
Riduan Mohamad Nor (B.A (Hons) UM. DIP. ED. UM. M.A UKM) berasal dari Besut, Terengganu. Dilahirkan pada 1 Jun 1971. Telah berumahtangga dan kini mempunyai enam orang cahaya mata (Muhammad Jundullah, Muhammad Saiful Islam, Fatin Najwa, Ummu Nusaibah, Muhammad Mujahid, Mujahidah).Mendirikan rumahtangga dengan Norleeza Abdullah (B.A (Hons) UM) pada tahun 1993 ketika sedang menuntut di Universiti Malaya.Beliau dan Norleeza adalah exco Kerohanian Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA).Riduan juga adalah exco Kerohanian Kolej Kediaman Pantai Puri UM . Beliau bergraduat daripada UM pada tahun 1995, pada tahun yang sama merupakan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai, Setiausaha PAS Cawangan Flat UDA, juga sebagai Imam di surau An Nur, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Beliau telah menapak daripada Cawangan sehinggalah ke peringkat Dewan Pusat PAS Pusat, semua pergulatan sosial dan politik secara langsung ini akan dituangkan dalam karyanya ‘Memoir Pemuda”.Melalui wadah perjuangan Islam inilah beliau menghabiskan sebahagian besar umurnya, PAS sebagai Universiti kedua yang memberikan ilmu, mematangkan pengalaman, menajam tahap intelektual, merasai dihargai sebagai manusia, menghirup sejuta satu makna kehidupan dengan kepelbagaian latarbelakang ahli dan kepimpinannya.Melalui wadah Islam inilah Allah memberikan sejuta satu pengalaman berguna baik dengan sisi putih dan hitamnya, insan ini paling gugup dan bergemuruh didepan khalayak namun dengan pantas Allah menukarkan watak ini dengan keberaniaan apabila berdepan dengan audien apabila bergulat di medan jamaah.
Beliau adalah pengarang beberapa buah buku antaranya ‘Pertembungan Iman dan Kufur’, ‘Peperangan Rasulullah S.A.W’, ‘Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan’, ‘ Sejarah Pemalsuan Al-Quran’, ‘Ahzab Moden dan Masa Depan Islam’, ‘Penghinaan Terhadap Rasulullah: Implikasi Hukum’, ‘Islam Liberal dan Pluralisme Agama’ dan ‘Memperingati 100 Tahun Hasan Al-Banna’.”Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad”, “tajuk-Tajuk Utama Ramadhan’ (bersama dengan Nazri Chik), ‘Sejarah Dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden’, ‘Murtad: Implikasi Hukum Dan Fenomena, ‘Makkal Sakhti:Analisa Pilihanraya 2008, Pengaruh Ikhwanul Muslimin Terhadap PAS, ‘Duka Acheh Luka Kita’, ‘Catatan Pilu Tragedi Gempa Bumi Pakistan’.’Menggenggam Bara’ dan beberapa buah buku lagi termasuk yang belum diterbitkan seperti ‘Panduan Nuqaba’ Ceria’.
Beliau merupakan pengkuliah, penceramah, Motivator, menyampaikan kuliah-kuliah ilmu di surau-surau dan masjid-masjid di seluruh tanah air (Masjid KLCC, Masjid Tabung Haji, Masjid Ar Rahman, Masjid Ar rahimah, Masjid Saidina Ali dan ratusan masjid yang lain) dan di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta seperti di Jabatan Kerja Raya (JKR), Maybank, Petronas, Bank Pembangunan Industri, Pejabat Kastam Di Raja Malaysia, Malaysia Airlines System (MAS), Perodua, Pusrawi, Sapura Holding dan banyak lagi.
Beliau juga pernah diundang untuk menghadiri program-program pelajar Malaysia di luar negeri antaranya di Jordan, Mesir, Syria, Indonesia dan Jepun. Selain itu, beliau juga selalu diundang untuk menjadi ahli panel forum dan pembentang kertas kerja serta wacana ilmu berkenaan isu-isu agama, sosio-politik, budaya dan sebagainya.Menjadi Pengerusi Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD)
Beliau juga merupakan aktivis bantuan kemanusiaan tanpa sempadan dengan berwadahkan Muslim Care Malaysia , sebuah NGO yang menggalang kerja-kerja kemanusiaan di dalam dan luar negara. Pernah terlibat di Acheh, Jawa Barat, Cambodia, Jogjakarta, Pakistan, Kashmir dan khemah pelarian Palestin. Semua pengalaman misi kemanusiaan ini akan dituangkan dalam sebuah buku bertajuk ‘Peta Luka Umat Islam’ dan ‘catatan hidup”.
Riduan Mohamad Nor dijoloki dengan gelaran Ustaz We@ ustaz Wan (oleh anak-anak murid dan pengikut kuliah), Pok Wan (oleh anak-anak saudara, kaum keluarga), Duang (kawan-kawan rapat dan panggilan zaman remaja).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
30 (45%)
4 stars
26 (39%)
3 stars
9 (13%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
August 28, 2018
Memoir ni bermula perlahan, tetapi semakin laju & laju apabila penulis mula menemuramah "survivor"2 Memali seperti Isteri assyahid, Puan Solehah yang sempat memangku arwah di saat kesyahidan beliau & Pak Teh, pengikut setia beliau yang masih hidup walaupun terkena 16 das tembakan M16. Walaubagaimanapun, memoir ni akan jadi lebih menarik jika penulis berani menemubual mana2 polis atau pihak berkuasa yang terlibat dalam serangan tersebut supaya kita boleh tau secara detail apa yang mereka fikir tentang arwah Ustaz Ibrahim Libya selain sebagai komunis & penyebar ajaran sesat.

Antara kata2 yang menarik yang boleh kita ambil iktibar ialah kerajaan Malaysia dahulu sanggup berunding secara aman dengan pengganas komunis Chin Peng yang telah pun membunuh ramai orang tetapi sanggup menggunakan cara kekerasan dengan seorang ulama' yang sebelumnya tidak pernah membunuh satu jiwa pun? - Pak Teh
Profile Image for Peminat Buku.
20 reviews6 followers
June 26, 2010
Sebelum ini, saya tidak tahu tentang peristiwa Memali. Alhamdulillah, dengan kelahiran buku ini, saya tahu kejadian sebenar dan sebab tercetusnya peristiwa Memali. Terus terang saya katakan, buku ini menambahkan ilmu dan iman. Bacalah.
Profile Image for Domonz.
5 reviews
May 22, 2012
Alangkah bodoh nyer kita ditipu selama ini
Profile Image for Nur  Raudhah.
87 reviews2 followers
December 20, 2018
Memoir Tragedi Memali adalah sejarah yang pahit namun wajar untuk kita semua rakyat Malaysia untuk membaca dan sekurang-kurangnya tahu akan apa "rahsia" yang mungkin sengaja disembunyikan.
Apa yang menarik mengenai buku ini ialah, penulis juga tidak terikat dengan satu sumber sahaja, bahkan menggunakan segala sumber yang ada yakni sumber secara lisan melalui penduduk kampung atau keluarga terdekat Ustaz Ibrahim Libya.
Peristiwa Memali atau dikenali sebagai Operasi Ankara merupakan peristiwa penangkapan Ustaz Ibrahim Libya dan akhirnya gugur syahid akibat ditembak oleh anggota polis. Semua dikatakan akibat tuduhan yang dikenakan terhadap beliau yang dikatakan menyebarkan ajaran sesat.Sukar untuk menulis resensi buku ini, kerana saya sendiri dapat membayangkan hanya melalui ilustrasi gambar yang diberikan di dalam buku ini. Jarang nak jumpa buku mengenai sejarah memali, kalau ada saya akan membelinya.
Profile Image for Fariza.
212 reviews54 followers
December 24, 2010
Tragedi Memali merupakan salah satu peristiwa yang mengisi diari Malaysia, negara yang kononnya sudah merdeka sejak 50 tahun dahulu. Negara demokrasi berparlimen, yang mempunyai perlembagaan, malah negara inilah yang terkenal sebagai peneraju OIC..

Tragedi ini merupakan satu contoh pencabulan hak dan kuasa yang dilakukan ke atas golongan yang tidak bersalah. Sehingga hari ini tidak ada kenyataan yang jelas dari pihak polis mengenai kejadian yang berlaku, malah masih terdapat rakyat yang masih keliru dan percaya bahawa Shuhada' Memali adalah terdiri daripada golongan ajaran sesat.

http://farizahrin.blogspot.com/2010/1...
Profile Image for Aisarahmad.
15 reviews1 follower
September 16, 2015
Sebuah buku yang dikarang dengan baik oleh Ust Riduan Mohamad Nor & C. N. Afghani. Terpahat di lembaran sejarah, bagaimana seorang pejuang agama Islam yang tulen, Assyahid Ibrahim Libya telah ditakdirkan menghadap Ilahi pada pagi 19 November 1985 di Kg Memali, daerah Baling, Kedah.

Satu memoir yang menyingkap kembali kebenaran yang tertulis di bumi Baling ini yang sama sekali tidak akan terpadam dari lipatan sejarah. Kerakusan pemerintah taghut dalam menekan dan menindas kegiatan dakwah, di samping mendera tahanan dengan kejam; menjadi bukti bahawa mereka sebenarnya terasa terancam apabila ada segolongan yang berjuang kerana Allah berjuang menegakkan kebenaran.
Profile Image for Aini.
43 reviews6 followers
March 21, 2013
cerita digarab dengan baik. walaupun tak lahir lagi masa peristiwa ni berlaku. tak tahu pun memali ni kat mana. pengetahuan pasal memali sebelum ni sgt sedikit. alhamdulillah lepas baca buku ni.dapat banyak info baru. kalau sebelum tidur baca buku ni, pasti akan terbawa-terbawa ke mimpi. kesimpulannya tak rugi baca.
1 review1 follower
Currently reading
June 18, 2011
Interesting history of a Islamic fighter who gave his life on defending Islam in Malaysia.
Profile Image for Keme Hakim.
2 reviews2 followers
July 20, 2013
ejarah hitam negara yang di sorokkan daripada rakyat...
Profile Image for Mohd Ismail.
11 reviews19 followers
May 23, 2017
Momentum: 3/5.
Tingkat Bahasa: Bahasa buku agama biasa. Agak mendatar dan tiada seni sastera menghiburkan.
Ulasan: Menceritakan mengenai perjuangan Assyahid Ibrahim Libya, semangat perjuangan syahid yang ditiup beliau sememangnya tiada tandingannya di Malaysia. Beliau adalah sosok tunggal yang benar2 paling berani menegakkan kalimah Allah, dan pejuangannya amatlah saya cemburui. Inilah modal insan sebenar sewajarnya kita contohi. Perjuangan syahid yang sering disalah tafsir oleh ahli dunia merosakkan tanggapan masyarakat umum. Asalkan syahid mesti kene berperang. Syahid adalah mengerahkan seluruh tenaga, jiwa dan raga menegakkan kalimah Allah, bukan hanya dengan jalan perang melawan musuh dan mengharap mati. Pengertian syahid tidak sesempit itu. Jika di negara yang aman seperti Malaysia, terjemahan syahid yakni bersiap untuk berperang menentang kerajaan tidak terpakai. Maksud Assyahid menegakkan kalimah Allah lebih kepada memurnikan akidah, syariat, akhlak dan seumpama melalui kelas, ceramah dan pidato kepada masyarakat setempat, tetapi salah tanggap sesentengah pihak waktu itu yang mengatakan beliau membawa ajaran sesat/komunis amatlah memalukan dan tidak boleh diterima pakai oleh akal yang sihat.
Ulang Baca: Tidak.
Difilemkan: Suasana politik semasa tak mengizinkan.
Disclaimer: Saya hanya membuat ulasan berdasarkan ilmu saya yang masih sempit dan terbatas. Lebih kepada pandangan peribadi dan bukan untuk umum. Background pendidikan bukan dalam bidang sastera, jadi sesuatu bacaan yang terlalu berat sasteranya sehingga terlalu payah untuk difahami akan saya nilai sekadarnya, tepat menurut hati dan akal saya. Setiap pandangan saya yang menampakkan sisi negatif atau kelemahan terhadap sesuatu tidak melambangkan lalu menjejaskan kredibiliti sebenar penulis ataupun yang berkaitan dengannya.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.